Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Hari nie Kancil ingin berkongsi satu maklumat yang Kancil dapat dari rakan FB Kancil. Jomlah baca beramai - ramai.
1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
23 comments:
tak pernah menyesal diciptakan sebagai wanita...
berbangga menjadi wanita..
Alhamdulillah... tahniah kepada para wanita sekelian...
indahnya ciptaan Allah swt buat hamba-hamba Nya
congrats untuk kaum wanita.setiap ciptaan tuhan ada kelebihan masing-masing kan.
alhamdulillah syukur dilahirkan sebagai perempuan...
baru tahu yang number 3 tu.
heheh
indahnya ciptaan...
beruntungnya jadi wanita. InsyaAllah kalau Eza dah kawen nanti, Eza akan taat kat suami selagi nak melanggari hukum agama.
p/s: kalau kancil sudi join contest Eza, jemput join yer.
terima kaseh kancil
alhamdulillah sbb dilahirkan sebagai seorang perempuan...tapi susah jgk sbb kaum hawa ini banyaklah nafsunya yang terbahagi kepada berbagai macam perkara
:') alhamdulillah..
assalamualaikum kancil...alhamdullilah moga kita sebagai wanita ini hendaklah sentiasa taat pada suami agar laluan ke syurga itu menjadi milik kita insyaAllah...:)
kelebihan perempuan,,untungnya jadi perempuan kan..;)
untung mereka kan? limited editiion sebab sebaik2 hiasan dunia adalah wanita solehah kan? moga2 kita dapat sorang sebagai isteri, dan anak2 solehah hendaknya. :D . :)
dan wanita yg mempunyai rahim itu is my mother :D
waaaa, mantop!!!....geng! berikan pendapat mengenai isu-isu semasa yang berlaku di negara kita...ada juga INFO di blog ini......
khas utk para lelaki baca ni..wanita byk dah tau ni..
antaranya kancil...bangga kak..
mmg rugi perempuan yg xnk jadi perempuan tu... lg berangan nak jd lelaki... bersyukurlah dgn segala anugerah Allah SWT.. krn setiap anugerah pasti ada kebaikannya...
Alhamdulillah... indahnya menjadi wanita andai pandai menjaga diri...
Alhamdulillah.. kerana lady seorang wanita..
rasa bersyukur dilahirkn sbg wanita :)
wanita dirimu begitu berharga kn :)
suami dan isteri....
sama2 saling memerlukan.....
Post a Comment