Rakan Blogger

Monday, October 31, 2011

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Keempat Bulan Oktober 2011

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.










Alhamdulillah...trafic kancil masih maintain namun satu kejutan yang berlaku pada blog Kancil apabila pageview Kancil mencecah 807 pageview pada 26 hb Oktober. Pageview yang paling tinggi Kancil terima...Terima kasih kepada semua rakan blogger.

Terima kasih kepada semua rakan yang sudi memberi bantuan kepada blog Kancil 8349.

Sunday, October 30, 2011

Bukan Musang Biru Tapi Kucing Biru

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kalau tengok pada kartun nie. Memang banyak lucunya dan terselit banyak pengajarannya. Terutamanya rakannya si Nobita yang menganggap dirinya malang. Namun, beliau merupakan watak utama dalam kartun mahupun mana - mana filem kucing biru nie. 

Kancil suka pada kartun nie. Banyak informasi walaupun ia kartun. Mesejnya jelas. Bukan setakat grafik tapi jalan cerita yang menarik. Blogger - blogger di bawah nie ada cerita mereka masing - masing. Jomlah terjah ke blog mereka.




Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, October 29, 2011

Kancil Kena Tag Oleh Blogger Aien Not Alien

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Masuk nie dah 4 orang tag Kancil. Tengok pada soalannya, Kancil ndak dapat jawab sepenuhnya. Kebetulan masa pun singkat di tambah dengan masalah line di rumah mahupun di sekolah. Terpaksalah Kancil pergi ke Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau. Nasib kat sini line cepat macam cahaya...hehehe. So, Kancil menjawab soalan yang diminta oleh blogger Aien Not Alien. Untuk sahabat saya Gen2Merah. Kejap yeah...nanti saya akan menjawab.

1. Warna kegemaran anda? Kenapa pilih warna tu?
Sepertimana yang korang nampak warna blog Kancil. Tentu dah agak kan. Itulah warna kegemaran Kancil. Sebabnya ia membuat Kancil tenang dan damai.

2. Kata peribahasa yang paling anda suka? Kenapa suka? 

"Belakang Parang Lagi Kalau Diasah Nescaya Tajam"
Maksudnya : Walaupun ndak pandai tetapi kalau belajar bersungguh - sungguh nescaya akan pandai juga.

3. Pernah buang sampah merata-rata? Jika ya, apa perasaan anda?

Mungkin dulu dan tiada perasaan. Sekarang nie payah nak buang sembarangan sebab dah terlatih di dalam diri. Kekadang sanggup simpan sehingga jumpa tong sampah. 

4. Lagu kadang-kadang mewakili isi hati kita. Apakah lagu yang anda rasa mewakili isi hati anda? 

Banyak lagu itu. Kalau nak senaraikan payah juga. Tapi satu lagu yang buat Kancil ingat kat Isteri Kancil. Permaisuri (Kump Data)

5. Siapakah jiran sebelah rumah anda? Ceritakan serba sedikit.

Jiran sebelah Kancil, pak cik saudara isteri Kancil. Orangnya masih kuat walaupun dah berusia 70 tahun dan sentiasa menziarahi keluarga Kancil sebab beliau suka pada anak - anak Kancil.

6. Anda suka pergi kenduri-kendara tak? Kenapa?

Dah kahwin macam dah kurang pergi. Kalau dijemput, insya - Allah Kancil akan datang tapi kalau main sampai - sampai nie. Kancil ndak berminat. Soal makan free bukan niat sebenar tetapi pengalaman dan cerita dalam kenduri yang membuat Kancil berminat untuk datang. Yang elok je. Ndak elok malas ambil taw,

7. Anda suka makan petai tak? Kenapa?

Tahun 2001, baru Kancil kenal apa tu petai. Memang suka kalau makan mentah - mentah. Sebab sedap kalau cecah sambal.

8. Kalau terjatuh depan orang ramai, apakah tindakan anda selanjutnya? 

Buat tidak tahu je. Bangkit dari tempat jatuh dan meneruskan perjalanan

9. Kalau dah beli-beli barang, tiba masa nak buat pembayaran, duit tak cukup. Apa tindakan anda?

Jarang berlaku sebab memang dah merancang barang mahu dibeli. Tapi jika ia berlaku, Kancil akan kembalikan barang yang bukan keperluan.

10. Apa pendapat anda dengan blog ini? :D

Kancil suka pada blog ANA. Blog yang simple dengan nama blog yang senang diingat oleh Kancil. Entri - entri blog pun semua bermanfaat dan penuh dengan pengajaran walaupun bercerita tentang diri. Namun ia terselit pengajaran.

