Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Hari nie, Kancil kena tag oleh seorang rakan blogger dan pembaca setia blog Kancil 8349. Baru Kancil dapat tahu bahawa kancil belum lagi follow blog dia. Mana silapnya kancil pun ndak tahu. Namun Kancil dah follow...hehehe...jangan marah sebab baru follow blog kamu.
Kancil kena tag oleh Dhieranottie.
Sila klik kat sini...nama paling bawah sekali tu. Hehehe...Dalam tag nie ada syaratnya. Jom baca...(ndak faham bahasa nie, jom buka kamus dwi Malaysia - Inggeris)
11 perkara tentang Kancil
Berasal dari daerah Semporna
Berbangsa Bajau
Membesar di daerah Lahad Datu
Dua negeri di Malaysia belum jejak iaitu Kelantan dan Terengganu
Suka berenang dan menyelam.
Pernah sampai ke Pulau Sipadan dan Pulau Mabul
Belum pernah mendaki Gunung Kinabalu
Suka Mencuba sesuatu yang baru
Pernah menari tarian Kuda Kepang di Johor
Bekas pensyarah kolej swasta bermula usia 23 tahun
Ndak pernah makan sup kaki ayam (ndak suka)
Soalan daripada Dhieranottie
1. Nama penuh apa?
Nama sebenar pemilik blog ialah Mohammad Umrah Bin Manimbora. Nama panggilan Ums.
2. Bila tarikh lahir?
25 bulan Mac
3. Lahir kat mana?
Kampung Air, Semporna
4. Sekarang, tinggal dekat mana
Tawau
5. Belajar ke kerja?
Kerja
6. Hobi apa?
Membaca, menulis, karang sajak dan bermain permainan sukan
7. Suka makan apa?
Nasi ayam, burger zinger dan yang penting halal
8. Suka air apa?
Nescafe dan Milo ais
9. Warna kesukaan apa?
Biru dan Kuning
10. Suka pergi mana?
Perpustakaan
11. Teringin nak pergi mana?
Mekah
Soalan daripada Kancil
Siapa idola anda?
Apa sebabnya anda memilih dia menjadi idola anda?
Pandangan anda mengenai negeri Sabah?
Tempat yang paling cantik pernah anda kunjungi?
Nama tempat paling pelik pernah anda dengar atau lihat?
Kereta impian anda?
Rumah impian anda?
Negara yang anda ingin lawati?
Kenalkan Kancil satu blog yang paling baik?
Mengapa pilih blog tersebut?
Jika ada lima bintang, kamu bagi blog Kancil berapa bintang?
Rasanya dah cukup dan berharap berpuas hati. Kalau nak tanya lagi, boleh...ndak salah. Kali nie Kancil nak tag mereka. Berharap mereka sudi menjawab...dan dah selesai. Jangan lupa tinggalkan url di komen Kancil...boleh juga Kancil datang terjah
Terima kasih kerana sudi membaca dan tingglkan komen di blog Kancil