Rakan Blogger

Friday, March 30, 2012

Salahkah Kancil Bertindak Demikian?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie Kancil ingin berkongsi cerita mengenai situasi yang Kancil telah lalui petang tadi. Sekadar untuk meluahkan rasa yang tersimpan di dalam hati. Mungkin ada yang mengatakan Kancil tidak layak untuk bergelar seorang guru mungkin juga ada yang beranggapan tindakan Kancil melampaui batas.

Petang tadi, Kancil mengendalikan senamrobik untuk murid - murid tahap 1. Lebih 400 orang murid berhimpun di hadapan Kancil. Sebelum memulakan acara, Kancil telah mengarahkan semua murid mengikut tahun meletakkan beg di tepi tapak perhimpunan. Mereka mengikut arahan yang diberikan. Memandangkan semua bersedia, Kancil terus mengambil tempat untuk memastikan keselesaan semua murid semasa berada di tapak perhimpunan.

Satu persatu kelas, Kancil susun agar mereka selesa. Sampai ke tahun 3, murid - muridnya terus berlari tanpa diarah. Kancil sekadar melihat gelagat mereka. Tidak sampai seminit, murid - murid tersebut berlari lagi ke arah yang bertentangan sehingga bertembung dengan rakan - rakan dari kelas lain. Pun begitu, mereka berlari kembali. Melihat keadaan tersebut, ramai murid - murid perempuan terhimpit mahu pun terpijak oleh murid - murid lelaki.

Melihat keadaan tersebut, Kancil telah mengarahkan mereka duduk di tempat mereka berada sekarang. Tetapi, murid - murid nie seperti tidak mendengar apa yang Kancil katakan, mereka berlari lagi ke arah yang lain. Padahal, Kancil sudah menggunakan microfon untuk mengarahkan mereka duduk. Akhirnya, Kancil telah membuat keputusan untuk mengarahkan semua murid tahun 3 naik ke kelas masing - masing. 

Terpaku mendengar arahan Kancil, mereka menjadi budak baik dan diam memandang Kancil. Sekali lagi, Kancil mengarahkan mereka naik ke kelas. Mereka pun mengambil beg masing - masing dengan wajah yang sedih dan kecewa. Terus menuju ke kelas masing - masing. Tidak lama kemudian, beberapa orang guru tahun 3 masuk ke kelas mereka. Bermakna murid - murid tahun 3 tidak menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Kancil terpaksa bertindak demikian kerana mengelak berlaku kecederaan antara murid terutamanya murid - murid tahun 1. Selain itu, ia sebagai iktibar agar mereka menjaga kelakuan mereka semasa menyertai mana - mana program terutamanya senamrobik. Selesai program tersebut, Kancil menerima mesej dari bekas rakan sekolah Kancil.

Dalam mesej tersebut mengatakan bahawa ada ibu bapa mengeluh anak - anak mereka dijerit. "DIJERIT"..mungkin suara Kancil yang tinggi menyebabkan ibu bapa katakan Kancil nie menjerit anak mereka. Sedangkan, Kancil meninggikan suara untuk mengawal situasi yang mana anak - anak murid ini tidak mendengar apa yang disampaikan oleh Kancil. 

Untuk rakan - rakan blogger di luar sana terutamanya ibu bapa. Mengawal murid bukan senang seperti mengawal kereta yang mana kita boleh arah mengikut kemahuan kita. Jika Kancil tidak bertindakan demikian, mungkin ada murid yang akan patah tangan, sakit kaki atau sebagainya. Dan jika ia berlaku mungkin ada ibu bapa yang akan katakan bahawa guru tidak pandai mengawal murid mereka. Sedangkan murid tersebut anak mereka sendiri. 

Kancil pun faham, siapa suka bila anak kita dijerit namun tengoklah situasi. Tengok keadaan tersebut dan jangan membabi buta terus menyalahkan pihak sekolah. Kami ada cara sendiri.  Bukan kami pukul budak dan bukan juga kami denda mereka sehingga menganggu emosi mereka. Cuma meninggikan suara atau ibu bapa anggap Menjerit. Jika tidak suka anak dijerit, binalah sekolah sendiri. Lagi senang.Tidak pun, didiklah anak tu dari rumah agar menjadi budak baik, mendengar kata, rajin dan suka membantu orang lain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : walau apapun komen kalian, Kancil menerima secara terbuka.

