Selamat datang dan salam perpaduan untuk semua rakan blogger dan pembaca setia Kancil 8349.
Kali ini Kancil ingin berkongsi pengalaman Kancil semasa bergelar seorang pensyarah kolej di ibu negeri Sabah. Ketika itu Kancil berusia 23 tahun dan baru habis belajar di UiTM Shah Alam. Masa itu juga belum lagi konvo. Kancil dapat tawaran kerja untuk mengajar pelajar - pelajar diploma. Subjek yang Kancil ajar adalah Matematik Asas.
Kancil menerima jadual kelas daripada Dekan Akademik. Melihat pada jadual tersebut, Kancil akan mengajar pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam subjek Matematik Asas. Ini merupakan kelas pertama Kancil bersama pelajar - pelajar ini. Kelas bermula pada pukul 2 petang. Kancil terus menuju ke kelas, 5 minit lebih awal. Sampai di kelas, tiada seorang pelajar pun.
So, Kancil pergilah ke belakang kelas. Duduk di belakang sekali. Menanti pelajar - pelajar datang ke kelas. Lebih kurang 10 minit, barulah sekumpulan pelajar datang dan masuk kelas. Pandangan pertama Kancil terhadap pelajar - pelajar nie, mereka bersepakat dan sentiasa bersama walaupun kumpulan besar. Ini terbukti sepanjang mereka belajar di sana.
"Eeee....ada pelajar barulah"
"Mana?"
"Dibelakang tu"
Aduh! Dorang ingat Kancil nie pelajar baru. Mana tidaknya, wajah Kancil masa tu masih lagi muda. Wajah baby face orang kata. Hehehe..
"Assalamualaikum! Pelajar baru ke?" seorang pelajar perempuan menegur Kancil dibelakang.
"Waalaikumsalam. Bukan!"
"BUKAN???...hahaha."
Kancil terus bergerak menuju ke meja pensyarah dan meletakkan buku Kancil di atas meja. Sambil memandang mereka semua. Mereka terasa terkejut.
"Assalamualaikum semua" Kancil memberi salam kepada mereka.
"Oi...jangan buat lawak...sedarlah sikit. Kau tu budak baru." tiba - tiba seorang pelajar lelaki bersuara di tempat duduknya. Sambil yang lain tergelak melihat saya di hadapan. Saya hanya mampu tersenyum.
"Saya dah beri salam. Kamu semua tak jawab salam saya kira sudah berdosa." Melihat saya bersuara dengan tenang. Mereka terdiam sambil memandang antara satu sama lain.
"Waalaikumsalam!" jawab mereka yang segelintir.
"Kenapa kau berdiri di depan. Mahu kenalkan diri ke?"
"Eya! Boleh saya kenalkan diri saya?"
"Wow...hebatnya pelajar baru nie. Bah...kami mahu kenal"
"Saya .....(nama dirahsiakan). Merupakan pensyarah kamu dan saya akan mengajar kamu subjek Matematik Asas." Sambil mengukir senyuman ke arah mereka semua.
"Dialah pensyarah kita" kedengaran salah seorang pelajar bersuara. Barulah mereka duduk betul dan memberi tumpuan sepenuhnya di hadapan saya. Inilah kenangan pertama saya mengajar pelajar - pelajar DKM.