Rakan Blogger
Sunday, July 31, 2011
Selamat Berpuasa Kepada Semua Rakan Blogger
Entri khas untuk kita semua yang beragama Islam. Kancil mahu mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan blogger yang beragama Islam walau di mana mereka berada.
Sesiapa yang nak buat entri sama, dialu - alukan...dan tinggalkan url kamu di post nanti. Kancil akan datang terjah....
Sesiapa yang nak buat entri sama, dialu - alukan...dan tinggalkan url kamu di post nanti. Kancil akan datang terjah....
SMILEY SUNDAY
Minggu yang ketiga
SMILEY SUNDAY: Adza Irdawati aka Mak Dara has created a new fun thing to post on our blog. All u need to do is to post a photograph of "smiley" that represent your mood at that time"
Jom ikut segmen mak dara klik
Jom ikut segmen mak dara klik
Saturday, July 30, 2011
Blog Lulu Pages Berwajah Baru
Hairan bin Ajaib. Mengapa ndak boleh buka blognya. Rupanya ada perubahan yang telah dibuat olehnya. Lega hati sedikit bila dapat buka dan terjah blog Cik Lulu nie. Jom kita lihat apa yang telah berubah ;
Untuk Cik Lulu, memang menarik dan cantik blog Cik Lulu sekarang...
p/s : risau gak ndak sebelum nie ndak dapat buka blognya...hampir2 nak menitis air mata (hehehe...hampir2 je)
Tidak Pandai Bersyukur
Cerita ini aku nak berkongsi kepada semua blogger dan reader di luar sana. Agar korang pun faham dan mungkin pernah terjadi kepada diri korang. Dan jika ada reader yang terbaca blog ini dan cerita ini sama apa yang dialaminya. Itu cuma kebetulan. Jangan simpan dalam hati yeah.
Member aku nie kerja kat satu syarikat di Lahad Datu dan dia selalu outstation ke Kota Kinabalu (KK). Namanya Azam. Memandangkan dia selalu ke KK, sayalah orang pertama yang dicarinya. Orang kata dah kawan minta tolong, kita tolonglah. Dia minta saya mengambilnya di Terminal Bas Utara Inanam sewaktu dia tiba di KK.
Bila berjumpa dengan dia, saya mengajak dia makan di luar kerana isteri saya tidak masak apa - apa di rumah. Kebetulan esok isteri saya balik ke Tawau, so dapur kami kosong. Kalau isteri saya dah balik kampung, saya mesti makan di luar. Tapi dia menolak, katanya mahu makan di rumah juga. So, kami beli lauk dan saya call isteri saya untuk memasak nasi.
Esoknya, saya menghantar dia ke pejabat syarikatnya di Kota Kinabalu. Balik pun sama, saya datang mengambilnya. Selama 2 malam dia tidur di rumah saya. Terlupa, saya tinggal di Telipok masa tu. Jaraknya 32 KM dari KK. Sepanjang berada di sana, saya tidak rasa sunyi. Hari ketiga, dia kembali ke Lahad Datu. Saya menghantarnya ke terminal bas di Inanam.
Beberapa minggu kemudian, saya mengambil cuti untuk kembali ke Tawau. Menemui isteri tersayang. Saya lebih suka membawa kereta dari menaiki bas. Senang berehat orang kata. Saya singgah di Lahad Datu dan terus menghubungi beberapa orang rakan saya termasuklah dia. Tapi dia yang saya gagal hubungi.
Dalam beberapa orang rakan yang saya hubungi, hanya seorang sahaja yang datang menemui saya. Namanya Ijal. Ijal memberitahu kepada saya tentang cerita yang disampaikan oleh Azam. Kononnya, saya terlalu kedekut untuk membelanja dia makan di luar rumah dan selalu minta duit minyak. Selain itu, saya mendesak dia tidur di rumah saya hingga menyebabkan dia penat untuk ke tempat kerja.
Lebih teruk lagi, dia memberitahu bahawa isteri saya tidak pandai masak di rumah. Alangkah terkejutnya saya. Pada mulanya saya menyangkal apa yang disampaikan oleh Ijal. Tetapi bila Ijal menunjukkan satu mesej kepada saya yang berbunyi;
"Bro, jangan kau tidur di rumah si Ums tu. Kedekut nak mampus. Kawan pun mahu berkira"
Hati mana yang tidak kecewa, sedih dan marah...korang rasa apa korang nak buat kat mamat nie....
