Rakan Blogger

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, July 6, 2019

Ibu Bapa Cermin Anak - Anak

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Anak - anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Mendidik anak bermula dari rumah. Bukan sekadar pendidikan tetapi adab bersama orang lain. Dewasa kini, ramai ibu bapa terdesak dengan kehidupan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak - anak mereka. Mereka beranggapan dengan menyediakan peralatan sekolah, pakaian dan makanan sudah cukup memadai sebagai tanggungjawab mereka.

Padahal jika diteliti dengan betul, tanggungjawab ibu bapa cukup luas skopnya. Memastikan anak - anak mereka bersedia dengan dunia sebenar. Dunia yang penuh panacaroba. Bermula dari rumah. Mengajar erti kasih sayang antara ahli keluarga, tanggungjawab bersama ahli keluarga dan adab bersama ahli keluarga. Tapi adakah ini diterapkan dalam sistem kekeluargaan bagi sesuatu keluarga?

Tengok sahaja di sekolah. Anak - anak kecil (tahap 1) sudah pandai membuang sampah merata - rata tempat. Ini kerana ibu bapa tidak mendidik anak dari rumah mengenai tanggungjawab kebersihan malah anak - anak ini mengikut contoh daripada ahli keluarga mereka.Jika sudah dididik mengenai kebersihan. Maka cerialah sesebuah sekolah. Namun semua bermula dari sekolah. Bukan dari rumah pada masa kini. 

Anak - anak ada fikiran. Mereka berfikir mengikut keadaan dan situasi. Mengenai kebersihan. Anak - anak ini akan berfikir, jika ibu bapa saya tidak menegur saya. Apa lagi guru di sekolah tiada hak untuk menegur saya. Sebab itu, ibu bapa perlu mendidik dan memandu anak - anak mereka ke arah kebaikan dan bukan guru sepenuhnya.

Semasa penyampaian buku rekod baru - baru ini. Rata - rata ibu bapa menyerahkan bulat - bulat tanggungjawab pendidikan kepada guru. Sedangkan masa mereka dengan anak mereka lebih 18 jam di rumah setiap hari dan pada hujung minggu. Antara ayat yang keluar dari mulut mereka;

"Pukul sahaja cikgu jika dia tidak buat kerja"

"Memang dia suka bermain. Tidak mahu belajar."

"Memang dia nie. Malas belajar."

Jika inilah berlaku, maka makin sukar untuk mendidik anak - anak pada masa kini. Harus ingat, anak - anak akan beranggapan jika ibu bapa tidak boleh menegur mereka apa lagi guru yang sekadar beberapa jam di sekolah. 

Wahai ibu bapa di luar sana. Kalian menghantar anak anda ke sekolah untuk belajar namun pantaulah mereka juga di rumah. Lihatlah mereka di rumah. Berilah sedikit masa untuk bersama dengan membantu membuat kerja sekolah. Terpulang kepada kalian untuk membahagikan masa. Bukan serahkan bulat - bulat kepada sekolah. Didiklah mereka dengan tanggungjawab dan adab. Jika murid - murid ini malas belajar bermakna kalian pun malas untuk mengajar.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Wednesday, June 12, 2019

Hormati Kerjaya Orang Lain

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Acapkali musim perayaan, maka rakan tauladan dan sanak saudara akan berkumpul untuk bertanya khabar. Bertanya berita. Bercerita mengenai pengalaman dan kenangan antara mereka yang sudah bertahun lamanya ditinggalkan.

Namun, pertanyaan yang bertujuan memulakan cerita kadang kala membawa maksud yang tersirat. Maksud penyampai, lain dan maksud yang disampai berlainan. Bak kata orang - orang tua, rambut sama hitam hati lain - lain. Oleh itu, berhati - hatilah bertanya khabar agar tiada siapa yang terluka bila berjumpa.

Harus ingat, setiap kita membuat peranan masing - masing di atas muka bumi. Tidak kiranya besar atau pun kecil. Namun janganlah kerana kerjaya yang kita perolehi lebih baik daripada orang lain, kita bersikap sombong sehingga sanggup menghina dan mengejek kerjaya orang lain. 

Tolonglah ingat, jika mereka tidak bekerja dari mana mereka perolehi duit. Takkan korang mahu support dia. Sedangkan kamu pun benci untuk menyalur kewangan kepada orang lain yang sihat walafiat. (kecuali ia mendapat musibah) Ingatlah, mereka bekerja bukan minta duit kamu dan bukan juga mengampu untuk mendapatkan duit kamu. Dan mengapa perlu dihina mereka ini?

