Rakan Blogger

Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Keputusan Undian Bulan Februari

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hampir sebulan 7 hari Kancil letakkan undian di tepi halaman blog ini. Syukur ada juga yang sudi menjawab undian Kancil. Terima kasih kerana sudi menjawab undian Kancil. Dalam tempoh tersebut, hanya 8 orang respon yang menjawab.

50% daripada respon mengatakan betul bahawa SK Batu Payong merupakan sekolah pertama Kancil manakala 50% lagi mengatakan kurang pasti. Jawapan sebenar dalam undian ini ialah  betul. SK Batu Payong merupakan sekolah pertama Kancil bersama - sama Gen2Merah. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, February 2, 2012

Pemilik Blog Kancil Merupakan Guru Bimbingan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan  blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bulan lalu Kancil letak pertanyaan mengenai adakah pemilik blog nie Guru Bimbingan? Seramai 17 orang respon yang telah menjawab soalan yang Kancil letak dan 82% menyatakan bahawa betul pemilik blog merupakan guru bimbingan. 

Ada juga yang kata tidak. Mungkin kerana mereka tidak mengenali Kancil sebenarnya. Namun ndak mengapa. Ia hanya 5% je. Dan respondan yang kurang pasti hanya 11%. Apapun terima kasih kepada mereka yang sudi menjawab pertanyaan Kancil. Harap sudi - sudi menjawab pertanyaan Kancil lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, January 3, 2012

Kancil Berasal Dari Daerah Mana?

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Dah sebulan Kancil letak pertanyaan di sebelah kanan blog Kancil ini. Dan hanya 10 respon sahaja yang menjawab soalan Kancil. Terima kasih kepada mereka yang sudi menjawab pertanyaan Kancil. Kancil dapat simpulkan dekat sini bahawa daripada 10 orang, 50% percaya bahawa Kancil berasal dari daerah Semporna, Sabah.

40% menyatakan bahawa Kancil berasal dari daerah Lahad Datu dan 10% lagi berada dari daerah Kunak. Nampaknya, jawapanya paling banyak merupakan jawapan paling tepat dan betul. Kancil memang berasal dari daerah Semporna. Membesar dan bersekolah di daerah Lahad Datu.

Okaylah...Kancil nak tambah satu lagi pertanyaan dan lekatkanya untuk sebulan. Harap rakan - rakan blogger dapat menjawab soalan Kancil. Tengok sebelah kanan blog Kancil di bawah ikon bilangan pembaca dan di atas ikon muka surat. Kalau sudi klik sekali je.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, December 1, 2011

Cik Anon Bertanya Mengenai Kampung Tampi - Tampi

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kancil menerima komen daripada seorang hamba Allah yang meletakan dirinya Anonymous. Ingat dia nak serang blog Kancil tapi dia inginkan sesuatu jawapan daripada Kancil. Walaupun beliau tidak menggunakan nama sebenar beliau namun niatnya inginkan perkongsian maklumat. Rasanya tidak salah kalau Kancil buat entri khas untuk beliau.

Kancil bukan arif sangat mengenai tempat tersebut lagi pun Kancil bukan berasal dari kampung tersebut. Ketika Kancil buat entri ini, Kancil dah pun kembali ke Tawau. Namun Kancil akan berusaha untuk menjawab semua soalan beliau. Beliau telah bertanya dalam komen entri  yang lalu. [klik kat sini].

Berikut adalah beberapa soalan yang telah diajukan oleh beliau :

1. Etnik yg menghuni di Kg Tampi2 serta jumlah penduduk?
Kebanyakan penduduknya adalah etnik Kaum Bajau. Ada juga etnik lain seperti Bugis dan SuluK (bilangan tidak ramai). Bilangan penduduk Kancil kurang pasti..

2. Jarak perjalanan dari Tawau
Dari segi masa,  hanya mengambil 1 jam 40 minit dan bergantung pada kelajuan pemanduan. Jaraknya 110 km.

3.Kemudahan yang disediakan
Kawasan tersebut bukan terlalu daif seperti era 70 -an. Memiliki jaringan pengangkutan yang baik, mempunyai sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan tersebut. Bekalan air paip dan elektrik turut disediakan. Jarak dari pekan tidak jauh...mengambil masa 5 minit untuk sampai ke kawasan tersebut.

4. Cara komunikasi. Adakah mereka menggunakan bahasa melayu @ dialek sendiri?
Kedua - dua bahasa mereka gunakan.

5. Adakah rumah2 penduduk dibina di atas air??? Sekiranya ya,bagaimana kedudukannya adakah sekelompok @ satu-satu...
Kampung Tampi - Tampi terbahagi kepada dua kawasan. Satu kawasan berhampiran dengan Bukit Tengkorak dan satu kawasan lagi terletak dipinggir laut. Mereka hidup bersekelompok. Tidak kira di darat mahupun di atas air. Jika kita melihat pada filem Duyung. Dalam filem pun dah menampakan rumah mereka rapat antara satu sama lain.

6. Adakah penduduk masih mengamalkan tradisi lama iaitu mengikut nenek moyang dan kurang pendedahan dgn dunia luar??
Di bab ini Kancil kurang pasti. Namun tradisi lama masih diamalkan seperti perkahwinan, majlis keraian.

Itulah sebahagian soalan yang diajukan oleh beliau. Berharap beliau berpuas hati dengan jawapan Kancil berikan...Kalau kurang Kancil minta maaf sebab Kancil kurang arif tempat tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...