Rakan Blogger

Wednesday, April 20, 2011

Persediaan Dewan SJKC Sin Hwa Tawau Sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Tawau



Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Tawau sudah banyak kali diadakan. Ini merupakan kali pertama saya menyertainya sebagai AJK pelaksana pada tahun ini dan atas tiket sekolah baruku. Perbincangan dan pertemuan sebanyak 2 kali telah dibuat sebulan lebih awal bagi membincangkan kelancaran program ini. Program ini adalah anjuran di bawah Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. Tempat program tersebut akan diadakan di SJKC Sin Hwa. Sekolah yang terletak di kawasan bandar Tawau.

So, hari ini. Kami berkumpul untuk membuat persiapan terakhir sebelum acara bermula esok hari. Segala peralatan dan hiasan telah dibuat pada hari ini. Orang yang paling sibuk adalah Puan Jamilah. Beliaulah yang mengatur segala persiapan dari segi hiasan di pentas dan kami pula sibuk mengangkat meja dan kerusi untuk pendaftaran esok pagi.

Tidak lupa kepada rakan saya, Cikgu Ramli. Bakat menghiasnya menjadi walaupun tidak sempurna. Seperti mana saya selalu katakan kepadanya tidak semua manusia nie sempurna. Beliau menghias pentas dibantu oleh saya. Saya cuma tukang penembak je....akhirnya kami kebuntuan untuk menghias. Ndak jadi rupanya...hahaha...nasiblah ada guru perempuan datang. So dialah yang menyambung kerja kami. Kami pula, apa lagi pergi minum...

Jom kita lihat beberapa keping gambar saya saya sempat ambil semasa membuat persiapan :

 Keadaan dewan sebelum kerja bermula

 Hiasan bunga manggar

 Antara kerja - kerja yang perlu disiapkan

 Para guru yang pandai menghias

 
                            Puan Jamilah menghias bunga         Sempat mengadakan perbincangan
         
 Pentas yang telah dihias

 Memasang banner


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...