Mengapa Aku Macam Nie?
Biar orang kata apa sahaja yang mereka ingin katakan. Itu hak mereka. Hak untuk bersuara dan bercakap. Tetapi hak untuk saya bersuara mereka padamkan kerana mereka tidak mahu menerima alasan apa yang kita ingin katakan.
KEDEKUT
Orang gelar aku nie kedekut. Betul ke? Mungkin kerana aku nie suka berjimat, tidak suka bagi pinjam duit dan tidak ingin barang aku dipinjam. Sebab itu mereka kata aku kedekut. Tapi hairan, kedekut dorang tidak tahu. Suami isteri bekerja dan gaji bukan beratus tapi beribu. Bila soal membelanja orang, duit 50 sen pun tidak keluar dari dompet mereka. Kereta sampai 2 buah dan keluaran luar negara. Tapi selalu minta tolong ambil di Airport.
Dulu pernah orang pinjam duit aku sampai RM 2000 untuk belanja pembelajarannya. Berjanji untuk membayar balik, siap bersumpah lagi. Tapi sekarang, batang hidung pun tidak nampak. Sakit hati...
Sekarang, kalau ada member nak pinjam duit, sorilah bro soal duit nie aku dah malas bagi pinjam. Kalau setakat RM 5 ke bawah bolehlah. Itu pun aku anggap sedekah dan aku tidak minta dibayar balik. Supaya lega hati aku, ndak payah kita menuntut balik. Sebab kita yang malu balik. Orang yang berhutang, bukan pandai malu pun.
Friday, July 29, 2011
Segmen : Rancangan Ku Di Hujung Minggu Menjelang Ramadan
Cik Lulu Caldina buat segmen lagi. Kancil ikut lagi. Segmen kali nie lain dari yang lain. Bagi saya yang baru ikut nie. Hehehehe... Tajuk Segmen : Rancangan Ku Di Hujung Minggu Menjelang Ramadan. Kalau sesiapa nak ikut, just klik banner di atas tu...Apapun, Kancil mengalu - alukan rakan - rakan blogger menyertai segmen ini.
Rancangan Ku Di Hujung Minggu Menjelang Ramadan
1. Meratakan Batu Di Halaman Rumah.
Banyak batu di halaman rumah belum diratakan lagi. Asyik tertangguh je dek aktiviti sekolah dan keluarga. Berharap dapat menyiapkan kerja tersebut.
2. Membeli Pakaian Anak - Anak
Kebetulan masa nie dah gaji. So ambil peluang berbelanja untuk membeli pakaian baru anak - anak dan isteri. Time puasa nanti susah mahu bergerak. Dan selalunya, bila bulan Puasa, keadaan di Tawau pastinya panas sepanjang hari.
3. Membeli Bekalan Untuk Berbuka Puasa Dan Bersahur.
Disebabkan saya guru sidang petang, pastinya tidak sempat membeli bekalan makanan untuk berbuka puasa. So, sudah berbincang dengan isteri mahu berbelanja pada hari minggu nie.
Itu sahaja rancangan saya pada hujung minggu nie.
Dengki Dengan Kebahagiaan Orang Lain
"Abang! Tengok jiran sebelah...banyak barangnya. Semua second hand. Masih lagi mahu simpan." kata Syikin kepada suaminya Alif. Alif sekadar berdiam dan tidak berkata sepatah pun. Alif memandang jiran barunya. Mereka mengangkat barang dari lori ke dalam rumah. Kelihatan Ismail jiran sekampungnya datang membantu.
"Abang tahu...dorang suka buat bising kalau sudah petang. Susah Syikin mahu tidur."
"Biarlah dorang bising, bukan rosak juga rumah kita nie" balas suaminya Alif. Syikin tersinggung dengan kata - kata suaminya. Ingatkan suaminya akan menyokongnya.
"Hah! Mahu ke mana pula tu?"
"Ke bawah. Tolong jiran baru kita tu."
"Ndak payah! Bagus abang buat kerja di rumah nie. Lagi bagus dari tolong dorang". Alif terdiam.
***
"Min! Kau pergi bakar mercun nie di sebelah rumah kita" Syikin berkata kepada anaknya.
