Rakan Blogger

Thursday, January 31, 2013

Kejohanan Catur Sekolah Rendah Peringkat Zon Bandar Tawau 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Untuk kali pertama, Kancil telah dilantik oleh sebagai Setiausaha Kejohanan untuk peringkat Zon dan Daerah. Tapi, Kancil ingin kongsi cerita mengenai peringkat Zon Bandar dulu. Sebagai perkongsian maklumat, daerah Tawau dahulunya dibahagikan kepada 6 zon iaitu Zon Bandar Utara (sekolah Kancil dekat sini), Zon Bandar Selatan, (sekolah Gen2Merah), Zon Balung, Zon Merotai, Zon Kalabakan dan Zon Sebatik (pulau)

Kini, sudah dipecahkan kepada lapan zon iaitu Zon Bandar (sekolah Kancil), Zon Sri Tanjong, Zon Tanjong Batu, Zon Merotai, Zon Kalabakan, Zon Apas, Zon Sebatik dan Zon Balung. Memandangkan ia bermula pada tahun, maka berlaku sedikit kekeliruan. Apapun kena dilaksanakan atas arahan daripada PPD Tawau.

SK St Patrick, Tawau telah dilantik sebagai penganjur kejohanan catur peringkat zon Bandar telah dilaksanakan pada 26 hb Januari 2013. Dalam zon ini terdapat 7 buah sekolah dan hanya 3 buah sekolah yang menyertai pertandingan. Ketiadaan sekolah lain tidak mematahkan semangat penganjur untuk menganjur kejohanan tersebut. Antara sekolah yang bertanding ialah SK St Patrick, SK Kampung Jawa dan SK Bandar Tawau.

Selama 4 jam bertanding di tapak perhimpunan sekolah SK St Patrick. Penganjuran kali ini dikatakan paling santai memandangkan dibuat secara terbuka. Seramai 30 orang murid terlibat dan juara untuk peringkat zon dimenangi oleh SK Bandar Tawau dan diikuti oleh SK St Patrick. Manakala tempat ketiga disandang oleh SK Kampung Jawa.

Kancil memang ndak arif dalam catur. Apatah lagi peraturan dalam catur. Alhamdulillah, apabila melihat peserta - peserta bertanding dan tunjuk ajar daripada rakan - rakan sekerja. Dapatlah Kancil mempelajari mengenai peraturan catur ini. Jom kita lihat gambar yang sempat Kancil ambil untuk perkongsian rakan - rakan blogger.


SK Kampung Jawa, Tawau


SK Bandar Tawau


SK St Patrick, Tawau


Wajah - wajah peserta perempuan dan lelaki

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Monday, January 28, 2013

Cuti - Cuti Ke Kota Kinabalu 2012 # 2

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seterusnya Kancil bawa rakan - rakan melalui lebuh raya seterusnya iaitu lebuh raya Lahad Datu - Sandakan. Jarak perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit jika membawa kelajuan 80 kmsjm. Ndak laju kan...lagi pun jalan raya ndak berapa baik sebenarnya. So, kena berhati - hati sepanjang perjalanan.


Inilah jalan raya ke Sandakan...cantik kan? Gambar di sebelah merupakan sekolah luar bandar iaitu SK Sandau Lahad Datu. Dahulunya sekolah papan dan sekarang dah bertukar wajah. Kancil belum lagi ke sana...tengok je dari jalan. Sekolah nie merupakan kawasan Kinabatangan tetapi hampir dengan Lahad Datu.


Gambar di atas nie ialah simpang ke Jeroco. Di sinilah sekolah luar bandar nombor satu di Lahad Datu. Dan gambar sebelah kanan ialah tempat perhentian antara Lahad Datu dan Sandakan yang dikenali sebagai Kampung Paris. Kalau mahu gi Paris...ndak payah jauh - jauh. Hehehe...


Gambar sebelah kiri merupakan jambatan Sungai Kinabatangan. Dahulu pakai feri je kalau mahu pergi sebelah sungai. Kekadang lambat kerana arus sungai tersebut. Sebelah kanan merupakan simpang ke Sandakan atau Batu 32 Sandakan. Inilah tempat paling banyak kedai makan dan kedai menjual buah - buahan. Disini juga bas express singgah berhenti.