Thursday, March 29, 2012

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 32

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Gambar di atas nie Kancil ambil semasa membuat lawatan tidak rasmi ke Sekolah Bangau - Bangau Semporna. Dengan erti kata lain, sahaja berjalan - jalan cari pengalaman. Memang sudah lama rumah nie. Dan ia masih kukuh lagi. Walaupun dilihat kayu - kayunya macam dah usang namun ia masih kukuh. Kancil suka dengan rumah nie. Dari dulu hingga sekarang. Sebab menarik lebih - lebih berwarna biru (warna kegemaran Kancil)

Nama kampung nie Kancil ndak pasti. Kalau tidak silap Kampung Panji Semporna. Penduduknya bercampur antara suku kaum Bajau dan Suluk (Mungkin ada bangsa lain). Mungkin ramai yang ragu - ragu untuk masuk ke rumah. Nasib rumah nie terletak dipinggir pantai dan bukan di tengah laut. Insya Allah ada rezeki Kancil akan tunjukkan rumah yang berada di tengah laut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday # 32

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.





Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, March 27, 2012

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil memohon maaf sekali lagi kepada semua rakan blogger kerana Kancil belum sempat untuk membalas kunjungan kamu. Insya Allah, setelah urusan Kancil selesai dalam dua minggu nie barulah Kancil langsaikan hutang Kancil. Hehehe...

Hari nie Kancil ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai tajuk entri di atas. Tentu ada di antara kita pernah mengalami situasi seperti nie. Dan ada di antara kita rasa tidak puas hati malah geram apabila segala usaha kita lakukan orang lain yang mendapat hasilnya. Malah kita dianggap sebagai penghalang atau punca masalah kepada kejayaan mereka.

Kancil pernah melalui semuanya dan masa kini pun sama. Susah untuk kita lari dari situasi ini. Sebab ia datang tanpa kita sedari. Lebih - lebih lagi bila kita melakukan kerja yang ikhlas dan bersungguh - sungguh tanpa mengharapkan balasan. Kerana sikap sedemikian, orang lain mengambil kesempatan di atas kelemahan kita. Memang kita dinampak oleh manusia lain, tidak berguna walhal hakikatnya kerja itu adalah kerja kita.

Tapi, kuasa Allah diluar jangkaan kita. Jika kita berada di pihak benar. Maka kebenaran itu akan datang sendiri. Ndak perlu kita bersusah payah menyakinkan bahawa itu kerja kita. Kerana manusia yang berakal akan mengetahui apa yang telah kita lakukan. Anugerah dan pujian hanya tengelam mengikut masa tetapi pengalaman yang tersimpan di dalam otak akan kekal jika kita sentiasa lakukan.

Jika ia berlaku di tempat kerja anda. Janganlah buat kerja untuk si kaki bodek boss. Bikin panas hati. Lebih baik melarikan diri sahaja dengan memberi seribu alasan. Biarlah boss sendiri yang mengarahkan kamu dan bukan orang seperti mereka. Mereka bukan yang berikan gaji kepada anda tetapi boss anda. Sebaliknya jika boss yang bersikap demikian. Jangan lupa letak nama atau tanda anda di setiap hasil kerja kamu. Kalau pun kamu dibuang kerja kerana macam tu. Ada majikan lain yang akan mengambil kamu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, March 26, 2012

Terima Kasih Kepada Semua Rakan Blogger Dan Facebook.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil rasa terharu dan gembira kerana ramai rakan blogger dan facebook mengucapkan selamat hari lahir kepada Kancil. Kancil rasa dihargai dan teramat gembira memiliki rakan - rakan seperti mereka. Walaupun ada di antara mereka tidak pernah berjumpa namun itu bukan pengukur untuk berbuat demikian.

Terima kasih kepada blogger Maszull dan Cikgu Ma kerana sudi membuat entri khas untuk Kancil. Kancil menghargainya. Jom singgah ke blog Maszull dan Cikgu Ma.

Friday, March 23, 2012

Loan Rumah Lulus

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Alhamdulillah...berkat usaha, loan perumahan Kancil lulus. Kena tunggu lagi namun rasa gembira sebab lulus. Minggu depan kena panggil gi bank untuk minta form. Selesai, gi pemaju untuk booking rumah tu. Jarak rumah tu ndak jauh sangat namun,Kancil rasa berbaloi untuk membelinya.

Ada rakan blogger kata harga rumah tu mahal. Tapi tulah keadaan sebenar di Tawau. Sebenarnya, Gen2Merah ada ajak Kancil  booking nie rumah. Tapi Kancil menolaknya. Entah mengapa tahun nie Kancil beria - ria untuk memiliki sebuah rumah. Gen2Merah plak yang menolak. 

