Berat hati mahu meninggalkan SK Batu Payong. Walaupun saya baru mengajar 7 bulan di sana. Rasa sedih mengganggu emosi saya sejak Khamis lagi apabila menerima surat perpindahan sekolah dari PPD Tawau. Bukan tidak boleh memohon rayuan kepada PPD Tawau tetapi rasanya kita elok ikut kata pentadbir besar kita dan tidak mahu mengambil risiko pada masa akan datang.
Selama tujuh bulan berada di SK Batu Payong, banyak kenangan dan pengalaman yang saya timba. Selama itu juga saya banyak menerima tunjuk ajar dari semua guru - guru SKBP. Mereka tidak lokek ilmu dan sentiasa menegur kesilapan saya. Saya rasa gembira dan senang berkerja situasi tersebut. Tapi apa kan daya? Kena dipindahkan. Saya rasa kesal sedikit sebab saya tidak membuat apa - apa perubahan di sekolah tersebut. Tiada benda yang menjadi kenangan untuk sekolah tersebut melainkan ingatan dikalangan warga SKBP.
Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SKBP, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Kokum dan semua guru SKBP kerana banyak membantu dan menunjuk ajar kepada saya. Mereka banyak membantu dan memberi peluang kepada saya. Saya rasa bertuah berada di sekolah tersebut.
Bagi anak murid saya, harapan cikgu belajarlah rajin - rajin kerana ilmu merupakan kuasa yang amat berharga dari wang ringgit malah ia mempengaruhi segala - galanya dalam kehidupan kita. Hanya doa saja yang mampu cikgu kamu berikan.
Di bawah nie ada beberapa gambar yang saya pilih secara rawak sepanjang berada di SK Batu Payong. Kenangan terindah :
Tahun 2010
Tahun 2011
6 comments:
na umra sabal..na.....biasalah 2..bah..hehehe....
hilang sudah guru harapan SK Batu Payong ni...
Yub : belum biasa aku berpindah sekolah nie...belum tiba masanya
Dil : ada gak yang akan menggantikan tempat aku dan mungkin dia terbaik
ada jugak gambar ku ni............
muridku yang menjadi harimau...hilang suara sudah dia.......hehehehe
huhuhu
Post a Comment