Rakan Blogger

Friday, September 28, 2012

Catatan Peristiwa Berdarah Di Semporna, Sabah


Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349


Kancil ingin berkongsi cerita mengenai sejarah pahit yang pernah dilalui oleh penduduk - penduduk Semporna. Sumber nie Kancil ambil dari Facebook Habbal Min Simpulna. Jomlah membaca sedikit...

Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa. Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.


Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu. Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan.” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ”, katanya.
“Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".

“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai. “Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya. Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".

“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi. Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya,” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, April barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.

Sumber: Berita Bukit Aman, 1983.

Cukup ngeri...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 27, 2012

Minggu Tahun 6 SK St Patrick Tawau 2012

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Asal sahaja selesai peperiksaan UPSR, maka guru - guru tahun 6 berhempas pulas pula untuk mencari aktiviti bagi mengisi kekosongan masa murid - murid tahun 6. Setelah penat berperang akhirnya mereka perlukan rehat dan guru - guru plak yang berusaha untuk mengisi rehat mereka dengan pelbagai aktiviti. Walaupun Kancil bukan guru tahun 6 namun secara tidak langsung Kancil terlibat dalam aktiviti tersebut. Biasalah guru bimbingan nie...serba boleh.

Program Minggu Tahun 6 telah dirancang sebelum peperiksaan UPSR bermula lagi. Ini memudahkan kepada pihak guru untuk mengatur masa mereka. Lagi pun, guru - guru tahun 6 nie bukan sahaja mengajar tahun 6 malah ada yang mengajar tahun 4 dan 5. So, walaupun anak murid sudah tidak belajar namun tugas guru tetap diteruskan. Berbalik pada program minggu tahun 6, pelbagai acara telah dicadangkan. Antaranya perlawanan bola sepak lelaki / perempuan, tarik tali lelaki / perempuan dan perlawanan persahabatan antara murid tahun 6 dengan guru - guru sekolah.

Menarik bukan...masa nielah yang paling sesuai. Kerana sebelum ini penat dengan mengulangkaji matapelajaran. Kancil diberi tanggungjawab untuk mengatur perlawanan tarik tali lelaki dan perempuan dan membuat aktiviti permainan minda. Kalau ikutkan cadangan, slot untuk Kancil diberikan hanya 3 hari. Tetapi sukan sekolah akan bermula dalam 2 minggu akan datang. Maka slot Kancil dikurangkan kepada 1 hari. Kena akur kerana orang lain pun mahu buat aktiviti...hehehe

Bila melihat gelagat murid - murid tahun 6...teringat masa tahun 6 sekitar tahun 1993 di SK Pekan 1 Lahad Datu. Kancil tidak aktif dalam mana - mana aktiviti...bukan malas tetapi tiada kemahiran pun. Main bola sepak pun ndak pandai. Hehehe...tu time sekolah rendah. Kancil ndak dapat tunjukkan gambar kerana terlalu ghairah melihat anak murid bermain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 26, 2012

Program Hati Ke Hari Peringkat Negeri Sabah Daerah Tawau 2012 # 3

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Macam terabai sedikit blog Kancil nie, malah kunjungan rakan blogger pun dah kurang...huhuhuhu...namun ndak mengapa...Kancil akui. Masa nie Kancil sibuk dengan kerja di sekolah. Ndak banyak tangan mahu menguruskannya. Insya Allah...jika ada kelapangan. Kancil tetap membalas kunjungan rakan blogger. Cuma memohon kalian memahami tugas Kancil sebagai guru. Lebih - lebih Kancil telah diminta untuk menggantikan tempat guru yang pergi haji.


Antara wajah - wajah guru pengiring daripada 54 buah sekolah

Berbalik pada program Hati - Hati. 20hb 9 merupakan hari penutup pada program tersebut. Masa nielah, AJK kerja berhempas pulas untuk membuat persiapan akhir. Alhamdulillah, Tuan Haji Herman Bin Kuraga, banyak membantu dan beliau memang seorang ringan tulang. Korang fikirlah, hanya 11 orang je AJK kerja...mengurus 80 orang murid dan 54 orang guru pengiring dan guru - guru besar. Memang susah nak digambarkan. Namun...dapat diurus dengan baik.

