Rakan Blogger

Friday, May 25, 2012

Cuti Sekolah Semester Pertama 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Mulai esok, seluruh sekolah di Malaysia bercuti. Bagi negeri - negeri Utara, mereka sudah pun bercuti. Dalam masa bercuti nie, murid - muridlah yang seronok. Tapi bagi kebanyakan guru, masa nielah yang paling sibuk. Sibuk 'key in data' maklumat peperiksaan lepas. Yang bikin kacau bila asyik mati elektrik. Huhuhuhu....

Apapun, Kancil mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti untuk semua mereka yang mengambil cuti dalam dua minggu nie. Cutilah di Malaysia. Hehehe...Kancil mungkin ke Labuan...ada urusan keluarga...Insya Allah Kancil akan kongsikan untuk rakan - rakan semua.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : minta maaf belum sempat membalas kunjungan kalian...insya Allah...Kancil akan terjah blog anda

Thursday, May 24, 2012

Jawapan Wordless Wednesday 39

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Kalau tengok gambar tentu korang dah tahu bahawa itulah adalah sebatang pokok kelapa yang sudah dipanah petir. Gambar nie Kancil ambil semasa bercuti di Pulau Mabul, Semporna. Ia terletak di tengah - tengah pulau. Berhampiran dengan gambar perigi minggu lalu. Hanya pokok nie je yang terbakar. Yang lain selamat.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday 39

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, May 21, 2012

Terbaik Tunas Kadet Remaja Sekolah SK St Patrick Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dalam tempoh 2 minggu lalu, Kancil telah mula sibuk dengan pelbagai aktiviti. Hadiri mesyuarat Kaunseling, Perkhemahan dan Sambutan Guru Peringkat Sekolah, menyertai aktiviti - aktiviti sekolah seperti kursus kepimpinan, sambutan hari guru, Solat Bestari dan Perkhemahan Unit Beruniform.


Memang penuh jadual Kancil sehingga blog nie terabai sedikit kerana memikirkan perjalanan aktiviti yang Kancil sertai. Bukan tiada masa, memang ada masa cuma Kancil tiada idea mahu berkongsi pada masa tu. Memikirkan tentang keadaan program yang dilaksanakan. Membuat sebaik mungkin dalam apa juga aktiviti yang disertai.

Apapun, Kancil ingin kongsikan pengalaman Kancil mengurus pasukan unit beruniform sekolah. Seperti Gen2Merah, Kancil juga merupakan Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Dua minggu sebelum perkhemahan, Kancil telah diminta untuk menghadirkan diri ke mesyuarat Perkhemahan kali 2. (kali pertama telah dibuat pada bulan lalu). Mesyuarat tersebut membincangkan program - program yang akan dilaksanakan sepanjang perkhemahan.
 
Antara program yang telah dipersetujui ialah Kawad Kaki. Buat kali pertama, pertandingan Kawad Kaki dibuat. Keesokan harinya, Kancil memanggil beberapa orang ahli kadet untuk menyertai pertandingan tersebut dan memilih mereka untuk menyertai perkhemahan unit beruniform kali ketiga. Seramai 18 orang menyertai latihan kawad kaki. Mengikut persetujuan, hanya 15 orang peserta yang akan menyertai perkhemahan tersebut. Ini bermakna Kancil terpaksa membuat penilaian dalam tempoh 2 minggu.

 Para kadet yang membuat latihan kawad kaki

Selama dua minggu Kancil melatih mereka dan pada hari Rabu minggu lalu Kancil telah memilih 15 orang yang terbaik untuk menyertai perkhemahan unit beruniform kali yang ketiga. Pada tarikh 18 hb Mei 2012, pendaftaran perkhemahan bermula. Hanya 14 orang yang menyertai. Seorang terpaksa menarik diri kerana kecederaan. Dalam masa yang sama, seorang kadet pula demam panas. Membuatkan hati Kancil resah melihat keadaan tersebut.

Namun Kancil yakin bahawa usaha mereka tidak akan terpadam begitu sahaja. Pada malam 19hb Mei 2012, TKRS menyertai Malam Kebudayaan. Kumpulan TKRS membuat persembahan kedua selepas Persatuan Puteri Islam Malaysia. Kali ini, Kancil menerima kejutan apabila persembahan TKRS yang tidak membuat persiapan awal telah mendapat tempat yang kedua. Alhamdulillah...