Kita jarang berfikir jika kita berada di kasut mereka. Berada di situasi mereka. Malah kita juga jarang bersyukur kerana kita mengalami kehidupan yang lebih baik daripada orang lain. Sedangkan orang lain berusaha lebih untuk mengejar satu kehidupan. Dan mengapa perlu menghina?





Friday, August 2, 2013

Cikgu BAIK punya!!!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Inikah yang ibu bapa inginkan daripada guru? Tapi kami sebagai guru tidak sampai hati atau tergamak untuk berbuat demikian kerana murid ini adalah amanah diberikan dan aset negara yang perlu dibentuk untuk kesinambungan pembangunan negara. Untuk generasi yang terbaik sepanjang zaman. Jika anak anda tidak mahu belajar, janganlah hantar ke sekolah. Ada ramai lagi budak yang ingin belajar.

Tengok je budak - budak PATI di Sabah...rata - rata mereka berlumba - lumba belajar di negara kita. Mak bapa mereka pula tidak bising bila anak - anak mereka disentuh (dipukul atau dicubit) kerana mereka faham. Jika mahu menempuhi kehidupan dewasa, lalui kehidupan sebagai murid. Tetapi ibu bapa yang kuat komplen nie tidak sedar.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, June 28, 2013

Kuli Tetapi Berlagak Macam Boss

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Lihat pada tajuk sudah mengambarkan apa yang ingin Kancil kongsikan. Malah, ada rakan - rakan blogger pernah mengalami sama seperti tajuk di atas. Bagi Kancil, walau di mana Kancil berada, pastinya Kancil akan menemui orang - orang seperti ini. Namun, apa yang ingin Kancil kongsikan di sini sekadar panduan dan pengajaran agar kita tidak akan buat pada orang lain. 

Masa kerja di swasta, kes macam nielah yang paling banyak Kancil terima. Jawatan kerani tetapi berlagak macam boss. Sedangkan Kancil berstatus Ketua Unit pun tiada plak macam mereka. Kancil pernah ditegur cara pemakaian di tempat kerja. Kalau dia sama taraf atau status jawatan sama. Kancil ndak kisah sangat. Teguran membina. Sudahlah Pembantu Am, menegur seorang Ketua Unit di tempat umum. Seperti menghina Kancil. Mungkin kerana usia Kancil nie muda lagi. Senanglah mereka pow Kancil. Tapi ia tidak terjadi.

Malah Kancil buat tidak tahu. Sehingga dibawa mesyuarat oleh Pembantu Am ini. Last - last Kancil malukan dia. Dia siapa nak tegur Kancil. Sedangkan dia pergi pejabat pun pakai T -Shirt. Itu lain cerita lagi, ada lagi seorang mamat nie. Berani -  berani menghina kumpulan guru. Mentang - mentang kerja di bank. Berlagak macam orang kaya, walhal kuli juga. Entahlah, bila berjumpa dengan Kancil pasti dia akan menyindir Kancil.

Katanya kepada Kancil, golongan paling ramai meminjam duit adalah guru. Guru memang suka berhutang. Sakit juga hati Kancil. Namun malas mahu buat kecoh. Biarlah dia dengan kata - katanya. Kerana, kalau bukan guru yang meminjam di bank tersebut, ndak mereka maju tu. Dan kerana guru juga, dia bertemu jodoh dengan isterinya yang bekerja guru. Pelik sangat...bercakap tidak berfikir.

Apapun, Kancil buat tidak kisah malah cuba menjauhkan diri dengan golongan - golongan seperti ini. Bagi Kancil mereka nie kalau ditegur terus naik minyak. Kesalahan orang sahaja mereka tahu padahal kesalahan mereka lebih besar dari kesalahan orang lain. Bodoh bin Sombong. Berlagak nak mampus...syukur juga di tempat kerja baharu Kancil nie tiada jumpa golongan macam nie. Luar tempat kerja tu memang banyak..hehehe...tetapi ia tidak mempengaruhi kerja Kancil pun. Jarang jumpa pun.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, June 25, 2013

Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Penceramah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sejak dua tahun bergelar guru, Kancil sudah 5 kali diberi peluang untuk memberi ceramah di sekolah lain. Di sekolah sendiri, lain cerita. Entah dah berapa kali pun Kancil sendiri tidak ingat. Walaupun masih setahun jagung, Kancil tidak kekok untuk memberi ceramah kerana setiap kali memberi ceramah ia membantu memperbaiki skill penyampaian Kancil. Itu yang Kancil amat perlukan.

