Assalamualaikum
dan Salam Satu Malaysia.
Selamat
datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog
Kancil 8349.
Entah
berapa kali sudah Kancil kunjungi tempat ini. Namun inilah kali pertama membawa
keluarga Kancil ke tempat ini. Walaupun pada tahun 2007, Kancil ada datang ke
Sandakan tetapi ndak dapat singgah ke sini. Suasananya agak berubah berbanding
era 90 – an. Dahulunya melalui denai sekarang melalui jambatan yang tingginya
beberapa meter dari tanah. Mungkin ada sebab mengapa ia dibuat seperti ini.
Kalau
kalian ingin melawat dan melihat orang hutan, datanglah pada pukul 10 pagi dan
2 petang. Masa itu merupakan masa makan mereka. Bilangan pengunjung memang
ramai tidak kira dalam negara malah ada di luar negara. Time ini juga ada
sekumpulan kera, yang mana kita kena hati – hati sikap pencuri mereka. Malah ia
boleh mengancam kita walaupun kita hanya melemparkan senyuman. Bagi mereka ia
satu ancaman.
Gambar
di bawah sebelah kanan adalah pintu gerbang untuk ke kawasan Sepilok. Lebih kurang 2
atau 3 kilometer masuk dari jalan utama. Sebelum pintu gerbang ada satu pusat
pemuliharaan iaitu Taman Burung. Kancil ndak ada masa kerana perlu balik ke
Tawau pada hari tersebut. Seterusnya di bawah sebelah kiri adalah gambar pemandangan luar dari Pusat
Pemulihan Orang Utan. Di sini ada tempat letak kereta dan tandas awam
disediakan. Ingat masa mula – mula datang ke sini. Tiada pokok dan pagar
sekitar kawasan ini. Kecuali pusat pemulihan yang mempunyai hutan tebal.
Gambar
di sebelah kiri merupakan laluan atau jambatan yang Kancil masukkan di awal
tadi. Kira lebih selamat dari sebelum ini. Boleh nampak dari atas apa yang
terdapat di bawah. Jika kita lihat gambar ini, kita akan lihat beberapa ekor
kera yang sedang menanti makanan daripada manusia. Nasihat sudah diberikan agar
jangan member apa – apa kepada mereka malah jangan bertentang mata dengan
mereka. Mereka akan menyerang kita. Memandangkan Kancil membawa anak-anak, kami
berusaha untuk mengelakkan daripada menganggu mereka atau mereka menganggu
kami,
Gambar
di sebelah kanan pula adalah pelantar. Di mana para pengunjung akan melihat
Orang Utan diberi makanan oleh Renjer Hutan. Masa ini, belum ramai datang lagi
pengunjung kerana Kancil sekeluarga datang lebih awal. Tepat pada pukul 10
pagi, tempat ini penuh dengan para pengunjung. Lihat sahaja gambar di bawah
ini. Ramai kan? Ada yang dari Jepun,
Australia dan dari Semenanjung pun ada. Gambar di bawah merupakan Orang Utan sedang
bergayut bergerak menuju ke arah Renjer Hutan. Gambar di sebelahnya adalah
tempat tinggal Orang Utan tersebut.
Bagi
yang ingin melancong ke Sandakan, jangan terlepas peluang untuk melawat kawasan
ini. Walaupun bilangan Orang Utan tidak banyak namun matlamat pusat ini
mengajar Orang Utan tersebut berdikari sendiri. Makin kurang bilangan Orang
Utan, makin tercapai objektif mereka membantu Orang Utan.
Terima
kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.