Majlis dirasmikan oleh Encik Vea Sarima, wakil PPD Tawau. Dalam ucapan beliau, beliau memuji Majlis Kaunselor Sekolah Rendah Daerah Tawau kerana berjaya melaksanakan program besar dalam masa yang singkat dengan kekuatan 11 orang AJK kerja. Lebih - lebih lagi memuji kerana dapat mengurus program ini yang mana pesertanya adalah perempuan sekolah rendah. Dalam majlis ini, terdapat dua persembahan iaitu persembahan koir daripada peserta program dan persembahan silap mata daripada Cikgu Abdullah SK Perdana Tawau.


Tepat pada pukul 12 tengahari, program hati ke hati menutup tirainya. Semua murid kembali ke sekolah masing - masing begitu juga tetamu yang datang pada hari itu, Bagi AJK kerja, masih ada kerja belum selesai. Tempat yang digunakan mesti dibersihkan dan dikemas segala peralatan dan barang milik PPD mahupun persendirian. Kali nie, kami mengucapkan tahniah sesama kami di atas kejayaan kami pada hari nie. Yang pastinya, program PERASA akan menyusul dan tenaga, idea dan masa kami akan diperlukan pada program tersebut.


AJK Kerja...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Saturday, September 22, 2012

Program Hati Ke Hati Peringkat Negeri Sabah Daerah Tawau 2012 # 2

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama Kancil menyepi lagi namun mahu buat macam mana...kesibukan melanda dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan luar sekolah. Tengok bilangan pageview pun dah kurang sebab Kancil lambat update. Tapi ndak mengapa, Kancil yakin setiap entri ada kelebihannya. Kalau bukan hari nie ia meletup tentu hari - hari lain.

Program Hati - Hati masuk hari kedua (19hb 2012), semalaman Kancil berjaga di dewan SK Jambatan Putih. Takut - takut ada benda yang ndak elok. Lebih - lebih lagi murid - murid perempuan. Bukan tiada guru perempuan. Ada cuma, hati memang ndak senang. Akibatnya, Kancil mengantuk pada hari kedua. Namun ia tidak mematahkan semangat Kancil untuk memberi taklimat kepada guru - guru pengiring mengenai slot seterusnya.


Awal pagi, Encik Vea Sarima selaku penceramah dalam slot pertama telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Transisi Ke Sekolah Menengah. Dalam penyampaiannya, beliau menceritakan tentang kehidupan dan situasi sebenar di sekolah menengah. Kes - kes yang berlaku, banyak melibatkan pelajar - pelajar perempuan. Ini yang amat membimbangkan pihak pejabat pelajaran. Di tambah lagi bilangan pelajar perempuan menurun berbanding bilangan pelajar lelaki di peringkat universiti. Ini kerana, remaja perempuan mudah terjebak dengan kegiatan - kegiatan tidak bermoral. 

Selesai ceramah, Kancil mengambil alih dalam slot LDK. Tajuk slot tersebut ialah Kenali Diri Sendiri. Sebelum LDK bermula, Kancil telah memberi taklimat kepada guru - guru pengiring mengenai LDK tersebut. Beza sangat kalau kita beri taklimat dengan rakan seperjuangan nie. Buat kita berpeluh...hehehe...Selesai taklimat, guru - guru pengiring akan masuk ke kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak ajk, iaitu sebanyak 10 kumpulan.

Sebelah petangnya, satu lagi LDK yang dikendalikan oleh Cikgu Rosneni. Tajuk LDK tersebut ialah Penghargaan Diri. Di sini, Kancil hanya membantu. Kalau ikutkan ini merupakan slot Kancil tetapi ia berhubung kait dengan tubuh badan wanita dan tidak elok Kancil yang berikan. So, Kancil memilih slot pertama agar tiada berlaku salah faham. Lebih kurang 2 jam, peserta - peserta diberi pendedahan. Kebanyakan peserta teruja untuk mendengarnya.

