Rakan Blogger

Monday, January 31, 2011

Semak Buku Latihan Murid

Nie baru satu kelas, belum lagi 4 buah kelas. Kekadang wat penat juga dan wat panas dengan murid - murid nie. Kerja yang disuruh buat, ndak juga dibuat- buat. Hampir seminggu diberi peluang. Macam - macam alasan yang kita dengar. Tolong adiklah, jaga adiklah dan sewaktu dengannya. Bila tegas, ramai bising...bila lembut ramai gak bising...susah manusia sekarang...apapun tanggungjawab mesti dilaksanakan walaupun banyak gelagat kita jumpa. Mereka adalah harapan bangsa dan kena asuh lebih awal supaya tidak tenggelam.

Program NILAM SKBPT

Program NILAM akan dilaksanakan pada minggu ini. Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi memeriahkan program tersebut. Salah satu persiapan tersebut adalah POKOK NILAM. Guru - guru SKBPT bertungkus lumus untuk menyiapkan pokok tersebut hingga rambut dan baju terkena cat...demi anak bangsa....

Sunday, January 30, 2011

Seperti Kacang Lupakan Kulit

Mungkin perkataan ini lebih sesuai saya tujukan kepada individu - individu yang lupa siapa kawan siapa lawan. Ataupun ada lebih sesuai lagi dari ini. Sebenarnya, saya betul - betul kecewa apabila seorang kawan saya temui baru - baru nie kelihatan seperti tidak kenal akan diri saya. Seperti orang asing, orang yang tidak dikenali walaupun kita menyapa dan memberi salam.


Terdetik di hati saya, mengapa dia buat saya macam tu. Apa salah saya sebenarnya? Saya mencari jawapan sendiri. Bukan setakat dia malah bebudak yang pernah saya didik dan asuh pun macam tu. Mungkin juga status saya yang sudah beristeri? Mereka beranggapan saya bukan kawan mereka. Kolotlah pemikiran macam nie. Lainlah kalau saya nie kaki mengusik, kaki mengurat dan segala kakilah....niat masih sebagai kawan..

Ndak salah kalau setakat menjawab sapaan kawan dan bersembang @ berborak bertanya khabar. Ini berlalu macam ndak kenal kawan. APA NIE?...Sampai terdetik di hati saya, orang yang kita tak tolong langsung boleh kenal kita berbeza orang yang kita tolong...langsung tidak kenal kawan. Patut pun ramai yang malas buat baik, ini jadinya...

Apapun saya meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya dan mungkin kamu akan mengalami apa yang saya alami. Sebagai kawan, saya kecewalah dan saya berharap tidak akan berjumpa kawan seperti ini lagi. Kalau saya jumpa mereka nanti, wat bodoh je.Daripada saya sakit hati melihat mereka.


Raket Baru YONEX

Hampir 2 jam saya bersama sahabat baru ku Cikgu Jumadil meronda - ronda bandar Tawau. Ini merupakan kali pertama saya berjalan kaki di dalam bandar. Penat juga rupanya. Mungkin saya sudah lama tidak berjalan kaki sejauh ini. Walaupun bandar Tawau tidak sebesar Kota Kinabalu tetapi membuatkan saya penat juga.

Ini juga pertama kali saya berjalan bersama sahabat baru ku a.k rakan sekerja ku sejak berkerja di SKBPT. Misi kami adalah mencari raket. Sebenarnya Cikgu Jumadil ada dua batang raket tetapi ndak juga bagus kalau asyik pinjam je. Segan juga saya walaupun dia tidak kisah. Tetapi rasa elok kalau ada barang sendiri. Semangatnya berbeza dari raket yang kita pinjam.

Pencarian kami berakhir di sebuah kedai sukan. Saya tertarik dengan raket tersebut. Ndak juga mahal tapi bolehlah pakai. Hasil tawar menawar oleh Cikgu Jumadil akhirnya saya dapat membelinya. Terima kasihlah atas khidmat nasihat, keluangan masa dan pembaziran tenaga oleh Cikgu Jumadil. Jasamu dikenang...hehehe...

