Rakan Blogger

Friday, September 30, 2011

Selamat Hari Jadi Pemilik Blog Bicara Hati Si Gadis

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Semalam hari jadi blogger ini iaitu 29hb September 2011. Kancil lewat sehari nak buat entri khas kat blogger ini. Harap ia tidak lewat dan masih sempatlah kan. Apapun, jomlah kita sama - sama doakan blogger ini panjang umur dan dimurahkan rezeki. Klik je header di bawah. Korang akan terus ke blog beliau.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran untuk SYIRA


Blogger ini merupakan bekas junior Kancil di IPG Tun Hussein Onn. Beliau masih belajar di sana. Teringat masa kenal dengan blogger ini. Beliau bersama rakannya tengah mencari maklumat tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka di BALSIS (Balai Siswa). Mereka pening kepala dan meminta bantuan kepada kami. (Kancil dan seorang rakan) padahal kami berlainan opsyen. Alhamdulillah kerja mereka siap. Bukan tolong tulis, tapi tolong bagi idea dan pendapat. 

Itu sahaja sebahagian cerita Kancil dengan blogger ini. Apapun, Kancil akan cerita mengenai kumpulan opsyen mereka. Yang bagi Kancil cukup melucukan dalam sejarah hidup Kancil. Nak tahu...teruskan bersama blog Kancil.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Segmen : Jown Join Bloglist Eyryn Bercerita

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia  ke blog Kancil 8349.


Segmen yang seterusnya Kancil nak join daripada rakan blogger Kancil yang selalu mengunjungi ke blog Kancil. Beliau membuat segmen sempena bilangan follower dia dah sampai 700 orang. Macam mereka dah ramai blogger...hehehe..jangan marah dengan kenyataan tadi.

Sesiapa yang nak join, dialu - alukan untuk memeriahkan segmen beliau. Bukan susah pun dan ia senang untuk dipatuhi...hehehe...jomlah ikut. Klik je header dia di atas nie. So Kancil nak tag 2 orang untuk memenuhi syarat segmen ini. Iaitu 


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil.

Segmen : Jom Join Bloglist Lighta Shadowee

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kali ini Kancil menyertai satu segmen atas jemputan daripada blogger Mama. So, seperti yang biasa Kancil lakukan, Kancil akan join untuk memeriahkan suasana. Jomlah ikut, untuk meramaikan dan memeriahkan segmen blogger ini. Klik banner di atas tu.

Kancil nak tag tiga orang untuk memenuhi syarat segmen ini.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 29, 2011

Hampir Melayang Nyawa Anak Kerana Kealpaan Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Tajuk entri ini berkaitan dengan kejadian petang semalam. Kancil memandu balik ke rumah lebih kurang 6.30 petang. Memandangkan jambatan jalan belakang kampung sudah diperbaiki. Kancil melaluinya kerana mengelak dari kesesakkan jalan raya. Biasalah orang pejabat balik rumah.

Sampai satu kawasan, Kancil bertentangan dengan kereta pacuan empat roda. Entah mengapa terdetik di hati Kancil untuk berhenti tiba - tiba sebelum kereta tersebut lalu di tepi Kancil. Rupanya ada beberapa orang kanak - kanak dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun melintas jalan raya selepas pacuan empat roda tersebut berlalu. 

Nasib juga Kancil berhenti, kalau bergerak dan akan bertembung dengan kanak - kanak tersebut. Ada lagi satu cerita. Yang buat Kancil panas, ada emak kanak - kanak tersebut di tepi jalan. Tidak pun memarahi anak - anaknya. Kalau sudah terlanggar, mulalah kata orang "Buta", "Tidak Pandai Memandulah". Tahulah orang nie...cari kesalahan orang lain.