Pada waktu malamnya, satu lagi LDK yang dikendalikan oleh Cikgu Nurjannah. Tajuknya Kancil ndak berapa ingat. Sebab masa LDK ini, Kancil kembali ke rumah untuk membersihkan diri. Giliran Kancil balik ke rumah. Biasalah syif. Hehehe...Lebih kurang 10 malam, Kancil kembali ke SK Jambatan Putih...ketika itu, LDK masih lagi berlangsung. Kancil sempat memberi sedikit taklimat kepada murid - murid tahun 6 ini. Selesai LDK, AJK kerja membuat persiapan untuk hari penutup esok.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 20, 2012

Program Hati Ke Hati Peringkat Negeri Sabah 2012 Daerah Tawau #1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dua minggu lalu, 11 orang guru kaunseling sekolah rendah daerah Tawau yang terpilih telah menghadirkan diri dalam mesyuarat dan taklimat program Hati Ke Hati. Beberapa kali perjumpaan dibuat, akhirnya mendapat keputusan yang menarik. Maka pada hari Selasa, 18 hb 09 2012, program nie bermula dengan menghimpunkan 59 buah sekolah daerah Tawau.

Penyertaan adalah seramai 80 orang murid perempuan dan 57 orang guru pengiring. Hanya dua buah sekolah yang menarik diri daripada menyertai program ini. Program in berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih. 

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid perempuan tentang kehormatan diri dan seksualiti (menghargai tubuh badan). Di akhir program ini, berharap para peserta dapat mengetahui dan menghayati maksud nilai harga diri serta menjaga dan mempertahankan maruah diri dalam kehidupan seharian.

Kancil terlibat sebagai AJK Kerja dalam program tersebut. Malah dilantik sebagai Fasilitator dalam LDK 1 dalam program ini. Dalam program ini terdapat 3 LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Acara ini bermula pada pukul 2 petang dengan slot pendaftaran. Kancil juga terlibat di dalam ajk pendaftaran.

Jom kita lihat beberapa gambar yang sempat Kancil ambil semasa program pada hari pertama :


 Mendengar taklimat daripada Kem Kom dan Murid - murid perempuan selesai solat berjemaah


Menunggu arahan dan aktiviti Ice Breaking


Pengarah program Cikgu Hajah Safiah dan guru - guru AJK Kerja


Beberapa aktiviti yang dibuat dalam aktiviti Ice Breaking


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, September 16, 2012

Kes Letak Kenderaan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Sabtu kemarin, Kancil ndak dapat hadir ke sekolah kerana kawasan kampung Kancil tinggal ditenggelami air banjir. Seawal 2.30 pagi, air mula naik. Mulalah riuh orang kampung menjerit jiran tetangga untuk mengalihkan kenderaan di bawah rumah masing - masing. Kancil dikejutkan oleh mertua perempuan Kancil untuk alihkan kenderaan kerana air mula naik.

Bila turun ke bawah, Kancil sudah melihat sebuah kereta proton menghalang laluan keluar di depan pagar rumah. Nie kes ndak berakal...Macam mana mahu keluar. Namun, Kancil tenangkan perasaan. Jika air naik sampai paras lulut...mahu tidak mahu kereta tersebut akan dipecahkan cerminnya...supaya senang kereta Kancil keluar. Alhamdulillah...air banjir ndak tinggi hanya paras buku lali.

Disebabkan berjaga dari pukul 3 pagi...Kancil tertidur hingga terlupa untuk ke sekolah. Sedar pun sudah pukul 11 pagi. Tu pun badan sudah panas. Tentunya deman akan datang. Namun, Kancil tetap gagahkan diri untuk menyiapkan kerja yang akan dibawa ke minggu depan. Jika tidak dibuat dalam dua hari nie...maka program tersebut akan terganggu. Nie akan menyusahkan pihak lain. Lagi pun anjuran nie bukan peringkat sekolah tetapi peringkat negeri.

