Rakan Blogger

Wednesday, April 27, 2011

Kancil8349 Kena Service Aircon

"Aduh!...apa yang keluar dari saluran aircon kereta aku nie?"

Tulah keadaan saya semalam apabila saya memasang aircon sewaktu berada di sekolah. Menjadi panik saya. Tetiba ada benda ringan keluar dari saluran aircon. Teruslah saya bertanya kepada rakan - rakan sejawatan saya. Mengapa ia terjadi macam tu. 

"Mesti kotor sudah kau punya aircon. Bila kali terakhir kau service aircon?" tanya seorang guru lelaki

"Sejak keluar hingga sekarang aku tidak pernah service aircon kereta aku"

"HAH!"

Terkejut melihat wajah rakan sejawatan saya. Macam tidak percaya. Begitu juga yang lain, mereka sibuk buat kerja padahal mereka memasang telinga mendengar perbualan kami. So, hari ini saya telah membawa kereta saya ke kawasan Takada, Tawau. 

Sampai di depan kedai, pekerja tu terus buka enjin dan melihat keadaan enjin kereta saya. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memeriksa sesuatu di bawah desk board kereta. Rupanya dia keluarkan badan aircon di dalam kereta (tidak tahu apa namanya)...

"Aiya! Nie habuk sudah tebal ma...u bila service nie aircon"

Sambil tersenyum ke arah itu pekerja. "Saya belum pernah secvice aircon sejak saya beli kereta nie" Terkejut pekerja Cina itu. Semacam tidak percaya. Selepas kami berbual, dia meneruskan kerjanya untuk membersihkan peralatan tersebut. Saya hanya memerhati dari jauh. Memang tebal juga habuk tu. Nasihat pekerja tu kepada saya, service aircon selama 3 tahun sekali.

Setelah selesai memasang peralatan tersebut. Aircon saya seperti baru. Macam kereta baru keluar dari kilang. Hehehe...jom kita tengok apa yang sempat saya ambil semasa berada di bengkel tersebut :

 


Minggu Ujian 2 Dalam Penggal 1

Ujian adalah penilaian terhadap kemampuan murid - murid kita memahami apa yang mereka pelajari sepanjang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, menguji tahap keupayaan mereka dalam menguasai semua mata pelajaran yang diajar. Bagi guru pula, masa inilah mereka tahu siapa murid yang rajin dan murid yang kurang rajin di dalam kelas.

Ujian di sekolah saya berlangsung selama 3 hari. Saya pula bertugas untuk menjaga beberapa kelas sepanjang ujian ini berlangsung. Melihat gelagat anak - anak murid saya, teringat  masa dulu seusia mereka. Tekun dan cermat menjawab beberapa soalan. Kalau tidak dapat menjawab, saya terus tutup kertas soalan dan tidur. Tidak bersedia untuk menghadapi ujian. Hehehehe

Semasa saya menjaga kelas, saya sempat mengambil gambar. Jom kita lihat gelagat mereka :





Sunday, April 24, 2011

Regeta Lepa - Lepa 2011

Bermula tarikh 22hb hingga 24hb April, sekali lagi daerah Semporna dikunjungi oleh pelbagai pelancong di dalam negara mahupun di luar negara. Kehadiran mereka adalah untuk menyaksikan perayaan Regeta Lepa - Lepa buat kali ke 18 sejak tahun 1994. Perayaan ini merupakan tradisi tahunan masyarakat Bajau tempatan yang mana menyaksikan perarakan lepa - lepa yang dihasilkan dengan hasil pertukangan tangan yang halus dan indah.

Pelbagai acara diperkenalkan di dalam pesta tersebut antaranya tarik tali lepa, lumba kayak renang, pertunjukan bunga api dan sebagainya. Saya sekeluarga telah mengunjungi daerah Semporna namun sepanjang tiga hari acara berlangsung. Hari ketigalah baru kami dapat masuk ke pekan Semporna. Dua hari sebelum ini (Jumaat dan Sabtu) kami tidak dapat memasuki pekan Semporna kerana kebanyakan jalan sesak dan tutup. 