Kancil hanya mampu membunyikan hon kereta Kancil sambil kanak - kanak tersebut berlalu dengan gelak ketawa mereka. Mungkin mereka bangga terlepas dari maut. Bangga membuatkan pemandu seperti Kancil berhenti. Bagaimana kalau terjadi sebaliknya? Pemandu ke salah atau pejalan kaki yang salah?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Follower Blog Kancil Yang Ke 400

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Dalam tempoh 8 bulan blog Kancil diwujudkan, bilangan follower sudah bertambah ke 400. Berbanding dengan blogger - blogger lain, yang sama usia dengan blog Kancil sudah mencapai ribuan follower. Ndak apa, itu rezeki mereka. Ramai follower tidak bermakna ramai yang membaca. Betul kan?

Apapun Kancil nak buat entri khas untuk follower Kancil yang ke - 400. Siapa dia? Jom lihat di bawah nie;


Nama blogger nie macam nama Jepun je...mungkin ada keistimewaan dia. Kita tanya dia sendiri nanti. Warna blogger dia menarik warna pink. Minat pink kali...hehehe. Nama blogger ini Noriko Miyosyi Aizawa. Mula aktif pada tahun lalu namun bilangan follower pada ketika ini hanya 270 orang. Kalau berminat, jomlah follow blog beliau dan kita terjah selepas ini. Klik je gambar di atas tu. Korang akan ke blog beliau.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 28, 2011

Kawan Atau Musuh Dalam Selimut

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Mungkin ada yang tertanya - tanya mengapa Kancil buat tajuk entri macam tu. Kalau buat tajuk macam nie Kawan atau Lawan. Macam tidak sesuai apa yang ingin Kancil kongsikan. Jadi Kancil pilihlah tajuk seperti di atas. 

Lawan bermaksud kita nampak dengan siapa kita hadapi atau berlawan. Nampak dari segala segi dan pastinya kita tahu akan kelemahan orang tersebut bila kita cuba mencari kelemahan itu. Berbanding Musuh dalam selimut, kita sukar jangka dan menyangka orang macam mana dia nie. Ikut pasang surut juga, pandai baik pandai juga jahat. Tentunya kamu pernah berjumpa dengan mahkluk seperti ini.

Seorang kawan berjumpa dengan Kancil. Dia menghadapi satu masalah dan meminta untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kesiannya juga Kancil dengar cerita beliau. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Menurutnya dia lemah semangat untuk berkawan dengan beberapa orang yang dianggapnya sahabat.

Mereka suka mencari kelemahan beliau untuk dijadikan bahan jenaka. Dia dijadikan bahan ketawa mereka sedangkan beliau sendiri tidak beranggapan seperti itu. Dia selalu dipermainkan, ditipu dan diperbodohkan untuk keseronokan dan gelak ketawa mereka. Rasanya apa perasaan kita jika kita dibuat seperti itu? Apa tindakan kita?

Beliau akui dia lemah tetapi dia juga ada perasaan. Beliau akui dia tidak sehebat mereka, tetapi adakah mereka layak untuk ketawakan beliau. Pelik bila batang hidung sendiri terkena, mereka terus menghukum kawan tersebut. Lebih lagi sampai tahap berdendam. Mereka kata mereka dimalukan dan diaibkan oleh beliau.

Rasanya korang pernah melalui keadaan seperti ini kan. Apa tindakan yang akan dibuat oleh kamu jika berlaku keadaan sedemikian?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Segmen : Lagu Ini...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kancil terjumpa segmen ini ketika Kancil berblogwalking. Ndak sangka ada segmen seumpama ini lagi. Harap - harap ada sambutan. Dan berharap korang supportlah blogger ini. Bukan susah pun syaratnya. Ikut macam mana Kancil buat ataupun baca kat entri beliau. Klik banner di atas korang akan di blognya.

Kancil memilih lagu nie, jom layan...


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday # 9

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.



Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Tuesday, September 27, 2011

Segmen Bloglist Panggil Aku Han

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kali ini, Kancil nak support rakan blogger Kancil yang buat segmen kali pertama. Kalau korang nak ikut, jomlah beramai - ramai menyokong beliau. Klik je banner beliau di atas.

