Rakan Blogger

Thursday, September 26, 2013

Jawapan Dari Wordless Wednesday# 69

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349. 


Gambar di atas merupakan jamuan yang diadakan oleh ibu bapa murid di perhentian bas sekolah. Ibu bapa yang menunggu anak - anak mereka sebelum pulang. Kira jamuan hari raya untuk ibu - ibu yang menunggu anak mereka pulang. Sebelum puasa, mereka sudah membuat jamuan seperti ini. Mereka juga telah menjemput guru - guru sekolah ikut serta dalam jamuan tersebut.

Kali nie pula, mereka menganjur jamuan hari raya yang dibuat di perhentian bas sekolah. Ini merupakan kali pertama dibuat oleh ibu bapa murid - murid sekolah. Sebagai penghargaan kata mereka. Apapun kami pun tumpang gembira dan tumpang makan. Sebab kena jemput oleh ibu - ibu ini. Dengan adanya jamuan sebegini, hubungan ibu bapa dan guru sebagai akrab walaupun tidak rasmi. Pelik tapi benar...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday # 69

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, September 24, 2013

Bercuti Di Sandakan : Taman Peringatan Perang Sandakan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entri sebelum nie Kancil bawa kalian ke gereja dan tokong di atas bukit. Kali ini Kancil akan bawa kalian ke tempat sejarah yang berkaitan antara Malaysia, Australia, England dan Jepun. Sebut je Jepun pastinya korang akan taw sejarah mengenainya. Kerajaan Jepun pernah mengegarkan dunia dengan menakluk separuh Benua Asia.

Kini ia tinggal sejarah. Sejarah yang kebanyakan generasi kita tidak merasai kepahitan dan keperitan yang dialami pada zaman tersebut. Malah menganggap ia satu mimpi orang – orang tua. Jika kita berada di tempat nie pastinya korang merasa sesuatu dan mengalaminya sendiri. Kancil sendiri pun hampir menitiskan air mata membaca beberapa artikel mengenainya.

Taman Peringatan Sandakan merupakan taman peringatan bagi para tawanan perang Dunia Kedua yang menderita dan terkorban di sini mahupun dalam Kawat Maut dan di Ranau. Selain itu menghargai pengorbanan dan penderitaan orang – orang tempatan yang telah membantu para tawanan. Para tawanan ini merupakan askar – askar British dan Australia yang telah mempertahankan Singapura pada tahun 1942.

Para tawanan ini telah dipaksa membina sebuah landasan kapal terbang dari bulan Januari 1942 hingga Jun 1945. Seramai 2500 orang tawanan berada di kem tawanan perang ini. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lebih 1000 orang tawanan telah dipaksa melakukan Kawad Maut sejauh 260 km dari Sandakan ke Ranau. Dalam kawad maut tersebut hanya 6 orang tawanan sahaja yang terselamat. Mereka telah dibantu oleh penduduk tempatan termasuk seorang kanak – kanak perempuan yang telah menggadai nyawa mereka sendiri.

Gambar ini merupakan pemandangan pintu masuk ke taman peringatan tersebut. Cukup cantik dan indah dan seperti ada kesedihan di dalam taman tersebut. Walaupun sudah 70 tahun berlalu, kesan penjajahan tersebut masih terasa. Seperti Kancil merasa keperitan yang dialami para tawanan di sini. Gambar sebelah kiri merupakan Dandang yang masih kukuh dan merupakan bahagian yang tertinggal dari sebuah alternator. Ia adalah sebahagian loji janakuasa elektrik untuk Kem Tawanan Perang.

Gambar di sebelah kiri merupakan mesin penggali parit yang digunakan oleh Pihak Jepun dalam membina Lapangan Terbang Udara. Tetapi telah disabotaj oleh seorang tawanan. Ia tidak pernah lagi bergerak dari tempatnya. Merupakan sebuah traktor Fordson. Masih kuat lagi jika kita lihat.