Berbalik pasal kereta proton tu...memanglah Kancil geram dan mungkin rakan blogger pun sakit hati. Tu nasib banjir..airnya ndak naik laju...kalau kebakaran, macam mana tu...memang ndak berakal bah pemilik kenderaan tersebut. Mahu je Kancil paparkan no plat dia...Ndak sempat Kancil jumpa pemiliknya sebab terlalu penat menjaga. Nanti ada kes seperti di Tanjung Batu Tawau..di mana kenderaan tersebut rosak dikerjakan orang kampung kerana meletak keretanya di depan pintu pagar orang.

Kalau minta izin mungkin orang kampung ndak marah tetapi main sedap je dia letak kereta. Akibatnya, kereta orang tersebut dipecahkan kesemua cerminnya dan ditolak di parit. Siapa yang rugi...sendiri yang tanggung. Mahu je Kancil buat macam tu...sebagai pengajaran namun kena sabar. Lagi satu pemilik kenderaan tu orang kampung yang sama juga. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 13, 2012

Jumpa Lagi UPSR

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil memohon maaf kerana belum sempat untuk membalas kunjungan rakan blogger. Insya Allah jika selesai program sekolah dan pejabat, Kancil akan mengunjungi blog kalian. Buat masa nie, Kancil mampu membuat entri pendek je. Cerita mengenai pengalaman yang dilalui oleh Kancil sendiri.

3 hari merupakan masa yang singkat namun yang merasai kehangatan UPSR, rasanya macam bertahun lamanya. Bagi murid, merekalah yang terasa sangat sebenarnya. Guru pun terlibat sama...risau keputusan anak didik mereka. Sebelum peperiksaan bermula pada setiap pagi, guru - guru setiap sekolah sempat memberi motivasi dan kata - kata semangat untuk mereka. Malah sempat juga memberi tips untuk menjawab soalan.

Tepat pada pukul 4 petang tadi, selesailah UPSR. Maka terdengarlah jeritan - jeritan anak muda kita...MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Mereka terasa teruja kerana beban yang dipikul sebelum ini sudah tiada. Namun tidak bagi guru...selagi keputusan belum diumumkan selagi itu mereka masih bimbang dan risau. Bagi Kancil pula, ini merupakan tahun pertama Kancil menjadi pengawas UPSR.

Serba sedikit, Kancil dapat sedikit pengalaman dan panduan di dalam dunia pendidikan. Bila kita bergaul dengan guru lain di dalam dearah sendiri...kita akan dapat tahu pandangan dan tanggapan mereka terhadap sekolah kita. Sudut pandangan dari guru sekolah lain. Melalui perbincangan, mungkin kita boleh memperbaiki kesilapan yang tidak disedari oleh kita sendiri.

Tahun depan, Kancil tetap dipilih sebagai pengawas UPSR...so Kancil akan bertemu lagi. Tapi Kancil tidak pasti sekolah dan kawasan mana yang bakal Kancil akan jaga....Jika Merotai lagi, alhamdulillah...sebelah Balung atau Bandar pun masih ok...tapi bila sudah di pulau Sebatik..macam berfikir dua kali...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 12, 2012

Istimewanya Sekolah Luar Bandar

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bila kita bercerita mengenai sekolah luar bandar, pasti tergambar di benak fikiran kita mengenai struktur bangunan dan kemudahan yang terdapat di dalam sekolah tersebut. Bangunan papan yang tidak kukuh, dinding sekolah yang berlubang, meja dan kerusi yang tidak elok dan sebagainya.

Namun, tidak semua sekolah di luar bandar terlalu daif. Malah ada yang lebih selesa berbanding dengan sekolah bandar. Unsur tekanan langsung tidak terasa di kawasan sekolah ini. Dibantu oleh sekeliling yang nyaman dan menyegarkan. Kalau ndak percaya, sekali sekala datanglah ke sekolah luar bandar. Kancil percaya ada banyak bezanya.