Syaratnya mudah je...jomlah terjah ke blog beliau. Kancil nak tag sesiapa je yang membaca entri Kancil ini. Kalau sudi, jomlah ikut segmen Panggil Aku Han.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Segmen : Jom Tambah Follower

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.



Lulu buat segmen lagi, Kancil mesti ikut dan tidak mahu ketinggalan untuk menyertai segmen beliau. Lagipun, tujuan segmen ini untuk menambah follower. Kancil masih mencari follower. Harap ada yang sudi follow blog Kancil. Bagi sesiapa yang nak ikut, klik je gambar di atas.

Jika ada yang sudi follow, Kancil akan follow kembali blog anda.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Perkhemahan Unit Beruniform Siri 2 Peringkat Sekolah SK St Patrick Tawau, 2011 # 3

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Perkhemahan hari ketiga diteruskan lagi dengan beberapa aktiviti. Seawal 6 pagi sesudah mengerjakan solat Subuh. Semua peserta berkumpul di tapak berkhemahan untuk melakukan senaman pagi yang Kancil kendalikan. Hehehe...jawatan disandang kekal dan berpencen.

Aktiviti sama seperti semalam, Kancil tidak mahu buat senaman yang memenatkan kerana mereka perlukan tenanga untuk aktiviti mereka seterusnya. Selesai slot Kancil, mereka semua dikehendaki berkumpul di tapak perkhemahan untuk mengambil sarapan pagi. Memandangkan Kancil ada tugas baru untuk majlis penutupan. Kancil berkemas untuk balik ke rumah. Mahu pakai pakaian seragam uniform. 
Ketika Kancil meninggalkan sekolah, para peserta melakukan aktiviti yang dikenali sebagai Permainan Minda. Mereka bergerak mengikut unit masing - masing. Rasa seronok tergambar wajah mereka.

Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah.



Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Herman Bin Kuraga, Pegawai Khas Anti Dadah Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. Dengan ucapan perasmian penutupan maka berakhirlah perkhemahan siri dua untuk SK St Patrick.


Selesai upacara perasmian, sesi bergambar bermula. Terlihat di wajah anak - anak murid sedih kerana berpisah walaupun pada hari Selasa ini mereka akan berjumpa lagi. Apapun, Kancil ingin ucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan masa di perkhemahan uniform ini. Dan tidak lupa kepada semua guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahun depan kita buat yang lebih terbaik...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Perkhemahan Unit Beruniform Siri 2 Peringkat Sekolah SK St Patrick Tawau, 2011 # 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari kedua perkhemahan lagi mencabar di mana para peserta diuji dari segi mental dan fizikal mereka. Walaupun usia mereka masih muda, mereka bersemangat untuk habiskan semua program yang disediakan untuk mereka.

Sesi Tatanegara dan Senaman Pagi

 

Sebelum senaman pagi, semua peserta perkhemahan akan menyanyikan lagu Negaraku. Setelah menyanyi lagu Negaraku, ketua setiap unit akan melapor kekuatan anggota mereka kepada penghulu. Selepas itu kepada Kancil kerana Kancil yang mengendalikan Senaman Pagi untuk mereka. Setelah laporan diterima, Kancil mengajak semua peserta turun ke padang untuk bersenam pagi. Kancil meminta mereka berjalan menggeliling padang sekolah. 

Selesai senaman pagi, mereka semua kembali ke tapak perkhemahan untuk mengambil sarapan pagi. Pada ketika inilah Kancil terjah khemah - khemah yang menarik perhatian Kancil. Khemah lelaki mesti korang tahu kan macam mana...hehehe...dua gambar di atas tu adalah khemah peserta perempuan. Ndak boleh tinggal tu anak patung mereka.