20hb Mei 2012, hari yang dinanti - nantikan oleh Kancil sendiri. Pertandingan Kawad Kaki akan bermula pada pukul 8.15 pagi. Sebelum bertanding, Kancil memastikan semua kadet dalam keadaan bersedia. Memeriksa pakaian mereka dan memberi sedikit nasihat sebelum membuat persembahan. Walalupun anggota kadet hanya 14 orang (kadet yang deman kembali ke pasukan) Undian tidak memihak kepada kami apabila dipilih untuk menjadi pasukan pertama membuat persembahan kawad kaki.

Taklimat daripada JPAM sebelum pertandingan Kawad Kaki

Apabila pertandingan kawad kaki bermula, Kancil percayakan kepada anak didik Kancil bahawa mereka akan buat yang terbaik di padang kawad. Setiap langkah dan gerak geri mereka, Kancil perhatikan dengan penuh perhatian. Alhamdulillah, persembahan mereka menarik dan tiada cacat celanya. Mereka berjaya melakukan dengan cemerlang. Selesai giliran mereka, barulah lega hati Kancil. Namun, Kancil tidak menaruh tinggi bahawa pasukan kami yang akan menang.

 Wajah yang ceria

Semasa penyampaian hadiah Kancil mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang disampaikan oleh pengerusi majlis. 

"Pasukan yang memenangi Pertandingan Kawad Kaki dimenangi oleh Tunas....Kadet Remaja Sekolah."

Gembiranya Kancil apabila matlamat tercapai. Kancil hanya mampu tersenyum riang melihat ketua platun mengambil hadiah. Tanpa di sangka - sangka, peserta terbaik perempuan perkhemahan di sandang oleh ahli TKRS juga. Lebih mengejutkan Kancil lagi, TKRS telah di julang sebagai Pasukan Terbaik Perkhemahan ini. Kancil terpegun seketika apabila diumumkan oleh pengerusi majlis. 

 
 Antara hadiah yang dimenangi oleh TKRS

Benarkah TKRS? Tiada perkataan yang mampu diluahkan oleh Kancil untuk menyatakan rasa gembira. Hanya menyebut Alhamdulillah...usaha Kancil dan anak didik Kancil telah membuahkan hasil. Matlamat seterusnya untuk merebut Johan Pasukan Perbarisan semasa Sukan Sekolah nanti. Doakan Kancil dan anak didik Kancil berjaya. Tahun depan jumpa lagi.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : hari nie Kancil menerima dua berita baik, pertama Kancil menerima hadiah kumpulan terbaik semasa kursus kepimpinan pengawas dan surat pengesahan jawatan.

Pasukan Kawad Kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah 2012

Friday, May 18, 2012

Jawapan Wordless Wednesday 38

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dalam minggu nie,  banyak aktiviti yang perlu Kancil lakukan. Biasalah bila minggu hari guru nie, pelbagai aktiviti yang dirancang dan kena dilaksanakan. Apapun, ada dua program lagi yang berlangsung pada hari nie. Satu Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan satu lagi program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah.


Tengok gambar di atas tu. Hehehe..nie adalah program Kesihatan yang mana Kancil sendiri yang memberi ceramah kesihatan kepada murid - murid nie. Mereka adalah murid tahun satu. Syukur, mereka khusyuk mendengar apa yang Kancil sampaikan. Walaupun  pada awalnya agak susah mahu mengawal murid - murid tahun satu.

Kesan daripada program nie, ada ibu bapa yang memberi komen yang positif. Anak mereka lebih menjaga kebersihan mereka semasa berada di rumah. Apapun, harapan Kancil semoga mereka tidak lupa apa yang Kancil sampaikan kepada mereka. Bukan senang mengawal budak berumur 7 tahun...

Di kesempatan ini, Kancil ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru di seluruh Malaysia. Semoga usaha kita selama ini tidak disia - siakan oleh generasi yang kita didik.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday 38

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Selamat Hari Guru...