Rasanya itu je yang Kancil dapat jawab. Nak membalas pun macam susah juga. Terima kaish kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sebenarnya ada 7 Biji Mutiara Naga

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kartun nie merupakan kartun paling popular di zaman. Kancil pun minat dengan kartun nie dan masih menonton rancangan kartun nie. Dan sudah memiliki VCD nya kecuali Dragon Ball GT. Tidak hairan ramai rakan blogger meminati kartun nie. Lihat sahaja list di bawah nie. Kalau nak tahu cerita mereka.  Jomlah terjah ke blog mereka.






Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Jom join BLOGLIST laman-ayahsu November

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil8349.


Semasa membalas kunjungan rakan blogger, Kancil ternampak satu entri. Macam bagus je nie. So, Kancil nak menyertai. Maaflah kepada rakan lain yang telah tag Kancil sebelum nie. Insya - Allah kalau Kancil free, Kancil akan ikut sama. Namun sesiapa yang nak join, gi jak ke header beliau di atas nie.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Friday, October 28, 2011

Minat Kartun Bermain Pedang

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Ingat lelaki je yang minat pada animasi bermain pedang. Rupanya dua blogger kita nie minat pada animasi tersebut. Mungkin sebab watak - watak dalam animasi nie kacak - kacak kot.  Ndak pastilah mengapa namun mereka ada pandangan mereka sendiri. Kalau nak tahu, jomlah terjah ke blog mereka.


http://lystra-lily.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html 


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, October 27, 2011

Blog Pilihan Kancil : Blog Cinnamon.com

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.



Setiap hari Khamis Kancil akan memilih salah satu blog untuk menjadi blog pilihan Kancil. Tujuan untuk menghargai mereka yang sentiasa mengunjungi blog Kancil 8349. Seperti mana korang nampak header di atas. Tentu ada dikalangan rakan blogger sudah mengenalinya. Tapi yang belum tu. Jomlah terjah ke blog beliau.

Serba sedikit mengenai blog beliau. Kancil merupakan follower paling awal di dalam blog beliau. Entrinya kebanyakan menceritakan mengenai keluarga dan soal keagamaan. Banyak pengajaran dan contoh kita boleh dapat melalui entri - entri yang beliau nyatakan. Ndak rugi kita singgah ke blog beliau. 

Sehingga kini follower beliau mempunyai 117 orang. Mula aktif pada bulan February, 15 hb. Entri awalnya mengisahkan biskut dan kuih. Kalau tengok pun mesti sedap dimakan. Selebihnya, korang baca sendiri. Kancil takut ada yang tersalah info nanti. Bak kata orang, indah khabar dari rupa. Lebih baik korang terjah sendiri. Klik je header beliau di atas.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Budak Getah Ingin Menjadi Ketua Lanun

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Semalam segmen Kancil dah pun berakhir dan sebanyak 27 orang yang menyertai segmen Kancil. Ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menyertai segmen Kancil kali ini. So Kancil akan letak list mereka mengikut kartun yang mereka minat nie. Kepada rakan blogger lain, jangan risau. Kancil akan letak juga list korang tapi mengikut masa yang sesuai. Agar ada yang sudi komen entri korang.

Dua dari rakan blogger nie suka pada watak Lufy. Manakalah seorang suka pada Zoro. Apapun Kancil suka kedua - dua watak sebab saling lengkap melengkapi. Kalau nak tahu apa pandangan mereka. Jomlah terjah ke blog mereka.

http://eerashera.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

http://ayielefthanded.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

http://zaffiey98.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, October 26, 2011

Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka...

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Memandangkan segmen Kancil kali keempat tidak sesuai untuk dianjurkan kerana bimbang ada blogger yang tersinggung walaupun niat sebenar adalah untuk perkongsian pandangan. Oleh itu, Kancil telah membatalkan segmen tersebut dan menganjurkan satu segmen. Memang dah rancang awal tapi itulah, mengapa segmen tu plak yang terkeluar dalam minda Kancil.

Tentu ramai di antara rakan blogger suka dengan kartun animasi tidak kiralah dari Jepun, Malaysia mahupun Amerika. Semua mempunyai daya penarik tersendiri. Hingga ada yang sanggup membeli barang mainan sebagai tanda minat kat kartun animasi tersebut. 

So, sesiapa yang nak join. Kancil amat mengalu - alukan. Kalau nak join, sesiapa pun boleh yang penting dia blogger. Hehehe...syaratnya ialah : 

1. Buat satu entri

2.  Letak header Kancil 8349 blog di dalam entri korang


3. Tajuk entri tersebut  Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka

4. Ceritakan dalam entri anda berdasarkan  : 
a) Nama Kartun Animasi tersebut
b) Mengapa anda minat kartun animasi tersebut
c) Mula minat pada tahun berapa (jika ada)
d) Watak paling best dalam kartun animasi yang korang suka
e) Letak apa - apa gambar mengenai kartun animasi korang suka (Satu pun sudah cukup)

5. Korang boleh letak seberapa banyak kartun animasi yang korang suka. Cuma, yang paling korang suka dan best letak kat no 1.