Mengapa ndak guna goverment loan? Kancil terpaksa tunggu beberapa bulan. Kalau tunggu terlepas. Malah harga rumah akan meningkat. Bukan dari tahun ke tahun tapi dari minggu ke minggu. Kes bahaya nie. Tulah dengan berani mati, Kancil loan bank untuk rumah. Ramai kata jangan dulu tapi ada seorang senior mencadangkan lebih baik ambil. Sebab harga tanah menaik. Lagipun, dengan gaji yang ada Kancil mampu untuk memilikinya.

Apapun, ndak sabar duduk rumah baru. Tapi kena tunggu tahun depan...paling cepat akhir tahun nie. Tapi asyik hujan je beberapa hari nie. Huhuhuhu...apapun, nanti Kancil akan tunjuk gambar rumah tersebut. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, March 22, 2012

Aku Nak Gi England

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seorang rakan sejawatan yang baru balik dari kelas kelihatan letih namun masih tersenyum riang bila berada di dalam bilik guru. Dia mengajak seorang guru perempuan berbual dengannya. Manakala Kancil hanya mendengar perbualan mereka.

"Kak! Bulan lima nie aku mahu ke England"

"Dengan isterimu ke? Anak - anakmu siapa jaga?"

"Eya dengan isteriku. Anak - anakku duduk rumah je. Kami pergi ndak lama sekejap je"

"Bestnya kamu pergi England...aku pun teringin mahu ke sana."

"Best apanya. Boring sebenarnya"

"Kau buat apa ke sana?"

"Check mata je kak!"

"Tu je kau nak ke sana. Buang duit. Macam di Malaysia nie ndak ada pakar mata"

"Memang di Malaysia pun. England Optical..."

Hahahahahaha.....

Terima kasih kerana sudi membac dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Tuesday, March 20, 2012

Minta Maaf Kepada Semua Rakan Blogger

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua rakan blogger. Sebabnya Kancil sibuk mengurus pinjaman rumah di bank sejak dua minggu lalu. Pening memikirkan dan penat menguruskannya. Banyak risiko dan banyak kelebihannya. Masing - masing muncul dalam benak kepala sehingga blog pun menjadi sunyi sepi beberapa hari ini.

Oleh itu, memohon maaf kepada rakan yang Kancil belum balas kunjungan mereka. Insya Allah bila dah selesai, Kancil akan membalas kunjungan kamu semua. Buat masa nie, Kancil hanya mampu membuat entri - entri tertentu sahaja. Berbalik mengurus pinjaman rumah. Kancil tengah berusaha untuk dapatkan pinjaman bank sambil berbincang dengan rakan - rakan sejawatan.

Ada yang kata jangan ambil lagi sebab belum sah jawatan dan ada yang mencadangkan lebih baik ambil sebab harga rumah akan meningkat mendadak. Harga rumah yang dua tingkat RM 400 K di sini. Ndak mampu Kancil untuk memiliki namun Kancil ambil satu tingkat tu harganya 250 K sebab ia berbaloi dan layak untuk gaji Kancil. Doakan Kancil untuk memiliki rumah ini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, March 19, 2012

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Kedua Bulan Mac 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dekat 4 hari Kancil tidak buka blog dan tidak sempat membalas kunjungan rakan - rakan blogger. Kancil sibuk sedikit dengan urusan keluarga dan urusan kerja. Namun, ada masa sedikit Kancil ambil peluang agar ndak sunyi blog Kancil nie. Jom kita lihat siapa yang banyak menyumbang traffik blog Kancil minggu lalu.


Seorang je...ndak apa...dah rezeki. Bukan tiada...sebenarnya ada cuma mereka tenggelam dek orang mencari maklumat di dalam blog Kancil nie. Nak tahu apa maklumat mereka cari. Jom kita lihat keyword yang mereka cari.

bum bum jambatan










contoh sijil penyertaan










program guru penyayang









contoh sijil majlis tilawah al-quran
 








corak permandangan bunga










pekan semporna










peta bandar sahabat










program motivasi tahun 6










sahabat









Semporna
 
Terima kasih kerana sudi membaca 

Thursday, March 15, 2012

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 31

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Ramai yang mengatakan gambar nie cantik dan indah. Kancil sendiri mengakuinya dan suka melihat kawasan nie. Kawasan ini terletak di daerah Semporna dan nama kampung ialah Kampung Bangau - Bangau. Gambar di atas nie merupakan laluan perahu dan bot yang keluar masuk dari kampung bersebelahan seperti Kampung Ubian dan Kampung Panji.