Gambar di sebelah kanan merupakan pelan Kem Tawanan Perang Sandakan. Jika rakan blogger lihat dekat perkataan POW, di situ ada pokok besar yang dikenali sebagai The Big Tree. Di sinilah para tawanan berehat dan yang sakit berteduh. Malah ada yang menyimpan barang – barang peribadi mereka sekitar kawasan tersebut. Ada yang mengatakan ia sebagai simbol kehidupan dan semangat untuk hidup. Namun, pokok ini telah ditumbang atas sebab – sebab tertentu. Untuk makluman, Kem Tawanan Perang ini pernah di bom oleh tentera bersekutu. Hanya The Big Tree yang kekal berdiri. Pada ketika itu, para tawanan telah bergerak ke Ranau.

Gambar di atas sebelah kiri merupakan pemandangan Bandar Sandakan sebelum Perang Dunia kedua. Disinilah pusat pentadbiran North Borneo Company. Gambar di sebelah kanannya adalah keadaan Bandar selepas dibom oleh Jepun. Itulah sebahagian cerita yang Kancil dapat kongsikan dengan rakan blogger. Berharap, jika ada rakan blogger ingin bercuti ke Sabah, singgahlah sebentar ke Sandakan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.




Monday, September 23, 2013

Bercuti Di Sandakan : Gereja St Michael's and All Angels

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entri sebelum nie, Kancil kongsikan cerita mengenai Tokong di atas bukit yang terdapat di Sandakan. Kali ini, Kancil bawakan kalian salah satu tempat menarik dan merupakan sejarah di daerah Sandakan. 

Gereja St Michael and All Angel merupakan gereja granit yang telah dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan yang masih kukuh sebelum Perang Dunia Kedua. Gereja ini telah diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005. Kononnya batu granit ini telah diambil di kawasan bukit berhampiran dengan Kampung Sim - Sim.



Gambar di atas merupakan gereja tersebut. Ia berdekatan dengan kawasan sekolah menengah. Kalau kita lihat seperti berada di luar negara. Bukan seperti di dalam Malaysia. Kancil ndak berkesempatan untuk masuk ke dalam kerana terlalu awal datang masa melawat. Apapun, ini merupakan salah satu tempat yang wajib korang pergi. Tengok kecantikan bangunan ini sahaja.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, September 20, 2013

Bercuti Di Sandakan : Tokong Cina Puu Jih Shih

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie Kancil ingin kongsikan satu tempat yang dianggap seperti negara China. Kalau sekali pandang semacam berada di negara China. Sebenarnya, daerah Sandakan pernah mempunyai sebuah kerajaan cina kecil. Kenali sebagai Kinabatangan. Tidak hairan mengapa ramai muka sebiji macam cina di Sabah nie. Mungkin nenek moyang asal negara China.

Tokong ini merupakan tokong untuk agama Buddha. Ia terletak di hadapan bandar Sandakan dan memang tinggi. Boleh nampak seluruh kawasan Sandakan dari atas. Memang cantik dan tidak rugi untuk datang ke sini. Tempoh masa melawat pun sudah ditetapkan. Antara 8 pagi hingga 5 petang. 

Kami datang pada pukul 10 pagi. Masa yang sesuai untuk datang ke sini adalah waktu petang. Ramai penunjungnya. Kebetulan kami datang, ada kerja - kerja membaik pulih. Jom kita lihat beberapa gambar yang sempat Kancil ambil semasa berada di tokong ini.


Gambar di atas adalah pintu gerbang ke tokong tersebut dan pandangan tepi dari pintu gerbang. Memang cantikkan? Bila Kancil datang ke sini macam lain. Macam bukan berada di negara sendiri. Seperti berada di negara China.


Gambar di atas merupakan patung sepanjang laluan masuk ke pintu gerbang. Kancil ndak kira berapa semua patung ada di sana Gambar sebelah kanan merupakan pintu masuk ke tokong tersebut. Sebenarnya ada dua pintu namun kawasan nie adalah pandangan cantik.


Inilah tangga di hadapan tokong tersebut. Jika dilihat di dalam gambar ia merupakan pemandangan bandar Sandakan. Gambar kanan adalah laluan naik ke tokong tersebut. Memang seram jika ndak pandai memandu ke sini. Kena berhati - hati. Insya Allah Kancil akan ceritakan tempat lain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Thursday, September 19, 2013

Bercuti Di Sandakan : Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia 

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan bandar kedua terbesar di Sabah. Ia berada di Teluk Sandakan dan menjadikan bandar tersebut sebagai satu pelabuhan yang baik. Bandar Sandakan pernah menjadi ibu negeri Sabah selepas Kudat (pada ketika itu Borneo Utara). Maksud Sandakan dari bahasa tempatan (Suluk) ialah pajakan.

Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi tapak pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Yang mana tawanannya merupakan tentera Australia dan British yang kalah di Singapura. Kesemua tawanan perang terkorban kecuali 6 orang yang berjaya melarikan diri selepas Kawad Maut dari Sandakan ke Ranau (sejauh 260 km). Seramai 2500 orang berkawad dan rata - rata mati di sepanjang perjalanan dan ada juga dibunuh.

Sumber mengatakan bahawa pada tahun 1870 - an, pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu. William Clarke Cowie telah mendapat izin Sultan Sulu untuk mendirikan tapak perdadangan di sini. Cowie membayar pajakan kepada Sultan Sulu dan menggelarkan bandar tersebut Bandar Sandakan (tanah yang dipajak)

Antara tempat yang menarik di Sandakan ialah :

* Rumah Agnes Ketih dikenali sebagai Newlands - penulis buku Land Below The Wind, Three Came Home
* English Tea House
*Taman Peringatan Sandakan : Tapak khemah tawanan perang di Batu 8
* Tanah Perkuburan Jepun
* Gereja St Michael's and All Angels : Gereja granit dibina pada tahun 1897
* Tokong Buddha Puu Jih Shih
* Tokong Sam Sing Kung : tokong tertua dan mempunyai 3 tuhan di dalam tokong tersebut
* Masjid Sandakan
* Kampung Buli Sim - Sim
* Pasar Sandakan
* Taman Buaya
* Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Tidak semua tempat Kancil pergi namun Kancil akan kongsikan cerita dan pengalaman Kancil berada di sana. Memang layak jika Kancil katakan ia Bandar Bersejarah di negeri Sabah. Kerana banyak tempat sejarah yang wajib kita lawati.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 18, 2013

Bercuti Ke Sandakan Sempena Hari Malaysia #1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sudah berapa kali, niat terbatal untuk melawat daerah Sandakan lebih – lebih lagi bandaraya Sandakan. Last kali, Kancil ke sana pada tahun 2007. Itu pun atas urusan keluarga.  So ndak boleh berjalan – jalan. Sejak beberapa bulan lagi sudah merancang untuk ke Sandakan. Meminta bantuan daripada adik Kancil untuk tunjukkan jalan. Pada hari Jumaat, Kancil sudah bergerak menuju ke daerah Semporna. Kerana, Kancil kena ambil adik Kancil di sana. Tiba di Semporna, terus ke rumah mak bapa memohon restu untuk berjalan. Selesai, kami meneruskan perjalanan ke daerah Sandakan.

Jarak perjalanan lebih kurang 300 km lebih dan memakan masa 5 jam untuk sampai. Sepanjang perjalanan, ada hujan sekitar kawasan Sukau (Kinabatangan). Alhamdulillah..ia membantu untuk menghalang dari panahan cahaya matahari petang. Tepat pada pukul 9 malam, kami tiba di Bandar Sandakan. Teruslah kami mencari penginapan untuk tidur 2 malam. Alhamdulillah, kami dapat hotel yang murah. RM 85 satu malam untuk 6 orang. Nama hotel tersebut ialah Hotel Ramai. Bukan ‘hotel bajet’ taw. Ia hotel lama. Jika ada rakan blogger yang mahu 5 bintang, Hotel Sandakan lebih sesuai. Tapi bagi Kancil ia sangat berbaloi untuk kami semua.

Entri seterusnya, Kancil akan ceritakan perjalanan kami sepanjang berada di Sandakan….


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, September 16, 2013

Sibuk Benar

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga Kancil biarkan blog nie kesepian. Bukan apa, sibuk dengan aktiviti sekolah terutamanya UPSR baru - baru nie. Kancil dilantik sebagai Ketua Pengawas dan sibuk plak mengurus tuntutan para pengawas di bawah Kancil. Dah selesai UPSR, ambil keputusan plak bercuti ke Sandakan. Insya Allah akan dikongsikan dengan rakan - rakan blogger.

Apapun, Selamat Menyambut Hari Malaysia...untuk semua Warga Malaysia...semoga keamaan kekal di milik kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...