Gambar di atas adalah stesen minyak Shell. Kancil mesti isi di sini. Takut ndak cukup minyak di perjalanan. Sebenarnya sampai juga ke Ranau tapi takut tiada elektrik nanti di sana. Seperti mana kes sebelum ini. Kancil terperangkap 3 jam menunggu elektrik pulih. So. lebih baik berwaspada sebelum terkena. Hehehe...Kancil akan sambung seterusnya...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tingggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : insya Allah Kancil akan membaca kunjungan kamu...sibuk kerana dilantik sebagai setiausaha program..

Friday, January 25, 2013

Cuti - Cuti Ke Kota Kinabalu 2012 #1

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sebelum nie Kancil ada cerita mengenai lebuhraya Tawau - Lahad Datu, Lahad Datu - Sandakan, Sandakan - Ranau dan Ranau  - Kota Kinabalu. Semua tu Kancil ndak kongsi gambar dan meminta pembaca hanya membayangkan situasi yang Kancil ceritakan. Kali nie, Kancil dah memang niat untuk berkongsi dengan rakan - rakan blogger beserta dengan gambar sekali.

Lebuhraya Tawau - Lahad Datu.

Sebelum perjalanan, orang tua dah menegur jangan jalan memandangkan ada kawasan di Ranau menerima hujan 14 jam. Takut tanah runtuh atau banjir. Tetapi Kancil yakin ia tidak akan berlaku. Dan isteri Kancil bimbang kerana pada masa itu, hujan masih turun dan mungkin melibatkan semua negeri. Sepanjang perjalanan dari Tawau ke Dewata (Lahad Datu), mendung dan disertai hujan. Ndak juga lebat cuma renyai - renyai je. Bagi Kancil suka kalau berjalan hujan walaupun ia berisiko akan ditimpa oleh kenderaan berat.



 

Gambar di atas merupakan persimpangan masuk ke pekan Kunak yang jaraknya 4 km dari jalan raya utama. Dahulunya hanya kampung kini sudah mempunyai bangunan dan taman perumahan di kiri dan kanan jalan. Suatu masa dulu, kiri dan kanan jalan ini merupakan kawasan penanaman kelapa sawit.


Gambar di atas sebelah kiri adalah pemandangan bukit Madai.  Bukit Madai ini memiliki gua yang luas dan disinilah banyak sarang burung yang dijual dengan harga yang lumayan. Manakala pemandangan sebelah kanan adalah kawasan Tingkayu. Rata - rata tumbuhan adalah kelapa sawit namun nun jauh di sana adalah hutan tebal yang masih belum diterokai.

Gambar di sebelah adalah perkara biasa berlaku di sepanjang perjalanan. Apa yang penting kita kena waspada walaupun bukan kesalahan kita. Disebabkan mereka alpa kita jadi mangsa. Sebelum nyawa melayang berhati - hatilah di jalan raya. Menurut sumber yang Kancil perolehi, lori ini terpaksa melanggar tembok penghalang daripada dia melanggar kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Nasib juga ia tidak menjuman ke bawah. Kalau itu berlaku mungkin tiada siapa yang tahu dan mengambil beberapa hari menyedari kemalangan tersebut.


Gambar di atas adalah laluan yang paling sukar. Jika tiada kenderaan berat, mudahlah kita melaluinya. Tetapi kalau ada, terpaksalah kita guna gear satu untuk naik ke atas. Kekadangan kita mengambil masa 15 minit untuk mendaki bukit tersebut. Sebelah kanan adalah signboard ke simpang Lembah Danum. Tentu korang tahu kan? Lembah Danum merupakan kawasan hutan yang paling tua di dunia. Tak percaya, cari sendiri di dalam alam maya nie.

Dalam perjalanan menuju ke bandaar Lahad Datu, jalan rayanya masih diperbaiki. Untuk kemudahan orang ramai juga walaupun agak sukar. Lagipun dah lama jalan nie ndak diperbaiki. Harap - harap tahun nie dah siap sepenuhnya. Sebab mahu bercuti lagi ke Kota Kinabalu.


 Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Keputusan UPSR 2012, SK St Patrick, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri nie sepatutnya dibuat lama sudah. Tetapi masa tidak mengizinkan Kancil untuk berkongsi dengan rakan - rakan sekalian. Macam 2 bulan berlalu. Tetapi yang penting adalah maklumat untuk rakan - rakan berkongsi.