Sistem kumbahannya tiada. Dorang main buang dekat laut. Begitu juga sampah - sampah di rumah. Semua buang dekat laut. Namun, sekitar kawasannya mempunyai paya bakau. So sampah tidak keluar terus ke laut. Walaupun perairan di kawasan nie kotor, tapi ia tidak sampai ke pulau - pulau pelancongan. Majlis Daerah Semporna (MDS) sedang berusaha untuk membersihkan kawasan perairan sampai menyarankan penduduk tempatan untuk menjaga kebersihan. Namun manusia, susah nak dikata.

Disebabkan ia laluan air, so ndak ada sampah kelihatan dan kebetulan ia air surut. Dari laluan inilah, Kancil ke laut bersama bapa Kancil. Sebab kampung Kancil di dalam. Kalau lalu bawah rumah bahaya. Orang boleh buang air panas dekat kita...hehehe. Penduduk sekitarnya adalah masyakarat suku kaum Bajau. Tidak jauh dari tempat gambar nie ada sebuah sekolah yang terletak di atas pulau. Hanya jambatan menghubungi sekolah nie. Pernah terbakar sekitar tahun 90-an.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday # 31

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, March 13, 2012

Contest : Aku Suka Makan Coklat

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Atas jemputan rakan blogger QasehnyaRania, Kancil dengan berbesar hati menyertai contest ini yang hadiahnya lumayan. Nak tahu apa hadiahnya, jomlah menyertai contest nie. Klik je banner di bawah tu. Korang akan tahu...hehehe


Sebab mengapa Kancil suka pada coklat kerana tentulah sedap makanan nie dan boleh menghilangkan rasa stress. Tu je sebab Kancil menyukainya. Tentu korang ada sebab lain, apa lagi, jomlah menyertai contest ini. Lebih ramai lebih meriah.

Kancil tag 3 orang iaitu Cik Kartun, Ckin Kembaq, Sutera Kasih.
 
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Follower Blog Kancil Yang Ke 700

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Alhamdulillah, follower Kancil meningkat ke angka 700 orang. Hampir 3 bulan menunggu angka ke 700. Dan Kancil rasa gembira kerana mendapat ramai kenalan blogger terutamanya yang sudi singgah ke blog Kancil nie. Terima kasih semua, Kancil menghargai kehadiran kamu.

Siapa follower Kancil yang ke 700 nie? Katanya dia orang Tawau dan sama - sama juga kami menyertai segmen Kami Blogger Malaysia. Berbangsa Bugis (tentulah Tawau terkenal dengan orang Bugisnya). Blog beliau mulai aktif pada September tahun lalu dengan bilangan follower 396. Jom kita kenal siapa follower yang bertuah ini :


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, March 12, 2012

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Pertama Bulan Mac 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Alhamdulillah, trafik Kancil naik sedikit minggu lalu. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi singgah ke blog Kancil. Kancil amat menghargai sumbangan kalian. Jom kita lihat, blogger mana yang banyak menyumbang minggu lalu.

http://sanisahsabu.blogspot.com/



Minggu lalu juga, keyword bertukar lagi. Nak tahu apa, jom baca di bawah  ;

sk pulau bumbum
contoh sijil penyertaan










gambar animasi kebersihan kelas










logo santri letter










sekolah kebangsaan sk.st patrick tawau - perbarisan










servis minyak hitam kereta










sijil penyertaan










tunas kadet remaja










udang lipan semporna










animasi kartun foto ungkapan patah hati

Post yang paling banyak dibaca atau dilihat ialah

Terima kasih kerana sudi membaca.

Jom Jadi Geng Kami Blogger Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Atas jemputan daripada rakan blogger Kancil iaitu Eeiyss, Kancil berbesar hati untuk menyertai segmen baru nie. Jom kita bersama - sama memeriahkan segmen nie. Makin ramai makin meriah. Klik ke gambar di bawah nie. Korang akan baca syarat - syarat segmen nie. 


Apa dia KBM. Ia baru bagi Kancil namun ia amat sesuai untuk kita menambahkan kenalan kita melalui KBM ini. Semoga ia menjadi blog yang terkenal. Kancil berada di daerah Tawau Negeri Sabah. 

Kancil nak tag lima orang rakan Kancil iaitu Maszull, 3no gr33ny, Gen2Merah, Cik Jannah dan Remyhazza. Semoga mereka dapat menyertai segmen ini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Memancing Ke Laut

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Semalam, Kancil turun ke laut bersama bapa Kancil, sepupu Kancil (pegawai ppd Sibu) dan seorang kanak - kanak. Sebelum turun ke laut, kami membuat persediaan untuk memancing. Selesai, barulah kami turunkan perahu yang bapa Kancil beli beberapa bulan lalu bersama enjin motor. 