Bagi kebanyakkan rakan, mereka malu dan tidak berani untuk berdepan dengan murid sambil dipantau oleh guru - guru lain. Ada yang takut tersalah beri maklumat dan sebagainya. Dan bagi Kancil itu benda remeh dan jangan diambil peduli jika kita mempunyai persediaan yang cukup untuk berdepan dengan murid. Konsep yang Kancil suka bila memberi ceramah, 'Anggap je orang lain tidak tahu apa yang kita nak sampaikan dan hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita sampaikan.'

Sejak dari sekolah menengah lagi, Kancil suka membentang di kelas walaupun tidak sehebat orang lain. Pembentangan Kancil paling hebat pernah dibuat semasa di UiTM Shah Alam apabila rakan - rakan memberi tepukan gemuruh. Memang terasa, mereka teruja mendengar hasil pembentangan Kancil. Bermula dari itu, Kancil suka memberi ceramah. Kancil pernah menerima pendengar yang malas. Slide show Kancil tidak dipandang langsung oleh mereka. Kerana pengalaman sebelum menjadi guru, Kancil berjaya memikat hati mereka. Cuak juga bila mereka buat kerja sendiri. 

Dan selalunya, Kancil tidak suka pakai microphone ketika berucap. Ia lebih baik kerana tangan Kancil bebas untuk bergerak tanpa memegang apa - apa benda. Memang Kancil akui, ramai mereka was - was dengan kemampuan Kancil. Kerana pengalaman sebagai guru bimbingan baharu sahaja 2 tahun. Kalau sudah 10 tahun baru mereka akui kehebatann Kancil. Biasalah kalau di bumi Malaysia...macam itulah keadaannya. Namun, ndak kisah kerana apa yang penting, pendengar Kancil suka mendengar Kancil memberi ceramah. Alhamdulillah, nama Kancil sudah naik di PPD...,hehehe...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8394.

Thursday, October 4, 2012

Memberi Ceramah Di Sekolah Kebangsaan Bombalai (M) Tawau

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seperti yang Kancil janjikan, Kancil ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman Kancil memberi ceramah di sekolah nombor satu di Sabah iaitu SK Bombalai (M). Untuk makluman rakan - rakan blogger, tahun lalu Kancil ada memberi ceramah kepimpinan di sekolah ini. Dan tahun ini, Kancil dijemput sekali lagi untuk memberi ceramah. Namun tajuknya berbeza iaitu Pengurusan Stress.


Sebelum bergerak ke sekolah tersebut, Kancil membuat kerja sedikit di sekolah. Memastikan kerja - kerja di sekolah tidak tertangguh. Tepat pada pukul 10 pagi, Kancil bergerak ke SK Bombalai (M) yang jaraknya kira - kira 20 km dari sekolah Kancil mengajar. Dalam perjalanan, ada road - block oleh JPJ Tawau. Tidak hairanlah mengapa banyak lori berhenti di tepi jalan tadi.
Sampai di sekolah tersebut, Kancil terus menghubungi rakan sejawatan. Dia menjemput Kancil masuk ke bilik gerakan. Masa itu, Kancil sempat bersoal mengenai latar belakang dan bilangan murid - murid mereka. Ndak ramai juga hanya 63 orang. Berbanding tahun lalu 64 orang.

Memandangkan Kancil diberi tajuk pengurusan stess, maka Kancil mulakan dengan permainan minda yang menyeronokkan. Tujuan sebenar untuk menarik perhatian kepada penyampaian ceramah Kancil. Alhamdulillah tercapai niat Kancil. Selama 2 jam 30 minit Kancil diperuntukkan dan ada masa Kancil buat permainan untuk menghilangkan rasa bosan.

Tepat pada pukul 12.30, Kancil tamatkan ceramah Kancil dengan permainan lagi. Gembira betul budak - budak tersebut. Dan Kancil pun gembira dapat menyampaikan ceramah. Ini merupakan kali ketiga sejak bergelar guru dan kali kedua dalam tahun ini. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil





Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, March 27, 2012

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil memohon maaf sekali lagi kepada semua rakan blogger kerana Kancil belum sempat untuk membalas kunjungan kamu. Insya Allah, setelah urusan Kancil selesai dalam dua minggu nie barulah Kancil langsaikan hutang Kancil. Hehehe...