Tuesday, May 15, 2012

Segmen Bloglist By Bella Hamzah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini Kancil menerima jemputan daripada seorang blogger untuk menyertai segmen beliau. Simple je segmen dia. Syarat pun bukan susah pun. Bagi sesiapa yang nak join tu, marilah beramai - ramai memeriahkan suasana. Klik je banner di bawah nie.


Kancil berharap ada rakan blogger yang sudi menyertai segmen beliau. Saling sokong menyokong rakan kita.
 
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Kancil terlibat dengan program besar...peringkat negeri tu...hehehe...insya Allah Kancil akan membalas kunjungan korang.

Monday, May 14, 2012

Punca Traffik Minggu Kedua Bulan Mei 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil memohon maaf kepada semua rakan blogger kerana Kancil belum membalas kunjungan kamu. Insya Allah jika ada kelapangan Kancil akan membalas. Buat masa nie, Kancil sibuk dengan aktiviti sekolah. Lebih - lebih lagi akitiviti yang melibatkan kokurikulum. Apapun jom kita lihat blogger - blogger yang telah menyumbang traffik di blog Kancil minggu lalu.








Alhamdulillah, Kancil rasa gembira masih ada yang tersenarai. Manakala keyword pun ada yang berubah dan masih elok lagi. Jom baca di bawah.


tilawah al quran 2011









mana jambatan pualau bum bum









contoh sijil penyertaan









pulau bum-bum









bermain









blog kolej jururawat masyarakat tawau









gambar kartun cikgu mengajar









hadiah untuk hari guru









kartun sempena hari guru









kawasan memancing tawau



Post yang paling banyak dibaca minggu lalu ialah :


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, May 10, 2012

Jawapan Wordless Wednesday 37

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.i.

Sudah seperti kebiasaan pada hari ini Kancil akan memberi jawapan pada wordless semalam. Mungkin ramai yang ingin mengetahui apa gambar semalam. Pelbagai jawapan yang diberikan dan Kancil akui tulah kita manusia ingin mengetahui sesuatu yang kita kurang pasti. Sebelum Kancil teruskan jom kita lihat sekali lagi gambar ini.


Gambar di atas ini Kancil ambil semasa bercuti di Pulau Mabul beberapa bulan lalu. Untuk makluman rakan - rakan blogger, jika kita berada di atas pulau yang kecil. Tentunya tiada air sungai sebab ndak ada bukit sekitarnya. So Kancil hairan semasa datang ke sana. Apa sumber air mereka? Tidak mungkin air hujan sahaja.

Akhirnya, terjawab sudah persoalan Kancil apabila melihat kawasan tadahan air. Sebenarnya gambar di atas adalah perigi di atas pulau. Tengok dalamnya, ada kelopak air. Airnya tawar dan bukan air masin taw. Perigi ini terletak di tengah - tengah pulau. Sebenarnya, ada banyak lagi perigi cuma inilah perigi yang Kancil jumpa dalam perjalanan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday 37

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, May 8, 2012

Kereta Ambulans Masuk Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seperti biasa pada hari Isnin, mana - mana sekolah pasti akan mengadakan perhimpunan. Tujuan perhimpunan ini untuk menghebahkan perkara yang telah berlaku mahupun bakal berlaku pada sekolah tersebut. Memandangkan minggu depan merupakan minggu peperiksaan, Guru Penyelia Petang telah memaklumkan kepada murid agar bersedia untuk menghadapinya. Namun kanak - kanak, ada yang tidak mendengar apa yang disampaikan olehnya.

Ketika, Kancil berdiri di belakang barisan murid. Datang dua orang pengawas ke tempat Kancil. Kancil ndak berapa jelas apa yang disampaikan oleh rakannya manakala seorang sudah menangis. Tiba - tiba seorang guru perempuan memanggil murid yang menangis suruh baring di atas kerusi panjang. Rupanya,  budak tersebut sudah pucat dan bibirnya berwarna biru. Kancil tidak perasan keadaan murid tersebut. Nasib juga ada guru perempuan perasan keadan murid tersebut.