Lebih kurang pada pukul 10 pagi, kami bergerak ke destinasi kami iaitu Kampung Silawa Pulau Bait Semporna. Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai ke kampung tersebut. Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut cerah dan tidak ada tanda - tanda hujan nak turun seperti hari semalam dan hari ini. Jika hujan turun, mungkin membahayakan kami semua sebab perahu nie kecil sahaja.

Sampai di kawasan air laut di antara Pulau Bait dan Pulau Larapan, bapa Kancil sudah menurunkan pancingnya untuk mencari umpan. Kami berlegar - legar di kawasan tersebut namun pancing tidak mengena. Akhirnya, kami berhenti di kawasan air dalam. Tanpa membuang masa kami terus menurunkan pancing masing - masing.

Tidak sampai 2 minit, bapa Kancil telah dapat ikan diikuti oleh kanak - kanak tersebut. Manakala Kancil dan sepupu Kancil 5 minit kemudian baru umpan kami mengena. Seterusnya, makin banyak ikan yang kami dapat. Bila, umpan tidak mengena, kami berpindah ke satu tempat. Lebih kurang 1 tengahari, kami berehat di rumah milik adik bapa Kancil yang berada di laut.

Rumah tersebut merupakan tempat pembiakan ikan - ikan besar seperti ikan kerapu, ikan putih dan banyak jenis ikanlah. Kami berehat untuk makan tengahari dan bersolat. Selesai berehat, kami turun ke laut semula. Kali nie, kami menuju ke air laut antara Pulau Larapan dan Pulau Bum Bum. Di sana, Kancil lebih banyak mendapat ikan. Rezeki Tuhan beri.

Lebih kurang 3 petang, kami kembali ke Kampung Ubian dengan hasil tangkapan kami melebih 60 ekor ikan. Kata bapa Kancil, kurang kita dapat. Selalunya lebih 100 ekor kita akan dapat. Namun, syukur dengan jumlah ikan yang kami perolehi. Antara ikan yang kami dapat seperti Kerapu kecil, kerisik, ikan sebelah, ikan merah dan ikan putih. Insya Allah, minggu depan Kancil akan pergi memancing lagi. Seronok memancing walaupun kulit akan terbakar...hehehehe

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 834.

Friday, March 9, 2012

Mencuri Minyak Petrol Kereta

Assalamualaikum dan Salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Cuti sekolah dah bermula. Apa rancangan rakan - rakan lain? Mesti ada yang bercuti di tempat pelancongan. Apapun selamat bercuti untuk mereka dan sentiasa berhati - hati di mana kamu berada. Utamakan keselamatan keluarga anda. Macam iklan plak..hehehe.

Sebenarnya, kes nie dah lama namun ndak salah kalau Kancil kongsikan untuk pengetahuan rakan - rakan blogger. Dan mungkin juga ada di antara kita pernah mengalami situasi sebegini. Namun lupa untuk dikongsikan bersama. Harga Minyak sudah naik. Cuma tahun nie belum naik lagi. Harap tidak naik. Susah taw. Asal dia naik, yang lain pun ikut sama.

Balik pada cerita. Kes nie berlaku di Lahad Datu (LD). Ketika mak bapa Kancil masih menetap di sana. Memandangkan, rumah di atas air. Kereta Rusa milik bapa terpaksa parking jauh sedikit dari rumah. Pada awal pagi, terhidu minyak petrol. Hairan mengapa berbau minyak. Setelah hidup enjin. Bapa Kancil terkejut melihat meter minyak jatuh ke abjad E. Semalam dah isi penuh apasal pagi nie pula sekarang nie E. 

Disebabkan ndak kisah sangat, bapa Kancil terus bergerak ke tempat destinasi yang dituju. Ndak sampai 1 kilometer, kereta bergerak. Seorang kenalan bapa menegur, katanya minyak tumpah di bawah kereta. Rupanya, ada orang mencuri minyak petrol semalam. Kasihan bapa dan nasib juga tiada perkara buruk belaku. Disebabkan orang kenal dengan bapa Kancil. Ada yang sudi memberi minyak petrol untuk dibawa ke bengkel.

Hasil soal selidik jiran tetangga...rupanya mat rempit yang pergi curi minyak petrol tersebut.  Berdasarkan cerita orang tua yang lewat balik kerja. Kerana dia nampak mat - mat rempit berlegar - legar kawasan kampung. Memang dasar kurang ajar. Cukup menyusahkan orang lain. Bukan setakat kereta bapa Kancil malah hampir seluruh kampung mereka kerjakan. Itu berlaku di LD. Di daerah Semporna pun ada kes macam nie. Tapi susah nak kesan.

