Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Kancil ingin kongsikan satu cerita yang telah berlaku pada diri Kancil. Yang mana ia berlaku pada hari Jumaat. Ia berlaku sekitar tahun 1996. Di mana, hujan hebat turun sepanjang hari pada hari tersebut. Waktu solat Jumaat, masih lagi hujan. Namun, kebanyakan penduduk bandar di Lahad Datu (LD) khasnya ndak menyangka satu kejadian akan berlaku.
Sekitar pada pukul 4 petang, telefon berdering di rumah. Bapa Kancil menelefon dari pejabatnya mengatakan banjir telah melanda kawasan bandar LD. Terkejut kami di rumah. Mengapa boleh banjir sedangkan bandar tersebut betul - betul di pinggir laut. Kebetulan, jalan raya sudah sesak. Langsung ndak bergerak kiri dan kanan.
Rupanya, hujan yang turun sepanjang hari telah membawa air yang banyak dari hulu. Kebetulan air laut pasang. Bila limpahan air hujan banyak maka berlakulah banjir besar hingga tenggelamkan bandar LD. Menurut sumber, air di kawasan bandar ada di paras dada. Walaupun Kancil tinggal di rumah milik kerajaan yang terletak di atas bukit. Kami masih risau.
Apa - apa boleh berlaku. Keesokan harinya, Berita Nasional TV1 menyiarkan bencana tersebut. (Siaran TV3 ndak dapat di sini sebab terlindung oleh Gunung Silam). Salah seorang penduduk telah ditemuramah. Dalam kata - kata beliau, inilah kali pertama berlaku di bandar LD sejak menjadi penduduk di kawasan tersebut selama 20 tahun.
Bermula dari tahun tersebut, bandar LD selalu ditenggelami air banjir. Paling teruk tahun 2006 (kalau tidak silap). Apabila jalan keluar dari daerah tersebut terputus langsung. Ke Sandakan tidak dapat lalu apatah lagi ke Tawau. Semua berlaku pada hari Jumaat. Sejak Kancil bergelar warga Tawau, Kancil kurang mengetahui keadaan terkini daerah tersebut.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.