"Mengapa mahu bakar mercun. Kan maghrib nie Mak?" tanya anaknya Min.
"Mak suruh kau pergi bakar. Pergilah buat." Arahan Syikin. Pada mulanya Min terasa pelik dengan percakapan emaknya. Tapi bila melihat mercun api di tangannya. Timbul perasaan seronok untuk bermain. Dia terus bergerak ke beranda rumah dan membuang mercun tersebut bersebelahan dengan jiran baru mereka.
Bunyi letupan tersebut menggegarkan suasana aman di kampung. Lebih terkejut lagi keluarga Madi, jiran baru Alif. Madi sedang mengerjakan solat Maghrib tetapi dia terkejut acapkali terdengar bunyi letupan dari rumah jirannya. Yang menghairankan, letupan tersebut dilontarkan ke arah rumah beliau.
"Min! Jangan main mercun nak. Pak Cikmu tengah sembahyang nie" jerit Dilla isteri kepada Madi. Apabila mendengar suara Dilla menjerit, Syikin pun keluar dari rumahnya.
"Kenapa mahu melarang anak aku main mercun. Ada kami melarang anak kau berkaroke?" Balas Syikin kepada Dilla. Syikin tersenyum bangga melihat Dilla terdiam seperti kebuntuan akal untuk bersuara.
"Woi Mak Cik! Aku berkaroke bukan waktu Maghrib. Hormat sikitlah kepada orang yang mahu sembahyang." Jerit Milah yang tiba - tiba keluar dari biliknya. Bila Syikin mendengar suara Milah, Syikin terus masuk ke dalam rumah sambil mengheret anak lelakinya.
***
"Aku dengar si Madi balik nie mahu rampas harta orang." Kata Alif kepada rakan - rakannya di warung kedai Mak Sum.
"Kau biar betul Alif. Tak kan si Madi mahu buat macam tu. Orang kampung kenal dia lebih lama, sebelum kau lahir lagi." kata Jusoh.
"Aku jiran dia. Aku tahulah perangai dia. Kalau korang duduk di tempat aku, baru korang tahu" balas Alif.
***
"Tok Ketua, Isteri Madi si Dilla dah melampau. Adakah patut dia pukul Isteri aku guna kayu. Nasib saya datang menghalang. Kalau tidak mati isteri saya nie, Tok Ketua"
"Alif! Betul ke kau cakap nie? Bila berlaku nie?" tanya Tok Ketua.
"Pagi kelmarin, tengah isteri saya menjemur pakaian. Dia tiba - tiba naik ke rumah dengan membawa kayu di tangannya" balas Alif. Sementara itu, Syikin menangis ketakutan di sesi suaminya.
"Ini tidak boleh jadi. Mereka nie sudah melampau. Baru pindah dah buat masalah. Sebelum nie tidak pernah terjadi di kampung kita. Tidak mengapa Alif. Saya sendiri berjumpa dengan dorang. Kau baliklah ke rumah. Jangan bertembung dengan mereka.
***
"Melampau juga keluarga si Alif nie. Mereka suka menabur fitnah kat keluarga si Madi tu. Kesian pula aku tengok keluarga si Madi tu." kata Ismail.
"Si Alif tu asyik ikut cakap isteri dia. Bukan difikirnya. Dorang tu yang melampau." balas Jusoh.
"Aku rasalah, keluarga si Alif nie dengki dengan keluarga si Madi nie." kata Ismail sambil memandang ke arah Jusoh.
Thursday, July 28, 2011
Segmen : Bombay Nak Taw Sukan Kegemaran Aku
Hari ini, Kancil nak ikut satu segmen yang menarik perhatian Kancil untuk ikut sekali. Memang menarik dan best. Lagipun, mahu menyokong rakan blogger baru nie. So, Kancil akan follow blog dia nie. Segmennya simple je. Kalau nak join, klik kat banner di atas tu.
Sukan kegemaran Kancil nie banyak sangat tapi kalau nak sebut memang esok pun tidak akan habis. Sebab kancil suka mencuba semua sukan. Apapun ada beberapa sukan yang Kancil dah list kat bawah nie. Jom kita baca :
1. Bola Sepak
Zaman sekolah rendah, Kancil digelar kaki bangku. Tidak pandai bermain bola sepak. Tapi teringin sangat nak bermain. So rakan - rakan Kancil menyuruh Kancil menjadi Penjaga Gawang sahaja. Sehingglah Kancil masuk ke tingkatan 3, barulah Kancil menjadi pemain pertahanan. Naik ke tingkatan empat, pemain tengah. Naik ke tingkatan lima, pemain sayap kiri (sebab bawa bola guna kaki kiri). Bila pula naik ke tingkatan 6, kembali menjadi penjaga gol.