6. Selesai, korang kasi tinggalkan url korang kat ruangan komen. Kancil akan buat satu list entri khas untuk ini. 
7. Tarikh tutupnya : 26 hb Oktober 2011, 10 malam


Terima kasih kepada semua rakan blogger kerana sudi membaca dan menyertai segmen keempat Kancil

Kancil Suka Kartun Animasi Macross

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Sebentar lagi, segmen Kancil akan berakhir. Selama tiga hari entri segmen Kancil paparkan. Bilangan yang menyertai sama seperti segmen - segmen sebelum ini. Namun, Kancil rasa gembira dan terharu walaupun tidak ramai tapi ada juga yang menyertai segmen Kancil kali ini. Terima kasih kepada semua yang menyertai segmen kancil.


Pada era 90-an, Kancil tidak terlepas untuk menonton kartun kegemaran Kancil iaitu Macross atau di negara barat Robotech. Best gila kartun nie. Mengisahkan kapal perang milik makhluk asing terhempas di bumi dan kerajaan persekutuan bumi telah membaikpulih kapal tersebut. Cerita ini terselit mengenai cinta tiga penjuru antara Meimei, Rick Hunter dan Lisa Hais. Meimei merupakan seorang penyanyi paling popular di dalam kapal tersebut. Disebabkan nyanyian beliau, pasukan mereka dapat mengalahkan pasukan makhluk asing.

Selain Macross, Mospeada pun Kancil minat. Motorsikal yang boleh berubah menjadi robot. Transformers Master Force merupakan kartun Transformers pertama masuk ke Malaysia sebelum Transformers (versi Inggeris). Tentu korang ingat lagi kan? Transformer yang menggunakan manusia untuk menjadi robot besar. Setiap manusia tersebut mempunyai gelang agar mereka boleh berubah.

Itu sahaja rasanya Kancil boleh ceritakan. Sebenarnya, banyak lagi kartun yang Kancil suka. Namun Macross merupakan kartun yang paling Kancil suka. Hehehe...gila robot mainan. Apapun, senarai blogger yang menyertai segmen Kancil ini, Kancil akan buat sebentar lagi. Kancil akan senaraikan mengikut kartun yang sama.

Terima kasih membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday # 12

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Pemandangan Dari Hotel Seafest Semporna

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, October 25, 2011

Contest Blogku Menawan Kalbu By Askar Pink & Amalina

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Tengok kat gambar di atas berserta tajuk. Tentu korang dah agak Kancil ikut satu contest lagi. Kali nie Kancil kena tag oleh commentator setia Kancil. Sebelum nie ada yang tagkan Kancil tapi Kancil ndak dapat ikut sebab beliau tidak tinggalkan urlnya di ruang komen Kancil. So, bila gi blog beliau. Ndak taw apa yang kena tag.

Penganjur minta simple entri je. Tapi Kancil terlalu panjang pula. Kalau rakan blogger nak ikut. Di alu - alukan. Lebih ramai lebih baik. Klik banner di atas tu. So, Kancil nak tag dua orang rakan blogger iaitu :



Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Banyak Perkara Perlu Dibuat

Assalamaualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Alangkah bagusnya kalau line internet BB Celcom nie laju. Klik je terus buka. Nie mahu 5 minit hingga ke 10 minit menunggu loading. Kekadang membuat kita naik darah. Tapi itulah, sebelum naik darah. Kancil akan main game Solitaire. Supaya dapat kawal kemarahan kita...hehehe...tentu korang ada cara tersendiri.

Dalam minggu nie Kancil sibuk dengan banyak perkara. Mana Kancil packing barang mahu pindah rumah dan sibuk membuat draf soalan peperiksaan. Hari ini ada bengkel pasal L4 dan pembinaan blog untuk sekolah. Kalau ikutkan hari Khamis....tetiba pula hari nie. Jadi kelam kabut dibuatnya. Namun ndak mengapa. Kita buat setakat mana yang kita mampu. Hehehe...

Untuk rakan - rakan blogger yang Kancil ndak sempat terjah. Insya - Allah Kancil ada masa Kancil akan terjah semula. Minta maaf sebab ndak terjah balik. 

