Rakan Blogger

Thursday, February 21, 2013

Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan Dan Padang Peringkat Zon Bandar Tawau 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Pada tarikh 19 hb Februari 2013, Kancil dan beberapa orang guru telah membawa murid seramai 20 orang untuk mewakili sekolah bagi acara sukan balapan dan padang peringkat Zon Bandar. Setelah dua bulan berlatih, hari tersebut akan membuktikan usaha mereka. Bagi Kancil, ingin menebus kekalahan teruk pada tahun lalu. Di mana sekolah Kancil tidak mendapat sebarang pingat.

Awal pagi, kami semua berkumpul di tapak perhimpunan. Memberi sedikit motivasi dan nasihat kepada anak - anak murid. Semoga mereka bersemangat untuk menghadapi pesaing - pesaing mereka.Tepat pada pukul 7 pagi, kami bergerak menuju ke stadium Tawau yang terletak lebih kurang 4 km dari sekolah. Sebanyak 5 buah kenderaan digunakan untuk mengangkut peralatan dan anak - anak murid.

Sebelum pertandingan bermula, kami memberikan nombor kepada peserta kami. Mereka amat teruja mendapatkan nombor mereka. Tepat pada pukul 8 pagi, acara pertama dimulakan iaitu 100 m saringan lelaki dan perempuan. Hati kami semua berdebar, mampukah kami mendapat pingat pada tahun ini?

Akhirnya kami mendapat keputusan yang cemerlang dengan mendapat keputusan 9 Emas, 5 Perak dan 5 Gangsa. Keputusan yang terbaik sejak tahun 90-an. Ini merupakan kali pertama sekolah kami bolot semua acara kecuali lompat tinggi. Boleh dikatakan semua peserta mendapat pingat pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka semua. Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang acara tersebut.

Disamping itu, pelari perempuan sekolah kami telah terpilih menjadi olahragawati manakala olahragawan dari Sekolah Kebangsaan Melodi. Semoga mereka menyinar diperingkat seterusnya. Memang ndak sangka keupayaan mereka berdua. Kedua - dua mendapat pingat dalam acara 100 m dan 200 m. Tahniah lagi untuk mereka. Memandangkan sekolah Kancil juara Zon Bandar, secara automatik Kancil akan melatih pelari untuk peringkat daerah. Doakan Kancil untuk berjaya.


Bersiap untuk menuju ke stadium


Barisan peserta dan mereka menanti sebelum pertandingan bermula


Ustaz Rusli, Cikgu Kancil dan Cikgu Ramlah


Piala kejuaraan dan Piala Pusingan

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

6 comments:

Eintan Nurfuzie said...

tahniah2

Unknown said...

tahniah kancil..pencapaian yg cukup membanggakan..... lagi baik dari tahun lepas yg takde langsung....

fairus said...

TERBAIKLAH GENG..

3no gr33ny said...

terbaiklah sahabat dan semua warga sekolah..tahniah!! memang hebat =)

dee said...

weee! menangggg! tahniah :)

Kancil 8349 said...

terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...