Hari nie Kancil ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai tajuk entri di atas. Tentu ada di antara kita pernah mengalami situasi seperti nie. Dan ada di antara kita rasa tidak puas hati malah geram apabila segala usaha kita lakukan orang lain yang mendapat hasilnya. Malah kita dianggap sebagai penghalang atau punca masalah kepada kejayaan mereka.

Kancil pernah melalui semuanya dan masa kini pun sama. Susah untuk kita lari dari situasi ini. Sebab ia datang tanpa kita sedari. Lebih - lebih lagi bila kita melakukan kerja yang ikhlas dan bersungguh - sungguh tanpa mengharapkan balasan. Kerana sikap sedemikian, orang lain mengambil kesempatan di atas kelemahan kita. Memang kita dinampak oleh manusia lain, tidak berguna walhal hakikatnya kerja itu adalah kerja kita.

Tapi, kuasa Allah diluar jangkaan kita. Jika kita berada di pihak benar. Maka kebenaran itu akan datang sendiri. Ndak perlu kita bersusah payah menyakinkan bahawa itu kerja kita. Kerana manusia yang berakal akan mengetahui apa yang telah kita lakukan. Anugerah dan pujian hanya tengelam mengikut masa tetapi pengalaman yang tersimpan di dalam otak akan kekal jika kita sentiasa lakukan.

Jika ia berlaku di tempat kerja anda. Janganlah buat kerja untuk si kaki bodek boss. Bikin panas hati. Lebih baik melarikan diri sahaja dengan memberi seribu alasan. Biarlah boss sendiri yang mengarahkan kamu dan bukan orang seperti mereka. Mereka bukan yang berikan gaji kepada anda tetapi boss anda. Sebaliknya jika boss yang bersikap demikian. Jangan lupa letak nama atau tanda anda di setiap hasil kerja kamu. Kalau pun kamu dibuang kerja kerana macam tu. Ada majikan lain yang akan mengambil kamu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, March 6, 2012

Orang Sombong Tidak Akan Maju

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bermula semalam, sekolah tempat Kancil kerja sudah memulakan peperiksaan penggal pertama. Tentunya, Kancil akan terlibat dengan menjaga kelas sepanjang peperiksaan berlangsung. Penggal nie, Kancil menjaga sebanyak 5 buah kelas. Memandangkan peperiksaan bermula, maka program pengurusan diri terpaksa ditangguh sehingga cuti sekolah habis.

Mana tidaknya, minggu depan dah mula cuti semester pertama. Tentu ada aktiviti yang ingin dilakukan pada cuti sekolah nanti. Buat masa nie, Kancil tidak merancang mahu ke mana - mana lagi. Dah panjang mukadimah entri Kancil nie. Hehehe...

Tadi terbaca satu post ringkas dalam FB daripada sepupu Kancil yang berbunyi "Orang Sombong Tidak Akan Maju". Simple je tapi membawa makna yang mendalam. Benarkah apa yang dikatakan olehnya atau sebaliknya. Apa pandangan rakan blogger lain?

Dari pandangan Kancil pula, untuk maju kena mesra alam dan jangan sombong dengan orang lain. Melalui kemesraan orang lain akan senang mendampingi kita. Malah senang berurusan dengan kita. Dari sikap ini, akan membuatkan orang sentiasa mendoakan rezeki kita. Tapi pelik, belum kaya dan belum terkenal sudah mahu sombong. Mengapa ia terjadi macam nie?

Kerana, manusia inginkan kesempurnaan. Inginkan sesuatu yang dibanggakan. Kancil tidak nafikan bahawa Kancil mempunyai sifat sombong juga. Sombong kepada mereka yang sombong pada Kancil suatu ketika dulu. Masa Kancil tidak memiliki pekerjaan dan sebagainya. Tapi, Kancil tidak sombong pada orang yang baru Kancil kenali. Hehehehe..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, January 12, 2012

Mengurus Masa Yang Baik

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Ramai yang mengatakan mereka tidak cukup masa untuk buat ini atau buat itu. Ramai juga yang mengatakan masa terlalu singkat untuk melakukan kerja yang diberikan. Malah ada juga kata, masa terlalu cepat bergerak. Mengapa?

