Rakan Blogger

Thursday, August 29, 2013

Jawapan Dari Wordless Wednesday # 68

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar ini Kancil ambil ketika membuat lawatan sambil belajar sendiri ke Balung River kawasan Bukit Quoin Tawau. Jarak dari bandar Tawau adalah 40 km. Merupakan kawasan tanah tinggi di Tawau. Di kawasan ini juga boleh lihat pemandangan laut walaupun ia jauh dari laut. Mana tidaknya ia berada di tanah tinggi.

Betullah kata Blogger Fairus dan Sakura Sue..inilah sekolah yang bakal Kancil jaga semasa peperiksaan UPSR nanti. UPSR akan bermula pada 10 hb 9 hingga 12 hb 9 2013. Bilangan murid yang bakal Kancil jaga adalah 63 orang dan seramai 3 orang pengawas di bawah Kancil. Tidak termasuk Timbalan Ketua Pengawas.

Sudah dua kali Kancil lalu kawasan ini dan tidak sangka akan ke sini untuk menjaga peperiksaan. Apapun bersyukur kerana berada di kawasan tanah besar berbanding di pulau. Dan sekolah ini merupakan sekolah yang agak jauh di sebelah kawasan Apas Tawau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday # 68


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia. 


Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : mohon maaf kerana lewat reply kunjungan kalian...sibuk benar Kancil minggu nie

Monday, August 26, 2013

Guru Sekolah VS Guru Tuisyen

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kalau dibincangkan mengenai dua jenis guru nie...pasti tergambar pelbagai persepsi mengenai mereka ini. Ada yang mengatakan yang satu nie hebat dan sebaliknya. Sehingga membuatkan murid - murid terkeliru untuk mengikut yang mana satu. Jika berlaku kekeliruan, maka ada satu pihak yang kecewa. Tentunya guru sekolah.

Mengapa Kancil berkata guru sekolah? Kerana ibu bapa dan murid - murid percaya kepada guru tuisyen untuk mendapat kejayaan cemerlang. Kejayaan guru tuisyen nie pun disebabkan oleh guru - guru sekolah. Mereka mendapat murid yang sudah kenal huruf dan nombor. Kalau tidak, mungkin mereka tidah sehebat guru sekolah. Apapun, di sekolah Kancil nie beberapa orang guru sekolah kecewa di atas layanan ibu bapa dan murid - murid sekolah terhadap mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, August 24, 2013

Sekolah Ganti

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini, kami bersekolah. Itu je yang Kancil dapat maklumkan. Memang betul kami bercuti panjang tetapi ada hari dalam cuti tersebut terpaksa kami gantikan. Kalau begitu, bukan cuti namanya kalau diganti...hehehe...tapi amanah orang kena kami tunaikan. Lagipun, peperiksaan UPSR makin dekat dan kena buat persiapan awal.

Semalam ada solat hajat di kompleks sukan Tawau. Kancil pun terlibat...mesti terlibat pun sebab Kancil guru bimbingan. Apa - apa acara mesti terlibat. Kalah lagi guru besar dan guru penolong kanan. Alhamdulillah berjalan dengan jayanya. Sempat Kancil berbincang dengan rakan - rakan sekerja mengenai prestasi anak - anak murid tahun 6.

Semester lalu, murid yang mendapat 5A hanya 4 orang murid sahaja. Alhamdulillah..selepas program yang unit Kancil anjurkan. Keputusan telah naik kepada 16 orang murid. Itupun calon - calon dalam program tersebut. Ini bermakna program tersebut telah berjaya. Apa yang Kancil harapkan semoga bilangan meningkat pada exam sebenar..doakan untuk kami dan doakan untuk anak - anak murid tahun 6 seluruh negara.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, August 23, 2013

Ketua Pengawas UPSR Buat Kali Kedua

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Untuk tahun kedua sejak 3 tahun bergelar guru, Kancil sekali lagi terpilih untuk menjadi Ketua Pengawas UPSR. Memang di luar sangka. Mengapa tidak? Orang yang memegang jawatan Ketua Pengawas perlu ada pengalaman menjadi pengawas biasa.Tapi Kancil nie tidak ada pengalaman langsung melainkan menjadi pengawas exam PJJ untuk UTM di KYS beberapa tahun lalu.

Kancil akui, ramai rakan guru tidak mahu mengambil sebagai pengawas UPSR kerana risikonya tetap besar. Ini kerana, kes menipu ketika exam sering kali berlaku di beberapa buah sekolah. Jika, pengawas yang menjaga dan membiarkan kes ini berlaku, pengawas tersebut diberikan dua kata putus, diturunkan gred atau dibuang kerja. Kalau plak pengawas mengambil tindakan, terlalu banyak perkara perlu dibuat.