Tulah, jangan isi minyak penuh waktu malam. Isilah waktu pagi. Sebab tengah malam, ada tukang menghisap minyak. Diberitahu untuk tujuan merempit malam hari. Kalau rumah tu berpagar dan ada tukang jaga. Ndak apa...ndak akan ada kes mencuri minyak.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Pelik Tapi Lucu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Perkara lucu yang pernah berlaku di semenanjung ketika Kancil bersama rakan pelatih kembali ke Sabah. Masa tu, kami mencari gerai makan sebelum ke KLIA. Orang kata sarapan pagi bah. Sampai gerai makan tu, kami terus mengambil tempat duduk masing - masing.

Seorang mak cik dalam lingkungan 50 - an datang menemui kami.

"Ya Nak! Mahu minum apa?"

"Mak Cik! Ada Kacang Soya"

"Tiada Nak"

"Tidak apalah. Bagi saya Milo Ais"

"Anak seorang nie?"

"Soya Bean ada mak cik"

"Ada! mahu berapa?"

"Bagi 3 tin yeah mak cik"

Setelah mak cik mengambil pesanan kami. Kami tergelak kecil. Terus kawan Kancil berkata;

"Ingat kamu cerita si ampal tu? Yang dia minta 100 tambah"

"Ingat bah. Ndak faham tu pelayan. Mahu juga kata Hundred Plus"

"kahkahkahkah"

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Bila Rasa Diri Tidak Dihargai

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie Kancil ingin berkongsi satu cerita mengenai luahan seorang mak cik terhadap anak buahnya. Kisah berlaku di tempat kampung mertua Kancil. Sedih juga mendengarnya namun itulah hakikat yang perlu diterima. Mak Cik nie hanya tinggal berseorangan di rumah. Badannya ndak seberapa sihat. Namun dia cukup gembira apabila anak buahnya datang mengunjunginya.

Walaupun anak buahnya datang dengan tangan kosong dan hanya datang mengisi perut. Namun mak cik nie tidak kisah sangat. Baginya ia satu penghargaan. Dia memahami anak buahnya masih bujang, menyewa di rumah kedai dan tiada orang membasuh pakaian kotornya. Boleh dikatakan, anak buah nie tiap - tiap minggu menghantar pakaian ke rumah mak ciknya.

Bersebelahan dengan rumah mak cik tersebut adalah mak cik sebelah bapa anak buah tersebut. Jarang dia ke rumah mak cik sebelah bapanya. Jarang juga dia menyusahkan mereka. Namun, yang jarang tu jugalah yang diajak makan di restornan sedangkan mak cik yang memberi dia makan, membasuh pakaiannya tidak diingatinya. Malah dikatakan jahat. Hati siapa tidak sedih.

Sekarang, anak buah tu dah bergaji besar. Dia sudah jarang datang ke rumah mak ciknya. Jarang sudah membawa pakaian kotornya. Malah, kalau terjumpa di bandar. Dia terus menoleh ke arah lain tidak pun menggelak untuk berjumpa. Kancil pun rasa sedih bila mendengar cerita macam nie. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, March 8, 2012

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 30

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam Kancil ada mempaparkan satu gambar yang mungkin ramai tertanya - tanya mengenainya. Sehingga ada yang kagum dengan situasi tersebut. Sebenarnya, ia merupakan pandangan biasa di daerah ini. Kancil selalu balik ke kampung nie iaitu Kampung Ubian. Sebenarnya, Kancil ndak pasti ia terletak di kampung tersebut ataupun Kampung Bangau - Bangau. Ia ditengah - tengah bah nie.

Ada juga yang mengatakan ia rumah Kancil...sebenarnya bukan. Ia rumah pemilik orang lain. Kancil mengambil gambar sal ada kereta di halaman rumahnya. Kagum juga Kancil melihatnya...sebenarnya, tempat letak kereta sudah tiada di kawasan mereka. So dia buat dekat halaman rumahnya. Untuk memudahkan kereta beliau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Kecuaian Pemandu Mengakibatkan Kehilangan Nyawa

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi membaca di blog Kancil 8349.

Awal pagi nie, Kancil dah buka laptop dan terus membuka blog, FB dan email. Kot - kot ada yang menarik untuk dikongsi dan disebarkan. Biasalah, awal pagi nie. Idea banyak mencurah - curah keluar dari dalam kepala. Alhamdulillah, ada juga yang sudi mengunjungi blog Kancil walaupun Kancil belum membalas kunjungan mereka.