2. Futsal
Mula kenal sukan ini semasa di UiTM Shah Alam di semester pertama. Kebetulan kolej kediaman Cendana (seksyen 6) menganjurkan pertandingan futsal. Ikut dengan rakan - rakan dari satu fakulti. Bermula dari universiti sehingga sekarang saya masih bermain futsal. Paling kerap bermain semasa kerja di Kota Kinabalu. Banyak kali menyertai perlawanan persahabatan tapi rekod menjaring hanya 6 gol sahaja. Bukan tidak pandai menjaring, tapi selalu salah masuk...hehehe
3. Bola Keranjang
Sukan ini baru sahaja bagi saya. Ini pun suka dan menjadi kegemaran sebab pengaruh kartun Slam Dunk. Walaupun ketinggian 163 cm, tetapi berjaya menjaringkan bola 3 mata. Senjata paling berbisa...hehehe,
4. Badminton
Sukan ini mula aktif pada tahun ini. Sehingga saya sanggup beli raket Fleet semata - mata minat pada sukan tersebut. Di awal tahun, permainan kelam kabut sedikit. Dah lama tidak main hampir 20 tahun. Hehehe...tetapi sekarang dah ok. Boleh bergelar pemain handalan...hehehe..
Oklah, dah panjang lebar. Dan rasanya ini je yang boleh saya kongsikan. Pencapaian saya hanya setakat perlawanan persahabatan sahaja. Hehehe...
Bloglist Baru Khas Untuk Blogger Sama Tarikh Lahir
Entri khas ini untuk mereka yang sama tarikh lahir dengan Kancil 8349. Kancil 8349 telah ikut segmen Cik Najihah iaitu Mari Mencari Kembar Blogger pada tarikh 25 Julai 2011. Baru je beberapa hari. Tidak sangka sambutan dari segmen itu menggalakkan sehingga lebih 200 orang yang menyertai segmen ini. Kalau nak cari kembar blogger kamu...boleh klik kat sini [yahoo].
Sebanyak 21 blogger yang lahir pada bulan Mac. So, misi pencarian bermula. Cari punya cari, hanya dua orang blogger sahaja yang tarikh lahir sama tapi tahun berbeza. Kedua - dua mereka ini lebih 10 tahun muda daripada Kancil. Kira happylah, sebab boleh sambut hari lahir sama - sama nanti walaupun tidak berjumpa di dunia realiti. Hehehehe...
Jom kita lihat siapa mereka,
Blog yang simple, berwarna pink dan sangat comel. Masih menuntut di salah satu IPTA di Malaysia.
Blog ini hampir sama warna dengan blog yang di atas. Simple, berwarna pink dan sangat comel. Dah berpunya pun.
Memandangkan mereka nie sama tarikh lahir, so saya dah buat blog list untuk mereka. Senang saya terjah adik - adik kembar saya nie. List tersebut terletak di bawah. Jom lihat...
Wednesday, July 27, 2011
Dugaan Pada Hari Rabu
Awal pagi, saya sudah bersiap ke sekolah. Seperti biasa saya akan meletakkan kereta saya di tempat letak kereta guru. Tapi tempatnya berbeza dari hari sebelumnya. Saya meletakkannya jauh sedikit dari bilik guru. Memandangkan saya memberi motivasi untuk murid tahun 6 pada hari ini dan tempatnya di astaka sekolah. Jauh dari pandangan saya untuk melihat kereta saya.
Sewaktu petang, saya menjenguk kereta saya dalam pukul 3 petang. Semakin saya menghampiri kereta saya, semakin berdebar dan tidak sedap hati. Saya ternampak sesuatu yang ganjil berlaku di tepi pintu kereta saya. Kesan calar duit syiling 10 sen @ 50 sen.