Pemikiran kita yang membuat kita seperti itu. Kita yang anggap macam tu. Kalau kita tidak menganggap macam tu. Macam mana? Mungkin kita dapat mengurus masa kita dengan baik. Dengan mencatat setiap pagi perkara yang patut kita lakukan pada hari ini. Jangan terlalu berfikir atau panik dalam merancang sesuatu perkara.

Masa dapat diurus jika kita mengatur dengan berkesan. Mengatur masa yang sepatutnya. Mengutamakan yang utama dan mengurangkan masa yang kurang patut kita lakukan. Seperti tidak berfaedah. Jika perkara yang kita lakukan untuk ketenangan diri dan baik untuk diri ndak salah jika kita habiskan masa untuk itu. Tapi sekali sekala je sebab kita ada perkara lain lagi perlu kita lakukan.

Masa nie tidak boleh diambil balik. Oleh itu kita hargai setiap masa kita walau dimana kita berada dengan bersikap positif dan aktif. Sebab ia akan menjadi sejarah yang akan tersimpan di dalam hati kita mungkin pada orang yang mengenali kita. Percaya bahawa apa yang kita lakukan akan tidak disia - siakan malah kita akan merasa masa lambat bergerak.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, January 10, 2012

Suka Mengutuk Orang Lain Tapi Ndak Suka Dikutuk

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie, Kancil nak berkongsi pendapat mengenai isu yang biasa kita dengar namun tidak ramai berani untuk bersuara. Mungkin bimbang, mungkin juga tidak mahu keruhkan keadaan. Namun inilah realiti yang mana kita terpaksa tanggung walaupun bukan kita inginkan.

Pernah di antara kita jumpa manusia sejenis ini? Tentu pernah kan...mereka nie suka mengaibkan dan menjatuhkan air muka orang lain. Mereka akan puas hati bila mereka nampak mangsa mereka terkulai dan menangis disebabkan angkara mereka. Kalau mangsa tu pandai menjaga diri dan mengawal keadaan mereka lagi sakit hati. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk jatuhkan mangsa mereka.

Tetapi, apabila mereka dikutuk. Mereka melenting dan mengaum sekuat hati mereka. Kalau boleh biar satu dunia mendengar isi hati mereka. Kalau boleh juga biar satu dunia simpati dengan mereka. Tapi, adakah ia adil cara macam nie. Bagi Kancil ia tidak adil.

Kalau Kancil jumpa manusia macam nie, Kancil biarkan dia dengan dunianya. Sebab, nak tolong pun mesti dia akan kata kita nie penyibuk. Lagi satu, dia akan menganggap kita sebagai satu ancaman baru untuk dia. Lainlah kalau dia secara terbuka inginkan perubahan dan ingin tahu kelemahan dia sendiri. Masa tu baru kita cerita. Masa nielah hatinya terbuka luas.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, November 26, 2011

Memulakan Sesuatu Adalah Perkara Yang Paling Susah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bila kita berdepan dengan satu situasi baru. Kita akan rasa tidak selesa dan ada kalanya kita berasa gementar. Sebab kita sudah set minda kita ke arah yang belum pasti. Ke arah yang negatif. Padahal kita belum memulakan sesuatu. Bila ini terjadi, hanya pada keyakinan seseorang berjaya menghadapi situasi baru nie. Kalau tiada keyakinan maka orang tersebut lari menghadapinya.

Kalau kita tengok orang yang menyanyi di pentas. Mereka kelihatan tenang dan bersahaja. Menampakan keyakinan mereka ketika menyanyikan lagu  popular mereka. Namun, sebelum mereka naik ke pentas mereka sebenarnya gementar dan takut untuk menyanyi. Tapi mengapa di pentas berbeza sebelum naik ke pentas. Ini semua kerana memulakan sesuatu adalah perkara paling susah untuk dilakukan.

Jika kita pandai mengawal emosi kita dan bijak mengatur minda kita. Kita akan berjaya menghadapi masalah tersebut. Sesiapa pun takut dan Kancil sendiri pun takut untuk memulakakn sesuatu. Namun, jika kita tidak mulakan siapa lagi yang mahu memulakan. Bergantung kepada keupayaan kita pada ketika itu.

