Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Dekat dah dua minggu lawatan sekolah ke Kota Kinabalu. Barulah ada berpeluang untuk kancil kongsikan cerita semasa LASABELA ari tu. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan program tiada masalah yang berlaku. Semua murid dan guru pengiring merasa seronok dan gembira semasa LASABELA tersebut.
Seawal 6.30 pagi, semua peserta telah berhimpun di dewan terbuka sekolah bersama ibu bapa mereka. Menunggu pengerusi PIBG untuk memberi ucapan kepada semua peserta program. Di samping itu, ketua program memberi taklimat sepanjang program dilaksanakan. Ini memberi peluang kepada ibu bapa mengenai anak - anak mereka sepanjang masa. Para peserta pun memberi tumpuan pada taklimat yang diberikan kepada oleh beberapa orang guru pengiring.
Tepat pada pukul 8 pagi, bas bergerak ke Kota Kinabalu. Singgah sebentar di Lahad Datu untuk berehat. Ini kerana kebanyakan para peserta tidak pernah berjalan jauh sejauh ke Kota Kinabalu. Selepas itu, berehat solat dan makan di Bukit Garam Kinabatangan. Selepas solat dan makan kami meneruskan perjalanan. Tepat pada pukul 4 petang, tiba di Taman Negara Kota Kinabalu Kundasang.
Jom kita lihat beberapa keping gambar sekitar kawasan Taman Negara. Kebetulan, awan tebal dan pemandangan gunung Kinabalu tidak kelihatan.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
17 comments:
lama juga baru sampai ke tman negara tu.
pape pon, mesti seronok kan. hehe =)
wah..seronoknya..teringin nak pegi sana.. T__T
bestnya pergi bercuti..!!
assalamualaikum kancil...wah bawa anak murid berjalan2 melawat ke tempat2 yang best la...seronoknya...:)
bestnya cikgu....
ntah bila la sy nak sampai ke sana..huhuh
tak pernah sampai sabah lagi....kepingin juga nk pergi...:)
nampak menarik tu kancil
LASABELLA??sedap nama tu..hihi..;)
Siti Kektus :
memang jauh pun. Kancil tinggal di Tawau...Taman Negara terletak di Kundasang
Yana :
jomlah datang ke sini
Dylla Abas :
jomlah bercuti
Cikgu Ma :
jomlah kitak datang sini
Pen Biru :
tunggu ada rezeki...
Aishah :
jomlah datang ke sini
Khairul :
memang menarik pun
Anak Wak Mail :
LASABELLA : Lawatan Sambil Belajar...
Post a Comment