Terima kasih kerana sudi membaca entri dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, October 24, 2011

Segmen BK : Blog Aku Dan Follower

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Ingat dah habis segmen BK, rupanya sampai 26 hb Oktober 2011. Kebetulan pula Kancil tengah menganjur satu segmen. Klik kat sini. Berbalik pada segmen BK nie. Penganjur minta kita membuat beberapa perkara untuk dimuatkan di dalam entri segmen nie. Kalau sesiapa yang nak ikut. Masih ada masa nie...jomlah serta. Makin ramai makin meriah. Klik kat gambar di atas nie.

a) 2 Follower terawal :

Follower terawal blog Kancil 8349 ialah Gen2Merah dan Yaya Peace. Gen2Merah merupakan bekas rakan sejawatan Kancil. Kami mengajar di sekolah yang sama. Tetapi pada bulan Mac tahun ini, Kancil diarahkan berpindah di sekolah bandar. Namun kami masih berhubung walaupun berlainan sekolah. Manakala Yaya Peace pula merupakan rakan blogger yang berasal di Lahad Datu. Kini beliau tidak aktif berblogging kerana menjadi pelatih jururawat di Hospital Besar Tawau.

b) 2 Follower Paling Best

Semua follower Kancil best - best belaka. Mereka sentiasa mengunjungi blog Kancil walaupun ada yang hanya menjadi silent readers. Sentiasa meninggalkan komen yang bernas setiap entri Kancil. Kekadang ada komen mereka membantu memperbaiki dan menyedarkan Kancil daripada kesilapan.

Antara mereka yang menjadi follower Kancil. Ada dua blog yang sentiasa mengunjungi, meninggalkan komen di  blog Kancil malah mereka juga merupakan penyumbang utama kepada traffic blog Kancil selama ini. Mereka ialah blog Maszull a.k.a Mama dan   blog 3nogr33ny. (Berdasarkan kepada kedudukan commentator dan punca traffic yang paling banyak di blog Kancil)

c) 2 Follower  Terakhir

Kancil susah nak nyatakan 2 follower terakhir sebab follower Kancil sentiasa meningkat dari satu minggu ke satu minggu. Namun, jika follower terakhir Kancil membaca entri ini. Kancil ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjadi follower Kancil. Tidak kira siapa yang terakhir dan sebelumnya...mereka memberi Kancil bersemangat untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.

Terima kasih kerana sudi membaca entri dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Ketiga Bulan Oktober 2011

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.




2. http://gen2merah.blogspot.com/







Alhamdulillah, mereka dah banyak membantu blog Kancil. Terima kasih kepada mereka. Berharap rakan - rakan blogger  boleh terjah ke blog mereka.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Kancil ada menganjur satu segmen. Kalau sudi jomlah sertai segmen Kancil. Klik kat sini

Sunday, October 23, 2011

Segmen Kancil8349 : Siapa Follower Anda Paling Best? TUTUP

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Segmen Kancil kali ini terpaksa Kancil batalkan demi persahabatan antara blogger. Atas perbincangan, pandangan dan nasihat daripada blogger lain. Kancil rasa lebih baik segmen ini dibatalkan. Takut ia boleh menimbulkan perselisihan faham antara rakan blogger. 

Kancil memohon maaf kepada semua rakan blogger kerana menganjur segmen seperti nie. Harap korang maafkan Kancil yeah. Bagi yang sempat menyertai segmen ini. Kancil hargai penyertaan korang dan terima kasih kerana sudi menyertai segmen Kancil.  Korang nak tahu apa pandangan mereka. Jomlah terjah ke blog mereka. Tekan je url link mereka, korang akan tahu pandangan mereka masing - masing.

1. http://aiennotalien.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil-8349-siapa-follower-anda.html 
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Segmen Kancil8349 : Siapa Follower Anda Paling Best?

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kali nie Kancil nak anjur satu segmen. Simple je segmen dia. Bagi yang ramai follower, tentu korang ada follower yang paling best kan? So, jomlah sertai segmen Kancil. Kita bercerita mengenai follower korang. Supaya ada rakan blogger lain kenal mereka.

Apapun marilah kita berkongsi cerita melalui segmen Kancil yang keempat. Kalau nak join, sesiapa pun boleh yang penting dia blogger. Hehehe...syaratnya ialah : 

1. Buat satu entri

2.  Letak header Kancil 8349 blog di dalam entri korang



3. Tajuk entri tersebut  Segmen Kancil8349 : Siapa Follower Anda Paling Best?

4. Bagitau kepada kami mengenai follower anda paling best berdasarkan  : 
a) Nama follower anda
b) Mengapa anda mengatakan follower tersebut paling best di mata anda

5. Hanya satu follower je korang cerita di dalam entri korang.

6. Selesai, korang kasi tinggalkan url korang kat ruangan komen. Kancil akan buat satu list entri khas untuk ini.

7. Jangan lupa letak header follower anda yang paling best dan link agar rakan blogger boleh terjah ke blog beliau.

8. Tarikh tutupnya : Tutup

Terima kasih kepada semua rakan blogger kerana sudi membaca dan menyertai segmen keempat Kancil

Segmen : Jom Kenal Kenal

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Tadi membalas kunjungan rakan blogger iMBobo. Ternampak segmen yang beliau sertai. Katanya, blogger nie dah setahun berblog dan ini merupakan kali pertama dia buat segmen. Seperti mana Kancil dulu pun pernah buat segmen pertama dan memerlukan rakan untuk support segmen Kancil. Kali nie, sertai segmen beliau untuk kali pertama. Jomlah kita beramai - ramai menyertai segmen beliau. Klik je gambar di atas tu.