Apapun, abaikan perkara yang belum pasti. Perkara yang kita tidak nampak hasilnya. Jangan takut dengan kata - kata hati ataupun bayangan di minda kepala kita. Cuba mulakan dulu dan baru kita ketahui hasilnya. Jika gagal, cari punca kegagalan dan perbaiki kegagalan tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, November 17, 2011

Makin Mulia Sesuatu Pekerjaan Makin Banyak Cabarannya

Assalamulaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bila kita melakukkan sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur, selalunya ada orang memuji kita dan menghormati cara kita bekerja. Namun, tidak semua berkekalan. Kerana setiap pujian pasti membawa makna yang tersirat. Ia membuat kita sedia berwaspada atau leka dek dengan pujian menggunung.

Kini, siapa yang jujur akan tenggelam. Akan dikecam dan akan ditindas. Malah, makin ramai inginkan manusia ini tidak wujud di kalangan mereka. Mereka benci dengan manusia seperti ini. Mereka cuba membunuh dengan cara senyap dengan bersifat talam dua muka. Mereka akan berusaha untuk jatuhkan semangat manusia ini demi kepuasan hati mereka sendiri. Jika ini berlaku, maka hilanglah nilai  - nilai baik dalam diri manusia.

Tapi, jika manusia yang jujur nie pandai mengawal situasi dan bijak mengurus tekanan. Ia mungkin ditakuti oleh manusia bersifat PHD. Makin ditekan makin bersemangat pula dia menghadapi. Makin dimusuhi makin ramai plak yang menghormatinya. Selain itu, dia sentiasa berserah kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusan beliau. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, October 21, 2011

Bersyukur Apa Yang Ada

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Syukur Kancil kembali dengan selamat. Semalam mengejar masa balik ke Semporna sebab ada kenduri di kampung. Sempena mak bapa Kancil naik haji. Lepas je bunyi loceng, terus melompat ke kereta dan start enjin kemudian pecut ke Semporna. Walaupun hujan sepanjang jalan, alhamdulillah banyak kenderaan so ndak bimbang di perjalanan.

Syukur ke hadrat Ilahi, Kancil selamat sampai di kampung dan syukur juga kenduri dapat dibuat walaupun tidak ramai yang hadir. Kerana masing - masing ada kerja yang perlu mereka laksanakan. Kancil juga bersyukur kerana bertugas di daerah Tawau dan memiliki kenderaan sendiri agar senang berulang alik. Jarak bandar Tawau dan Pekan Semporna adalah 109 km.

Bersyukur juga Kancil mempunyai adik beradik yang pandai mengurus kenduri tanpa kehadiran Kancil dan sepupu - sepupu yang banyak membantu urusan kenduri. Tidak lupa kepada semua bapa saudara dan mak cik saudara Kancil yang sudi hadir. Akhir sekali, Kancil bersyukur kerana sempat meng'update' blog Kancil dan mempunyai rakan - rakan blogger yang sudi membaca blog entri Kancil sebelum, semasa dan akan datang.

Mengapa entri Kancil semua ada perkataan bersyukur? Tadi Kancil mendengar khutbah di kampung. Khatib tadi berkhutbah bahawa kita harus bersyukur apa yang kita ada. Dengan mengucap Alhamdulillah @ syukur ataupun membaca surah Al - Fatihah sudah cukup kita mengingati nikmat pemberian Allah. 

Apapun kita harus bersyukur kerana kita bukan susah seperti orang lain. Walaupun ditimpa kemalangan kecil pun, kita harus bersyukur kerana apa yang kita hadapi adalah ujian daripada - Nya. Ndak kisah perkara baik mahupun buruk. Harus bersyukur. Ingatlah bahawa apa yang kita hadapi ini tidak sama dengan orang lain malah lebih teruk dari kita. So, bersyukur kita diberi ujian sedikit berbanding dengan para nabi kita yang diuji.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, October 20, 2011

Perlukah Aku Takut?

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Sewaktu sekolah rendah, Kancil kagum pada seorang rakan yang berani tampil ke depan tanpa rasa takut, malu dan gementar langsung. Mengapa dia boleh buat macam tu? Kancil ingin sepertinya. Ramailah rakan mengejek setiap kali Kancil tampil ke depan. Ejekan mereka tu tidak membuat Kancil patah semangat. Dalam hati Kancil, sekurang - kurangnya Kancil berani bercakap berbanding mereka berani mengkutuk di belakang.

Satu persatu kelemahan Kancil keluar namun satu persatu juga Kancil perbaiki. Makin ramai mengutuk makin bersemangat Kancil untuk ke depan. Akhirnya, rakan - rakan mengakui kelebihan Kancil. Bila mereka nak ajukan soalan, mereka akan meminta Kancil untuk berdiri di hadapan. Mengapa Kancil boleh atasinya semua?

