Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Entri sebelum nie, ramai rakan blogger bertanya dan ingin mengetahui perasaan kami sebagai guru. Adakah seronok atau tidak? Nak jawab soalan tu, memang mudah namun Kancil bimbang ada yang akan salah faham dengan apa yang bakal Kancil kongsikan disini. Namun ini hanya pandangan individu dan bukan pandangan umum atau mewakili semua guru di Malaysia. Harap dapat menilai sendiri.
Seronok
1. Memang cita - cita Kancil dari kecil lagi. Ia satu kerja yang mulia dan senang diingati oleh golongan masyarakat.
2. Seronok bila dapat jumpa murid yang pernah kita ajar. Mereka akan datang berjumpa dengan kita dengan rasa gembira. Walaupun Kancil nie guru baru di bidang pendidikan namun Kancil sudah merasa ketika nie. Kerana Kancil merupakan bekas pensyarah kolej swasta. Dan Kebanyakan pelajar - pelajar Kancil sudah berjaya. Kancil terpaksa menunggu beberapa tahun lagi.
3. Gaji yang mencukupi. Alhamdulillah, gaji yang diberikan cukup untuk menampung keperluan keluarga Kancil. Ramai di luar sana kata gaji guru nie besar. Namun, berbanding dengan pemandu lori, jururawat, polis dan usahawan. Gaji mereka lebih besar daripada guru. Gaji guru merupakan tangga kelapan paling rendah dalam analisis penjawat awam negara.
4. Satu kepuasan bagi seorang guru apabila murid yang diajar berjaya dalam hidupnya. Paling seronok apabila mereka di hujung tahun mendapat keputusan yang baik dalam subjek kita. Lagi seronok apabila kita memberi mereka ilmu bermula dari kosong sehingga mereka mendapat ilmu yang kita ajarkan.
5. Apa sekalipun pekerjaan, kita berniat kerana Allah. Kerana - Nya memberi kita rezeki. Dan kita akan mendapat ganjaran di atas usaha kita untuk menyedarkan anak - anak sebagai pemimpin di muka bumi.
Tak seronok jadi guru
1. Awal tahun kena cuci najis dan muntah murid. Maklumlah murid tahun 1 tidak berani ke tandas dan ada yang takut sangat. Apa boleh buat...dah terpaksa. Tapi setakat nie Kancil belum rasa lagi. Dengar member - member lain je.
2. Kena marah dengan mak bapa murid. Bila tahan anak mereka lambat keluar dari kelas, ada mak bapa yang "sound"...apa dia ingat Kancil nie tak nak balik cepat ke? Kalau boleh balik awal, mana - mana guru pun suka termasuklah Kancil sendiri. Namun, kami guru ada sebab mengapa buat macam tu. Untuk anak mereka pandai.
3. Bila Nazir datang, semua orang jadi kelam kabut dibuatnya. Memang bagus juga kehadiran mereka untuk memantau. Yang ndak seronoknya apabila pegawai tersebut memerhati kita mengajar. Lain betul perasaan kita mengajar dengan ada orang dewasa. Kalau ndak percaya, cuba sendirilah. Memang kekok. Dah biasa dengan murid - murid kecil, tetiba ada orang dewasa. Hah!...macam mana?
4. Buat kerja pengkeranian. Banyak sangat borang nak diisi. Banyak sangat data dan maklumat mahu direkod seperti rekod kehadiran murid, buku ko kurikulum murid, buku pelaporan akademik murid dan Kad 001. Tu yang sampai di bawa ke rumah. Nie sekarang guna online. Tak tahulah apa cerita dengan guru pendalaman...yang hanya seminggu dan ada yang sebulan baru dapat keluar ke bandar.
5. Semak buku latihan, lembaran kerja dan buku kerja murid. Kalau dalam kelas tu ada 40 orang dan kita mengajar 5 buah kelas. Bermakna 200 buah buku kita kena semak dalam sehari. Itu baru buku latihan. Belum buku kerja dan lembaran kerja murid. Bermakna ada 600 buah buku kena semak dalam sehari. Bikin panas bila ibu bapa sound guru mengapa buku kerja, lembaran kerja atau buku latihan anak mereka tidak ada di dalam beg anak mereka. Bila guru ndak bagi kerja rumah, ibu bapa datang sound guru mengapa ndak bagi anak mereka kerja rumah. Bila pula banyak kerja rumah diberi, guru lagi disound oleh ibu bapa mengapa bebankan anak mereka. Senang kan jadi guru?"
Rasanya itu je yang Kancil mampu kongsikan. Sebenarnya, semua pada niat kita sendiri. Kerja kita senang atau susah, semua bermula pada diri kita. Semua pada minat kita sendiri. Minat yang mendorong kita untuk mencapai kepuasan bekerja.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.