Rakan Blogger

Tuesday, February 14, 2012

Wajah Yang Senang Dikenali

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam, Kancil teringat satu kenangan antara Kancil dengan seorang kenalan perempuan dari Tangkak Johor. Masa tu Kancil masih lagi belajar di UiTM Shah Alam. Kisah bermula, di perhentian bas di Menara. Kancil duduk berseorangan di perhentian bas tersebut. Entah dari mana, muncul seorang gadis terus melemparkan senyuman ke arah Kancil.

Kancil tunduk malu kerana tidak mengenali gadis tersebut. Dia berdiri tidak jauh dari Kancil. Itulah kali pertama Kancil jumpa gadis tersebut. Beberapa hari kemudian, Kancil terjumpa lagi gadis tersebut. Kali nie, di dalam bas. Kancil duduk dan dia berdiri di hadapan Kancil. Kancil menjadi tergamam melihat dia tersenyum di hadapan dia. Kancil terus tunduk malu.

Peristiwa seterusnya, berlaku di perpustakaan Tunku Abdul Rahman 1 (PTAR). Kali ini, Kancil tekad untuk menegur gadis tersebut. Alhamdulillah, kami berjumpa lagi. Dia tetap melemparkan senyuman ke arah Kancil. Dengan perasaan yang gementar Kancil terus berjalan ke arah dia.

"Assalamualaikum! Apa khabar?"

"Waalaikumsalam! Baik."

"Selalu nampak kamu senyum ke arah saya. Jadi kan bagus jika kita berkawan"

"Eya ke? Maaflah! Cuma itu yang mampu saya buat"

"Orang panggil saya UMS. Kamu?"

"Saya Azie. Nada kamu macam orang Sabah"

"Eya! Saya memang orang Sabah, cuma ramai anggap saya orang Kelantan...hehehe"

"Saya pun ingatkan macam tu"

Itulah perbualan pertama kami. Memang menarik  namun, Kancil masih ingat akan janji Kancil pada kekasih Kancil. Jadi kami hanya berkawan biasa sahaja. Sehinggalah kami tamat belajar. Kancil pun ndak tahu apa khabar dia sekarang.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di entri Kancil 8349

37 comments:

hyemynameisrasyid said...

cari la dia blik.,fesbuk kan ada.,
=)
xpon post kt ruangan sms kosmo.,kot2 la bleh jmpa blik.,

Izwa Kamaruddin said...

bersahabat melalui senyuman... :)

cikgu said...

ooo..citer lama eh ni...

Kakzakie Purvit said...

Kalau belum ada kekasih boleh juga kan cikgu. Tapi jadikan sebagai sahabat pun tak salah...

Unknown said...

hee, mungkin senang orang nak tau kancil orang sabah. hihi. Kalau Eza, hmm.. ramai ingat orang semenanjung. padahal orang sarawak ;)

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah kenangan terindah kancil yer...:)

Jahirah said...

kalau jumpa semula mesti senyum2 aje sebab kenangan dolu2..hehee

shedameor said...

alaa, sayangnya lost contact kann.

Fiza Nurani said...

wah wah, wewwit :)

Ezad Skytech said...

memori indah macam tu mesti akan diingati sampai bila2 kan kancil..:D

Anonymous said...

kenangan yg mengusik jiwa kadang2 ye cikgu.. doakan saja yg terbaik buat dia..

Si BuDaK KaChAk said...

wahhh....pndai cikgu mngorat ek???hehehe...try la cr dia...tnye khabar lg...huhuh

Unknown said...

amboih... indahnya saat itu... hhe

Anak Wak Mail said...

haha,,tu la,,kadang2 asyik jumpa..mampu senyum je,,tak mampu nak berkata apa2..hehe

Unknown said...

kenangan terindah..... tetap besemadi dlm jiwa....

skuterlady.blogspot.my said...

biarkan kenangan tu tetap jadi kenangan...tak payah la kot cari dia lagi...ade yg cemburu nanti...he3

3no gr33ny said...

owhh..sahabat hamba ni pemalu jugak orangnye..hihi

Aien Not Alien said...

sebuah senyuman mengikat tali persahabatan....


rindu UiTM Shah Alam....bus stop menara, PTAR semua tu...hehehe..

Kancil 8349 said...

hyemynameisrasyid :

alangkah dapat jumpa semula namun ndak tahu nama sebenar

Kancil 8349 said...

azam :

tulah...namun bukan jodoh kancil

Kancil 8349 said...

Mrs Eady :

betul tu

Kancil 8349 said...

Fad :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Kakzakie :

betul tu...namun ia hanya sejarah dalam hidup kancil

Kancil 8349 said...

Eza :

samalah kita Eza

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
kancil banyak kenangan mama...insya Allah akan kongsikan

Kancil 8349 said...

Aishah :

betul tu...Kancil pun dah lupa macam mana rupanya

Kancil 8349 said...

shedameor :

memang sayang....

Kancil 8349 said...

fiza :

hehehe

Kancil 8349 said...

Ezad :

betul tu...

Kancil 8349 said...

citra nanizam :

betul tu..semoga dia sentiasa berada yang terbaik

Kancil 8349 said...

Si Budak Kachak :

hehehe....kancil bukan mengorat tu...namun ndak selesa asyik senyum namun ndak bertegur sapa

Kancil 8349 said...

eeiyss :

betul tu...memang indah sangat...

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

hehehe...betul tu....

Kancil 8349 said...

remyhazza :

betul tu...

Kancil 8349 said...

lady scooter :

betul tu...terima kasih ingatkan kepada Kancil...

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

hehehe...ada juga...hehehe

Kancil 8349 said...

Aien :

Kancil pun rindu dengan UiTM Shah Alam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...