Sesi Ceramah Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tawau 

 
 
 
  

Ingatkan ada murid yang biasa dengan pemadam api. Rupanya kebanyakkan mereka tidak tahu. Maklumlah inilah pengalaman pertama mereka. Pegawai Bomba memberi taklimat bagaimana menggunakan pemadam api dengan cara yang betul. Setelah ditunjuk, semua peserta berkumpul di hujung padang untuk melihat demo bagaimana memadam api dengan betul. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk memadam api yang dihidupkan. Masa ini juga Kancil mengambil peluang untuk mencuba...hehehe..sudah kena sembur tapi api tu tidak padam - padam. Bikin malu Kancil je... tapi pengalaman orang kata.

Sesi Kembara Alam

 

Kembara Alam bermula dengan mendaki bukit seorang demi seorang dengan menggunakan tali yang telah disediakan. Kebetulan, Kancil menjaga check point tersebut. Kancil telah meminta setiap kumpulan yang ingin mendaki bukit tersebut hendaklah menjawab soalan Kancil. Jawapan yang betul baru dapat mendaki. Mereka rasa penat dan seronok.


Setelah sampai ke puncak bukit, setiap ahli kumpulan hendaklah mencari jawapan simbol atau bahasa isyarat yang telah ditinggalkan di puncak bukit tersebut. Jika mereka faham, mereka boleh meneruskan perjalanan mereka ke check point seterusnya.




Turun bukit adalah paling mencabar kerana cerun terlalu tinggi. Kancil terjatuh di sini. Hehehe...mana tidaknya pakai selipar. Namun, para peserta tetap gagah dan berani untuk turun bukit dibantu oleh beberapa orang fasilitator. Setelah semua ahli turun, maka bermulalah sesi soal jawab di check point tersebut.






Mereka terpaksa merangkak di bawah jaring dan masuk di dalam lubang parit untuk melalui halangan terakhir. Ini kira senang sebab mereka tidak menghadapi masalah untuk bergerak. Malah ada di antara mereka berasa seronok.

Sesi Sukaneka


Kancil tidak sempat mengambil gambar program tersebut kerana Kancil sibuk menjadi pengacara majlis. Apapun mereka berjaya melaksanakan permainan sukaneka dengan baik. Gambar di atas kiri keadaan sebelum sukaneka dan sebelah kanan, seorang murid yang kotor kerana permainan tiup tepung...

Malam Kebudayaan


Kancil hanya sempat mengambil dua keping gambar pada malam kebudayaan ini. Kerana Kancil menjadi pengacara majlis untuk malam kebudayaan. Apapun, persembahan mereka cukup menarik dan memang berbakat anak - anak muda kita. Ini semua dari tunjuk ajar guru - guru mereka.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan jejak di blog Kancil 8349.

Monday, September 26, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform Siri 2 Peringkat Sekolah SK St Patrick Tawau, 2011 # 1

Assalamulaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bermula hari Jumaat lalu, sekolah di mana Kancil mengajar telah menganjurkan satu program perkhemahan untuk murid - murid beruniform. Sebanyak lapan pasukan unit beruniform menyertai perkhemahan tersebut iaitu Pengakap, Tunas Puteri, TKRS, Puteri Islam, St John, PBSMM, Silat dan Takewendo.

Seramai 147 orang murid yang menyertai program tersebut dan sebilangan guru terlibat secara langsung. Yang tidak terlibat kebetulan ada seminar dan kursus yang perlu mereka hadiri. Namun, ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan bukan sahaja murid tetapi guru - gurunya juga. Apapun, Kancil akan bercerita mengenai aktiviti - aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan. Bermakna ada dua entri lagi Kancil akan buat khas untuk perkhemahan ini. Satu entri untuk satu hari...

Sesi Pendaftaran

 

Semua murid berkumpul di astaka sekolah untuk mendaftar kehadiran mereka pada hari tersebut. Kebetulan, sesi persekolah masih berjalan seperti biasa. So, untuk tidak mengganggu sesi persekolahan, mereka semua berkumpul di astaka sekolah. Pendaftaran bermula pada pukul 2 petang dan disambung dengan sesi taklimat daripada Ketua Kem Puan Ramlah. Dalam sesi taklimat, beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid sepanjang perkhemahan seperti pakaian, disiplin tingkah laku dan disiplin masa.

