Rakan Blogger

Friday, February 24, 2012

Program Motivasi Tahun 6 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam, Kancil telah dijemput oleh rakan sejawatan untuk menjadi penceramah program motivasi tahun 6. Ini bermakna, dua tahun berturut - turut Kancil telah memberi ceramah motivasi kepada murid - murid di sekolah Kancil. Terus terang Kancil katakan, Kancil bukan pandai sangat pun. Tidak sehebat seperti Dr Fazilah Kamsah. Kancil masih muda dan banyak untuk belajar.

Namun, peluang kancil ambil sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan memperbaiki setiap kelemahan sepanjang sesi berlangsung. Dengan itu, kita dapat maju setapak demi setapak. Malah membuatkan kita biasa menyampaikan ceramah berbanding malu - malu kucing. Syukur, Kancil sudah melaluinya. 

Dalam ceramah Kancil, Kancil telah tekankan tentang disiplin dalam diri setiap murid. Mengapa perlu ada disiplin? Disiplin memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Untuk berjaya, kita harus memiliki disiplin yang tinggi. Tengok sahaja negara Jepun, Korea dan China. Mereka sudah maju lebih awal daripada negara kita. Semua kerana rakyat negara tersebut berdisiplin. 

Selain itu, Kancil telah menyampaikan satu pesanan untuk mereka ingati. Kancil ndak ingat susunan sebenar namun ia berbunyi begini :

"Sebelum mencium tangan kekasih kamu, ciumlah kedua belah tangan ibu bapa kamu"
"Sebelum naik tangga pelamin, naiklah tangga universiti"
"Sebelum dukung anak, dukunglah segulung ijazah"

Kancil dapat daripada seorang rakan Kancil suatu ketika dulu. Dia memberi kata - kata ini untuk Kancil. Dan sehingga kini Kancil ingat walaupun ia tidak semua. Kancil berharap, murid - murid Kancil akan berjaya dalam UPSR tahun ini dan dapat menaikkan balik nama sekolah.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : hari ini masih berlangsung program motivasi. Kancil dijemput menjadi fasilitator untuk kumpulan 1.

39 comments:

Gen2Merah said...

cayalah Kancil.. buat yang terbaik cikgu

ANISA said...

memang perlu program motivasi..
terutama yg tahun peperiksaan...

Masz Sidek said...

motivasi yg baik... restu ibubapa penting... sebelum turun sekolah tu memang perlu salam dan cium tangan ibubapa... sy memang amalkan dari dulu dan sampailah sy dah keja... setiap pagi sebelum turun keja sy salam kedua org tua sy... supaya hari yg sy lalui diberkati....

Aien Not Alien said...

menarik la kata2 tu kancil...kreatif dalam memberi ceramah motivasi... :)

shark said...

boleh jadi pakar motivasi ler pasni:)
x pakai kancil dh pasni..
pakai kuda plak:p

[sutera kasih] said...

teringt kem motivasi masa drjh 6 dulu2 hehe

cIk JanNah said...

fuhh mantaplah kancil! All the best!

Munnafendy said...

heee dah ada anak pun boleh je dukung ijazah kan.. =)

remyhazza said...

all the best la kancil....
pengalaman itu mematangkan kita....

Santri T.P.I.N.I said...

wah...kata motivasi yg menarik cikgu! tahniah cikgu, jawapan anda betul... sila berikan emel atau alamat cikgu di emel saya edifadli@gmail.com yer..

maszull said...

assalamualaikum kancil...tahniah cikgu kancil n buat yg terbaik yer...:)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

owh kancil pn cikgu ke? nice :D

cinnamon.com said...

tahniah cikgu..masa anak kak nak ambil upsr dulu..kak dgn sukarelanya dtg utk anak kak.


bkn setakat anak murid aje kena bg motivasi ,.

Kazman & Sue said...

memang kata2 tu sesuai untuk mereka.... semoga kancil menjadi penceramh terbaik untuk anak2 murid kancil...

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

terima kasih geng

Kancil 8349 said...

Anisa :

betul tu...pendedahan awal

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

betul tu...Kancil pun selalu tekankan pada mereka

Kancil 8349 said...

Aien :

Semua dari pengalaman orang lain...

Kancil 8349 said...

Shark :

Amin...tetap setia pada Kancil

Kancil 8349 said...

Sutera Kasih :

mesti best kan

Kancil 8349 said...

Cik Jannah :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Munnafendy :

boleh bah...cuma untuk mereka nie lebih baik tumpukan pada pelajaran mereka

Kancil 8349 said...

remyhazza :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Santri :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

terima kasih

Kancil 8349 said...

Muhammad Saiazuan Norhalik :

yup...terima kasih

Kancil 8349 said...

Cinnamon.com :

terima kasih...ibu bapa akan datang,...

Kancil 8349 said...

Kazman :

terima kasih...amin...

ciK LyndaWawa said...

bila la saya nak cium tangan suami ye..hehehehe

3no gr33ny said...

popular jugak sahabat hamba..kerap dijemput utk beri ceramah di sekolah lain..teruskan usaha yer sahabat!!

Diana Azis said...

Wah..best of luck kancil..tertarik dgn kata2 tu :)

Bui Junaidi said...

KALAU SLL BAGI CERAMAH,NNT TAKDER LAH MALU2 LAGI KAN...*__*

aimie amalina said...

weeee
cm mane asenye motivasi dr cekgu kancil ni
hehehehe ;))

Aishah Jahirah said...

ayat2 tu memang akan naik semangat kalau selalu diulang....:) teringt cikgu kaunseling saya....

dhiera said...

suka quote tu. baca banyak kali~

Zahirah Dzulkifli said...

Wah, siap bagi ceramah. Hehe. Semoga sukses selalu ye kancil :)

c'axoera ヅ said...

woooooow terbaeeeeek dari ladang :) suka suka !



http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/little-girl-sings-like-pro.html

Yatie Awang said...

motivasi untuk ibu bapa takkan tak ada, anak akak pun ambil periksa UPSR juga tahun ni...

cik dila.. said...

bila bole dukung anak nih ? heheh..
all the best kancil.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...