Rakan Blogger

Thursday, March 10, 2011

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Peringkat Daerah Tawau - Hari Penutup


Kita mulakan situasi selepas pukul 6 pagi. Saya tidur di antara pukul 4.30 pagi hingga 5 pagi. So terbangun apabila bunyi orang berlari beramai - ramai. Memandangkan saya tidur dalam kereta saya sendiri. Mudahlah saya terjaga. Di dalam kereta, saya melihat di tapak perkhemahan (tapak perhimpunan sekolah). Ramai murid - murid sedang mengemas khemah mereka selain itu ada yang menukar pakaian ke pakaian beruniform.

So saya pun keluar dari kereta dan mencari anak - anak murid saya. Sebab saya tahu mereka nie kalau tidak diarahkan mesti berlengah - lengah lagi. Tepat sangkaan saya. Mereka sambung tidur. So saya kejutkan satu persatu. Budak sekolah, ligat mahu bangun apatah lagi orang dewasa.

Tepat pada pukul 7 pagi, tapak perkhemahan telah bersih dari khemah - khemah dan segala sampah. Cepat betul budak - budak mengurus walaupun hanya  dibantu oleh beberapa orang guru pengiring dan jurulatih. Kerja mengemas telah selesai, saya berasa lapar dan mengikuti rakan - rakan dari sekolah lain untuk bersarapan pagi. Mengikut jadual sarapan pagi akan diberikan pada pukul 7.30 pagi. Tapi perut dah berbunyi. Go to canteen lah!

Pada pukul 8.30 pagi, saya pulang ke rumah. Mahu tukar pakaian selain membersihkan diri. Belum mandi lagi. Setelah selesai saya kembali ke sekolah tersebut semula. Persiapan pun telah dibuat dan nampaknya mereka semua sudah pun bersedia. Ramai guru berpakaian beruniform manakala ada pula yang berbaju batik (khamis). 

Tepat pada pukul 10.10 pagi, pegawai dari PPD sampai. Beliau disambut dengan pukulan kompang dan perbarisan unit beruniform. Sebelum pegawai tersebut melangkah masuk ke dewan, beliau membuat pemeriksaan perbarisan unit - unit beruniform. Seramai 30 orang murid mengikut perbarisan tersebut. 

Semasa acara penyampaian hadiah, saya lebih memberi tumpuan kepada acara kebudayaan. SK Kampung Titingan mendapat johan tarian tradisional. Selain itu mereka membuat persembahan di hadapan VIP. Selama 3 hari 2 malam acara ini berlangsung di SK Kampung Titingan dan ia merupakan pengalaman yang cukup manis dan menarik di kalangan  murid mahupun guru - guru pengiring. Lebih - lebih lagi guru berpuas hati dengan pencapaian anak didik mereka yang lebih berdisiplin.

Setelah upcara perasmian penutupan telah dilaksanakan, semua VIP berkumpul di bilik gerakan untuk menjamu selera. So saya dan beberapa orang guru masih berada di dewan. Ketika itu, dimaklumkan 12 orang murid akan mewakili daerah Tawau ke peringkat negeri yang akan dilaksanakan pada cuti sekolah ini. Dan kami dari SKBP tidak menyangka bahawa salah seorang anak murid kami terpilih. Tahniah untuk Aisyah Abindin!. Beliau telah mengharumkan nama sekolah.

Bagi saya pula, ini merupakan kenangan yang paling bererti. Saya telah berkenalan dengan ramai guru dari pelbagai sekolah dan ketika ada kelapangan kami sentiasa bertukar idea dan pandangan antara satu sama lain. Saat ini cukup menarik tidak hanya kepada kami tetapi kepada semua murid yang terlibat. Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat. Untuk makluman, sebanyak 44 buah sekolah terlibat dan seramai 273 orang murid yang menyertai perkhemahan ini yang berlangsung di SK Kampung Titingan.

Jom kita lihat objektif program, sekolah yang terlibat dan jumlah murid yang terlibat

Objektif Program
  1. Untuk memilih pelajar mewakili daerah Tawau ke Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri...
  2. Menghimpunkan pelajar - pelajar untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan intergriti di kalangan rakyat Malaysia dengan slogan 1 Malaysia.
  3. Memberi pendedahnn kepada pelajar tentang pendidikan luar.
Sekolah yang terlibat
  1. SK. (M) BOMBALAI
  2. SK KINABUTAN
  3. SK SG IMAM
  4. SK BANDAR TAWAU II
  5. SK BUKIT QUOIN
  6. SK LUASONG
  7. SJK (C) CHUNG HWA
  8. SK KUALA MEROTAI
  9. SK SENTOSA
  10. SK BATU 4
  11. SK INDERASABAH
  12. SK WALLACE BAY
  13. SK BALUNG
  14. SK UMAS - UMAS
  15. SK TANJUNG BATU KERAMAT
  16. SK PASIR PUTIH
  17. SK SERUDONG BARU
  18. SK MELODI
  19. SK KEM KABOTA
  20. SK HOLY TRINITY
  21. SK BLOK 31
  22. SJK (C) KOUK MING
  23. SK MUHIBBAHRAYA
  24. SK ANDRASSY
  25. SK TANJUNG BATU
  26. SK KUKUSAN
  27. SK ABAKA
  28. SK BRUMAS
  29. SK KAMPUNG JAWA
  30. SK KAMPUNG TITINGAN
  31. SK ULU KALABAKAN
  32. SK BANDAR TAWAU
  33. SK PERDANA
  34. SK JAMBATAN PUTIH
  35. SK MEROTAI KECIL
  36. SK BEROSONG
  37. SK MELATI
  38. SK LADANG TIGER
  39. SK BATU 22
  40. SK KALABAKAN
  41. SK BATU PAYONG
  42. SK BAHAGIA
  43. SK MAROTAI BESAR
  44. SK...
Jumlah peserta
Lelaki : 146
Perempuan : 127
Jumlah keseluruhan  : 273

4 comments:

Ce'gu JAERA said...

cayalah ums.. yang list ke 44 tu SK apa?

Kancil 8349 said...

ndak ingat aku dil....ada disebut tapi aku lupa catat tadi...hehehe...apapun 15 buah sekolah yang tidak menyertai perkhemahan

ulun pagun said...

44.SK Taman Tawau

Kancil 8349 said...

eyalah...thanks ulun pagun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...