Sesi Pra - Melapor kepada Penghulu Perkhemahan.



Memandangkan tapak perkhemahan belum boleh disediakan disebabkan sesi persekolahan masih berjalan, satu aktiviti khas dibuat dan dikendalikan oleh Kancil dan beberapa orang rakan sejawatan. Penghulu yang dilantik akan mengarahkan semua ketua unit untuk melapor kekuatan anggota mereka. Seterusnya, penghulu tersebut akan melapor kepada Ketua Kem. Dalam sesi ini, mereka diberi tunjuk ajar cara yang betul berkawad statik dan melapor kepada ketua kem.

Sesi Mendirikan Khemah

 
 

Sebelum sesi persekolah petang tamat, merek semua menjamu minum petang yang telah disediakan oleh pihak guru. Setelah loceng sekolah berbunyi, para peserta diminta mendirikan khemah dengan bantuan guru - guru penasihat. Bagi yang sudah mahir, mereka sendiri mendirikan khemah tersebut.  Lihatlah gambar di atas gelagat mereka.

Sesi Bahasa Isyarat 

Dalam sesi ini, Kancil tidak berada di sekolah kerana ada hal lain yang perlu Kancil uruskan. Namun aktiviti tetap diadakan dan semua peserta diberi pendedahan mengenai bahasa isyarat yang akan digunakan di dalam hutan ketika mereka melakukan kembara alam pada keesokan harinya.

Sesi Sayang Si Buta


 

 

Inilah kali pertama Kancil saksikan program sebegini. Untuk makluman, Kancil tidak pernah menyertai aktiviti seperti ini. Rupanya seronok dan menyeramkan. Semua peserta akan menutup mata mereka menggunakan kain anduh atau apa - apa kain agar mereka tidak nampak. Mereka akan berbaris mengikut kumpulan masing - masing. Sampai di satu tempat mereka akan dipisahkan satu persatu.

Kancil merupakan salah seorang guru yang membawa murid - murid ke tempat yang sepatutnya. Kancil akan pisahkan satu persatu murid seperti mana guru - guru lain buat. Pada awal 10 minit pertama, 2 kumpulan sudah tiba destinasi yang ditetapkan. Setiba kumpulan ketiga, tiba - tiba seorang murid lelaki berteriak sekuat hatinya.

"HIJAU"

Diikuti oleh semua murid yang berada di sekitar kawasan tersebut. Kancil terkejut. Mengapa mereka berteriak sebegitu. Rupanya, apabila mereka dalam ketakutan mereka kenalah menjerit perkataan HIJAU. Lucu bukan, baru berpisah dengan rakan sepasukan sudah berteriak. Belum lagi dibiarkan seorang - seorang. 

Ada yang terkencing dalam seluar kerana takut, terputus selipar, koyak baju disebabkan rakan menarik baju mereka dan sebagainya. Yang paling banyak ialah menangis ketakutan. Syukur alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku pada malam tersebut. Tapi banyak perkara lucu yang berlaku. Antaranya, mereka memeluk rakan mereka sekuat hati mereka sehingga fasilitator dan guru sukar untuk memisahkan mereka

"Tolonglah jangan pisahkan kami"..."jangan tarik kasut aku"..."aku pukul kau nanti"..."tidak dengar"..."Cikgu bah! Jangan tinggalkan aku"..."YA ALLAH!"..."Mama!" itulah sebahagian perkataan yang keluar dari mulut para peserta. Nah tahu cerita hari kedua...tunggu entri seterusnya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Kancil telah menganjurkan satu segmen, kalau sudi jomlah beramai - ramai menyertai segmen Kancil. Sila klik : http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...