Walaupun dari segi kemudahan kurang namun guru - guru ada yang berusaha untuk menghapuskan kelemahan tersebut. Yang lebih seronok apabila kita mendapat kerjasama daripada ibu bapa di kawasan tersebut. Memang seronok dan memang baik. Makanan...susah nak digambar betapa lazat dan enaknya. Segar dari ladang orang kata. Memang Kancil sukakan suasana tersebut...

Selain itu, murid - muridnya masih lagi ada rasa hormat dan ini amat menyenangkan hati  semua guru. Mereka ringan tulang, mesra dan mengetahui had antara murid dan guru. Kalau di bandar, hmmm...susah nak cakap....bukan tidak diajar dan dinasihati...tapi macam mencurah air ke daun keladi...Mungkin kerana mak bapa mereka orang yang senang dan apa yang mereka inginkan, mereka akan dapat...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

UPSR Dan Program Hati Ke Hati

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Minggu nie merupakan minggu Peperiksaan UPSR yang dilakukan secara serentak di seluruh Malaysia. Dan Kancil terlibat dalam mengawasi peperiksaan tersebut di sekolah yang telah Kancil sebutkan di dalam entri sebelum ini.. Malah menjawat sebagai ketua pengawas. Apabila dikatakan ketua pengawas, rasanya kerja paling mencabar dengan tanggungjawab yang berat. Ini merupakan kali pertama menjaga exam dan menjadi pengawas.

Namun, pegang pada prinsip...jika kita tidak belajar mana kita tahu..betul kan? Alhmadulillah, hari pertama berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelam kabut dan berlaku perkara lucu.  Namun dapat melaksanakan dengan baik atas kerjasama semua pihak teruatamanya rakan - rakan seperjuangan.

Minggu depan, Kancil terlibat dalam program peringkat daerah yang akan berlansung 3 hari 2 malam. Kancil merupakan AJK kerja dalam program tersebut dan sedang menyiapkan bahan - bahan aktiviti untuk program tersebut. (Untuk LDK Kancil je...yang lain diurus oleh guru lain). Program ini melibatkan semua sekolah dan pesertanya ialah murid perempuan tahun 6 sahaja. Kalau tidak silap, seramai 80 peserta perempuan akan terlibat di dalam program tersebut.

Memandangkan Kancil agak sibuk dengan dua acara besar nie, Kancil memohon maaf kepada semua rakan blogger kerana tidak sempat untuk membalas kunjungan anda. Kancil hanya mampu membuat entri untuk buat masa nie...insya Allah sudah selesai program nie, Kancil akan membalas balik kunjungan rakan - rakan blogger.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, September 11, 2012

Jalan - Jalan Ke SK Melati, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari minggu lalu, Kancil bawa keluarga Kancil berjalan - jalan ke kawasan Merotai, Tawau. Tujuan sebenar ingin mengetahui kedudukan sebenar SK Melati. Walaupun ada rakan yang mencadangkan pada hari Isnin, namun Kancil tetap pergi pada hari tersebut. Supaya ndak kelam kabut pada hari Isnin.

Sekolah ini terletak di kawasan Ladang Merotai Disivion Melati, selepas Kampung Haji Matahir menuju ke Merotai Besar. Lebih kurang 22 km dari bandar Tawau kalau nak ke sekolah ini. Jalan rayanya macam biasa, ndak miss kalau tiada lori sebab nama kawasan ladang kelapa sawit. Memang penuh dengan lori - lori minyak.

Sekolah nie, kecil sahaja. Bilangan guru dan murid pun ndak ramai. Bersebelahan sekolah ada Surau dan di hadapan sekolah ada beberapa kedai runcit. Memula tiba di sekolah nie, sedikit teruja kerana pemandangan yang nyaman dan indah. Amat penting sunyi dan tiada bunyi bising walaupun di belakang sekolah ada perumahan pekerja.