Bertambah rumit lagi, kami membawa anak kecil. So kalau letak kereta jauh, kasihan kepada anak kecil kami. Namun pada hari ketiga, kami merancang datang seawal 8 pagi untuk melihat sendiri keadaan Pekan Semporna. Kami berjaya menemui tempat letak kereta berhampiran dengan stesen minyak ESSO di dalam pekan tersebut. Dari situ kami berjalan kaki menuju ke pasar ikan. Aduh! ada perubahan sedikit pekan tersebut. Namun matlamat kami adalah di kawasan pasar ikan dan sekitar kawasan pesta tersebut.

Pada awal pagi nie, pengunjung tidak ramai lagi. Masih lagi lenggang. So dapat berjalan - jalan sesuka hati. Selepas pukul 9 pagi, suasana berubah. Macam ada rusuhan je. Hehehe...walhal orang nak tengok acara yang terakhir. Kami pula, tidak dapat melihat sebab ramai orang bimbang anak kami tercicir. Lebih baik berwaspada. So kami pun bergerak keluar dari pekan Semporna tepat pada pukul 9.30 pagi.

Dibawah ini ada beberapa keping gambar mengenai hari ketiga Pesta Regeta Lepa - Lepa. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai pesta ini. Sila klik kat
http://gen2merah.blogspot.com/2011/04/regatta-lepa-lepa-semporna-2011.html


















Apapun saya rasa berpuas hati dapat menyaksikan keadaan sebenar pesta ini buat kali pertama sejak tahun 1994. Walaupun, kampung halaman saya di sini. Ini merupakan kali pertama saya datang menyaksikannya. Orang kata, baru daunnya...nanti baru jumpa bunganya. Hehehe....tahun depan, datang lagi....

Sambulayang, Layar Kapal Yang Mewarnai Daerah Semporna

Pada mulanya, saya tidak mengetahui apa yang dipanggil oleh mereka. Yang saya tahu ianya adalah layar kapal. Layar kapal inilah yang mewarnai setiap perayaan di kawasan daerah bertuah Semporna. Memandangkan negeri Sabah bermula cuti pada Jumaat lalu, saya mengambil kesempatan untuk kembali ke kampung halaman saya di semporna.

Sepanjang perjalanan menuju ke daerah Semporna, tiada tanda - tanda perayaan berlaku. Tertanya - tanya di dalam hati saya. Adakah tidak semeriah sebelum ini. Sehinggalah kami tiba di kawasan Pegagau iaitu Kubang Pinang. Terpegun saya melihat keindahan layar kapal ini atau lebih dikenali oleh masyarakat Bajau, Sambulayang. Pelbagai warna boleh kita lihat sepanjang perjalanan menuju ke pekan Semporna.

Bertambah riang di dalam hati ingin melihat pesta Regeta Lepa - Lepa yang buat kali ke 18 dibuat sejak tahun 1994. Menurut sumber, sesiapa yang memasang Sambulayang di hadapan rumah mereka, mereka akan diberikan saguhati oleh kerajaan tempatan. Saguhati tersebut berbentuk wang ringgit. Patut pun, ramai yang memasangnya di hadapan rumah dan tidak terkecuali beberapa buah sekolah di sana.

Jom kita lihat, beberapa keping gambar yang saya sempat ambil sepanjang perjalanan menuju ke pekan Semporna.










Sehingga kini, sambulayang masih berdiri tegak dihadapan rumah mereka. Selain perayaan regeta lepa - lepa, sambulayang juga dinaikkan sebagai tanda ada majlis perkahwinan di rumah tersebut. Apapun, tahun hadapan saya akan datang lagi.

Thursday, April 21, 2011

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Tawau, 2011

Hari yang dinanti - nantikan sudah pun tiba. Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Tawau bagi tahun 2011 telah pun dilaksanakan dan tempat karnival adalah di SJKC Sin Hwa, Tawau. Hampir kesemua sekolah rendah dan menengah mengambil bahagian dalam pertandingan yang telah ditawarkan oleh pihak penganjur. Tema tahun ini adalah Sains Dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara. Ia diambil dari tema kebangsaan. 