Tahun lalu sahaja, negeri Sabah berada di tempat pertama dalam kes salah laku ketika menghadapi peperiksaan UPSR dan diikuti oleh negeri Kelantan. Melihat bilangan kes, membuatkan Kancil rasa bimbang dan gerun. Tapi Kancil kena rahsiakan bilangan kes tersebut. Oleh itu, Ketua Penyelia Peperiksaan telah memberi pesanan agar tiada lagi kes seperti ini berlaku di daerah Tawau. Beliau percaya kepada semua Ketua Pengawas akan menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh amanah.

Tahun ini, Kancil akan menjaga sekolah yang jauh dari bandar dan jaraknya 50 km. Berbanding tahun lalu 30 km je dari bandar. Alhamdulillah, Kancil masih berada di tanah besar. Jika ditempatkan di pulau, mati kutu Kancil di sana. Kawasan yang agak jauh adalah SK Ulu Kalabakan, Kancil sendiri belum pernah lagi ke sana. Risiko pun besar kerana melalui jalan yang dipenuhi oleh lori - lori besar. Bilangan muridnya 63 orang, tahun lalu 16 orang je...Sekolah yang paling ramai bilangan murid yang menghadapi peperiksaan adalah SK Titingan dan SK Taman Tawau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, August 22, 2013

Jawapan Wordless Wednesday # 67

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kesihatan SK St Patrick Tawau. Pemberikan pelekat 'Smile' kepada semua warga sekolah. Merupakan kempen sehari di mana menggalakkan murid dan warga sekolah sentiasa senyum. Bukan bermakna hari tersebut sahaja senyum tetapi sebagai tanda kempen untuk warga bandar agar sentiasa senyum.

Ini merupakan tahun kedua Kempen Senyuman Mesra diadakan. Kancil sendiri juga terlibat dalam menjayakan program tersebut kerana merupakan salah seorang AJK dalam Unit Kesihatan Sekolah. Jom kita layan beberapa keping gambar sepanjang program ini berlangsung.


 wajah murid di luar dan dalam kelas sambil menunjukkan pelekat 'smile'



Guru - guru dan AKS terlibat sama menjayakan Kempen Senyuman Mesra

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Kepada Blogger Dylla

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada blogger Dylla Abas.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Jomlah kita ramai - ramai pakat singgah ke blog beliau dengan klik di sini. Ucapkan ayat yang indah kepada pemilik blog ini.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, August 21, 2013

Wordless Wednesday # 67

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, August 20, 2013

Hari Pertama Yang Memenatkan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam merupakan hari pertama bersekolah bagi kebanyakan warga sekolah setelah bercuti raya selama dua minggu. Bagi bukan warga sekolah, menganggap warga seperti kami nielah warga yang paling untung kerana memiliki cuti yang panjang. Namun tidak semua guru yang bercuti ada juga yang terpaksa datang ke sekolah untuk membuat kerja sebelum buka sekolah.

Kancil sendiri pun kena hadir ke sekolah pada hari raya ketujuh. Nasib juga Kancil sudah berada di Tawau...kalau masih di kampung, alamat kerja Kancil tidak siap. Lebih - lebih lagi ia datangnya dari PPD Tawau. Ada lagi datang sebelum raya untuk menyiapkan laporan dan analisi peperiksaan dan kemudian memasukkan data ke dalam online kementerian. Memang banyak kerjanya.

Pada hari pertama, Kancil sudah dimaklumkan mengenai taklimat pengurusan Ketua Pengawas UPSR. Sebelum menghadiri taklimat, Kancil kena berada di sekolah untuk memberikan hadiah kepada pemenang program di bawah UBK. Alhamdulillah, jarak tempay taklimat ndaklah juga jauh...tapi kebanyakkan guru sudah berada di tempat taklimat dan rata - rata mereka ndak pergi ke sekolah terlebih dahulu.

Taklimat bermula pada pukul 8.30 pagi, seingat Kancil adalah orang paling lewat hadir. Padahal ada guru lagi lewat daripada Kancil. Guru - guru nie yang datangnya dari pulau sekitar Tawau dan kawasan Kalabakan. Itulah kehidupan guru pedalaman. Nasib Kancil guru bandar.

Lebih kurang 2.30 petang, taklimat selesai. Sebelum Kancil bergerak ke sekolah semula, kena makan dulu yang disediakan. Dari pagi hingga ke petang tidak ada isi perut. Mengapa Kancil turun ke sekolah pada sebelah petang? Kerana memberikan hadiah kepada pemenang untuk murid - murid petang pula. Bukan tiada rakan sejawatan sebelah petang tapi kebetulan beliau cuti bersalin. So, Kancil ambil tanggungjawab beliau. Nak suruh orang lain, lebih baik buat kerja kalau termampu.

