Rakan Blogger

Thursday, June 20, 2019

Majlis Perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa hari yang lalu, sekolah menerima berita mengenai perpindahan beberapa orang guru. Perpindahan ini telah lama dipinta. Dan perasaan guru - guru ini teruja berbaur sedih. Mana tidaknya, mereka telah berkhidmat di sekolah ini lebih 10 tahun. Satu pengalaman yang sukar dicari ganti.

Teringat kisah Kancil berpindah dari sekolah lama ke sekolah yang kini. Rasa teruja kerana dapat menimba pengalaman baharu dan rasa sedih kerana baru 5 tahun berkhidmat di sekolah tersebut. Lagi satu, perjalanan Kancil dipendekkan kepada beberapa minit berbanding di sekolah lama yang hampir setengah jam untuk sampai ke destinasi. Belum pada waktu kemenuncak.

Biasalah, jika ada guru berpindah maka sibuklah beberapa orang guru yang mengatur majlis perpisahan mereka. Majlis dibuat bagi mengenang jasa mereka. Lebih - lebih lagi lama berkhidmat di sekolah ini. Jangan pula tidak dibuat seperti tidak menghargai jasa guru tersebut. Hehehe... harap - harap tiada sekolah yang berbuat demikian. 


Thursday, June 13, 2019

Program Transformasi Sekolah (TS25)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai warga pendidik, kita akur dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Mahu tidak mahu tetap hadapi dan laksanakan dengan hati yang terbuka. Walaupun kekadang terfikir, terlalu banyak dasar boleh mengakibatkan dunia pendidikan kelam kabut. Tapi, para pemikir di peringkat KPM telah mengetahui mengapa perlu dilaksanakan. Ia mengambil masa yang lama untuk kita hadam sepenuhnya.

Hari ini, Kancil ingin bercerita mengenai Program Transformasi Sekolah (TS25). Sekolah tempat Kancil bertugas telah terpilih antara lima sekolah di daerah Tawau. Pelbagai persediaan telah dibuat bagi menjayakan program ini. Bak kata orang, tidak senang duduk sehingga selesai program besar ini.

Apa dia TS25? Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan menjadikan sekolah yang berkualiti. Ini bertujuan untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

TS25 mewujudkan modal insan unggul dalam dunia pendidikan. Yang mana mewujudkan persektiaran pembelajaran yang menyeronokkan dan disokong oleh kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan. Selain itu, melahirkan guru yang berkompeten dan beraspirasi tinggi dalam menjalankan tugas yang diberikan dan dibantu oleh komitmen komuniti yang padu.

Maka bermulalah, perjalanan kami di peringkat sekolah untuk melaksanakan program ini. Melaksanakan pelbagai aktiviti yang berpaksikan kepada pembelajaran abad -21. Setiap panitia dan persatuan bekerja keras untuk menjayakan aktiviti - aktiviti yang dirancang. Seperti hari ini, menjemput ibu bapa untuk hadir ke sekolah dan bersama - sama mendidik dan membantu anak - anak murid di sekolah. Aktiviti pembelajaran i Think diperkenalkan di setiap kelas.

Ibu bapa yang hadir, tidak rasa kekok untuk memberi bantuan dalam mendidik anak - anak murid lain. Walaupun pada dasarnya mereka tiada pengalaman. Namun mereka berjaya menjadi sebahagian dalam proses PDP. Seterusnya, mereka melihat anak - anak murid membentang di hadapan mereka. Pelbagai gelagat dan gaya dipertontonkan oleh anak - anak murid ini. Dan ini mencuit hati ibu bapa yang melihat mereka. Inilah satu pengalaman berharga kepada semua ibu bapa yang hadir.

Bagi Kancil, penglibatan ibu bapa dapat mengeratkan lagi hubungan guru dan ibu bapa di sekolah. Selain itu, ibu bapa mengetahui pdp yang dilaksanakan oleh guru di sekolah. 

Wednesday, June 12, 2019

Hormati Kerjaya Orang Lain

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Acapkali musim perayaan, maka rakan tauladan dan sanak saudara akan berkumpul untuk bertanya khabar. Bertanya berita. Bercerita mengenai pengalaman dan kenangan antara mereka yang sudah bertahun lamanya ditinggalkan.

Namun, pertanyaan yang bertujuan memulakan cerita kadang kala membawa maksud yang tersirat. Maksud penyampai, lain dan maksud yang disampai berlainan. Bak kata orang - orang tua, rambut sama hitam hati lain - lain. Oleh itu, berhati - hatilah bertanya khabar agar tiada siapa yang terluka bila berjumpa.

Harus ingat, setiap kita membuat peranan masing - masing di atas muka bumi. Tidak kiranya besar atau pun kecil. Namun janganlah kerana kerjaya yang kita perolehi lebih baik daripada orang lain, kita bersikap sombong sehingga sanggup menghina dan mengejek kerjaya orang lain. 

Tolonglah ingat, jika mereka tidak bekerja dari mana mereka perolehi duit. Takkan korang mahu support dia. Sedangkan kamu pun benci untuk menyalur kewangan kepada orang lain yang sihat walafiat. (kecuali ia mendapat musibah) Ingatlah, mereka bekerja bukan minta duit kamu dan bukan juga mengampu untuk mendapatkan duit kamu. Dan mengapa perlu dihina mereka ini?

Kita jarang berfikir jika kita berada di kasut mereka. Berada di situasi mereka. Malah kita juga jarang bersyukur kerana kita mengalami kehidupan yang lebih baik daripada orang lain. Sedangkan orang lain berusaha lebih untuk mengejar satu kehidupan. Dan mengapa perlu menghina?





Monday, June 10, 2019

Tidak Mahu Sekadar Satu Kenangan

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Agak lama blog ini menyepi tanpa berita. Agak lama juga pemilik blog sibuk dengan pelbagai aktiviti. Sehingga apa juga aktiviti tidak sudah dikongsi di dalam blog ini. Kerana terlalu sepi, bilangan pembaca telah pun berkurang.

Hampir dua tahun tidak mengusik blog ini. Untuk makluman, Kancil telah berpindah tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah. Sebelum ini, bergerak lebih 20 km ke tempat kerja dan kini hanya 10 km sahaja. Namun rutin harian kerja tetap datang awal walaupun tidak ada kesesakan lalu lintas di hadapan tempat kerja.

Insya Allah, akan berusaha untuk berkongsi cerita walaupun tidak seperti dahulu. Kini rakan - rakan blogger yang dahulu Kancil kenali semuanya sibuk. Sama seperti Kancil namun Kancil tidak akan biarkan blog ini hanya tinggal satu kenangan.

Ucapan selamat kembali untuk diri Kancil dan rakan - rakan yang masih aktif di dalam dunia blogger ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...