Raket baru sudah ada...yeah!...yeah!..yeah! dapatlah saya bermain dengan cemerlang tanpa keraguan merosakan harta orang lain. Inilah gambar raket baru saya...jeng ...jeng...jeng


Saturday, January 29, 2011

Mereka menghina Agama Islam kerana Agama Islam adalah Agama BENAR


Kita sering melihat dan mendengar pelbagai kritikan, tomahan dan hinaan yang dilemparkan oleh individu - individu yang mahu melihat Agama Islam dihina dan dicemuh. Tujuan mereka nak memastikan bahawa agama nie bukan agama yang terbaik di dunia. Tetapi mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan sebenarnya membuktikan bahawa agama Islam adalah agama Yang Benar


Jika tidak, mengapa terus menghina agama tersebut sehingga melabelkan agama keganasan, agama kegelapan dan agama yang tidak bertamadun. Kejadian 9 September telah membuka semua mata di dunia. Sebenarnya, makin banyak pihak mempersendakan agama Islam makin ramai pula yang memeluk agama tersebut. 


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur dan berbangga menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W Kita telah diberikan Cahaya Ilahi lebih awal daripada mereka. Bagi mereka yang merasa takut dan tidak tenteram jiwanya sepatutnya kita saling membantu memberikan bantuan dengan membimbing dan menunjukkan ke jalan yang benar.

Memanglah sedih bila melihat, ada pihak suka mempersendakan agama kita. Namun yakinlah bahawa manusia yang suka mempersendakan orang lain adalah manusia yang sadis kepada kebenaran tersebut. Dan kita tetap terus beramal dan bersikap tenang dalam apa juga situasi. Ikut rasa binasa, ikut hati mati.


Hari Keluarga, Generasi Haji Hapil

Sebenarnya aku tidak mahu publish sebab ia sudah berlalu sebulan yang lalu. Tetapi rasanya ndak bagus kalau aku ndak sampaikan dalam blog aku nie. Hari keluarga merupakan himpunan semua ahli - ahli keluarga kembangan tidak kira usia dan status pekerjaan. Masa inilah kita berjumpa dan kenal mengenali antara satu sama lain.

Objektif sebenar adalah merapatkan hubungan sepupu - sepupu yang jauh terutamanya dari sebelah Pantai Barat Sabah. Selain itu, dapat mengenali sepupu - sepupu yang sudah bekerja dan berkahwin. Namun, objektif tersebut tidak mencapai sasaran sebenar. Mungkin ada kesilapan yang tidak diduga dan tidak diambil endah. Apapun, berharap program seterusnya akan membuahkan hasil.

Acara yang dianjurkan telah dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2010 bertempat di Kampung Bukit Sakong, Semporna. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya jungle tracking, sukaneka, persembahan kebudayaan, ceramah motivasi dan mendaki Bukit Tengkorak Program ini berakhir di Kawasan Bukit Tengkorak. Ini adalah beberapa gambar sepanjang program tersebut dilaksanakan.
 
 Membuat Persembahan

 Menunggu Giliran

 Para penonton yang terdiri daripada Pak Cik - Pak Cik dan Mak Cik -Mak Cik

 Malam Kebudayaan
Ceramah Motivasi
 Berjoging ke hujung kampung

 Mendengar cerita 

Bermain di anak sungai


 Sempat bergambar sebelum mendaki bukit tengkorak

 Orang kuat

 Berehat

Saje nak mencuba

 Pemandangan Dari Atas - Kelihatan Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran Semporna

Pulau Omadal

Bagi semua sepupu - sepupuku yang membaca ini, tolonglah hadir dalam program yang dianjurkan oleh keluarga kita.