Untuk tahun lalu, peratus sekolah Kancil meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya. Memang gembira bila dengar naik tetapi bilangan mendapat keputusan 5A tidak membanggakan. Malah sekolah Kancil berada di ranking yang ketiga di Tawau. Sekolah Kancil hanya mendapat 12 orang 5A. Manakala SK Bombalai dan SK Pasir Putih masing - masing mendapat 15 orang keputusan 5A. SK Bombalai masih di tempat pertama sekolah yang terbaik.

Berbanding tahun sebelumnya, seramai 22 orang yang mendapat 5A. Namun tahun lalu hanya 12 orang. Guru mana yang tidak kecewa namun kami terima seadanya kerana inilah usaha kami selama setahun. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa pengumuman keputusan UPSR tahun 2013.



 Murid - murid bertanya khabar sesama sendiri dan wajah - wajah murid yang ceria


 Ibubapa yang datang menyokong dan kelihatan Cikgu Hasman membawa slip keputusan UPSR


 Murid - murid mendengar keputusan dan Cikgu Saifuddin memberi sedikit taklimat


Antara murid yang mendapat 5A

Tahniah kepada mereka dan Kancil dimaklumkan ada yang sudah masuk ke MRSM cawangan Tawau. Tahun nie, kami berusaha lagi untuk mendapatkan kedudukan terbaik di peringkat Tawau. Untuk di peringkat negeri SK Bombalai masih berada di kedudukan pertama. Maklumat lain yang Kancil dapat di Lahad Datu, SK Jeroco merupakan sekolah pertama di sana.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tiinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, January 24, 2013

Jawapan Wordless Wednesday # 54

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie lewat untuk post entri di blog Kancil. Ada hal yang perlu diselesaikan..Alhamdulillah, dapat juga sedikit masa untuk update blog. Jom kita lihat sekali lagi gambar tersebut.


Gambar nie Kancil ambil di salah satu pusat pasaraya di Tawau. Kalau orang Tawau mesti dorang tahu di mana nie. Nama tempatnya ialah Eastern Plaza. Gambar ini diambil di tempat letak kereta tingkat 5. Kawasan perumahan di bawah nie dikenali sebagai Taman Dingin. Kata isteri Kancil, kalau mahu duduk kawasan sejuk pergi sahaja di tempat nie. Cerita lawak je. Hehehe...

Kalau nampak banyak pokok tu, itu kawasan Batu 2 Jalan Apas...tempat Kancil tinggal sekarang nie. Dan bukit yang jauh di sana itu ialah Bukit Tinagat dan dibalik bukit tersebut terletaklah SK Batu Payong tempat Kancil memula mengajar. Dah lama Kancil ndak ke sana sejak bergelar guru pagi nie. Lagipun, Kancil dah lama tidak berjumpa dengan Gen2Merah. Kerana masing - masing sibuk dengan kerja. Arah gambar nie adalah arah matahari terbit atau bahasa geografinya arah timur. 

Kancil ambil gambar nie semasa menunggu wayang yang bermula pada pukul 2 petang. Kalau tidak silap gambar nie dalam pukul 1 tengahari.  Kancil memang suka tengok pemandangan macam nie. Cantik dan mendamaikan jiwa kita.Lebih - lebih bentuk awannya. Betul tak?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, January 23, 2013

Dengki Punya Pasal

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat malam kepada semua rakan blogger yang masih belum tidur atau terbaca entri Kancil pada waktu malam..

Mana - mana manusia pasti memiliki sifat dengki di dalam diri mereka. Dan ia bergantung kepada tahap keimanan dan kewarasan mereka. Jika rendah tahap keimanan dan kewarasan mereka maka tinggilah sifat dengki mereka ini. Begitu juga sebaliknya. Kancil dah banyak kali jumpa orang - orang macam nie. Sehingga sekarang masih juga berjumpa.

Kerana dengki punya pasal, timbul lagi satu dosa yang dibuat - buat untuk kesenangan hati orang dengki ini. Iaitu fitnah. Korang tahu juga kan? Fitnah nie ada cerita yang direka untuk menjatuhkan orang lain. Bila orang terima bulat - bulat...nah percaya mereka 100%. Tidak kiralah peringkat pendidikan yang paling tinggi pun pasti terpujuk oleh cerita fitnah.

Macam Kancil postkan di dalam FB kancil beberapa hari dulu

Ada manusia mudah menerima cerita fitnah dari menerima cerita benar pengalaman seseorang....kerana yang buruk lebih mudah diterima daripada baik...so bagi member - member di luar sana...dengar, fahami dan menilai apa yang disampaikan...

