Pejam celik dah hari minggu. Tidak sangka cuti seminggu berlalu begitu cepat. Macam tidak sedar sudah menghabiskan masa seminggu di rumah. Sepanjang cuti nie tidak ada aktiviti yang dapat dibuat melainkan bersama keluarga tersayang. Mahu berjalan - jalan pun perlukan wang. Tak kan berjalan - jalan je. Main tengok tempat saje kalau tidak makan atau minum. Minyak kereta pun perlukan wang.
Apapun, dalam masa seminggu nie saya bersama cikgu Gen2Merah dan seorang rakan lagi telah mengunjungi daerah Semporna sebanyak dua kali. Urusan sebenar adalah kerja. Setelah selesai kerja tersebut barulah kami berjalan - jalan di sekitar daerah Semporna. Sepanjang kami berada di sana, saya banyak memberitahu mereka mengenai sesuatu kawasan yang kami kunjungi. Mereka terasa teruja dengan keadaan sekeliling daerah Semporna ini.
Esok bermula lagi perjuangan yang belum selesai. Perjuangan yang menentukan masa depan negara. Bahu yang memikul tanggungjawab yang berat. Mendidik anak bangsa menjadi bangsa yang berguna untuk negara dan agama. Cabaran sering datang.
2 comments:
belum berakhir lagi bah cuti untuk bulan mac ni.. sempat lagi cuti sabtu dan Ahad minggu depan. hehe
hahaha..tu cuti umum geng...bukan cuti sekolah...ngee....
Post a Comment