Memandangkan ada dua tiga orang guru mengurus murid tersebut, Kancil seperti biasa menjaga tempat lain. Tak kan mahu menyibuk. Sudah cukup guru yang menguruskannya. Yang lain nanti akan membuat bising. Selesai perhimpunan, murid tersebut dibawa masuk ke dalam bilik permuafakatan bilik guru. Rupanya badan murid tersebut mahu kejang. Tetapi tindakan pantas beberapa orang guru berjaya menghalangnya. Kalau tidak silap, ia sawan.

Beberapa minit kemudian, Guru Penyelia Petang telah memaklumkan kepada kami bahawa kereta ambulans akan tiba di sekolah tidak lama nanti. Kemudian, bapa kepada murid tersebut datang. Beliau merupakan seorang doktor di hospital kerajaan. Kami hanya memandang bapa murid tersebut. Seorang rakan meminta Kancil untuk menunggu kereta ambulans di luar sekolah. Alhamdulillah, kesesakan lalu lintas sudah beransur. Mudahlah bagi kereta ambulans menuju ke sekolah.

Ketika kereta ambulans tiba di sekolah, beberapa orang murid dan pelajar memerhati di luar sekolah. Murid tersebut diangkat oleh salah seorang guru yang bertugas pada minggu ini. Di dalam kereta ambulans, pegawai terus melakukan kerjanya. Beberapa minit kemudian, kereta ambulan meluncur laju menuju ke hospital Tawau. Kancil merupakan guru yang terakhir meninggalkan sekolah daripada 7 orang guru yang membantu murid tersebut.

Ini merupakan kali pertama Kancil mengalami situasi tersebut. Kancil pun tidak pasti apa penyakit murid tersebut. Kerana sebelum perhimpunan dia masih aktif dan ceria. Tiba - tiba pucat hingga bibirnya biru. Seluruh badannya sejuk terutamanya hujung kaki dan jarinya. Apapun, Kancil doakan murid tersebut selamat dan cepat sembuh.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, May 7, 2012

Punca Traffic Minggu Pertama Bulan Mei 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Akhirnya, ada juga blogger yang menyumbang traffic di dalam blog Kancil. Syukur alhamdulillah untuk minggu pertama dalam bulan Mei ini. Memang satu penantian Kancil rasakan. Walaupun Kancil akui bahawa ramai pembaca yang mendominasikan dalam beberapa minggu sebelum nie. Hakikatnya mereka sama seperti blogger. Jomlah kita lihat siapa mereka:



http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

Keyword minggu lalu ada yang muncul kembali. Mungkin pembaca tu mahu mencari semula apa yang terlepas pandang oleh beliau. Apapun Kancil gembira dan syukur sebab keyword masih maintain. Berbanding beberapa rakan blogger lain, mereka terima pelbagai keyword yang pelik. Moga mereka tabah dan sabar. Jom kita liha apa keyword tersebut :


gambar enjin kancil









bukit tengkorak semporna









gambar uniform kadet polis









cenderahati untuk hari guru









doa pelancaran guru penyayang









folio kerjaya tema sains dan teknologi









gambar gadies desa









gambar kartun muslimah yg berharap









gambar orang buat kerja









autoshow 2012 sempena hari pekerja di tawau

Post yang paling banyak dikunjungi adalah segmen yang Kancil sertai...

Pencarian Bloglist Mei 2012

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, May 6, 2012

Pelajar Dulu Dan Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Beberapa hari lalu, Kancil keluar bersama mak cik isteri Kancil dengan dua orang perempuan sepupu isteri Kancil. Temankan mereka ke PC fair yang berlangsung di dewan masyarakat Tawau. Kami banyak habiskan masa kami di dalam dewan untuk mencari beberapa peralatan komputer. Selesai kami terus balik ke rumah tapi kena belanja minum oleh mak cik isteri Kancil. Beliau merupakan PK sekolah menengah di salah sebuah sekolah di Tawau.

Sebelum tiba di dewan masyarakat, kami sempat berbincang mengenai perubahan sikap dan sifat remaja sekarang. Ia amat berbeza dari zaman ke zaman. Kalau zaman dulu, pelajar masih takut dan hormat dengan guru mereka. Nampak guru di hadapan, pasti cuba sembunyi untuk tidak dilihat oleh guru tersebut.