Kalau Miera nak kenal dengan Blog Kancil 8349 nie. Blog Kancil 8349 nie telah wujud awal tahun nie. Pada mulanya ndak ramai kenal blog nie...sebab masih baru. Pemilik blog nie berasal dari daerah Semporna dan bertugas di banda Tawau...dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, October 22, 2011

Cikgu! Ada Orang Berdarah...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kelmarin, ada satu kejadian yang di luar dugaan berlaku di sekolah Kancil mengajar. Ketika itu, Kancil ke bilik pejabat PK untuk mendaftar kehadiran pada hari tersebut. Baru membuka pintu pejabat, sekumpulan murid datang menemui Kancil.

"Cikgu! Ada orang berdarah. Di sana dia cikgu"

"Kenapa dia berdarah?"

"Dia langgar tiang cikgu."

"Bawa dia ke bilik guru."

Setelah mendaftar kehadiran, Kancil mengejar murid lelaki yang berdarah sedang menuju ke bilik guru. Di sana Kancil meminta bantuan kepada guru yang pakar membersihkan luka. Murid tersebut luka di bawah kening dan bibir. Kancil hanya mampu menggelengkan kepala melihat keadaan tersebut. Murid lelaki ini tidak menangis seperti biasa baginya mengalami luka.

"Nasib ndak kena mata. Kalau mata sebelah tu pecah. Macam mana?"
"Ada satu mata lagi cikgu"

"Kalau dua - dua mata, macam mana? Sudah dilarang jangan berlari. Mahu juga berlari. Bagus nie...minggu depan kamu buat lagi...dekat sebelah mata kanan. Jadi seimbang."

"Ndak mahu cikgu"

"Kenapa?"

"Sakit cikgu"

"Tahu pula sakit. Yang kamu berlari langgar tiang tu mengapa?" 

Murid tersebut diam membisu tapi tidak nampak air matanya menitis jatuh ke tanah. Memang tabah budak ini. Beberapa minit kemudian, datang guru kelas murid lelaki tersebut.

"Kenapa nie?"

"Terlanggar tiang."

"Di mana?"

"Di sana" sambil menunjuk ke arah tandas.

"Kenapa boleh terlanggar tiang?"

"Berlari"

"Bukan cikgu sudah larang kan?"

"Hmm"

"Jadi siapa yang sakit?"

"Saya"

"Mahu lari lagi?"

"Ndak mahu."

Kata sahaja ndak mahu. Minggu depan mereka buat lagi. Guru - guru selalu berpesan kepada murid jangan berlari. Tapi ada juga yang degil kepala. Nasib juga bapa murid tersebut tidak menyalahkan guru. Kalau jenis yang main serang je. Confirm bertikam lidah pada hari Jumaat..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, October 21, 2011

Bersyukur Apa Yang Ada

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Syukur Kancil kembali dengan selamat. Semalam mengejar masa balik ke Semporna sebab ada kenduri di kampung. Sempena mak bapa Kancil naik haji. Lepas je bunyi loceng, terus melompat ke kereta dan start enjin kemudian pecut ke Semporna. Walaupun hujan sepanjang jalan, alhamdulillah banyak kenderaan so ndak bimbang di perjalanan.

Syukur ke hadrat Ilahi, Kancil selamat sampai di kampung dan syukur juga kenduri dapat dibuat walaupun tidak ramai yang hadir. Kerana masing - masing ada kerja yang perlu mereka laksanakan. Kancil juga bersyukur kerana bertugas di daerah Tawau dan memiliki kenderaan sendiri agar senang berulang alik. Jarak bandar Tawau dan Pekan Semporna adalah 109 km.

Bersyukur juga Kancil mempunyai adik beradik yang pandai mengurus kenduri tanpa kehadiran Kancil dan sepupu - sepupu yang banyak membantu urusan kenduri. Tidak lupa kepada semua bapa saudara dan mak cik saudara Kancil yang sudi hadir. Akhir sekali, Kancil bersyukur kerana sempat meng'update' blog Kancil dan mempunyai rakan - rakan blogger yang sudi membaca blog entri Kancil sebelum, semasa dan akan datang.

Mengapa entri Kancil semua ada perkataan bersyukur? Tadi Kancil mendengar khutbah di kampung. Khatib tadi berkhutbah bahawa kita harus bersyukur apa yang kita ada. Dengan mengucap Alhamdulillah @ syukur ataupun membaca surah Al - Fatihah sudah cukup kita mengingati nikmat pemberian Allah. 