Ya Allah! apa yang dorang buat nie?" Itu sahaja yang mampu saya katakan di dalam hati saya. Pada mulanya saya sakit hati dan rasa kecewa kerana diperlakukan demikian. Ingin sangat nak berjumpa pelakunya. Mahu sahaja memukul pelakunya. Perlahan - lahan saya menarik nafas dan mengucap banyak - banyak untuk mengawal kemarahan saya.
"Tidak mengapa, cat je yang dicalar...bukan cermin pecah dan tidak rosak pun kereta saya" Itu yang lahir dari hati saya untuk bertenang. Sambil mengukir senyuman meninggalkan kereta saya di tempat letak kereta. Marah pun tidak guna. Mereka masih budak dan tidak sangka benda seperti ini boleh berlaku di sekolah rendah.
Apapun, saya bersyukur ia tidak teruk sangat walaupun ia bercalar. Anggap je dugaan saya sebagai seorang guru yang mengajar di bandar.
P/S : saya berusaha untuk mengambil gambar calar tersebut tapi tidak dapat. Sebab ia tidak terang.
Blogger Otai Lagi
Dia merupakan blogger otai seangkatan dengan Lulu Caldina. Nama blogger dia pun cukup menyeramkan bagi saya. Terfikir sejenak siapa dia. Bila tengok kat blogger - blogger lain, nama blog dia tetap ada. Mesti salah seorang blogger otai. Terus terang saya katakan, saya tidak mengenalinya. Insya - Allah lepas nie saya akan terjah terus blog beliau selalu.
Jom kita lihat siapa dia
Ben Ashaari Cari Siapa Cepat Dia Tepat Dan Pantas
Klinik UPSR SK St Patrick, Tawau
Sebelum berpuasa, Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama guru - guru Tahun 6 telah mengadakan klinik UPSR. Klinik ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 25hb Julai (Isnin) hingga 29 hb Julai 2011 (Jumaat). Masanya bermula pada waktu 7 pagi hingga 12 tengahari setiap hari. (Kecuali hari Jumaat)
Seramai 163 orang murid Tahun 6 yang menyertai klinik UPSR anjuran pihak sekolah. Klinik ini mendapat sambutan baik daripada semua murid. Sepanjang klinik ini berlangsung, banyak perkara yang mereka dapat antaranya tips - tips menjawab soalan peperiksaan dan teknik belajar yang betul.
Pada hari ini, saya telah diberi tanggungjawab untuk memberi motivasi kepada murid - murid tahun 6. Motivasi saya pada hari ini menekankan kepada tingkahlaku dan perangai mereka. Bertingkahlaku sebagai seorang manusia yang sedar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang penuntut ilmu. Yang sedar bahawa banyak benda lagi yang perlu mereka belajar untuk menghadapi cabaran di masa akan datang.
Tempoh masa motivasi saya hanya 35 minit sahaja. Syukur, semua murid dapat memberi tumpuan kepada penyampaian saya. Malah mereka faham apa yang saya sampaikan. Saya berharap mereka sedar akan tanggungjawab yang mereka pikul. Dan dapat memikirkan masa depan mereka dan keluarga mereka.
Jom kita lihat gelagat anak - anak bangsa kita :
Tuesday, July 26, 2011
Segmen Cik Purple : Lagu Tempatan Negeri Yang Korang Layan
Assalamualaikum!!!
Ini merupakan kali pertama saya join segmen Cik Purple. Macam menarik juga. Kita letak lagu tempatan negeri kita yang selalu kita layan. Kalau sesiapa yang nak join. Dialu - alukan dan ada beberapa syarat yang dikenakan oleh Cik Purple nie...jomlah singgah ke blog beliau [klik]
Pemilik kancil berasal dari daerah kecil di Zon Tenggara (Tawau) Sabah iaitu daerah Semporna. Bangsa saya sudah tentu korang tahu kan. Kereta Kancil8349 pula berasal dari Kota Kinabalu. Hehehe....
Di bawah ini adalah 1 lagu yang saya layan selalu. Sebenarnya lagu - lagu dari Cik Purple tu sama juga saya layan. Lagu Anak Kampung terutamanya. Apapun ini adalah sebahagian lagu tempatan yang selalu saya layan.