Mempunyai dua bangunan sekolah, satu bangunan utama yang menempatkan pusat pentadbiran, pusat sumber, bilik akses, bilik pemulihan khas dan bilik kelas tahun 6. Manakala bangunan lain menempatkan kelas tahun 1 hingga tahun 5. Bilangan murid yang mengambil peperiksaan UPSR hanya 16 orang. Ndak ramai kan...

Jom kita lihat sekitar kawasan sekolah yang sempat Kancil ambil semasa berada di kawasan Ladang Merotai Division Melati ;



Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, September 10, 2012

"Doakan Kami Berjaya Cikgu"

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Sabtu lalu, sekolah seperti biasa kerana menggantikan hari persekolahan yang lalu. Memandangkan minggu ini merupakan peperiksaan UPSR dan kebanyakan guru tiada di sekolah. Bukan kerana mereka cuti cuma mereka diarahkan untuk menjalankan tugas mengawas di sekolah lain. Seperti Kancil juga...nasib di darat. Kalau member lain kena pulau siap ndak boleh balik lagi sehingga exam selesai.

Di hari tersebut, ramai murid mengambil peluang bersalaman dan memohon maaf kepada guru - guru mereka. Ndak kiralah guru yang mengajar mereka mahupun tidak mengajar mereka. Suasana pada masa tu cukup sedih...air mata berjatuhan...ndak kira murid dan guru - gurunya. Kancil hanya menanti air mata jatuh. Hehehe...

Apapun, sebagai guru dan ibu bapa kedua kepada mereka...kami berharap mereka berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Apa yang terdengar dari setiap murid berkata "Doakan Kami Berjaya Cikgu". Jom kita lihat suasana pada hari Sabtu tersebut ;








Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : hari nie gi SK Melati, Tawau untuk memberi taklimat kepada pengawas...

Saturday, September 8, 2012

Memberi Ceramah Di SK Tanjong Batu, Tawau 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Sepertimana Kancil maklumkan semalam, Kancil telah dijemput daripada sekolah lain untuk memberi ceramah mengenai Persediaan Akhir Sebelum Menghadapi UPSR. Sekolah nie merupakan sekolah yang paling ramai bilangan colan UPSR di Tawau. Seramai 215 orang calon. Terus terang, Kancil ndak pernah memberi ceramah melebihi dua ratus orang semenjak Kancil bergelar guru.

Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama dan bagi Kancil bila kali pertama memang susah nak kawal perasaan. Walaupun sebenarnya sudah biasa namun perasaan gementar tetap ada. Seawal 8.10 pagi, Kancil bergerak menuju ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Tawau yang terletak di Taman Ria. Jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari sekolah Kancil.

Tiba di pintu utama, Kancil terus menghubungi rakan sejawatan di dalam sekolah tersebut. Sementara menanti kedatangannya, Kancil sempat memerhati kawasan sekolah dari luar. Menarik dan cantik walaupun memiliki bangunan papan. (ndak sempat ambil gambar) Setelah meminta izin daripada pengawal keselamatan, kereta Kancil masuk ke dalam sekolah. Di sana rakan Kancil menanti kehadiran Kancil. 

Kami terus menuju ke bilik guru sementara menanti masa untuk slot ceramah. Kebetulan mereka membuat jamuan hari raya. So, dapat juga mengisi perut. Namun Kancil kena mengawal perasaan nafsu takut beri kesan nanti. Selesai menjamu selera, Kancil menanti murid - murid tahun 6 di bilik kaunseling sekolah itu. Sekolah ini mempunyai dua sesi dan tentunya ada dua orang guru Kaunseling. Kedua - duanya adalah guru perempuan. Kancil kena tunggu tahun depat baru dapat rakan baru. Tepat 9 pagi, Kancil diminta hadir ke dewan sekolah tersebut. Memang ramai dan memang menakutkan bagi Kancil...cewah...

