Rakan Blogger

Sunday, February 27, 2011

Tidak Boleh Pakai Lagi Itu Handset


Aduh! ndak boleh pakai lagi ini handset. Hampir setahun aku guna handset nie. Akhirnya tamat perkhidmatan apabila pekedai Cina tu kata 'u kena beli barulah'. Sedihnya aku dengar. Handset nie dah banyak kenangan bagi aku. Aku dah banyak ambil gambar guna handset nie. Dan  belum pernah terjadi sebelum nie. Tapi isteri ku kata, dah tiba masanya ia rosak. Nak buat macam mana. Beli yang barulah. Sedih teramat sangat.

Jenis handset aku ialah Nokia 5130 Xpressmusic. Aku beli time aku praktikum di Ayer Hitam. Aku beli kat kedai handset di Batu Pahat. Dah setahun aku gunakan. Ndak sangka dah rosak. Rosaknya pula tidak diketahui apa puncanya. Terpaksalah cari yang baru.

Friday, February 25, 2011

Bila Handset Dah Rosak

Pagi ini saya menerima panggilan daripada adik kandung saya. Bertanyakan khabar saya dan keluarga saya. Selepas itu, handset nokia saya simpan dalam poket seluar seperti biasa. Semasa di dalam kelas, lebih kurang 30 minit masa pembelajaran. Baru saya teringat akan handset saya. Bila saya keluarkan dari poket seluar saya. Nah ndak boleh hidup sudah nie. Aduh! minta duit lagi nie....taw...taw...je dah gaji. 

Memandangkan saya tidak suka pakai jam dan bergantung pada jam handset. Masa saya menjadi kelam kabut. Tahulah hari jumaat nie merupakan hari pembelajaran yang paling penuh dalam jadual saya. Tanpa segan silu, saya bertanya kepada anak murid saya. Nak buat macam mana dah terjadi. Handset nie kira canggih sikit sebab ada kamera, radio, dan memory card berbanding handset saya yang memula dulu.

Petang tadi saya dah hantar kat kedai handset dan pekedai tu kata mahu 2, 3 hari baru dapat bikin. Alamak, susah mahu bergerak nie. Nasib ada handset lama. Ndak tahu kalau dapat guna lagi. Susahlah kalau orang nak call saya sekarang nie.

Thursday, February 24, 2011

Program Street Smart Petrosains Di SK Batu Payong

 
Semalam SK Batu Payong menjadi tuan rumah untuk MTQ peringkat Zon Bandar Selatan. Pada hari ini, Kelab Sains SKBP pula menganjurkan Program Street Smart yang dikendalikan oleh dua orang penceramah khas dari Petrosains KLCC iaitu Encik Rizal dan Encik Ali. Program ini adalah suatu program pendidikan keselamatan jalanraya berkonsepkan ‘pembelajaran ceria'. Ia banyak memberi manafaat kepada murid -murid sekolah kami.

 Murid - murid ceria mendengar taklimat

 Gembira di wajah mereka bila Encik Rizal mengatakan ada 'game'

 Memberi perhatian dan kerjasama 
Di dalam program itu, murid - murid SKBP berpeluang mempelajari aspek keselamatan jalan raya melalui pelbagai peralatan dan permainan interaktif yang menyerupai keadaan sebenar di jalan raya.Tujuan program ini adalah selaras dengan usaha berterusan pihak PETRONAS untuk meningkatkan kesedaran mengenai jalan raya di samping menyemai tabiat memandu yang bertanggungjawab terutama kepada kanak-kanak kerana pendedahan pada peringkat umur sebegini diyakini lebih berkesan. 

 Peralatan untuk LDK

 Encik Rizal memberi penerangan aktiviti LDK

Aktiviti LDK ini meminta murid - murid membentuk kumpulan dan seterusnya membuat satu replika 'bumper' kereta berdasarkan kepada bahan yang diberikan. Replika tersebut akan dilekatkan dihadapan kereta bayi (di atas gambar). Satu ujian akan dijalankan bagi memastikan replika 'bumper' tersebut boleh menyerap hentakan. Ujian tersebut menggunakan telur untuk memastikan hentakan tersebut dapat menyerap.