Namun, sekarang nie beza. Mereka lebih berani bila berjumpa dengan guru mereka. Siap berani tunjuk mereka merokok atau berpegang tangan dengan teman lelaki atau teman wanita mereka. Tiada istilah segan silu. Lucu bukan, muda lagi dah tunjukkan mereka hebat sedangkan tiada apa yang mahu ditunjukkan. 

Semua kerana ego seorang manusia. Menganggapkan mereka lebih hebat daripada guru mereka. Tidak pun menganggap guru sudah ketinggalan zaman. Padahal, guru mereka sudah lama hidup berbanding dengan mereka yang baru setahun jagung. Salah siapa? Takkan guru juga. Pastinya datang dari rumah...eya tanggungjawab ibu bapa. Merekalah mula mendidik anak mereka untuk hormati orang lebih tua daripada mereka. Tetapi, berapa ramai yang buat macam tu?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

1st Giveaway By Iena Eliena

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil ndak berapa ingat sudah berapa kali ikut GA...namun kesemuanya ndak pernah dapat. Belum ada rezeki lagi. Namun Kancil berminat untuk menyokong yang baru pertama buat GA nie. Seronok dan menarik untuk menyertainya. Boleh berkenalan dengan beberapa orang blogger baru. Kalau ada sesiapa yang berminat jomlah menyertai GA beliau. Klik je gambar di bawah nie.

Kancil dapat tahu GA nie daripada Iena sendiri menjemput Kancil. Terima kasih dan Kancil menghargainya. Ini merupakan pertama kali Kancil menemui blog Iena. So bertambah lagi kenalan Kancil.

Kancil nak tag semua rakan blogger yang singgah ke blog Kancil. Kalau korang ikut mesti best. Sebab mungkin rezeki kamu dapat GA daripadanya. Apa lagi jomlah beramai - ramai menyertai GA beliau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, May 5, 2012

Terima Hakikat

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hidup kita seperti roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Mungkin ramai yang setuju dan mungkin juga hanya sebilangan kata ia tidak mungkin terjadi pada diri saya. Tapi ia tetap akan terjadi namun hanya masa yang menentukannya. Mungkin sebab roda kau bergerak perlahan sebab tu lambat turun...hehehe...

Namun apa yang ingin Kancil sampaikan adalah semangat kita berada di dalam dunia blog. Dunia tanpa sempadan dan tanpa tapisan dari mana - mana pihak. Ndak kisah bahasa apa sekali pun dipakai namun ia membawa makna tersendiri dan niat hati pada diri si blogger. Ndak kisah apa cerita yang ingin kita sampaikan. Yang penting dan percaya bahawa ada orang akan membacanya.

Tetapi, berapa ramai yang bertahan di dalam dunia blog @ maya nie. Mengapa makin kurang bilangan mereka? Ke mana mereka pergi? Semua tu ada sebabnya. Mereka pasti ada sebab tertentu. Tapi perlukah kita mengetahuinya? Ada yang kata ndak kisah dan ada yang kata perlu. Apapun berbalik pada niat asal kita sendiri.

Ada blog kena hack, ada blog kena serang oleh individu yang dengki dan tiada masa untuk berblog. Itulah antara alasan yang setakat nie Kancil terima. Namun kita kena terima hakikat mereka tidak sama macam kita. Masa dan masalah mereka tidak sama seperti kita. Apapun, kita berharap mereka kembali untuk memeriahkan dunia blog. .

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, May 4, 2012

Segmen: Tak Kenal Maka Tak kenal

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Baru pagi nie buka blog, Kancil terima jemputan daripada rakan blogger. Menjemput Kancil untuk menyertai segmen pertama beliau. Tengok pada tajuk pun membuat Kancil teruja. Apatah lagi interface halaman blog beliau. Jom tengok di bawah banner dia...kalau nak ikut cepat - cepat buat entri. Tarikh tutup hari nie pada pukul 11 malam.


Apapun terima kasih kepada blogger Empayar Fariz Reza kerana menjemput Kancil. Semoga blog anda mencapai target apa yang anda inginkan. Cantikkan banner dia...ada makna tersendiri..