Apapun kita harus bersyukur kerana kita bukan susah seperti orang lain. Walaupun ditimpa kemalangan kecil pun, kita harus bersyukur kerana apa yang kita hadapi adalah ujian daripada - Nya. Ndak kisah perkara baik mahupun buruk. Harus bersyukur. Ingatlah bahawa apa yang kita hadapi ini tidak sama dengan orang lain malah lebih teruk dari kita. So, bersyukur kita diberi ujian sedikit berbanding dengan para nabi kita yang diuji.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, October 20, 2011

Blog Pilihan Kancil : Santri T.P.I.N.I

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.



Blogger ini merupakan salah seorang commentator yang paling banyak meninggalkan komen di blog Kancil. Kekadang ada persoalan yang diajukan kepada Kancil jika beliau tidak faham. Meminta pandangan kepada blogger lain dan setiap entrinya mengandungi mesej tersirat yang memberi kita kesedaran dan pengajaran. Sehingga kini, follower dia hanya 254 orang. Blogger ini juga pernah menganjur satu segmen mengenai komputer.

Selain itu, blogger ini menghargai blogger lain dengan membalas kunjungan mereka ke blog - blog yang meninggalkan komen di entri beliau. Kalau nak tahu sangat mengenai blogger ini, jomlah ke blog beliau. Banyak ilmu yang kita dapat pengalaman, iktibar, panduan, mutiara kata dan pengalaman yang terselit di dalam entri beliau. Klik kat header di atas.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Segmen BK : Inilah Blog Saya

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kali nie BK anjur satu segmen. Kalau sesiapa yang nak join, jomlah ke blog beliau. Segmen ini hanya berakhir pada pukul 6 petang ini. Jika terlewat nanti rugi...hehehe.

Kewujudan blog Kancil 8349 ini bermula apabila pemilik blog (iaitu saya) berkawan dengan seorang blogger a.k.a rakan sejawatan di sekolah. Rakan tersebut adalah Gen2Merah. Beliau banyak menceritakan pengalaman beliau di sekolah di dalam blog beliau. Tertarik dengan itu, Kancil pun meminta bantuan beliau. Alhamdulillah beliau sudi membantu Kancil. Ndak lokek orangnya...hehehe

Sebenarnya, Kancil ada blog sebelum ini namun dah lupa maka wujudlah blog yang kedua ini. Pilihan nama blog Kancil 8349 adalah terikut - ikut rakan sejawatan Gen2Merah. Sebab beliau memiliki kereta Gen2. Kancil pula memiliki kereta Kancil Maron. Ini pun atas cadangan beliau sendiri. Yang mendorong Kancil untuk berblog adalah kerana perkongsian ilmu antara blogger. Kerana, setiap blogger mempunyai pandangan dan idea tersendiri. Dan rasa seronok dapat berkongsi pengalaman, pendapat dan segalanya di dalam dunia blog.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Perlukah Aku Takut?

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Sewaktu sekolah rendah, Kancil kagum pada seorang rakan yang berani tampil ke depan tanpa rasa takut, malu dan gementar langsung. Mengapa dia boleh buat macam tu? Kancil ingin sepertinya. Ramailah rakan mengejek setiap kali Kancil tampil ke depan. Ejekan mereka tu tidak membuat Kancil patah semangat. Dalam hati Kancil, sekurang - kurangnya Kancil berani bercakap berbanding mereka berani mengkutuk di belakang.

Satu persatu kelemahan Kancil keluar namun satu persatu juga Kancil perbaiki. Makin ramai mengutuk makin bersemangat Kancil untuk ke depan. Akhirnya, rakan - rakan mengakui kelebihan Kancil. Bila mereka nak ajukan soalan, mereka akan meminta Kancil untuk berdiri di hadapan. Mengapa Kancil boleh atasinya semua?

Pertama :
Semangat untuk Kancil mencontohi orang lain. Jika dia boleh buat mengapa Kancil tidak boleh buat?

Kedua :
Berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Seperti bercakap di hadapan cermin. Ketika bercakap di hadapan ramai, membawa sekeping kertas di tangan. Memandang atas kepala penonton seolah - olah memandang ke arah mereka. Mengukir senyuman yang dibuat - buat dan sentiasa bergerak.

Ketiga :
Anggap penonton tidak tahu apa yang bakal kita ucapkan. Jangan terlalu fikir bahawa akan melakukan kesilapan tetapi yakin bahawa apa yang kita buat adalaha sesuatu yang baik untuk mereka.

Keempat :
Kita cukup sempurna dan tidak ada cacat anggota. Sedangkan yang cacat berani apatah lagi kita. Lagi satu, kita berpakaian mengapa perlu malu?

Kelima :
Membuat persediaan awal supaya tidak silap. Ilmu di dada perlu dipertingkatkan dan sentiasa gembira dan seronok berada di hadapan orang ramai.