Friday, January 28, 2011

Hujan Sebelum Dan Selepas Sekolah

Time hujan nielah paling seronok membuta, sejuk orang kata dan segala sendi pun rasa kejang. Malas nak bangun. Apapun, hujan nie membawa rahmat. Ditambah lagi pada hari Jumaat. Teringat dulu masa tinggal kat Lahad Datu dalam Tahun 1996. Selepas solat Jumaat, adalah seorang lelaki dewasa bercakap dengan rakannya.

"Alhamdulillah hujan turun, memberi rahmat. Tapi risau gak kalau berterusan nanti bencana pulak yang menimpa. Tidak pasal - pasal banjir besar melanda."

Tepat pada pukul 4 petang, kecohlah semua orang di bandar Lahad Datu. Air naik ke paras lutut. Dalam sejarah bandar tersebut banjir di kawasan bandar. Banyaklah tenggelam ketika itu. Selalunya kawasan Segama yang banjir.

Itu bukan tujuan aku nak publish post, tu mukadimah je. Aku nak ceritakan perjalanan aku ke sekolah sebelum dan selepas. Dibawa nie gambar sebelum aku ke sekolah. Aku sempat ambil ketika memandu (jangan tiru aksi ini). Kawasannya di SMK Kinabutan.

Gambar ndak terang. Time memandu bah nie. Apapun nielah keadaan sebenar perjalanan aku time nak ke sekolah awal pagi. Kira terang nie, berbeza masa praktikum dulu time kat Batu Pahat, Sebelum azan Subuh dah bergerak ke sekolah. Tu naik motor. Gambar kedua adalah suasana SKBPT sebelum loceng berbunyi

Nielah gelagat bebudak sebelum masuk ke kelas masing - masing. Terutamanya murid - murid tahun 1. Ndak kisah sangat dengan hujan yang penting dapat main lari - lari. Bila jatuh, guru juga yang dipersalahkan.

Nie pulak masa nak balik ke rumah dari sekolah. Hujan turun lagi. Kalau dah hujan, pasti ramai murid tidak dapat hadir ke sekolah. Apapun P&P tetap diteruskan sebab ada yang sanggup datang ke sekolah.

Thursday, January 27, 2011

Kesusahan Dulu Terbalas Hari Ini

Bila kita merasa susah, banyak benda kita tidak boleh capai mahupun miliki. Dalam keadaan yang sama, ada manusia lebih suka tengok kita jatuh lebih teruk berbanding membantu kita. Itulah kesusahan dulu yang orang tahu membebel dan mengata tanpa mengetahui isi hati dan penderitaan orang lain.


Mahu salahkan pun susah sebab mereka ini belum merasa apa yang kita lalui. Berlagak macam dah tahu selok belok rumahtangga. Macam - macam perkataan yang keluar dari mulut - mulut yang tidak bertapis tanpa menyedari bahawa mereka sudah menyakiti hati orang. Walaupun agak marah, geram dan menyampah, tetapi hati tetap berkata SABARLAH...suatu hari nanti mereka akan rasa dan masa tu mereka akan tahu apa yang saya rasa pada hari ini.


Kerana kesabaran dan ketabahan, akhirnya terbalas juga. Kerana yakin bahawa kesusahan pada hari ini akan terbalas dengan kesenangan pada masa akan datang. Kerana yakin bahawa kehidupan kita, kita yang atur dan bukan orang lain.

Bertanya lebih baik daripada membuat tanggapan yang bukan - bukan

Orang suka membuat andaian yang bukan - bukan terhadap orang lain. Mengata orang lebih tetapi bila mereka dikata, mereka pula yang tidak suka. Memanglah, ndak suka dikata tetapi mengapa mesti nak mengata orang. Kalau ndak suka dikata jangan mengata orang.

Tuesday, January 25, 2011

Bila Mesin ATM Satu Je Berfungsi

Tarikh 25 hb setiap bulan, tarikh yang ramai orang paling suka sebab gaji keluar tetapi tarikh nie juga buat orang tertekan dengan masalah mesin ATM.