Berkat doa isteri, rakan - rakan sejawatan, rakan - rakan blogger dan dengan izin Allah, Kancil dapat melaksanakan dengan baik dan berjaya. Penyampaian Kancil memberi kesan positif walaupun pada mulanya agak suram dan sambutan murid kurang. Namun disebabkan biasa menceriakan suasana akhirnya, mereka dapat memberi tumpuan. Kancil amat gembira. 

Disebabkan masa tidak mengizinkan, slide show Kancil tidak dapat dihabiskan. Namun sempat Kancil memberi pesan kepada mereka agar menjadi warganegara yang berguna bukan setakat diri sendiri malah keluarga, masyarakat, negara dan agama. Kancil akui, mereka merupakan golongan yang sederhana namun Kancil percaya bahawa mereka dapat mengubah nasib keluarga mereka jika mereka berusaha untuk menjadi insan yang berjaya.

Sebelum melangkah pergi dari sekolah tersebut, murid - murid tahun 6 sekolah itu meluru ke arah Kancil dan meminta kepada Kancil untuk doakan mereka berjaya di dalam peperiksaan UPSR. Terharu gak Kancil, walaupun mereka bukan murid - murid Kancil. Teringat plak masa belajar dulu. Berbeza sangat...Apapun, marilah kita doakan anak - anak bangsa kita nie berjaya di dalam peperiksaan mereka. 

Terima Kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.





Friday, September 7, 2012

Memberi Ceramah Di Sekolah Bandar

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tahun lalu, Kancil ada memberi ceramah di sekolah luar bandar daerah Tawau. Kalau tidak silap jaraknya 15 km dari bandar. Tahun nie, Kancil diberikan peluang untuk memberi ceramah di sekolah bandar. Sekolah yang mempunyai bilangan murid yang agak ramai. Sebenarnya, Kancil telah dijemput oleh rakan sejawatan dari sekolah tersebut untuk memberi ceramah mengenai persediaan menghadapi UPSR.

Walaupun, sudah biasa namun masih lagi gementar. Persiapan sudah dibuat namun sentiasa disemak berulang kali. Takut - takut kesilapan berlaku. Kita memberi maklumat kepada murid yang akan menghadapi peperiksaan minggu depan. Bukan senang ooo...hehehe. Dalam keadaan macam nie pun, sempat lagi berblog. Hehehe..

6.00 pagi tadi, Kancil sudah berada di sekolah. Memastikan persiapan dan kelengkapan untuk dibawa ke sekolah tersebut. Kancil berjanji dengan rakan tersebut, akan datang pada pukul 8.30 pagi. Kerana ceramah bermula 9 pagi. Lebih kurang 10 minit, berada di sekolah, Kancil ndak sedap hati melihat kereta Kancil. Kancil hampiri kereta dengan membunyikan siren kereta tersebut. 

Aik! ndak berbunyi. Buka kunci pun ndak ada langsung. Nah!...buat hal lagi. Isnin tu bateri kereta. Kali nie bateri kunci. Aduh!!! memang diuji bah. Namun bersyukur kerana ada juga member yang sudi pinjamkan bateri kunci beliau. Terima kasih kepada beliau. Dengan terbuka penggera kunci kereta, enjin kereta dapat dihidupkan. Jika guna manual sedangkan sistem penggeranya masih terkunci...alamatnya enjin ndak dapat dihidupkan.

Apapun, Kancil masih gementar lagi...lepas siapkan entri nie, Kancil nak checklah slide show dan bahan - bahan untuk memberi ceramah. Check kali terakhir. Hehehe...semoga berjalan dengan lancar dan insya Allah Kancil akan ceritakan pengalaman Kancil di sekolah tersebut. Harap rakan - rakan blogger doakan Kancil.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 6, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 48

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas merupakan program Guru Penyayang yang dilaksanakan oleh setiap sekolah di Malaysia. Dalam program nie, murid - murid yang menyambut hari jadi dalam bulan tertentu sebagai contoh bulan Ogos akan dikumpulkan dan diraihkan bersama - sama di hadapan rakan - rakan mereka.

