Rakan Blogger

Sunday, February 26, 2012

Kes Buli : Apa Tindakan Ibu Bapa?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Pagi tadi, Kancil terbaca satu kenyataan sedih yang diluahkan oleh seorang ibu mengenai anaknya dibuli di sekolah. Kenyataan tersebut terpampang di laman sosial Facebook sekolah tersebut. Menurutnya, anaknya selalu dibuli dan sentiasa menangis selepas balik dari sekolah. Tapi, adakah tindakan ibu tersebut betul dengan menaip kenyataan beliau di halaman FB sekolah tersebut? Apa tujuan sebenarnya?

Mungkin niat ibu tersebut ingin meluahkan rasa sedihnya dan meminta kenalan - kenalan di sekolah tersebut bersimpati dengan situasinya. Namun, tindakan tersebut boleh mencemarkan nama baik sekolah dan ini akan memburukan keadaan kerana beliau tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak sekolah. Apa tanggapan orang lain terhadap sekolah tersebut?

Apa punya sekolah? Murid kena buli tiada tindakan. Guru - gurunya buat apa? Butakah sampai tidak sedar murid kena buli? Itu sebahagian kata - kata yang mungkin keluar dari ibu bapa murid lain. Yang menjadi mangsa, tetap guru.

Bagi ibu bapa yang diluar sana. Jika tiada laporan dan tindakan yang diambil oleh ibu bapa sendiri, pihak sekolah tidak mengetahui keadaan tersebut. Untuk makluman, kejadian buli bukan berlaku di dalam kelas. Mungkin berlaku sebelum sesi pembelajaran, sesi rehat dan semasa menunggu bas sekolah untuk balik ke rumah. Jika ada laporan, pihak sekolah terus mengambil tindakan dan menyiasat perkara tersebut.

Pihak sekolah selalu berpesan kepada ibu bapa, jika berlaku kes buli ke atas anak mereka. Teruslah melapor kepada pihak sekolah. Bukan melapor melalui surat layang terus ke PPD atau laman sosial. Ini menunjukkan ibu bapa tidak pernah hadir dalam mesyuarat PIBG yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Untuk makluman ibu bapa juga...kebanyakan anak - anak kita meminta prihatin kita sebagai ibu bapa. Kekadang, kata - kata mereka ada kalanya tidak benar.

Semua ini kerana mereka inginkan ibu bapa ambil berat terhadap mereka. Jika ibu bapa buat laporan macam ini. Bertambah naik tanduk anak - anak ini. Mereka akan berusaha untuk mencari helah agar mereka disayangi. Bukankah kanak - kanak alaf ini pintar? Tidak percaya...datanglah sendiri melihat gelagat anak anda di sekolah. Cutilah sehari untuk melihat mereka. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

24 comments:

Aien Not Alien said...

betul cakap kancil...


cikgu mungkin tak perasan kejadian buli yang berlaku, ibu bapa kena main peranan bila anak mengadu, laporkan pada pihak sekolah untuk tindakan lanjut....cegah buli dari berleluasa ^_^"

RHI said...

kadang2 ibu bapa ni cepat sangat emosional...nak2 anak tu anak kesayangan, tak fikir panjang ambil tindakan...

Anisa Anuar said...

kes buli memang ada je dimana-mana...
masing-masing main peranan.. keluarga, kawan-kawan dan masyarakat...

QasehnyaRania said...

ibu bapa perlu main peranan lebih sikit..sebb anak2 perlu d bentuk dirumah terlebih dahulu,baru dorang ni faham ...jgn harap guru semata2...tugas guru utk membri ilmu spy mejadi lebih baik ...

maszull said...

assalamualaikum kancil...masih ada lg kes2 mcm ni kat sekolah ye...mcm mana lah kita nak banteras kes2 mcm ni kan...:)

3no gr33ny said...

walau apa pon yang berlaku..ibubapa sepatutnya berbincang dulu dengan guru supaya kedua-dua belah pihak dapat sama2 siasat puncanya...

xpatut sebelah pihak dipersalahkan tanpa usul periksa

Ce'gu JAERA said...

Tiada yang betul, tiada yang salah. Masing2 ada fakta dan auta tersendiri untuk mempertahankan hak,..

apa yang penting, perlunya ibu dan guru perlu saling faham memahami sesama demi anak2 dan murid2 tercinta... (",)

Kancil 8349 said...

Aien Not Alien :

betul tu...kalau tiada laporan...macam mana kita mengetahuinya

Kancil 8349 said...

Yatie Awang :

betul tu....apapun kena siasat dengan ucapan atau luahan anak tu

Kancil 8349 said...

Anisa :

betul tu....semoga mereka dapat menangani dengan bantuan orang lain

Kancil 8349 said...

QasehnyaRania :

namun tidak semua mak bapa faham konsep itu sebab mahu kejar duit je

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

semua bermula di rumah...jika ibu bapa sentiasa berpesan kepada anak - anak mereka supaya jangan menganggu rakan lain...insya Allah ia tidak akan terjadi macam nie

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

betul tu...Kancil baru dapat tahu bahawa anak dia sebenarnya kaki buli...untuk menutup kesalahan dia...dia berkata kena buli...

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

Kalau guru je yang faham situasi anak mereka tetapi ibu bapa tidak...ndak ada guna..bukankah pernah berlaku di???? sehingga salah seorang dari guru kita menangis...

Ckin Kembaq said...

sebenarnya kena ada dua komunikasi antara ibu bapa dan guru2...kalu anak mengadu, cepat2 maklum kat cikgu..boleh cikgu selidik..yg susahnya, tak maklum..last2 jadik tekanan kat pelajar... apa2 hal rujuk kat cikgu,,,setakat post di fb, and dpt simpati dr org lain, tak jadi jugak..kes buli ttp berjalan..kan cikgu?...

Kancil 8349 said...

Ckin Kembaq :

betul tu...kekadang ada ibu bapa marah bila guru tidak ambil tindakan...bukan tidak ambil tindakan...bila kata anak mereka pembuli mereka kata guru yang salah...sedangkan terang - terang kita nampak anaknya membuli...

baguznet said...

apa pun yang sepatutnya kita sebagai pembaca yg tiada di tempat mereka perlu siasat kedudukan kes bg kedua-dua pihak sblm kita blh membuat sebarang ulasan. takut menjadi suatu tuduhan yg salah dan kita secara tidak langsung mendapat dosa kerana membuat tuduhan melulu

Eera Shera said...

kesian bdk yg dibuli tu

Unknown said...

ibu bapa dan guru2 saling perlu memerlukan...... demi utk masa depan anak2 yg belajar.....

Kancil 8349 said...

bagusnet :

betul tu...sokong sangat

Kancil 8349 said...

Eera :

budak tu bukan dibuli tapi membuli

Kancil 8349 said...

remyhazza :

betul tu..bukan guru je

mas saari said...

kita tak boleh serah 100% hal anak2 kat sekolah pada cikgu je... kita kena pantau jugak supaya anak kita tak dibuli dan jadi pembuli!

Kancil 8349 said...

Mas Saari :

betul tu...pemantauan kena buat agar kita mengetahui kebenarannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...