Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Selesai kejohanan catur peringkat zon Bandar, sekali lagi SK St Patrick menjadi tuan rumah untuk peringkat Daerah. Dan sekali lagi, Kancil bekerja lebih masa untuk memastikan kesemua peralatan dan persiapan berjalan dengan lancar. Bukan setakat Kancil, tetapi rakan - rakan seperjuang juga bertungkus lumus untuk memastikan kejohanan ini meriah.
Tarikh yang dicadangkan ialah 29 hingga 30 Januari 2013 bersamaan hari Selasa dan Rabu. Sebab itu Kancil ndak update blog dalam beberapa hari nie. Sebab sibuk mengurus kejohanan peringkat daerah. Sebanyak lima zon menghantar wakil mereka masing - masing. Kecuali zon Apas, Zon Balung dan Zon Sebatik tidak menghantar wakil kerana di zon mereka belum ada pemilihan.
Bilangan peserta yang menyertai adalah 42 orang. Setiap zon menghantar 10 orang murid kecuali Zon Kalabakan menghantar 2 orang wakil. Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi dan pertandingan bermula pada pukul 10 pagi. Pada hari pertama, sebanyak 3 pusingan dibuat dan keesokan harinya 3 pusingan juga.
Juara keseluruhan di menangi oleh Zon Sri Tanjung. Manakala, sekolah Kancil, tiada murid yang terpilih menjadi wakil daerah Tawau. Namun, ini merupakan peringkat permulaan bagi sekolah Kancil untuk mencari bakat - bakat baharu dalam permainan catur. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil untuk perkongsian rakan - rakan blogger.
wajah - wajah peserta kejohanan catur
Puan Sharipah Aini PT Catur
Wakil Zon Bandar (kiri) dan Wakil Zon Sri Tanjong
Wakil Zon Tanjong Batu dan Wakil Zon Merotai
Zon Kalabakan
Antara hadiah yang diberikan kepada pemenang
Gambar kenangan bersama Arbiter dan Para pemenang kejohanan
Para pemenang ini akan mewakili Daerah ke peringkat Zon Tenggara Sabah di Kunak. Semoga mereka membawa nama Tawau ke peringkat kebangsaan. Untuk makluman rakan - rakan, murid perempuan cina di atas gambar ini merupakan pemain catur peringkat kebangsaan. Memang cun cara dia bermain.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.