Tajuk Lagu ini IGAL ADDAT BANGSA TA : Penyanyi DEN BISA
Monday, July 25, 2011
Perhimpunan Petang : Penyampaian Hadiah Dan Sijil
Minggu ini, saya merupakan salah seorang guru bertugas bersama - sama dua orang guru wanita. Bertanggungjawab mengurus perhimpunan dan masalah - masalah yang menimpa ke atas murid. Bertanggungjawab menulis rekod kebersihan dan laporan guru bertugas. Sebenarnya banyak lagi tugas yang harus dibuat. Tapi tidak perlulah mahu ditaip dekat sini.
Tepat pada pukul 5.20 petang, loceng sekolah dibunyikan oleh rakan sejawatan saya. Menandakan perhimpunan bermula. Saya bergegas ke bilik akses untuk mengambil microfon dan memasangnya di dewan terbuka yang mana semua murid berhimpun. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. Kemudian bacaan ikrar yang disampaikan oleh adik Azeyan (3Hijau). Murid ini memiliki suara yang tinggi dan lantang walaupun tanpa menggunakan mircofon.
Selesai bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Puan Beuaty, Penolong Kanan Petang SK St Patrick. Dalam ucapan beliau, menyarankan agar murid - murid menjaga kebersihan mereka sepanjang masa tidak kira berada di rumah mahupun di sekolah. Memilih makanan yang bersih dan berkhasiat.
Selepas ucapan beliau, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada murid - murid yang telah menyertai Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah di SMK Kinabutan. [klik] Sijil disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokum, Puan Hajah Tasmi. Perkhemahan tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. Dan seramai 2 orang guru pengiring dan 8 orang murid dari sekolah ini terpilih mewakili sekolah ke perkhemahan tersebut
Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah sempena Bulan Kebersihan. Bagi tahap satu, hanya peraduan mewarna dan melukis sahaja. Sebanyak 30 buah hadiah saguhati mengikut tahun dan 9 hadiah utama untuk pemenang yang mendapat tempat 1, 2 dan 3. Hadiah disampaikan oleh Puan Beauty. Kelas yang terbersih sepanjang bulan Kebersihan adalah 2 Hijau.
Segmen : Mari Cari Kembar Blogger
Pemilik Kancil8349 lahir pada tarikh 25 Mac 1981
Jomlah ikut segmen nie...klik
Marilah kita beramai - ramai...mana tahu jumpa blogger yang sama tarikh lahir.
Jomlah ikut segmen nie...klik
Marilah kita beramai - ramai...mana tahu jumpa blogger yang sama tarikh lahir.
Adik Jadi Abang Sebab Dia Kaya, Abang Jadi Adik Sebab Dia Miskin
Jika ada yang tersinggung dengan cerita ini saya memohon maaf. Mungkin ia kebetulan sahaja. Apapun cerita ini sebagai perkongsian ilmu dan iktibar untuk kita semua. Benda nie bukan cerita rekaan tetapi realiti kehidupan. Kehidupan yang ditanggung oleh seseorang yang bergelar abang dalam keluarga. Ia bukan juga cerita yang saya ambil dari drama tempatan mahupun drama luar negara. Ia berlaku di sekeliling kita.
Kisah bermula apabila seorang abang yang berhempas pulas mencari makanan untuk adik - adiknya yang masih kecil. Membantu mak bapanya mencari duit untuk perbelanjaan adik - adiknya belajar. Si Abang rasa gembira bila mendapat tahu adik - adiknya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Setiap kali adik - adiknya meminta duit, abang merekalah yang mengirimkan duit untuk mereka.
Beberapa tahun di perantauan, mereka kembali membawa segulung ijazah dan ditawarkan kerja di sektor kerajaan. Mereka memiliki sebuah rumah dan beberapa buah kereta untuk kemudahan mereka sekeluarga. Mereka menjadi kaya dan berharta. Mereka juga sudah berumahtangga. Lain pula halnya dengan abang mereka. Hidupnya sederhana bersama keluarganya.
Setiap kali cuti sekolah, adik - adiknya tidak pernah mengunjungi rumah abangnya kerana mereka malu abang mereka miskin. Mereka malu kepada isteri - isteri mereka. Tapi mereka tidak malu mengarah abang mereka mencari makanan di laut mahupun di darat. Mereka suka duduk di rumah menunggu makanan tanpa berbuat apa - apa sedangkan mereka sudah besar panjang. Bagi si Abang, dia tidak kisah selagi adik - adiknya mengganggapnya sebagai abang walaupun diperlaku sedemikian rupa.