Rasanya cukup sahaja apa yang ingin Kancil kongsikan. Banyak lagi caranya. Namun ini adalah cara Kancil sendiri. Kancil pernah berucap di hadapan 3 ribu orang dalam satu dewan. Namun, tetap buat biasa walaupun gementar tetap ada.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday # 11

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Selamat Hari Jadi Kepada Pemilik Blog 'Kerana Lily'

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kancil pun baru tahu bahawa blogger nie sambut hari jadi dia semalam. Nie pun sebab Kancil membalas kunjungan beliau setelah komen di blog Kancil. Namun, Kancil rasa masih sempat untuk kita mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada beliau. 


Jomlah kita sama - sama doakan beliau. Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat jodoh yang baik...klik gambar di atas korang akan terus ke blog beliau. Beliau merupakan pengunjung setia blog Kancil dan sentiasa meninggalkan komen - komen yang bernas. Merupakan seorang blogger yang mempunyai entri - entri kesedaran berbentuk keagamaan. Ndak rugi kalau kita membaca blog beliau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, October 18, 2011

Berjaya Melaksanakannya

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Alhamdulillah, Kancil berjaya menyampaikan ceramah kepimpinan di sekolah tersebut. Murid pun tidak ramai dan hanya 65 orang murid. Kancil ucapkan terima kasih kepada semua rakan blogger yang mendoakan Kancil berjaya. 

Atas doa kalian, Kancil berjaya menyampaikan dengan baik tanpa gementar langsung. Walaupun kaki dah mengigil sewaktu tiba di sekolah tersebut. Atas semangat untuk menyampaikan idea, ilmu dan pengalaman, Kancil  berjaya dengan cemerlang. Ini merupakan kali pertama Kancil dijemput. Semoga ada lagi jemputan dari sekolah lain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Kancil Jadi Penceramah Motivasi

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari ini Kancil ingin berkongsi sedikit perasaan Kancil pada ketika ini. Nak tahu mengapa? Hari ini Kancil telah dijemput untuk memberi ceramah kepimpinan di salah satu buah sekolah di daerah Tawau. Ia terletak dipinggir bandar Tawau. Surat jemputan telah diberi lebih seminggu lalu. Ngee ~.

Kancil rasa gementar dan berdebar pada ketika ini. Entah mengapa boleh macam nie? Sememangnya Kancil sudah biasa memberi ceramah motivasi di dalam sekolah tetapi tidak pernah di sekolah lain. Kira ini pengalaman pertama Kancil di jemput oleh pihak sekolah lain. Apapun, Kancil ingin mencuba merasai pengalaman baru ini.

Berbanding rakan - rakan seangkatan, mereka bimbang dan tidak berani untuk menerima jemputan daripada mana - mana pihak sekolah. Mungkin kerana masih baru dalam dunia pendidikan. Tapi sampai bila nak buktikan kita mampu seperti penceramah lain. Bila sudah dijemput, Kancil tidak menolak kerana ia adalah satu kepercayaan dan peluang yang jarang kita dapat. Kancil berharap, rakan - rakan blogger doakan Kancil berjaya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, October 17, 2011

Pemilik Blog Kancil 8349 Lelaki @ Perempuan?

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Entri kali ini ingin menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh beberapa orang rakan blogger baru - baru nie. Dan mungkin juga dapat membantu agar tiada kekeliruan berlaku selepas ini. Harap dengan entri ini, korang kenal siapa sebenar pemilik blog Kancil 8349.

Pemilik blog Kancil ini sebenarnya adalah seorang lelaki. Bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Tawau. Berasal dari daerah Semporna. Hehehe...Ada yang terkejut bukan? Hmm...bagi yang terkejut, Kancil nak tahu mengapa korang anggap pemilik blog Kancil nie perempuan. Boleh bagitahu sebabnya...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Kedua Bulan Oktober 2011

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.



1. http://gen2merah.blogspot.com/







Alhamdulillah!....Kancil rasa bertuah kerana bilangan blogger bertambah dalam minggu ini. Merekalah yang telah membantu Kancil. Terima kasih Kancil ucapkan kepada mereka. Kancil berharap untuk rakan - rakan blogger lain. Jomlah terjah ke blog mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, October 16, 2011

Follower Blog Kancil Yang Ke 500

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bulan lalu, angka follower Kancil ialah 400 orang. Kini, sudah mencapai 500. Dalam tempoh 9 bulan, follower Kancil sudah meningkat. Kancil rasa bertuah dan bersyukur kerana memiliki follower seramai ini. Berbanding rakan lain, mereka terpaksa menunggu dua tahun untuk mencapai tahap ini dan ada rakan lain pula, follower mereka mendadak ke agak seribu yang sama usia dengan usia blog Kancil. Namun Kancil tetap berterima kasih kepada semua yang banyak membantu blog ini.