Lain sekolah lain caranya. So inilah cara sekolah Kancil melaksanakan program tersebut. Kancil yang bertanggungjawab untuk senaraikan nama murid - murid yang menyambut hari jadi dalam bulan - bulan tersebut. Kemudian, akan memanggil mereka ke hadapan semasa perhimpunan atau selepas SEMAI. Mereka kemudiannya diraihkan.

Sumber kewangan untuk membeli kek dan hadiah kecil adalah dari duit yang dijumpa oleh murid - murid sekolah. Duit tu dijumpa di dalam sekolah je. Untuk makluman, duit yang digunakan nie adalah duit yang mana tiada yang menuntut. So, ia balik kepada murid juga. Apapun, majlis ini mestilah diacuh mengikut keadaan supaya tiada kebosanan dikalangan murid.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday # 48

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen...

Monday, September 3, 2012

Bateri Sel Kering

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Awal pagi tadi Kancil maklumkan bahawa kereta Kancil ndak boleh start disebabkan bateri dah lemah. Memang dah 3 tahun menggunakannya, so kena beli yang baharu. Disebabkan itu, Kancil telah menumpang kereta dengan guru lain dari sekolah yang lain untuk hantar Kancil ke sekolah.

Ramai juga rakan guru bertanya mengenai kereta Kancil...ada yang rasa terkejut. Bab orangnya ada tapi keretanya tiada. Hehehe...memang dikenal bila orang pertama datang ke sekolah setiap hari. Dalam kesibukan mereka bertanya mengenai kereta Kancil, Kancil meminta tolong dengan seorang rakan untuk temankan Kancil membeli bateri sel kering baharu.

Memandangkan Kancil orang baru di Tawau...banyak tempat Kancil ndak biasa lagi. Hehehe...baru 2 tahun bah Kancil di sini. So, rakan Kancil tunjukkan kedai yang biasa beliau berurusan untuk membeli peralatan kereta. Tempatnya di Batu 3, Jalan Apas Tawau. Bagi orang Tawau, tempat nie memang popular. Macam pusat bengkel kereta kalau di sini. Pilih je bengkel yang mana satu.

Kancil berurusan dengan seorang wanita. Bertanyakan harga bateri sel kering. Tawar menawar berlaku. Akhirnya bersetuju...RM 190 harga...kalau sel basah lagi murah...Namun Kancil lebih berminat menggunakan sel kering. Selesai membeli terus ke rumah di batu 2. Dengan berpakaian formal kami menukang bateri kereta. Hehehe...Dah pasang, terus start enjin kereta. Alhamdulillah...macam baharu. Hehehe...terima kasih banyak kepada rakan Kancil

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Rezeki Dan Dugaan Di Awal Pagi September 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Setiap hari Isnin dalam mana - mana minggu merupakan hari yang penuh bersemangat untuk memulakan sesuatu kerja. Kerana hari tersebut merupakan petanda dan aras untuk kita menjadi yang terbaik dalam melakukan sesuatu perkara. Tulah yang selalu bermain di fikiran Kancil seawal pagi.

Namun pada hari ini, Kancil rasa sedikit kecewa. Mengapa? Kereta kesayangan Kancil ndak boleh start awal pagi. Huhuhuhu...berulang kali pusingkan kunci namun ndak juga kedengaran bunyi enjin. Confrim bateri dah lemah. Mana tidaknya sudah tiga tahun memakainya...dah tu bateri Sel Kering..hehehe

Nasib juga, ada guru sekolah menengah sebelah rumah sudi tumpangkan Kancil ke sekolah. Terima kasih banyak kepada guru tersebut. Walaupun, laluan ke sekolahnya jauh dari laluan sekolah Kancil. Tengahari nie, kena cari bateri baru untuk kereta Kancil...hehehe...Apapun, ia tidak mematahkan semangat Kancil untuk hadir ke sekolah.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...