Semasa menunggu perhimpunan petang, Kancil sempat membuat beberapa draf kertas kerja untuk program bulan kemerdekaan. Program kecil je...Selain itu, membuat analisis kerja sepanjang bulan lalu. Memang penat bukan...bagi yang mereka kerja di pejabat...Korang duduk dalam aircon dan terlindung dari pancaran matahari. Kami nie kesian, kipas je dah tu pancaran matahari masuk ke dalam bilik guru. Bising dan gangguan daripada murid - murid lagi...di pejabat...Kancil pun pernah alami kerja di pejabat. Tapi, kerja baharu Kancil lebih menyeronokkan kerana banyak cabaran dan setiap tahun ada situasi baharu yang kami hadapi sebagai guru....

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, August 19, 2013

Kembali Bertugas Setelah Bercuti Raya

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hampir 2 minggu bercuti, maka cutilah juga blog Kancil nie. Padahal banyak benda yang boleh dikongsikan sepanjang cuti. Namun, kebanyakan cerita Kancil kongsikan di dalam facebook Kancil. Hehehe...

Korang ke mana cuti raya? Tahun nie, giliran Kancil beraya di kampung. Bergilir - gilir bah. Setelah bercuti, maka kita kembali bertugas untuk menunaikan amanah kerajaan dan tanggungjawab kita. Pada dasarnya, macam mahu menambahkan cuti tetapi ingat kalau ikut hati mati, ikut rasa binasa. So kena hadapi bahawa kita bekerja untuk mencari duit.

Apapun, Kancil masih belum lambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan pembaca setia Kancil. Maaf zahir dan batin. Jika ada yang tersinggung dan tersilap kata, haraplah dimaafkan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah ke blog Kancil 8349,

p/s : terima kasih kepada blogger Fairus atas kiriman kad raya...

Friday, August 2, 2013

Cikgu BAIK punya!!!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Inikah yang ibu bapa inginkan daripada guru? Tapi kami sebagai guru tidak sampai hati atau tergamak untuk berbuat demikian kerana murid ini adalah amanah diberikan dan aset negara yang perlu dibentuk untuk kesinambungan pembangunan negara. Untuk generasi yang terbaik sepanjang zaman. Jika anak anda tidak mahu belajar, janganlah hantar ke sekolah. Ada ramai lagi budak yang ingin belajar.

Tengok je budak - budak PATI di Sabah...rata - rata mereka berlumba - lumba belajar di negara kita. Mak bapa mereka pula tidak bising bila anak - anak mereka disentuh (dipukul atau dicubit) kerana mereka faham. Jika mahu menempuhi kehidupan dewasa, lalui kehidupan sebagai murid. Tetapi ibu bapa yang kuat komplen nie tidak sedar.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, August 1, 2013

Jawapan Dari Wordless Wednesday # 66

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas menunjukkan seorang murid yang patah tangan akibat jatuh di tangga. Menurut rakannya, murid ini berlari menuju ke tandas. Sampai di tempat kejadian, iaitu semasa menuruni tangga, beliau tersalah langkah dan terjatuh beberapa anak tangga. Akibatnya, beliau mengadu sakit di tangan. 

Beliau dibawa ke bilik guru dan ramai guru mengatakan bahawa tangan murid nie sudah bengkak. Kami meminta seorang guru lelaki untuk membalut tangan beliau sebelum dihantar ke hospital. Kancil dan seorang guru lelaki bertanggungjawab menghantar murid tersebut ke hospital. Sebenarnya, bukan tugas Kancil sebab bukan bertugas pada minggu tersebut. Tetapi rakan guru tiada kenderaan dan beliau meminta tolong dengan Kancil.

Larangan dan teguran sudah dibuat kepada semua murid agar tidak berlari di kawasan sekolah. Namun seperti mencurah air ke daun keladi. Tiada penyesalan kepada budak - budak nie. Nasib juga bapa murid nie tidak menyalahkan pihak sekolah seperti kes - kes sebelum ini. Ada ibu bapa menyalahkan pihak sekolah atas kelalaian anak mereka sendiri. Mereka menuduh pihak sekolah tidak menjaga keselamatan anak mereka. Tak kan guru mahu temankan anak mereka ke tandas dan membiarkan berpuluh - puluh di dalam kelas.

Ada kes lagi, ibu bapa menyaman guru kerana memberi ubat sapu yang salah (padahal ubat kuning je). Sehingga kini, jika ada murid yang berdarah tiada seorang guru yang akan membersihkan luka murid tersebut. Bimbang kena saman..Kesan dari itu pula, ada ibu bapa marah kerana membiarkan darah mengalir di luka anak mereka....susah kan? Buat salah tidak buat pun salah?

Kes hantar balik ke rumah pun ada ceritanya. Seorang guru pernah menghantar murid yang tidak sihat ke rumah. Sampai di rumah, guru tersebut dimarahi oleh mak budak tersebut kerana memaksa anaknya balik ke rumah. Padahal anaknya tidak sihat. Kan sesuai duduk di rumah sahaja. Ada cerita lagi, ibu bapa memaksa guru menghantar anak mereka ke rumah. Macam pula guru nie tiada kerja...itulah risiko kami sebagai guru. Buat Salah Tidak Buat Salah.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...