Pertama :
Semangat untuk Kancil mencontohi orang lain. Jika dia boleh buat mengapa Kancil tidak boleh buat?

Kedua :
Berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Seperti bercakap di hadapan cermin. Ketika bercakap di hadapan ramai, membawa sekeping kertas di tangan. Memandang atas kepala penonton seolah - olah memandang ke arah mereka. Mengukir senyuman yang dibuat - buat dan sentiasa bergerak.

Ketiga :
Anggap penonton tidak tahu apa yang bakal kita ucapkan. Jangan terlalu fikir bahawa akan melakukan kesilapan tetapi yakin bahawa apa yang kita buat adalaha sesuatu yang baik untuk mereka.

Keempat :
Kita cukup sempurna dan tidak ada cacat anggota. Sedangkan yang cacat berani apatah lagi kita. Lagi satu, kita berpakaian mengapa perlu malu?

Kelima :
Membuat persediaan awal supaya tidak silap. Ilmu di dada perlu dipertingkatkan dan sentiasa gembira dan seronok berada di hadapan orang ramai.

Rasanya cukup sahaja apa yang ingin Kancil kongsikan. Banyak lagi caranya. Namun ini adalah cara Kancil sendiri. Kancil pernah berucap di hadapan 3 ribu orang dalam satu dewan. Namun, tetap buat biasa walaupun gementar tetap ada.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, October 12, 2011

Cita - Cita Anda Tercapai?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Entri ni dah lama Kancil fikirkan namun ndak juga terpost. Asyik banyak kekangan masa dan kerja. Lebih kurang terlupa nak kongsikan kepada rakan blogger. Dari kita sekolah rendah hinggalah kita ke peringkat universiti. Atau lebih kurang kita yang sudah bekerja. Setiap daripada kita mempunyai cita - cita kerjaya yang kita impikan.

Namun ia berbeza - beza mengikut peringkat sekolah. Mesti ingat lagi kan cita - cita kerjaya kita sewaktu sekolah rendah? Naik ke sekolah menengah lain cerita lagi dan naik ke peringkat menara gading lain cerita lagi. Ini dipengaruhi oleh keadaan sekeliling kita. Timbul minat dan keseronokkan yang tebal terhadap kerjaya tersebut.

Pernah sekali Kancil komen kat blog Queen mengenai seorang murid Kancil bercita - cita ingin menjadi mat rempit. Ini disebabkan pengaruh keadaan sekeliling murid tersebut. Namun bukan itu isu sebenar Kancil nak kongsikan. Adakah kesemua kita berjaya mencapai cita - cita kita?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, October 10, 2011

Berundur Bukan Erti Kalah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Dalam strategi peperangan, orang yang berundur diisytiharkan kalah. Bagi yang bertahan, mereka pula dinobatkan menang. Umum mengetahui keadaan tersebut. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa mereka yang undur bukan bererti kalah sebelumnya tapi mengumpul strategi, maklumat dan kekuatan. Berbanding yang menang mereka akan beranggapan mereka tidak akan kalah.

Ini terbukti di dalam perang Uhud. Yang mana pasukan Islam menang pada awalnya tetapi kalah akibat kelekaan mereka merebut harta perang di medan perang. Sehingga jaringan pertahanan mereka longgar. Nampak sudah...ia satu strategi untuk yang baik. Walaupun mereka kalah dalam peperangan Uhud, mereka bangkit selepas itu.

Samalah kita pada hari ini. Kekalahan kita hari nie bukan kekalahan seumur hidup. Kita masih bernyawa untuk memperbaiki kesilapan strategi dan maklumat. Masih dapat berfikir untuk lebih baik dari sebelumnya. Bangkit dari kalah kepada menang. Bagaimana ingin menang setelah kalah?

Ramai kata dari usaha dan semangat tidak mudah putus asa. Tapi ia masih kurang jika tiada strategi dan maklumat untuk mengalahkan musuh kita. Jika elemen - elemen ini bergabung maka dengan senang kemenangan akan tercapai. Ndak guna ada semangat membara jika tiada strategi yang baik. Ndak guna juga jika ada strategi yang baik tapi tiada semangat langsung. Harap ia dapat memberi gambaran yang baik kepada semua.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...