Rakan Blogger

Saturday, February 25, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433 H /2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Pagi tadi, sekolah di tempat Kancil mengajar telah berjaya melaksanakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Ia dianjurkan oleh panitia Pendidikan Agama Islam dan J -Qaf SK St Patrick. Kancil telah diminta untuk menjadi pengacara majlis pada hari ini. Dengan rasa senang hati, Kancil menerimanya. Tema pada tahun ini ialah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Seawal 6.30 pagi, Kancil sudah tiba di sekolah. Ketika itu, hanya beberapa orang guru yang kelihatan dan murid - murid sudah pun berkumpul di tapak perhimpunan. Pada pukul 7.25 pagi, loceng sekolah dibunyikan. Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk mengambil kehadiran mengikut kelas.
Tepat pada pukul 8 pagi, acara bermula dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Asma'ul Husna. Selepas itu, bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Nizam Bin Hussain. Selesai bacaan doa, bacaan Al - Quran oleh Qari Sekolah iaitu Adik Mohd Naquib Bin Ramnan. Beliau merupakan Johan Tilawah Al - Quran Peringkat Zon Bandar Utara.


Selesai bacaan Al - Quran, majlis diteruskan dengan Ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan Kokum, Puan Hajjah Tasmi Binti Sahawi. Beliau mewakili Guru Besar yang mana Guru Besar tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan rasmi. Selesai ucapan perasmi, semua murid dan guru dijemput untuk berselawat beramai - ramai. Guru berkumpul di atas pentas dan hanya Kancil dan beberapa guru tidak dapat menyertai kumpulan tersebut kerana menjalankan tugas masing - masing.

 

Seterusnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak Mat Hassan. Beliau merupakan guru dari SMK Titingan, Tawau. Beliau menyampaikan ceramah mengenai kehidupan Rasulullah. Selesai ceramah, majlis diteruskan dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Aspirasi Murni. Kumpulan ini merupakan Naib Johan MTQ Peringkat Zon Bandar Utara. Acara diteruskan dengan pertandingan Azan. Seramai lapan orang peserta menyertai pertandingan tersebut.



Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan dalam minggu ini. Bagi Tahap 1, pertandingan mewarna manakala Tahap 2 pertandingan tulisan jawi cantik. Dalam majlis ini, anugerah Tokoh Maulidur Rasul telah dimenangi oleh adik Mohd Naquib Bin Ramnan.

Kancil ingin mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Induk dan AJK Pelaksana yang telah menjayakan program ini. Kancil pun turut serta tapi kecil je sumbangan Kancil iaitu menjadi pengerusi majlis. Hehehe...ini merupakan tahun kedua Kancil dipilih untuk menjadi pengerusi majlis. Dulu guna kertas untuk membacakan teks, tetapi sekarang....Kancil guna laptop untuk membaca teks. Lebih mudah dan senang.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

12 comments:

~Sal Ismail~ said...

x dapat nak merasa suasana ni selagi berada di sjkc..rindu amat majlis sebegini~~~

Cikgu Ma said...

lewat yea sambutannya...

Unknown said...

tahniah juga utk kancil yg bekerja keras utk majlis sambutan ini......

3no gr33ny said...

bila sesuatu yang dirancang berjaya dilaksanakan...kita akan rasa puas hati dengan segala usaha keras sebelumnya...tahniah!! =)


seronoklah sambutan di sekolah

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah..mudah-mudahan segala ilmu dapat diamalkan... ^_^

p/s : bukan kuantiti yang kita nakkan, tp kualiti yang dihasilkan.. ^__^

Unknown said...

mesti meriahkan cikgu!

terima kasih cikgu, insyaallah nanti saya akan kirim yer...

Kancil 8349 said...

SaLlijou :

kesiannya....apapun begitulah keadaan di sekolah tersebut...banyakkan bersabar

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

sekolah Kancil penuh dengan aktiviti...tu sebab lewat sambut...hehehe

Kancil 8349 said...

remyhazza :

terima kasih...tapi kancil hanya dijemput menjadi pengerusi majlis je...AJK Induk yang banyak buat kerja...tahniah untuk mereka...

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

terima kasih 3no...memang seronok sebab memberi pengalaman kepada guru dan murid...

Kancil 8349 said...

Ckin Kembaq :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Santri :

memang meriah pun..terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...