Antara pertandingan yang telah ditawarkan ialah Sketsa Kerjaya, Model Kerjaya, Kain Rentang, Folio Kerjaya, Poster Kerjaya, Media Maklumat dan Eksplorasi Alam Kerjaya. Semua pertandingan ini terbuka untuk semua sekolah rendah dan menengah di daerah Tawau. Karnival ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir tepat pada pukul 5 petang. Dan sebanyak 4 kawasan yang berasingan diperlukan sempena menjayakan karnival ini.

Objektif program ini adalah bertujuan mendedahkan kepada semua murid dan pelajar mengenai alam kerjaya yang bakal mereka ceburi dan memberi peningkatan pengetahuan mengenai alam kerjaya. Selain itu, memberi pendedahan dan keyakinan kepada semua murid dan pelajar bila berhadapan di khalayak ramai. Tambahan lagi, mereka dapat menimba ilmu dalam menyebarkan maklumat kerjaya kepada rakan - rakan mereka di sekolah kelak.

Di akhir karnival, saya tidak sempat menyaksikan penutup. Disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan dan saya terpaksa keluar awal. Saya cuba mendapatkan maklumat terkini mengenai keputusan pertandingan pada hari ini. Mungkin minggu depan baru saya dapat. Apapun, saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tontonan umum. 
 Para AJK Pengelola Karnival Sibuk Dengan Kerja Masing - Masing
 
 Folio Kerjaya Yang Telah Siap
 
 Wajah - wajah AJK Pengelola

 
 
  Kawasan Sekolah Sin Hwa 

 
 Bilik Gerakan : Pertandingan Melukis Poster Kerjaya

Cikgu Amnah dan Murid SK St Patrick

 Sibuknya guru pengiring mengatur murid - murid mereka
 
 
 Wajah - wajah murid dan pelajar yang menyertai pertandingan folio kerjaya
 
 Para pengadil folio kerjaya
 
 Kawasan pertandingan kain rentang
 
 Pertandingan Media Maklumat Kerjaya

 Para Pengadil Pertandingan Sketsa Kerjaya

 Antara sketsa kerjaya yang bertanding

 Keadaan dewan yang penuh dengan penonton

  Pertandingan Media Maklumat Kerjaya

                                         Kain Rentang                                Melukis Poster

 
 Para pengadil sedang mendengar penjelasan dari murid dan pelajar sekolah

 Wajah - wajah murid dan pelajar sekolah

                      Kreatifnya pelajar dari SMK Tawau        Arnab pun ada...
 
 Pengadil Media Maklumat Kerjaya sedang mencuba peralatan pelajar

 Murid sedang membuat persembahan dan para penonton melihat gelagat rakan mereka di atas pentas
 
 Sketsa Kerjaya Sek. Menengah sambil pengadil terpegun melihat para pelakon

 Para penonton sketsa kerjaya

 Meja Urusetia dan keadaan di luar sekolah Sin Hwa

 Folio Kerjaya ditatapi umum setelah diberi markah

 
 Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya

 Pengadil EAK dan wajah - wajah urusetia karnival

 Kain rentang yang telah siap. Sebelah kanan adalah pilihan pengadil
 
 
 Antara lukisan poster yang menarik perhatian dan memenuhi syarat pertandingan
 
Pameran kain rentang

Saya tidak dapat mengetahui keputusan sebenar disebabkan ada kecemasan berlaku. Inilah sebahagian acara karnival yang telah kami laksanakan sepanjang satu hari di SJKC Sin Hwa. Tahniah kepada sekolah - sekolah yang berjaya dan sekolah yang tidak berjaya. Tahun hadapan kita cuba lagi. Kegagalan hari ini menjadi pemangkin untuk maju kehadapan pada hari esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...