Pagi nie, Kancil terbaca satu post di dalam FB group ex sekolah di mana Kancil belajar suatu ketika dulu. Seorang rakan telah menaip seperti ini : 

Salam semua masih kenal ka ngan cikgu engseng....yg m'ajar sejarah lau sy x silap.......anak kpd beliau telah meniggal dunia,,,,pd hari isnin pd jam 11.50 pg....time balik sekolah anak beliau telah d langgar oleh basnya sendiri,,,d hdpan rumahnya sendiri...mari lah semua sedekah kan AL-FATIHAH......

nak cerita cikit,,,,ada ka pemandu bas tu x sedar budak yg d langgar nya tu,,,setelah...ter rasanaya....mcm ada sesustu terpijak dan tersangkut dekat teyar nya br dia berhenti...sdngkan....arwah...bru aje turun dr bas nya.......HANTU PUNYA PEMANDU BAS...

Disebabkan ingin cepat, pemandu bas tu mengabaikan tanggungjawab beliau dan lupa pada kanak - kanak kecil tersebut. Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab maka nyawa seorang kanak - kanak melayang begitu sahaja. Teringat plak kes yang berlaku di semenanjung seorang kanak - kanak terheret di bawah bas. Sehingga kepala kanak - kanak tersebut menampakan tengkoraknya.

Apapun, marilah kita sama - sama berdoa ke atas arwah kanak - kanak tersebut. Salam takziah untuk keluarga Cikgu Enseng dan sekeluarga di Lahad Datu. Semoga apa yang berlaku, menjadi iktibar kepada kita. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya bukan untuk keluarga yang ditimpa tetapi kita yang menyaksikan dan mendengar cerita tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Wednesday, March 7, 2012

Keputusan Undian Bulan Februari

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hampir sebulan 7 hari Kancil letakkan undian di tepi halaman blog ini. Syukur ada juga yang sudi menjawab undian Kancil. Terima kasih kerana sudi menjawab undian Kancil. Dalam tempoh tersebut, hanya 8 orang respon yang menjawab.

50% daripada respon mengatakan betul bahawa SK Batu Payong merupakan sekolah pertama Kancil manakala 50% lagi mengatakan kurang pasti. Jawapan sebenar dalam undian ini ialah  betul. SK Batu Payong merupakan sekolah pertama Kancil bersama - sama Gen2Merah. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday # 30

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, March 6, 2012

Program Guru Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bermula 1 Mac yang lalu, program Guru Penyayang telah dilaksanakan seluruh daerah Tawau. Satu taklimat khas telah dibuat di SMK Tawau sehari sebelum pelaksanaan program tersebut dan Kancil bersama rakan sejawatan telah diminta hadir untuk mewakili Guru Besar yang kebetulan beliau ada tugas lain. Hampir semua sekolah menghantar wakil terutamanya sekolah dari pulau dan hulu - hulu daerah.

Program ini bertujuan untuk menonjolkan kasih sayang guru - guru terhadap para murid (SK) dan pelajar (SM) dengan cara menyambut kehadiran mereka sebelum sesi pembelajaran bermula. Guru - guru akan beratur di depan pagar sekolah dan meraikan kedatangan mereka pada setiap hari. 

Selain itu, guru - guru juga akan mengucapkan terima kasih kepada murid tersebut kerana hadir ke sekolah pada hari itu. Begitu juga pada waktu pulang, guru - guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar mereka pulang sambil mengingatkan mereka agar tidak lupa mengulangkaji pelajaran, menyiapkan kerja rumah dan kembali ke sekolah pada esok hari.

Sebenarnya, banyak lagi pengisian di dalam program ini seperti penghargaan kepada murid yang menyambut hari lahir, mentor mentee dan sebagainya. Program ini bertujuan untuk meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Semoga anak muda generasi kita berminat untuk ke sekolah dan menjadikan sekolah rumah kedua mereka. Agar program ini menjadi budaya di kalangan warga sekolah.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Orang Sombong Tidak Akan Maju

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bermula semalam, sekolah tempat Kancil kerja sudah memulakan peperiksaan penggal pertama. Tentunya, Kancil akan terlibat dengan menjaga kelas sepanjang peperiksaan berlangsung. Penggal nie, Kancil menjaga sebanyak 5 buah kelas. Memandangkan peperiksaan bermula, maka program pengurusan diri terpaksa ditangguh sehingga cuti sekolah habis.

