Proboscis River Cruise merupakan salah satu tempat pelancongan yang terdapat di daerah Semporna. Ia terletak berhampiran dengan Sungai Tohok dalam kawasan Tanjung Kapor. Semasa cuti sekolah, saya akan membawa isteri dan anak - anak saya ke sana. Kalau tepat pada masanya, kera - kera yang mendiami kawasan tersebut akan muncul. Selalunya sebelah petang.
Di sini ada tempahan bot untuk menyusuri tebing hulu Sungai Pegagau. Harga tempahan kalau tidak silap RM 125 termasuk makan petang. Istimewanya menyusuri tebing hulu Sungai Pegagau ialah kita dapat melihat pelbagai jenis kera dan monyet. Selain itu dapat melihat keindahan kawasan paya bakau yang semula jadi di sekitar tersebut.
Jom kita lihat 3 keping gambar yang saya sempat ambil semasa saya mengunjungi tempat tersebut.
Indahnya kawasan paya bakau
Papan tanda yang menyatakan keadaan cuaca dan air di kawasan tersebut
Laluan ke tempat proboscis river cruise
Gambar di atas nie pun boleh kita lihat kera - kera tersebut. Mereka akan datang sendiri pada waktu petang.
4 comments:
WOW MENARIK.. KALAU DI MELAKA ADA MELAKA RIVER CRUISE.. :)
BAH!...DATANGLAH KE SINI GENG...
esok ka kita datang ke tempat ni geng?
kalau diizinkan kita akan ke sana...tapi yang lebih penting adalah Tampi - Tampi tu
Post a Comment