Rakan Blogger

Friday, May 3, 2013

Klinik UPSR

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi membaca blog Kancil 8349.

Hari nie, Kancil diberi peluang untuk memberi motivasi di dalam program Klinik UPSR anjuran sekolah Kancil bekerja. Walaupun pada umumnya, Kancil telah memaklumkan kepada semua murid bahawa Kancil tidak terlibat langsung dalam program tersebut. Pada dasarnya, sememangnya Kancil terlibat. Namun, demi objektif motivasi Kancil, terpaksalah Kancil berselindung.

Berbanding tahun - tahun sebelum ini, murid - murid aktif berblog malah ada yang memantau blog Kancil nie. Tetapi, tahun nie berbeza sedikit. Mereka tidak berminat langsung. Mereka lebih berminat pada gosip di facebook dan sekolah. Lupa pada matlamat asal mereka iaitu belajar bersungguh - sungguh. Namun, inilah hakikatnya yang harus diterima oleh guru. Gurulah yang paling risau mengenai akademik murid. Jika gagal adalah pihak yang menuding jari 100% kepada guru.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, May 2, 2013

Jawapan Wordless Wednesday # 58

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas merupakan laluan utama jalan raya menuju ke Kota Kinabalu dari Lahad Datu. Gambar ini diambil sekitar tahun 1990 - an. Di dalam gambar ini ada feri mengangkut kenderaan menyerberangi sungai. Kawasan sungai ini adalah sungai Segama di Lahad Datu. Kancil pernah menggunakan feri ini sekitar tahun 1990 - an. Inilah zaman dulu di sekitar Sabah.

Kini, ada sudah jambatan yang menghubungi antara dua tanah. Dahulunya, kalau mahu pergi ke Kota Kinabalu dari Lahad Datu, memakan masa lebih 12 jam. Kini hanya 6 jam hingga 8 jam sahaja. Ada daerah lain lagi yang masih menggunakan feri seperti Kuala Penyu. Jarak dari bandar Lahad Datu ke Sungai Segama ialah 15 km sahaja. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, May 1, 2013

Wordless Wednesday # 58

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.



Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...