Rakan Blogger

Monday, February 25, 2013

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Zon Bandar Utara 2013

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Minggu lalu, sekolah tempat Kancil bekerja telah melaksanakan Majlis Tilawah Al - Quran (MTQ) peringkat Zon Bandar Utara. Sekolah Kancil menjadi tuan rumah untuk acara tahun ini. Ini merupakan kali kedua Kancil terlibat dalam acara tersebut. Kali pertama semasa Kancil mengajar di SK Batu Payong bersama - sama dengan Cikgu Gen2Merah.

Selama dua minggu persiapan dibuat, sebenarnya sebelum 2 minggu lagi tetapi kerancakan terlihat pada dua minggu akhir sebelum pertandingan bermula. Kancil pula tidak sesibuk seperti rakan - rakan lain kerana Kancil dilantik sebagai pengacara untuk pertandingan hafazan pada hari kemuncak. Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang persiapan tersebut.


Cikgu Faisal sedang mewarnakan sesuatu dan Ustazah Suhaila sedang mendengar bacaan salah seorang wakil sekolah.
 

Persiapan di tapak perhimpunan di mana pertandingan nasyid bakal dilaksanakan

 

Beberapa orang guru sibuk menghias dan Ustazah Norizan sedang memberi taklimat kepada murid - murid mengenai MTQ.
 

Raptai kumpulan nasyid dan dua pengacara majlis sedang berlatih.

Dalam MTQ tersebut, sekolah St Patrick mendapat tempat ketiga. Hanya kumpulan nasyid yang mendapat johan dalam banyak acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada kumpulan nasyid SK St Patrick.  

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

16 comments:

mycahayacinta@gmail.com said...

dari http://cahayacinta.com

salam..
sejuk hati dengar org baca ayat2 suci ini. bila degar hti akan menjadi lembut.

semoga berjaya ya sahabatku.

dee said...

byknya pertandingan. -____-"

penat tak?

fairus said...

BAGUSNYA ADA PERTANDINAGN SEBEGINI..

Jahirah said...

kat sekolah skang macam2 aktiviti sedang dilaksanakan....hehee slmt bekerja cikgu...

Unknown said...

bestnyer kancil....ada perbagai xtvt.....

Kayu Manis said...

sgt meriah sekolah kat sabah ni..kan

tambah2 ada cikgu rajin mcm kancil..

Kancil 8349 said...

Mycahayacinta :

salam..
terima kasih...

Kancil 8349 said...

dee :

memang penat bah tapi itu tanggungjawab kami semua guru

Kancil 8349 said...

Fairus :

betul tu,..

Kancil 8349 said...

Aishah Jahirah :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Remy :

terima kasih

Kancil 8349 said...

knor :

terima kasih...

maszull said...

assalamualaikum kancil...seronoknya ada majlis yg meriah mcm ni...;)

Aisy Nasiha said...

tahniah sekolah cikgu dapat juga hadiah..
penatkan buat acra macam ni?
sekolah saya minggu depan jadi tuan rumah pesta pantun, semalam saya ke sekolah lain utk bahas..penat tu...

Kancil 8349 said...

Mas Zull :

Waalaikumsalam mama...memang seronok

Kancil 8349 said...

Aisy Nasiha :

hehehehe...biasalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...