Kisah nie berlaku pada tarikh 25 hb, mau ambil duit dalam mesin ATM. Pergilah ke satu bank, di sana sudah ramai orang berbaris. Sampai diluar kawasan mesin ATM tu mereka berbaris. Bisikan hati berkata, lumrah manusia nak ambil gaji. Bila dekat dengan barisan tersebut, alangkah terkejut hanya satu je mesin ATM berfungsi. Ada satu lagi "out of service". Time nielah benda tu meragam.

Ku bilang orang yang berbaris dari hadapan. Kedudukanku orang yang ke 40. Uina! banyak masa aku terbuang macam nie. Nama je bank terbaik di Malaysia. Hish! baik aku pergi cucuk duit kat bank lain. Biarlah 1 ringgit tu kena potong daripada hati aku sakit melihat situasi tersebut. Mungkin korang fahamlah, time tulah ramai yang tunggu kat luar, membernya seorang pergi berbaris. Bila dah sampai depan mesin, berpusu - pusu mereka masuk minta member nie tolong cucukkan duit...Arghhhh!.....kita penat berbaris mereka senang je potong masuk...

Bila Murid Kurang Ajar Dengan Guru

Banyak khabar yang kita dengar mengenai sikap kurang baik dan tidak berdisiplin yang dilakukan oleh murid - murid zaman sekarang. Mereka lebih suka menunjukkan diri mereka hebat dan terbaik dalam usia mereka sedangkan mereka baru setahun jagung. 

Apabila guru menghukum murid, ibubapa terus melenting dan menyalahkan seratus peratus kepada guru. Mereka tidak sedar bahawa guru adalah golongan yang amat derita menanggung kedegilan dan kejahilan anak mereka. Mereka hanya mendengar kata - kata anak mereka sedangkan anak mereka cuba melindungi kesilapan mereka.

Dari mana mereka belajar tentulah daripada ibubapa mereka. Saya tidak menyalahkan ibubapa keseluruhannya tetapi bertindak adillah sebelum menghukum pihak guru. Guru terpaksa melayan 1001 macam gelagat murid dalam sekolah. Mustahil ada manusia yang boleh tahan dan mengawal emosi mereka.
Adalah lebih baik jika, ibubapa merasai tanggungjawab guru untuk sehari dan melayan anak - anak orang lain. Tentu mereka faham akan tugas yang dipikul oleh guru. Rasa kepahitan orang lain sebelum membuat tanggapan...

Monday, January 24, 2011

Kereta Pun Kena Mandi


Kalau bab kereta nie, memang lelaki no satu. Lebih - lebih lagi bab luaran kereta nie...Aku nie bukan fanatik sangat dengan hal kereta. Sekadar pengangkutan untuk pergi ke kerja. Tetapi aku suka menjaga kereta aku dan susah hati aku kalau kereta nie kotor. So aku cuci kereta aku tiap- tiap minggu tak kiralah luar mahupun dalam. Kalau ndak sempat cuci hari minggu, confirm hari Isnin aku cuci walaupun sibuk dengan pelbagai kerja. Yang wat aku suka dengar kereta aku nie, mereka kata macam baru keluar walhal dah hampir 6 tahun aku menggunakannya...mungkin aku menjaga dengan baik...hehehehe...

Inilah keadaan kereta aku semasa dicuci dan selepas dicuci...


Cantik tak kereta aku nie....komenlah...

Perhimpunan Pagi Di SKBPT

Dalam tahun ini adalah pertama kali dibuat di dalam dewan serbaguna. Perhimpunan yang menghimpunkan semua murid dan guru. Rasanya seronok murid - murid berhimpun di dalam dewan berbanding di padang sekolah. Kalau mereka di padang mereka terpaksa berjemur. Di dalam dewan, mereka rasa lega tidak berjemur....ini adalah beberapa gelagat murid dan guru semasa di dalam perhimpunan pagi tadi


Kelibat Cikgu Jumadil sedang memerhati barisan murid
Murid - murid khusyuk mendengar ucapan Guru PK1

Suasana perhimpuan pagi di dalam dewan

Mungkin ada diantara kita masih teringat zaman sekolah rendah kita, yang penuh dengan kenangan dan pelbagai suasana.

