Rakan Blogger

Thursday, March 31, 2011

Hari Pertama Bertugas Di Sekolah Kebangsaan St Patrick

31 hb Mac 2011 merupakan hari bersejarah bagi saya kerana buat kali kedua saya sebagai guru baru melaporkan diri ke sekolah baru. Dan mungkin kali pertama juga kes macam saya nie berlaku. Guru yang baru posting dan tidak lama di sekolah lama diarahkan pindah ke sekolah lain. Rata - rata ramai guru di sekolah baru saya nie terkejut apabila saya menyatakan bahawa saya merupakan guru baru berpengalaman 7 bulan sahaja.

Walaubagaimanapun, saya terima secara terbuka dan pasti ada hikmah disebaliknya. Terus terang, saya masih rindukan sekolah lama saya. Demi tugas negara dan arahan saya terima semuanya. Guru - guru di sini semua mesra dan peramah. Mereka lebih banyak bercerita mengenai pengalaman mereka berada di sekolah ini. Yang pastinya mereka ingin berkongsi ilmu dan pengalaman bersama saya.

Sebelum tiba di sekolah baru saya, sesaknya jalan raya. Hampir 5 minit saya terperangkap dalam sesak. Berbanding di sekolah lama, sekejap je sudah sampai sekolah tanpa kesesakan lalu lintas. Sekolah ramai murid dan tambahan lagi banyak sekolah berhampiran dekat sekolah ini. Banyaklah kereta dan bas sekolah.

Hari pertama saya bertugas, saya telah menerima 3 kelas ganti. Gurunya ada kursus. So ini merupakan tugasan saya yang pertama. Pada kelas pertama, saya tidak menghadapi masalah
kerana murid - murid pandai - pandai belaka. Kerja yang diberikan dapat disiapkan dalam masa 15 minit. Terkejut saya. Mungkin saya terbiasa dengan murid lama saya dan ia janggal bagi saya.

Kelas kedua, murid - muridnya sederhana sahaja. Mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa 30  minit dan kelas yang terakhir petang tadi. Mereka dapat menyiapkan dalam masa 1 jam. Berbeza jauh. Seperkara lagi, cabaran yang pertama saya kena hadapi ialah mengawal murid seramai 44 orang...ramai tu...jom kita lihat gambar di bawah

  Sesaknya lalu lintas dihadapan sekolah

 Kelas Pertama

 Kelas Kedua

 
Kelas Ketiga

Wednesday, March 30, 2011

Hadiah Penghargaan Daripada Warga SK Batu Payong

Berita perpindahan saya telah pun sampai di pengetahuan semua murid SKBP. Mereka rasa terkejut dan ada yang diantara mereka menangis dihadapan saya kerana saya menipu mereka dan membuat- buat cerita. Saya sedih dan terkilan bila ada anak murid kita yang menangis dihadapan kita. Mereka inginkan kita untuk membantu mereka namun apa kan daya perpindahan saya di atas arahan pihak atasan.

Pada hari terakhir saya di sekolah tadi, saya telah menerima banyak hadiah daripada anak murid saya. Walaupun kecil tetapi ia amat bermakna untuk saya dan untuk mereka. Mereka bersusah payah untuk menyiapkan kad ucapan untuk membuktikan mereka amat menyayangi saya sebagai guru mereka.
Pada hari terakhir juga, Kelab Staf SKBP telah menganjurkan jamuan sempena sumbangan saya di sekolah tersebut selama 7 bulan. Rasa terharu dan sedih apabila mereka menghargai apa yang saya sumbangan selama ini walaupun 7 bulan. Berbeza di tempat kerja saya dulu. Terima kasih saya ucapkan untuk kelab staf SKBP. 

Berikut adalah beberapa keping gambar hadiah yang saya terima daripada kelab staf SKBP dan anak - anak murid saya. Terima kasih semua :

 Hadiah dari Kelab Staf SKBP

 Sumbangan daripada Kelab Staf SKBP

 Kad ucapan yang diberikan kepada saya

 Kad ucapan yang cantik

 Kreatifnya murid - murid saya..hehehe

Sunday, March 27, 2011

Selamat Tinggal SK Batu Payong

Berat hati mahu meninggalkan SK Batu Payong. Walaupun saya baru mengajar 7 bulan di sana. Rasa sedih mengganggu emosi saya sejak Khamis lagi apabila menerima surat perpindahan sekolah dari PPD Tawau. Bukan tidak boleh memohon rayuan kepada PPD Tawau tetapi rasanya kita elok ikut kata pentadbir besar kita dan tidak mahu  mengambil risiko pada masa akan datang.