 Ahli kumpulan berbincang sesuatu

 Wakil setiap kumpulan menunjukan replika bumper mereka masing - masing

 Encik Rizal memeriksa replika mana yang layak diberi ujian

Murid - murid lain berdebar menunggu keputusan daripada Encik Rizal
Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang program tersebut berjalan dan murid - murid pun bertambah ceria dan bersemangat untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh penceramah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, membuat bumper kereta (mainan), tiup belon dalam bekas air dan lain - lain lagi.

 
 Ujian dilakukan : Litar jalan raya

 Encik Rizal memasangkan 'bumper' dihadapan kereta bayi

 Ujian gagal, telur pecah dilanggar oleh kereta mainan

 Keadaan telur tersebut

 'Bumper' yang terbaik

 Memberi perhatian sepenuhnya

 Aktiviti tukar jari 4 dan 2

 Encik Rizal membantu murid memakai helmet dengan betul

 Pakaian yang lengkap ketika menunggang motorsikal

Aktiviti terakhir

Program seumpama ini memberi banyak feadah dan pengalaman yang berharga terutamanya generasi muda kita pada hari ini. Moga ia akan berterusan.

Wednesday, February 23, 2011

Pengalaman Menjadi AJK Pemanggil Peserta Pertandingan Bercerita MTQ ZBST 2011

Setelah diputuskan oleh AJK Induk, mereka telah melantik saya sebagai AJK Pemanggil Peserta bagi Pertandingan Bercerita MTQ. Walaupun pernah menjadi AJK Pemanggil Peserta iaitu semasa Majlis Sukan Sekolah Zon Bandar Selatan. Tetapi pengalaman ini mungkin berbeza.

Tepat pada pukul 8 pagi, saya terus menuju ke tempat bertanding bercerita iaitu di Pusat Sumber Sekolah. Di sana, saya terus memulakan tugas saya dengan meminta semua peserta menunggu di luar Pusat Sumber. Mereka ditempatkan di bilik kelas sebelum mereka masuk ke Pusat Sumber. Berikut adalah suasana tempat bercerita :

 Para Hakim Bercerita

 Ketua Hakim Bercerita : Memberi Taklimat

 Para Peserta memberi tumpuan terhadap taklimat yang diberikan

 Wajah - wajah peserta

 Gelagat peserta : Tidak senang duduk menunggu giliran

 Hakim mendengar peserta bercerita

 Peserta Lelaki 

Para penonton membanjir Pusat Sumber

Terdapat 24 peserta yang mengikuti pertandingan bercerita ini dari 14 buah sekolah. Acara ini sengit kerana para peserta menampilan pelbagai gaya persembahan di pentas. Semasa pertandingan berlangsung, terdapat seorang ibu sanggup menghantar anaknya sendiri ke sekolah kami sehingga beliau mohon cuti dari tempat kerjanya. Beliau meluangkan masa untuk menyaksikan anaknya. Hasilnya, anaknya mendapat tempat kedua bercerita bagi kategori lelaki. Tidak sangkakan. 

Pelbagai gelagat yang sempat saya lihat semasa pertandingan ini berlangsung. Ada peserta yang lupa skrip  dan berdiri tegak di atas pentas sehingga masa tamat. Ada juga peserta hanya mengucapkan kata salam kepada pengadil dan diakhiri dengan "Sekian, Terima Kasih". Mungkin ndak ingat skrip. Ada lagi peserta tu, ndak sabar - sabar naik ke pentas untuk membuktikan dia hebat bercerita tetapi sampai ke pentas terlupa semuanya.

Itulah gelagat anak - anak kita sekarang. Usia mereka masih muda dan kita perlu bimbing mereka selalu. Lebih - lebih lagi mengenai sejarah Islam.

Majlis Tadarus Al - Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau 2011


Akhirnya, hari yang dinanti - nanti telah pun tiba. Segala persiapan telah dibuat dan dilaksanakan. Hari kemuncak Majlis Tadarus Al - Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau bagi tahun 2011 berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah.

Majlis penutupan rasmi telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian UMNO, P.190 Tawau YB Datuk Haji Taufiq DSP Haji Abu Bakar Titingan. Beliau sempat meluangkan masa walaupun beliau sibuk dengan urusan rasmi.