Sunday, January 23, 2011

Selamat Tinggal Kenangan Lama

Bila menceritakan kenangan kita pasti ada yang diantara kita gembira menceritakannya tetapi sebaliknya mereka berduka atau benci pada kenangan pahit mereka pasti mereka membuangkannya jauh - jauh. Tanpa kita sedari, kenangan tersebut mempunyai maksud tersirat yang mungkin tidak sedar secara tidak langsung mahupun secara langsung.


Aku mempunyai banyak kenangan dan kekadang aku suka menceritakan kenangan aku supaya ia tidak lupa dalam benak fikiranku. Namun, bila aku fikirkan balik macam ndak guna sudah aku cerita sebab ia perkara yang sudah berlalu dan tidak ada bukti yang sah (zaman sekarang nak bukti sangat) mahu aku sampaikan.

Bukan macam zaman dulu, cerita orang dianggap menarik walaupun tidak benar, walaupun tidak logik. Sebab perasaan ingin tahu dan khayalan seseorang amat tajam orang yang mendengarnya. Lebih penting lagi, orang dulu suka mendengar hingga dikatakan pendengar setia. Mungkin disebabkan teknologi terkini memerlukan bukti...so kenangan dulu susah nak digambarkan

Apapun, seorang sahabat pernah berkata dan memberi nasihat kepadaku, kenangan adalah sejarah dan kita pelajari sejarah tersebut. Tidak perlu dikenang benda yang lepas. Yang sudah biarlah ia berlalu. Maju terus kehadapan. Makin kita kenang makin sakit hati pula kita rasa

Saturday, January 22, 2011

Bila mereka kata mereka hebat

Apalah perasaan kamu bila orang yang kamu didik tu berlagak macam hebat padahal tidak sehebat Adi Putra pun. Bila disuruh buat kerja, mereka kata malaslah, banyak kerja yang mau dibuat dirumahlah dan pelbagai alasan yang mereka beri. Yang sakit orang  yang mendidik mereka...yang parah lagi orang di rumah pula kata kita ini tidak menjalankan tugas sebagai pendidik...Walhal anak sendiri yang malas dan terlalu manja sangat.

Bila dah buat salah mesti kita memikirkan bagaimana kita nak buat mereka nie mengaku kesalahan mereka...bila hukuman yang ringan, mereka kata pendidik kita nie tak tegas...tapi bila hukuman berat (ndak pun berat) mereka kata pendidik nie kejam dan tidak bertimbangrasa...Keliru dengan manusia sekarang nie...tekanan di luar dibawa sampai ke sekolah...maksudnya masalah di tempat kerja tak selesai terbawa - bawa ke masalah anak di sekolah.. yang mangsa pendidik.

Entahlah, susah nak dijelaskan situasi sebenar. Mereka kata kerja pendidik nie bagus dan senang hidup tapi realitinya merekalah mangsa keadaan...sebagai contoh...bila anak gagal dalam peperiksaan umum...mesti salahkan pendidik sebab tidak mengajar anak mereka padahal dari segi rekod kehadiran anak nie ponteng kelas, malas buat kerja rumah dan sebagainya...tetapi bila dah anak tu lulus dengan cemerlang...nama pendidik pula tidak disebut langsung...adilkah macam tu?

Apapun kita menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur. Jika itu terjadi maka Allah sahaja yang mampu membalas jasa kami...bagi mereka yang masih belajar, belajarlah jadi manusia bukan jadi mesin

Thursday, January 20, 2011

Mendengar satu pihak

Kekadang kita asyik membenarkan kata - kata orang lain padahal orang itu ingin memburuk-burukkan orang yang dikatakan. Lebih best tu percaya bulat-bulat apa yang disampaikan. Nah berjayalah si pemberita dengan niat buruknya. Yang mendengar apa lagi, menghukum orang yang dikatakan. 

