Rakan Blogger

Monday, February 24, 2014

Suasana Kawasan Tanjung Batu Lahad Datu (Tanduo)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sudah setahun berlalu, kisah yang menyeramkan berlaku di kawasan Sabah khasnya di Lahad Datu. Walaupun jarak lebih 300 km, Kancil di Tawau berasa bimbang dan takut mengenai insiden pencerobohan tersebut. Memang huru hara keadaan di Sabah khasnya di Pantai Timur nie. Bimbang melarat ke kawasan yang aman.

Pada November tahun lalu, Kancil sekeluarga melawat kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian. Untuk makluman, kali pertama Kancil datang ke sana pada tahun 1995. Ketika itu, jalan raya masih tanah merah dan dipenuhi oleh hutan tebal. Sekarang, ia jauh berbeza. Lebih - lebih lagi keadaan rumah yang terbakar dan terkena peluru. Memang menyeramkan ketika tiba di kawasan tersebut. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil...


Pintu masuk ke Tanjung Labian dan laluan masuk ke Tanjung Batu
  

 Suasana yang sunyi dan keadaan rumah yang dibina semula


Kawasan sekolah SK Tanjung Labian dan bekas rumah terbakar oleh penganas
  

Rumah mangsa yang musnah yang serang pengganas

Ketika melalui kawasan kampung tersebut. Kancil dapat merasakan keperitan yang mereka lalui semasa pencerobahan. Ada rumah kedai yang hangus terbakar. Kenderaan yang rosak akibat diserang dan diletupkan, Bayangkan penduduk kampung berada di situasi tersebut. Walaupun, tiada nyawa penduduk yang terbunuh tetapi membuatkan mereka trauma berada di sini. Ada beberapa rumah yang elok tetapi dibiarkan kosong. Seperti penghuninya sudah berpindah dan tidak mahu tinggal di kawasan ini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, February 18, 2014

Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Pada tahun lalu, SK St Patrick Tawau telah menganjurkan Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan. Entri sepatutnya dibuat pada tahun lalu tetapi kesibukan tahun lalu tidak dapat dielakkan. Tujuan sebenar Kem ini untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh yang demikian, penganjuran kem ini amat dialu - alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.

Memandangkan sekolah kami merupakan gred A dan amat menitik beratkan PdP. Kem ini dianjurkan selama 2 hari dan dilaksanakan di sebelah petang sahaja. Seramai 30 orang murid dan 3 orang guru penasihat yang terlibat dalam menjayakan program ini. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik walaupun bilangan sasaran tidak mencapai. Namun objektif kem nie berjaya dan telah tercapai. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa kem tersebut.


Penyelaras Ustaz Rusli memberi taklimat dan para peserta yang telibat
 

Para peserta mendengar taklimat dan aktiviti di luar kelas

 

Para peserta gembira melaksanakan LDK luar kelas

Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Friday, February 14, 2014

Berusaha Lagi

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kesian pada blog Kancil nie, empunya diri sibuk dengan aktiviti sekolah dan keluarga sehingga sudah bersarang labah - labah web. Apapun, Kancil berusaha untuk membuat entri yang ringkas agar rakan - rakan blogger mengetahui bahawa Kancil masih aktif dalam dunia blog nie. Cuma, Kancil ndak berpeluang untuk membalas kunjungan korang. Bagi peluang kepada Kancil untuk mencari masa yang sesuai.

Dalam bulan lalu, Kancil melatih altet sekolah di Kompleks Sukan Tawau. Seminggu 3 kali dan kebetulan pula program BK peringkat sekolah dan daerah kena dilaksanakan. Untuk makluman, Kancil dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi MGKK daerah Tawau dalam Biro ICT. Hari nie pula Kancil menghadirkan diri ke Taklimat Pelantikan Sekretariat TKRS daerah Tawau. Alhamdulillah...bertambah beban tugas Kancil di peringkat sekolah dan daerah. Belum lagi di peringkat negeri mahupun kebangsaaan.

Terima kasih kerana sudi singgah membaca dan tinggalkan komeb di blog Kancil 8349
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...