Rakan Blogger

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010 Terbaik Dalam Tempoh 4 Tahun

Bila dengar dari Radio pagi tadi cukup menggembirakan hati. Tidak sangka pencapaian SPM tahun lalu adalah yang terbaik dalam tempoh 4 tahun. Selain itu, pencapaian sekolah luar bandar lebih baik dari sekolah bandar. Aduh!..macam mana boleh jadi begitu. Apapun itulah usaha yang dilakukan oleh semua pihak bukan setakat guru dan pelajar tetapi ibu bapa dan sekelilinginya yang banyak membantu.

Gambar hiasan

Tahniah untuk mereka yang berjaya! Apa yang kamu usahakan terhasil dan ia telah memberi laluan cerah kepada masa depan kamu. Namun, jangan terlalu alpa dengan keputusan pada hari ini. Berdasarkan kepada pengalaman yang saya lalui. Beberapa rakan seperjuangan saya terkandas diperingkat diploma dan STPM. Mereka terlalu bangga dan yakin dengan keputusan SPM mereka. Sehingga abaikan perkara yang sedang berlaku. Itulah yang berlaku. 

Bila saya jumpa mereka semula, mereka malu dengan saya. Malah ada di antara mereka tidak mengaku dan tidak mengenali saya sebagai kawan mereka. Sedangkan keputusan SPM saya tidak sama dengan mereka yang lebih baik. Apapun, inilah jalan cerita mereka sebenar. Berbangga pada apa yang mereka miliki walaupun sedikit. 

Walaupun keputusan saya tidak sebaik mereka namun saya buktikan bahawa kegagalan hari ini tidak bermakna kegagalan untuk selamanya. Kerana kegagalan hari ini membuat saya lebih berhati - hati pada masa hadapan. 

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

betul tu geng. tak bermakna murid yang pandai hari ni akan berjaya pada masa akan datang. begitu juga sebaliknya. Siapa rajin berusaha dia akan berjaya

Kancil 8349 said...

Rezeki tidak diukur melalui sijil tetapi usaha dan semangat untuk memperjuangkan kehidupan yang mencabar di masa hadapan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...