Inilah lumrah alam dan keadaan yang sebenar berlaku di sekeliling kita. Sebenarnya kita malas bergerak dan malas nak menilai. Eyalah! orang yang menyampaikan tu pandai dengan lakonannya. Nasib je tak masuk dalam Anugerah Pelakon / Pemberita Terbaik. Kesan menerima berita palsu dan fitnah ini berat juga natijahnya...hubungan persaudaraan mudah terputus olehnya.

Ingatlah, sebelum membuat keputusan. Dengarlah di sebelah pihak yang satu...(dengar kedua2 pihak)...dah tahu mengapa dan kenapa terjadi...disitulah kita membuat penilaian...dan tidak adil mendengar di pihak satu sahaja...kerana pihak yang dikatakan ini ada sebab dan kenapa ia berlaku.........sama2lah kita belajar dari kesilapan.....

Wednesday, January 19, 2011

Bila lilin sudah padam

Setiap kita diumpamakan sebagai lilin di muka bumi. Berperanan dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh yang Maha Esa. Kerana keindahan alam fana ini. Kita leka dan alpa sehingga kita lupa bahawa cahaya lilin kita bila - bila akan terpadam.

Sebelum terpadam sepenuhnya, kita diberikan peluang untuk membuat amal kebajikan di muka bumi ini. Namun tidak semua faham akan kewujudannya. Kesilapannya bermula dari pendidikan awal. Apabila proses mengenal hukum halal dan haram tidak bermula di rumah maka berlakulah ketidakfahaman tentang agama. Cukuplah diajar sedikit kepada anak - anak mengenai hal keagamaan supaya mereka faham.

Ada yang beranggpan bahawa lilin yang padam awal amat disayangi oleh Allah berbanding dengan lilin - lilin yang lambat padam. Sebenarnya, Allah amat menyayangi semua makhluknya dan tidak kiralah yang awal padam mahupun lambat padam. Lilin yang lambat padam ini diberikan peluang untuk menebus dosa - dosa yang pernah dilakukannya sepanjang hayatnya.




Tuesday, January 18, 2011

Kali pertama dinilai

Susah nak digambarkan bagaimana perasaan kita dinilai oleh orang lain yang kita rasa asing dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai andaian dan tanggapan bermain di dalam fikiran kita...bagi yang senior mungkin dah basi dan lali mendapat situasi seperti ini.

 Bagi saya pula, ia satu situasi yang menggerunkan, mana tidak pegawai yang menilai tiba - tiba masuk ke dalam kelas. Selain itu, subjek yang saya ajar merupakan subjek yang agak susah nak dijelaskan dan kebanyakan orang benci dengan subjek ini.

Apapun saya menghadapi dengan tenang walaupun baju kemeja saya dah basah. Dan saya ucapkan terima kasih kepada anak- anak murid saya kerana mereka tidak buat hal ketika pegawai tersebut di dalam kelas saya. Seperti mereka faham akan situasi saya ketika itu, budak yang malas pun tiba - tiba jadi rajin, budak yang suka berjalan dan menganggu rakan sekelas tidak berlaku pada ketika itu seperti sebelum ini.

Ini merupakan penilaian saya pertama dalam tempoh 5 bulan bertugas dan sebenarnya saya bukanlah guru akademik. Apapun laporan yang bakal diumumkan nanti, saya terima secara terbuka dan cuba memperbaiki kelemahan semasa P&P.

Monday, January 17, 2011

Percubaan Pertama

Assalamualaikum!
Ini merupakan percubaan pertama saya untuk menaip sesuatu di dalam blog ini. Ini pun atas nasihat rakan- rakan lain agar membuat blog sendiri dan seterusnya memperbaiki kosa kata dan banyak lagi. Harapan dari saya agar ramai rakan yang akan menyokong dan membantu saya...

Terimas Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...