Apapun, Kancil akan tetap membuat entri khas untuk follower ini sebagai penghargaan kepada beliau kerana sudi menjadi follower blog Kancil. Tahniah dan terima kasih Kancil ucapkan kepada beliau. Nak tahu siapa dia. Jom lihat di bawah nie.


Blog ini mengandungi entri peribadi pemilik blog tersebut. Seorang gadis manja dan mempunyai muzik latar yang mencerminkan seorang gadis yang ceria. Nama blog ini ialah Darling Angel. Mempunyai bilangan follower 222 (Kancil yang follower ke 222). Kalau ada sesiapa yang sudi nak terjah ke blog beliau. Jomlah...klik je gambar di atas tu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, October 15, 2011

Tiba - Tiba Menghilang....Ke Mana?

Assalamaulaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Khamis lalu, Kancil sedikit kelam kabut sehingga tidak dapat update entri mahupun membalas kunjungan rakan blogger yang lain. Ini kerana, Kancil terpaksa balik ke Semporna atas urusan keluarga. Laptop tetap dibawa namun kesuntukan masa yang menyebabkan Kancil tidak dapat buka blog mahupun FB Kancil.

Apabila, membuka email sebentar tadi. Banyaknya email. Wah....rugi kalau tidak balas komen - komen rakan blogger nie. Sebelum membalas komen, Kancil nak buat satu entri ini...hehehe...Sebenarnya, ibu bapa Kancil telah pergi menunaikan ibadah Haji. Syukur kerana mereka menjadi tetamu Allah di Kaabah pada tahun ini.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, Kancil harus kembali dan menemani mereka sebelum berlepas ke Tanah Suci. Sebagai tanda kesyukuran, keluarga Kancil telah mengadakan kenduri kesyukuran di kampung. Ramai sanak saudara berhimpun. Yang jauh dari Lahad Datu sanggup datang untuk mengucapkan selamat pergi menunaikan ibadah Haji.

Itu sebenarnya berlaku pada Kancil beberapa hari tidak update blog. Apapun Kancil berharap ibu bapa Kancil akan selamat pergi dan selamat kembali dari menunaikan ibadah Haji.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, October 13, 2011

Cita - Cita Kerja Kancil...Nak Tahu?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Semalam Kancil membuat entri mengenai cita - cita. Dan ramai juga rakan blogger menceritakan tentang cita - cita mereka yang tercapai dan tidak tercapai. Mungkin ada yang rasa sedih sebab cita - cita tidak tercapai sebabkan banyak faktor. Tapi percayalah, selagi masih bernyawa. Cita - cita itu akan tercapai juga dengan usaha dan semangat untuk mendapatkannya.

Umum mengetahui bahawa cita - cita sentiasa berubah mengikut zaman persekolahan. Begitu juga dengan Kancil. Ada 3 cita - cita Kancil. Pertama ingin menjadi seorang guru (semasa sekolah rendah), kedua seorang pustakawan (sekolah menengah) dan ketiga pensyarah (STPM). Banyak bukan...Namun Kancil bermula dengan pengalaman sebagai seorang pensyarah kemudian pustakawan dan akhirnya seorang guru (kini).

Walaupun pengalaman Kancil bekerja baru 6 tahun (3 kerja tersebut). Tapi banyak ilmu dan pengalaman Kancil lalui. Suka duka, pahit manis dan segalanya Kancil lalui.  Alhamdulillah...Tuhan sudah kabulkan cita - cita Kancil. Kini, Kancil bercita - cita ingin menjadi seorang guru cemerlang. Doakan Kancil berjaya...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : apa cita - cita selepas itu, rahsia....

Wednesday, October 12, 2011

Segmen Ben Ashaari : Aku Seorang Blogger

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Sudah lama Abang Ben tidak buat segmen. Kali ini Kancil tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai walaupun agak lewat. Kalau sesiapa yang ingin jom segmen abang Ben. Masih sempat nie...Tutup 10 malam nie. Korang klik je header beliau di atas nie. 

Sebab mengapa rakan blogger patut masuk ke blog Kancil 8349? Sebab Kancil menceritakan tentang suka duka, pengalaman dan kenangan yang dilalui oleh Kancil sebelum dan semasa bergelar pendidik. Nak cakap lebih, lebih baik korang sendiri yang menilainya. 

Blog yang sentiasa memberi semangat kepada blog Kancil ialah blogger - blogger yang sentiasa menyokong Kancil dari segi pandangan dan idea. Tanpa mereka, blog Kancil ini tidak bermaya. Itu sahaja yang Kancil boleh kongsikan. Salam perkenalan bagi blogger baru.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday # 10

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


p/s : Suatu Ketika Di SK Batu Payong

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...