Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Entri sebelum nie, ramai rakan blogger bertanya dan ingin mengetahui perasaan kami sebagai guru. Adakah seronok atau tidak? Nak jawab soalan tu, memang mudah namun Kancil bimbang ada yang akan salah faham dengan apa yang bakal Kancil kongsikan disini. Namun ini hanya pandangan individu dan bukan pandangan umum atau mewakili semua guru di Malaysia. Harap dapat menilai sendiri.
Seronok
1. Memang cita - cita Kancil dari kecil lagi. Ia satu kerja yang mulia dan senang diingati oleh golongan masyarakat.
2. Seronok bila dapat jumpa murid yang pernah kita ajar. Mereka akan datang berjumpa dengan kita dengan rasa gembira. Walaupun Kancil nie guru baru di bidang pendidikan namun Kancil sudah merasa ketika nie. Kerana Kancil merupakan bekas pensyarah kolej swasta. Dan Kebanyakan pelajar - pelajar Kancil sudah berjaya. Kancil terpaksa menunggu beberapa tahun lagi.
3. Gaji yang mencukupi. Alhamdulillah, gaji yang diberikan cukup untuk menampung keperluan keluarga Kancil. Ramai di luar sana kata gaji guru nie besar. Namun, berbanding dengan pemandu lori, jururawat, polis dan usahawan. Gaji mereka lebih besar daripada guru. Gaji guru merupakan tangga kelapan paling rendah dalam analisis penjawat awam negara.
4. Satu kepuasan bagi seorang guru apabila murid yang diajar berjaya dalam hidupnya. Paling seronok apabila mereka di hujung tahun mendapat keputusan yang baik dalam subjek kita. Lagi seronok apabila kita memberi mereka ilmu bermula dari kosong sehingga mereka mendapat ilmu yang kita ajarkan.
5. Apa sekalipun pekerjaan, kita berniat kerana Allah. Kerana - Nya memberi kita rezeki. Dan kita akan mendapat ganjaran di atas usaha kita untuk menyedarkan anak - anak sebagai pemimpin di muka bumi.
Tak seronok jadi guru
1. Awal tahun kena cuci najis dan muntah murid. Maklumlah murid tahun 1 tidak berani ke tandas dan ada yang takut sangat. Apa boleh buat...dah terpaksa. Tapi setakat nie Kancil belum rasa lagi. Dengar member - member lain je.
2. Kena marah dengan mak bapa murid. Bila tahan anak mereka lambat keluar dari kelas, ada mak bapa yang "sound"...apa dia ingat Kancil nie tak nak balik cepat ke? Kalau boleh balik awal, mana - mana guru pun suka termasuklah Kancil sendiri. Namun, kami guru ada sebab mengapa buat macam tu. Untuk anak mereka pandai.
3. Bila Nazir datang, semua orang jadi kelam kabut dibuatnya. Memang bagus juga kehadiran mereka untuk memantau. Yang ndak seronoknya apabila pegawai tersebut memerhati kita mengajar. Lain betul perasaan kita mengajar dengan ada orang dewasa. Kalau ndak percaya, cuba sendirilah. Memang kekok. Dah biasa dengan murid - murid kecil, tetiba ada orang dewasa. Hah!...macam mana?
4. Buat kerja pengkeranian. Banyak sangat borang nak diisi. Banyak sangat data dan maklumat mahu direkod seperti rekod kehadiran murid, buku ko kurikulum murid, buku pelaporan akademik murid dan Kad 001. Tu yang sampai di bawa ke rumah. Nie sekarang guna online. Tak tahulah apa cerita dengan guru pendalaman...yang hanya seminggu dan ada yang sebulan baru dapat keluar ke bandar.
5. Semak buku latihan, lembaran kerja dan buku kerja murid. Kalau dalam kelas tu ada 40 orang dan kita mengajar 5 buah kelas. Bermakna 200 buah buku kita kena semak dalam sehari. Itu baru buku latihan. Belum buku kerja dan lembaran kerja murid. Bermakna ada 600 buah buku kena semak dalam sehari. Bikin panas bila ibu bapa sound guru mengapa buku kerja, lembaran kerja atau buku latihan anak mereka tidak ada di dalam beg anak mereka. Bila guru ndak bagi kerja rumah, ibu bapa datang sound guru mengapa ndak bagi anak mereka kerja rumah. Bila pula banyak kerja rumah diberi, guru lagi disound oleh ibu bapa mengapa bebankan anak mereka. Senang kan jadi guru?"