Yang Kancil terkilan, mak bapa hantar gi belajar agama siap sekolah pondok lagi di Semenanjung. Tapi kaki pembohong, kaki putar belit dan kaki fitnah dialah yang nombor 1. Itukah yang diajar oleh sekolah pondok tu? Bukan mahu salahkan pihak sekolah pondok tetapi nampak sangat dia belajar hanya lulus sahaja atau erti kata lain cukup makan.

Yang tukang dengar pula nie terima bulat - bulat apa yang disampaikan tanpa usul periksa. Main salahkan orang lain lagi. Nama belajar oversea tapi entah nilai kemanusiaan tu ndak ada. Sehingga lupa siapa yang tua dalam keluarga mereka. Apapun, kita hanya mampu bersabar dengan orang - orang dengki nie. Lebih baik kita lari daripada berdepan dengan orang ini. Kerana makin kau berdepan dengannya makin banyak cerita karut yang akan disampaikannya.

Dan percaya kata Kancil, tiada seorang akan membantu untuk menyedarkan pendengki kerana telah dirasuahkan dengan pelbagai bentuk agar tukang - tukang dengar ini tunduk dengannya. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, January 22, 2013

Wordless Wednesday # 54

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.



Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : maaflah...sudah terpost...terlupa sebab kelam kabut untuk hadiri mesyuarat...ndak apalah...

Aktiviti Cuti Sekolah #2 Mandi Manda Di Pangkalangan, Semporna

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Selesai majlis khatam Al Quran [klik di sini], kami berpakat ramai - ramai merancang aktiviti seterusnya. Perbincangan berlaku selama setengah jam dan dihadiri oleh semua sepupu - sepupu yang sama - sama menjayakan program majlis khatam Al Quran. Hasil perbincangan, berpakat akan berkelah di pantai Kampung Pangkalangan.

Tepat pada pukul 4 petang, kami bergerak dari Kampung Ubian Semporna menuju ke destinasi kami. Sebanyak 6 buah kenderaan digunakan untuk ke sana. Bukan sepupu - sepupu je yang ikut...bapa saudara dan mak saudara pun join sekali. Memang meriah masa tu. Walaupun cuaca mendung tetapi tiada tanda - tanda angin kuat.

Tempat nie memang popular untuk berkelah....namun kena berhati - hati dengan obor - obor. Kalau ndak biasa tu yang bahaya. Hehehe...sayang Kancil ndak dapat kongsi gambar sebab ndak sempat ambil...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Monday, January 21, 2013

4 Minggu Sudah

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Mohon maaf kepada semua rakan blogger yang ada singgah ke blog Kancil. Tapi Kancil ndak lagi membalas kunjungan kalian. Harap korang memahami keadaan Kancil sebagai guru bimbingan di sekolah rendah. Memang awal tahun nie banyak program. Lebih - lebih lagi hanya Kancil seorang je sedangkan bilangan murid sudah 900 orang. Kesian...

Agak lama Kancil menyepi dan ingin sangat berkongsi cerita apa yang telah Kancil lalui beberapa minggu lalu. Insya Allah Kancil akan ceritakan namun ndak tahu mana satu nak mulakan...pening kepala...lebih lagi laporan untuk ke PPD belum lagi dibuat. Nie bulan 2 ada 3 program lagi mahu dibuat...Apapun kena akur keadaan semasa...

Harapan Kancil semoga pembaca Kancil tetap kekal dengan blog Kancil...rasanya dah lama menyepi...


Monday, January 7, 2013

Selamat Tahun Baharu 2013...Sibuk Sedikit

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Maaf ndak dapat membalas kunjungan korang semua sebab Kancil agak sibuk sedikit di awal tahun nie. Biasalah kalau guru bimbingan nie, banyak program awal tahun. Memandangkan Kancil seorang je guru bimbingan di sekolah buat masa nie. So Kancil kena kerja dua sesi. Sebelah pagi program orientasi Tahun 4 dan 6 manakala petang Transisi Tahun 1. Ia berlangsung selama 3 minggu bagi Transisi Tahun 1 manakalah tahun 4 dah selesai namun ada susulan program seterusnya.

Esok plak merupakan hari terakhir bagi program Orientasi Tahun 6. Insya Allah akan berjalan dengan baik. Ini sahaja Kancil nak kongsikan..insya Allah dah free sedikit Kancil akan kembali aktif...

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...