Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia Kancil kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Ingat je tajuk entri ini, pasti ada teringat lagu yang dinyanyikan oleh AWIE pada suatu ketika dulu. Tiada istimewanya sebenarnya yang ingin Kancil kongsikan cuma bulan ini merupakan bulan yang agak sibuk Kancil dan rakan - rakan Kancil di sekolah. Pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya hari persekolahan pada 9 November 2012.
Dalam minggu nie, sekolah Kancil akan melaksanakan Solat Bestari pada hari Jumaat. Pada hari Sabtu ada Mesyuarat Akhir Tahun dan pada malamnya ada Jamuan Akhir Tahun. Minggu depan lagi, pada hari Selasa ada Majlis Anugerah Cemerlang untuk murid - murid sekolah. Dan tidak lupa penyerahan buku rekod kecemerlangan murid - murid sekolah.
Dalam tempoh 2 minggu nie, memang sibuk mengurus fail dan segala yang berkaitan dengan sekolah. Namun, guru - guru sudah biasa dengan keadaan ini. Tapi teringat pula kisah guru mengamuk di sekolah pulau. Tertekan dengan keadaan sekeliling dan keadaan kerja. Mungkin bukan di Sabah sahaja...mungkin ada di tempat lain. Cuma ditutup kesnya bagi mengelak pandangan buruk terhadap kerjaya guru.
Kisah bot karam di utara Sabah yang melibatkan guru - guru sekolah tidak mendapat liputan luas. Walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku namun bagi guru - guru yang baru pertama kali posting menjadi trauma dengan keadaan itu. Rasanya banyak lagi yang belum dikhabarkan seperti guru dipukul oleh mak bapa, rumah dan kenderaan guru dirosakkan dan macam - macam lagi. Itulah tanggungjawab dan kewajipan yang dipikul oleh guru - guru di sekolah. Di bandar lain situasinya begitu juga di luar bandar...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.