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
41 comments:
sy x leh jd cikgu..sbb cepat panas baran..habis budak2 nanti :)
is kecik2 cita2 nak jadi cikgu... bila besaq... xmo pulak...haha
ada juga cita2 nak jadi guru dulu..
tapi skrg guru pada anak2 aje..
assalamualaikum kancil...besar pahalanya dan paling seronoknya jika berjaya mendidik anak murid itu hingga berjaya dalam hidupnya...
dari cikgulah bermulanya siapa kita dalam hidup ini selain dari ibubapa...
dulu slalu tolong bapa sy tanda kertas exam anak muridnya.. hehehe..
best pa jd cikgu..
smp bila2 pon org pangil kita cgu..
tp x bestnya sb klu student xwat keja yg kita suh..
owh blh bikin panas :)
Kalau kita minat semua keje pun best..
Akak guru Kafa kira guru jg kan..:)
Hanya seorang guru itu sndiri je yg paham dan dapat nikmat kepuasan bila ank2 didik nya berjaya..
Dulu Eza pun cita-cita nak jadi guru. Nak mengajar. Nak jadi guru pengiring bila students wakil sekolah. Tapi, tak kesampaian. Bidang yang Eza pilih sekarang lebih kepada administration.
Tapi, peluang nak jadi pensyarah tu masih terbuka. InsyaAllah, doa-doakan tercapai la cita-cita Eza ni.
p/s: kadang-kadang, kesian dengan cikgu, selalu tension dengan karenah students. huhuk.
walau ap pon dugaan yg mendatang..hamba tekad mahu menjdai seorang pendidik..inilah minat hamba dari kecik..
paling leceh mmg nazir la...student pon tension jgk bila nazir dtg..huhu..skrg ni pon sama
sangat2 memahaminya... mak dan ayah saya dua-dua cikgu...
sebagai rakan sejawat, saya setuju 100% =)
memang mencabar tugas seorang guru pada masa sekarang kan kancil...
Apa kerja pun ok kalau kita minat kerja tu. Dulu aku buat sales jumpa ramai orang, best siap boleh jenjalan minum kopi sembang-sembang. Sekarang aku buat akaun langsung tak jumpa orang tapi banyak pulak masa siap boleh jenjalan minum kopi sembang-sembang. Sama jugak kan?
Janji suka apa yang kita buat, mesti best ^_^
cita2 pertama dr kecik, nk jadi cikgu..tp bla dh besar, xdpt plak jd cikgu huhu
nak jugak jadi cikguuu! XD
akak dulu cita2 memang nak jadi guru..tapi tak kesampaian..itulah malas sangat belajarkan??
akak suka dengar yang seronok2 je tentang guru..yg tak seronok tolak tepi dulu hehe
perasaan kancil tu samala ngn perasaan sy ..rsnya sume cikgu pn rs cm tu ..tp yg pntng, bak kata kancil, niat kita kerja kerana Allah.. :)
n keje apapn xpe, jnji keje tu kita suka..
saya bukan orang yang cukup sabar mengajar dan melayan kerenah budak2.
suka dgn semangat pendidik~
pika dlu tringin sgt nk jd ckgu.. tp x lepas ujian time awal2 dlu.. huhu.. nasib badan lerrr.. dpt jadi ckgu tdka sementara pon jadi la.. hehe
dulu kechik2 remy teringin sangat nak jadi chekgu nie....
suka layan budak2....
malah sampai skrg pun remy masih teringin.....
khairul :
hehehe...tapi boleh ajar orang dewasa kan...hehehe
eeiyss :
hehehe...mungkin dah nampak rezeki lain lebih mudah
cinnamon.com :
kira guru juga bah tu...
Maszull :
Waalaikumsalam mama..
betul tu mama...terima kasih
Santri :
betul tu...terima kasih
Anne Nurain :
kamu pun bakal2 bah kan
Ruby :
betul tu...kancil sokong tu
Ariana :
betul tu..semoga kita mendapat ganjaran yang setimpal
3no gr33ny :
hehehe...sabarlah tuan hamba
Anisa :
Alhamdulillah...dapat memahami masa guru
Cikgu Ma :
Terima kasih
Masz Sidek :
betul tu...keadaan yang membuat macam tu...namun kami akan tempuhi demi kecemerlangan generasi kita
Empayar Utama :
betul tu...
Sutera Kasih :
belum ada rezeki tu
dee :
jomlah daftar sebagai guru
Yatie Awang :
semua pada pengalaman...ndak mengapa..bukan rezeki kamu tu...
Ziraziz :
terima kasih kerana menyokong
dhiera :
boleh dilatih bah tu
cik pika :
jadi cikgu juga bah tu
remyhazza :
mohon jadi guru sandaran bah
Post a Comment