Mana tidaknya, minggu depan dah mula cuti semester pertama. Tentu ada aktiviti yang ingin dilakukan pada cuti sekolah nanti. Buat masa nie, Kancil tidak merancang mahu ke mana - mana lagi. Dah panjang mukadimah entri Kancil nie. Hehehe...

Tadi terbaca satu post ringkas dalam FB daripada sepupu Kancil yang berbunyi "Orang Sombong Tidak Akan Maju". Simple je tapi membawa makna yang mendalam. Benarkah apa yang dikatakan olehnya atau sebaliknya. Apa pandangan rakan blogger lain?

Dari pandangan Kancil pula, untuk maju kena mesra alam dan jangan sombong dengan orang lain. Melalui kemesraan orang lain akan senang mendampingi kita. Malah senang berurusan dengan kita. Dari sikap ini, akan membuatkan orang sentiasa mendoakan rezeki kita. Tapi pelik, belum kaya dan belum terkenal sudah mahu sombong. Mengapa ia terjadi macam nie?

Kerana, manusia inginkan kesempurnaan. Inginkan sesuatu yang dibanggakan. Kancil tidak nafikan bahawa Kancil mempunyai sifat sombong juga. Sombong kepada mereka yang sombong pada Kancil suatu ketika dulu. Masa Kancil tidak memiliki pekerjaan dan sebagainya. Tapi, Kancil tidak sombong pada orang yang baru Kancil kenali. Hehehehe..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, March 5, 2012

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Keempat Bulan Februari 2012

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie lewat sikit nak buat entri. Kebetulan hujan sejak pagi tadi. Tentu line ndak berapa okay. Kebetulan plak di sekolah ada penilaian penggal pertama. Kancil pula menjaga kelas untuk dua paper pertama. Bila dah masa terluang barulah buat entri. Jom kita lihat siapa penyumbang traffik Kancil minggu lalu. 


Minggu nie hanya seorang je. Bukan tiada blogger cuma kebetulan ramai pembaca yang berminat untuk mencari maklumat di dalam blog Kancil. Tengok je keyword yang mereka cari di dalam blog Kancil.

Contoh Sijil Penyertaan
Perkhemahan Kartun
AJK Banner
gambar animasi tikus yang bergerak
Kancil bikin
kaunseling kerjaya 3d
lukisan pemandangan kampung
minggu pendidikan kerjaya peringkat sekolah
pentas persembahan
pula bumbum semporna

Entri yang paling banyak dilihat adalah sama seperti minggu lalu.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Saturday, March 3, 2012

Hadiah Daripada Rakan Blogger Cik Jannah Dan Remyhazza

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil dah terima hadiah mereka dua hari yang lalu. Disebabkan Kancil sibuk dengan dasar baru Kementerian Pendidikan iaitu Guru Penyayang. Terpaksalah Kancil lambatkan dan entri ini adalah autopublish. Hari ini juga, kami, guru hadir bersama murid ke sekolah bagi menggantikan cuti Tahun Baharu Cina yang lalu.

Apapun terima kasih kepada Cik Jannah dengan hadiah beliau. Bagi Kancil ia cukup bermakna lebih - lebih lagi tunang Cik Jannah sendiri. Tunang Cik Jannah sebenarnya merupakan rakan seuniversiti dengan Kancil. Hehehe...ndak sangka dapat jumpa lagi. Jom kita lihat apa hadiahnya. Kecil tapi bermakna.


Kedua hadiahnya Kancil terima daripada rakan blogger iaitu Remyhazza. Remyhazza memberi hadiah kepada Kancil sempena ulang tahun pertama blog beliau. Cantik hadiahnya...Kancil amat menyukainya. Terima kasih kepada Remyhazza. Jom lihat di bawah. 


 Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, March 2, 2012

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 29

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Minta maaf kepada rakan blogger yang sudi singgah ke blog Kancil. Kancil belum sempat untuk membalas kunjungan anda. Disebabkan satu dasar baru telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bermula semalam. Kancil kebetulan menjadi guru bertugas pada minggu ini. Insya Allah Kancil akan membalas kunjungan kamu.


Jika kamu lihat gambar di atas. Sebenarnya ada gambar kapal terbang yang sedang bergerak laju. Tetapi samar - samar je. Lihat warna merah dan putih panjang ditengah gambar ini. Gambar nie Kancil ambil di kawasan Beach 2 Tanjung Aru Kota Kinabalu. Kebetulan ia berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Umum mengetahui bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa KK nie merupakan lapangan kedua yang paling sibuk di Malaysia.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...