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, May 3, 2012

Jawapan Daripada Wordless Wednesday 36

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Memang cantik kan pemandangan di atas. Kancil pun mengakui kecantikkannya. Jika diamati sebenarnya ia macam perkampungan Melayu pada era 60 -an. Ndak percaya tengok je cerita - cerita P. Ramli. Confirm ada sebiji macam tu. Kalau ndak ada...mungkin ia daripada pandangan Kancil je. Hehehe...

Perkampungan nie merupakan perkampungan di Pulau Mabul. Bersih kan? Terkejut juga tengok kawasannya yang bersih. Padahal punyalah ramai orang sebelah petang dan malam berlegar - legar di kawasan nie. Gambar ini Kancil ambil pada waktu pagi berdekatan dengan sekolah rendah. Macam ada orang yang menjaganya.

Jika dikenang kembali 20 tahun lalu, perkampungan seperti gambar di atas tidak wujud. Semua orang didirikan rumah di atas air.  Masa tu boleh lagi dikira bilangan penduduknya. Kini, makin ramai. Termasuklah orang yang mendirikan rumah di atas tanah seperti gambar di atas. Masa nie ada orang tengah mendirikan rumah namun Kancil ndak berani ambil sebab takut perkara yang ndak diingini. Bukan tempat kita..hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Wednesday, May 2, 2012

Pencarian Bloglist Mei 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Agak lama Kancil tidak sertai mana - mana segmen. Mungkin disebabkan kerja yang bertambah pada tahun nie. Berbanding tahun lalu berbeza. Namun, satu keburukan Kancil kalau tengok segmen orang. Ialah blogger yang first time buat segmen. Confirm Kancil datang support. Jika dijemput atau terjumpa semasa blogwalking.

Syaratnya bukan susah pun. Senang dan mudah je. Kalau sesiapa yang berminat jomlah kita menyertai segmen pertama beliau. Lebih ramai lebih meriah. Sama - samalah kita support antara satu sama lain. Kalau mahu join, klik je banner di atas.

Mengapa ikut segmen beliau? Memang satu tabiat buruk Kancil kalau nampak blogger baru buat segmen pertama. Mesti datang support. Selain itu menambahkan kenalan yang Kancil akui sendiri makin meningkat dari bulan ke bulan. Tambahan lagi Kancil mahu berkongsi pengalaman dengan mereka yang baru.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday 36

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, May 1, 2012

Kisah Dulu Dan Sekarang Main Badminton

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga Kancil tidak cerita pasal main badminton di dalam blog Kancil ini. Rasanya awal tahun lalu Kancil ada cerita mengenai permainan ini bersama Gen2Merah dan C'Ayob (ketika itu beliau belum ada blog). Sebelum kami terjerumus dalam bidang gelanggang  badminton nie. Kami suka bermain futsal sesama sendiri. Dan pernah juga adakan perlawanan persahabatan antara pasukan lain.

Yang tidak dapat dilupakan apabila berjumpa pasukan yang mengaku kaki bangku. Padahal juara futsal daerah Tawau. Baru 5 minit sudah 4 gol. Terkejut dengan cara permainan mereka. Akhirnya dapat tahu dari rakan bahawa mereka juara daerah. Wow...bikin malu kena belasah 40  berbalas 5 gol. Disebabkan itu kami beralih ke gelanggang badminton.

Seingat Kancil, kami mula aktif bermain pada awal tahun lalu (2011). Masa tu banyak gelak dan ketawa sepanjang permainan. Terpukul anginlah, terpukul kakilah dan adakalanya terpukul raket rakan sepasukan. Hahaha...memang lucu pada awal tahun lalu. Kini sudah berbeza pada tahun nie. Sudah tiada gelak ketawa sebab sudah pandai serius bermain. Malah inginkan kemenangan sahaja.

Sehingga kami berani mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Canon Tawau. Kami kalah 4 - 3 dengan mereka. Namun bukan kalah teruk. Kira bersyukur sebab ada markah lagi. Mereka pun kagum dengan permainan kami. Sebenarnya, masing - masing cuma meningkatkan cara permainan sendiri. Ndak mahu menjadi punca kekalahan dalam pasukan bergu.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : malam nie, Kancil bersama dua orang rakan blogger akan bermain badminton iaitu Gen2Merah dan C' Ayob.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...