Rakan Blogger

Monday, December 5, 2011

LASABELA Ke Kota Kinabalu (19 hb November 2011)

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Dekat dah dua minggu lawatan sekolah ke Kota Kinabalu. Barulah ada berpeluang untuk kancil kongsikan cerita semasa LASABELA ari tu. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan program tiada masalah yang berlaku. Semua murid dan guru pengiring merasa seronok dan gembira semasa LASABELA tersebut.
Seawal 6.30 pagi, semua peserta telah berhimpun di dewan terbuka sekolah bersama ibu bapa mereka. Menunggu pengerusi PIBG untuk memberi ucapan kepada semua peserta program. Di samping itu, ketua program memberi taklimat sepanjang program dilaksanakan. Ini memberi peluang kepada ibu bapa mengenai anak - anak mereka sepanjang masa. Para peserta pun memberi tumpuan pada taklimat yang diberikan kepada oleh beberapa orang guru pengiring.

Tepat pada pukul 8 pagi,  bas bergerak ke Kota Kinabalu. Singgah sebentar di Lahad Datu untuk berehat. Ini kerana kebanyakan para peserta tidak pernah berjalan jauh sejauh ke Kota Kinabalu. Selepas itu, berehat solat dan makan di Bukit Garam Kinabatangan. Selepas solat dan makan kami meneruskan perjalanan. Tepat pada pukul 4 petang, tiba di Taman Negara Kota Kinabalu Kundasang.

Jom kita lihat beberapa keping gambar sekitar kawasan Taman Negara. Kebetulan, awan tebal dan pemandangan gunung Kinabalu tidak kelihatan.


 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

17 comments:

ct kektus said...

lama juga baru sampai ke tman negara tu.

pape pon, mesti seronok kan. hehe =)

yana-feehily said...

wah..seronoknya..teringin nak pegi sana.. T__T

Dylla Abas said...

bestnya pergi bercuti..!!

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah bawa anak murid berjalan2 melawat ke tempat2 yang best la...seronoknya...:)

Cikgu Ma said...

bestnya cikgu....

Pen Biru said...

ntah bila la sy nak sampai ke sana..huhuh

Jahirah said...

tak pernah sampai sabah lagi....kepingin juga nk pergi...:)

Unknown said...

nampak menarik tu kancil

Anak Wak Mail said...

LASABELLA??sedap nama tu..hihi..;)

Kancil 8349 said...

Siti Kektus :

memang jauh pun. Kancil tinggal di Tawau...Taman Negara terletak di Kundasang

Kancil 8349 said...

Yana :

jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

jomlah bercuti

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

jomlah kitak datang sini

Kancil 8349 said...

Pen Biru :

tunggu ada rezeki...

Kancil 8349 said...

Aishah :

jomlah datang ke sini

Kancil 8349 said...

Khairul :

memang menarik pun

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

LASABELLA : Lawatan Sambil Belajar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...