Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Rasanya, ramai di antara rakan blogger pernah melalui peristiwa seram. Paling kurang sekali seumur hidup. Begitu juga dengan Kancil. Namun Kancil nak katakan ia seram, benda tu ndak juga menganggu. Tapi ia membuat Kancil ndak sedap duduk sepanjang perjalanan.
Kisah nie Kancil alami sewaktu balik ke Tawau dari Kota Kinabalu. Kancil drive sendiri dan ditemani isteri tersayang. Kalau ndak silap, isteri Kancil mengandungkan anak pertama Kancil. Memang satu kebiasaan bagi Kancil kalau nak balik kampung. Kancil akan bergerak seawal 3 pagi.
Tujuannya untuk menggelak bertembung dengan lori dan cahaya matahari yang terbit dari timur. Kalau bergerak jam 6 atau 7 pagi, memang lambatlah kita sebab mengekori belakang lori. Time tu, banyaklah lori keluar. Sampai 4 buah lori bergerak. Nak potong / pintas memang berbahaya. Kalau bukan lori, cahaya matahari pulak menjadi penghalang. Kan kawasan Kundasang dan Ranau kawasan berbukit.
Sebab itu Kancil suka bergerak seawal pagi walaupun ada kabus. Tapi bagi Kancil ia selamat. Tepat pada pukul 3 pagi, kami suami isteri bergerak menuju ke Bukit Kokol. Pendakian memakan masa yang agak lama untuk sampai ke puncak. Lebih kurang 30 minit hingga ke 40 minit. Kekadang 1 jam, tengok pada keadaan cuaca pagi.
Sampai satu kawasan yang sunyi, Kancil terpandang satu papan tanda di atas jalan. Entah mengapa ia menarik minat kancil untuk memandangnya. Makin dekat makin tertarik. Isteri Kancil pun terpegun. Lebih kurang 6 meter dari tempat papan tanda, tiba - tiba ia bertukar menjadi seorang manusia yang ditimpa kemalangan. Papan tanda yang kami lihat sudah tiada dan kini hanya seorang manusia terduduk di atas jalan sambil melihat kami.
Kancil ndak bersuara langsung malah meneruskan perjalanan sehingga ke Ranau. Begitu juga isteri Kancil. Kami diam membisu. Setiba di Ranau, barulah kami bertanya sesama sendiri. Syukur alhamdulillah, kami ndak diganggu teruk. Hanya ganggu kecil - kecil...kira ditakut - takutkan je. Disebabkan itu, Kancil ndak mahu sudah berjalan awal pagi. Bimbang...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.