Selama tujuh bulan berada di SK Batu Payong, banyak kenangan dan pengalaman yang saya timba. Selama itu juga saya banyak menerima tunjuk ajar dari semua guru - guru SKBP. Mereka tidak lokek ilmu dan sentiasa menegur kesilapan saya. Saya rasa gembira dan senang berkerja situasi tersebut. Tapi apa kan daya? Kena dipindahkan. Saya rasa kesal sedikit sebab saya tidak membuat apa - apa perubahan di sekolah tersebut. Tiada benda yang menjadi kenangan untuk sekolah tersebut melainkan ingatan dikalangan warga SKBP.

Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SKBP, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Kokum dan semua guru SKBP kerana banyak membantu dan menunjuk ajar kepada saya. Mereka banyak membantu dan memberi peluang kepada saya. Saya rasa bertuah berada di sekolah tersebut.

Bagi anak murid saya, harapan cikgu belajarlah rajin - rajin kerana ilmu merupakan kuasa yang amat berharga dari wang ringgit malah ia mempengaruhi segala - galanya dalam kehidupan kita. Hanya doa saja yang mampu cikgu kamu berikan.

Di bawah nie ada beberapa gambar yang saya pilih secara rawak sepanjang berada di SK Batu Payong. Kenangan terindah :

Tahun 2010








Tahun 2011

 
 

 


 


Perkampungan Bahasa Dan Sastera Peringkat Dearah Tawau Tahun 2011 - Hari Terakhir (Penutup)

 

Awal pagi, murid - murid sudah mengerjakan solat Subuh. Selesai mereka semua terus menukar pakaian dan berkumpul di dewan terbuka SKMB. Mereka melakukan senaman pagi. 

Senaman pagi

Memanaskan badan

Sarapan pagi

Selesai sarapan pagi, semua murid bergerak menuju ke dewan serba guna SKMB untuk acara seterusnya. Slot seterusnya ialah bercerita dan lakonan. Penceramah yang dijemput merupakan guru bahasa dari SK Ranggu, cikgu Adnan. Dalam slot ini, murid - murid diberi pendedahan mengenai cara bercerita yang baik serta lakonan yang mantap. Selain itu, memberi peluang kepada semua murid untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang lakonan.
 
Perbincangan antara murid

Guru SK Holy Trinity menunjuk ajar cara berlakon

Membaca skrip cerita

"Kamu cuba terkam dia sebab kau pegang watak harimau, faham!"

Lakonan yang mantap

Murid - murid telah mempersembahkan lakonan yang mantap dan bersahaja dan membawa mesej yang padat dengan teladan. Mereka telah memperlajari ilmu baru dan harapan mereka dapat mengaplikasikan di sekolah nanti. Selesai acara bercerita dan lakonan, slot seterusnya ialah Pantun. Ramai murid berminat dan mencuba nasib untuk berpantun dan bermain pantun

Cikgu! saya mahu cuba berpantun

Tepat pada pukul 12 tengahari, semua murid bergerak menuju ke dewan terbuka untuk menjamu selera. Selepas itu mereka solat berjemaah dan mengemaskan barang - barang mereka. Tepat pada pukul 2 petang, sekali lagi murid berkumpul di dewan serba guna. Mereka mendengar taklimat daripada PK Kokum SKMB.

Taklimat PK Kokum SKMB

Lebih kurang 3 petang, para jemputan hadir ke majlis penutupan Perkampungan Bahasa dan Sastera. Jemputan ini terdiri dari wakil - wakil Yang berhormat Adun Merotai, wakil PPD Tawau dan Pengerusi PIBG SKMB.

Para jemputan VIP

Peserta Lelaki Terbaik

Peserta Perempuan Terbaik

Peserta lelaki terbaik dimenangi oleh murid SK Pasir Putih dan manakala peserta perempuan terbaik disandang oleh murid SK St Patrick (Sekolah baru saya). Mereka berdua akan mewakili daerah Tawau ke peringkat Tenggara yang diadakan di daerah Lahad Datu. Tepat pada pukul 4 petang, semua murid dan guru pengiring kembali ke sekolah masing - masing. Program yang saya sertai ini amat berguna untuk saya dan ia merupakan pengalaman yang cukup masih buat saya. Terima kasih kepada semua guru pengiring yang terlibat begitu juga semua murid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...