 Memberi Ucapan : Yang Berhormat Datuk Haji Taufiq Haji Abu Bakar Titingan

Sebanyak 14 buah sekolah telah menghantar peserta - peserta mereka dalam acara yang ditawarkan. Termasuklah dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan (CINA). Dalam majlis ini, empat acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al - Quran (Lelaki & Perempuan), Hafazan (Lelaki & Perempuan), Bercerita (Lelaki & Perempuan) dan Nasyid (Berkumpulan).

Berikut merupakan keputusan rasmi pertandingan yang telah diumumkan semasa Majlis Perasmian Penutupan. Hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Taufiq Haji Abu Bakar Titingan.

Tilawah al-Quran (Lelaki)
1. Mohd. Firdaus Mohd. Amin (SK Kg. Titingan)       
2. Muhammad Ghazi Zufar (SK Kinabutan)               
3. Mohd. Haikal Riezzuan (SK bandar Tawau II)       

Tilawah al-Quran (Perempuan)
1. Nur Sakinah Mawaddah (SK Kem Kabota)           
2. Nur Hafizah Anawar (SK Sentosa)                          
3. Samira Sarafuddin (SK Kg. Titingan)                     

Hafazan (Lelaki)
1. Muhd. Razif Zakwan (SK Holy Trinity)                     
2. Aiman Nazmi (SK Sentosa)                                    
3. Mohd. Rizki (SK Batu 4)                                           

Hafazan (Perempuan)
1. Rabi'atu Adawiah (SK Holy Trinity)                         
2. Nurul Aqidah (SK Kem Kabota)                               
3. Nihayatul Khairat (SK Batu Payong)                        

Bercerita (Lelaki)
1. Irwan Muhd. Rizal (SK Bandar Tawau II)                 
2. Hizbullah Fathurrahman (SK Holy Trinity)                
3. Wahyudi Nasir (SK. Kg. Titingan)                             

Bercerita (Perempuan)
1. Miza Faihanam (SK Kinabutan)                               
2. Siti Zulaikha (SK Bandar Tawau II)
3. Nurfitry Misran (SK Batu Payong)

Nasyid
1. (SK Holy Trinity)
2. (SK Batu 4)
3. (SK Kinabutan)

Juara Keseluruhan
1. SK Holy Trinity Tawau.
Tahniah kepada semua peserta serta sekolah yang berjaya. Tahun hadapan kita berjumpa lagi. SK Holy Trinity akan menjadi tuan rumah untuk Majlis Tadarus Al - Quran  bagi tahun 2012. Berikut adalah suasana semasa hari kemuncak MTQ di SK Batu Payong.

 Ketibaan para guru pengiring di kawasan pendaftaran

Pendaftaran Peserta

Pentas Tilawah Al - Quran (Perempuan)

 Pentas Acara Bercerita

Murid - murid SK Batu Payong
Tempat Menunggu Untuk Guru Pengiring

Penuh kereta di bahu jalan (Dari Tawau)

banyaknya kereta (Dari Apas)

Ucapan tahniah untuk semua warga SK Batu Payong kerana berjaya melaksanakan MTQ untuk tahun ini.

Tuesday, February 22, 2011

Persiapan Akhir Majlis Tilawah Al - Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau

Hari ini, ramai guru sibuk dengan kerja masing - masing dalam membuat persiapan untuk hari esok iaitu MTQ. Rasa berdebar di hati mereka semua. Dalam masa yang sama, SKBPT menerima lawatan daripada pihak nazir untuk melihat perkembangan sekolah kami. Bertambah kelam kabut dibuatnya. Namun, kami semua bersedia lebih awal.

Inilah beberapa gelagat dan tempat yang sempat saya ambil untuk persiapan MTQ esok. 

 Cikgu Jumadil sibuk menyiapkan sijil penyertaan

 Contoh Sijil Penyertaan MTQ

 Kanopi Tempat Peserta Menunggu

 Pentas Pertandingan Nasyid


 Para penonton kecil

 Wakil  Kumpulan Nasyid SKBP

 Latihan Kumpulan Nasyid

 Persembahan Bertenaga

 Wakil Kumpulan Nasyid Memakai Pakaian Tema

 Wajah - wajah ceria

 Penuh Perhatian

 Pentas Bacaan Al - Quran (Perempuan)

 Murid - murid membantu 

Meneliti buku acara

Akhirnya, semua persiapan telah dibuat dan hanya menunggu hari esok. Rasa gementar dan berdebar sekarang menghantui semua warga SKBPT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...