Orang kampung merasa sedih dengan keadaan abang mereka. Sehingga ada yang berkata, adik - adiknya tidak mengenang budi di atas pengorbanan abang mereka. Lebih mengecewakan mereka menghina abang mereka miskin dan tidak setaraf dengan mereka. Mereka melontarkan pelbagai fitnah ke atas abang mereka agar abang mereka dipandang hina oleh orang kampung.
Orang kampung bukan buta dan pekak. Orang kampung mengenali abang mereka. Orang kampung simpati dengan keadaan abang mereka. Pernah sekali, abang mereka sakit dan terlantar di rumah. Tidak seorang pun adik - adiknya datang menemuinya di rumah. Tidak seorang pun bertanya khabar kepadanya. Disebabkan mereka kaya, apa yang mereka minta pastinya abang mereka buat walau abang mereka sakit.
Dalam keluarga mereka, bila orang itu kaya maka dialah abang dan yang miskin itu adalah adik. Kerana abang mereka sahaja yang miskin, mereka menganggapnya adik mereka. Mereka boleh buat apa yang mereka suka. Tanpa menjaga perasaan abang mereka pun.
Sunday, July 24, 2011
Drama Bersiri Tanah Kubur
Saya rasa ramai yang menonton drama bersiri Tanah Kubur ini. Walaupun agak menyeramkan dan menakutkan tetapi ia membawa unsur nilai kemanusiaan dan pengajaran untuk kita yang hidup ini. Sebelum ini, saya selalu membaca kisah - kisah kubur di majalah - majalah seperti mastika. Tidak sangka pula sudah dibawa ke layar skrin.
Drama ini mengisahkan pelbagai pengalaman pelik yang dialami oleh penggali kubur Tok Adi (Nasir Bilal Khan). Antaranya kisah mak bidan yang menggunakan ilmu hitam, memakan riba, anak derhaka dan sebagainya.
Apapun, saya cerita di sini pun korang tidak akan rasa lebih kalau tidak tengok sendiri. Drama ini disiarkan di Astro Oasis, pada setiap hari Jumaat jam 7.30 malam. Jomlah kita bersama - sama menonton.
SMILEY SUNDAY
Minggu yang kedua
SMILEY SUNDAY: Adza Irdawati aka Mak Dara has created a new fun thing to post on our blog. All u need to do is to post a photograph of "smiley" that represent your mood at that time"
Jom ikut segmen mak dara klik
Saturday, July 23, 2011
Lewat Balik Kerja (2)
Semua guru sudah balik ke rumah masing - masing. Mungkin ada yang sudah pun dibuai mimpi yang indah. Mungkin juga ada yang keluar berjalan - jalan bersama keluarga tersayang. Dan yang bujang pula, berjumpa dengan kekasih hati mereka.
Saya pula...seperti biasa menghabiskan kerja yang tertangguh. Orang lain dah siap awal tapi saya, baru mahu mula. Tapi tarikh tutupnya masih jauh lagi. Kira bukan kerja last minute. Hehehe...
Sudah menjadi tabiat saya, mesti lewat balik kerja. Sebab time nie senang mahu buat kerja tanpa gangguan. Dulu masa kerja kat KYS pun sama juga. Pernah balik pukul 10 malam. Masa tu masih bujang. Tiada orang risau di rumah. Sekarang lain...
Pernah juga rakan sejawatan tegur. Adakah saya tidak takut? dan bermacam - macam persoalan yang mereka lontarkan. Tetapi, bukan pun mereka nak membantu saya. Tahu buat bising je. Kan bagus kalau mereka tanya lepas tu tolong sekali. Ini....tidak!
Gotong Royong Sempena Bulan Kebersihan, SK St Patrick Tawau.
Minggu ini, kami semua warga guru datang ke sekolah untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diarahkan. Boleh dikatakan setiap minggu kami turun pada hari Sabtu. Hanya hari Ahad sahaja yang kami dapat berehat. Itulah kehidupan seorang guru. Kali ini, aktiviti sekolah ialah Gotong Royong sempena Bulan Kebersihan.
Terdapat empat kumpulan untuk melakukan aktiviti gotong royong ini. Setiap kumpulan mempunyai dua unit beruniform dan sudah ditetapkan tempat dan kawasan mana yang harus mereka bersihkan. Memandangkan saya guru penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah, saya dan ahli - ahli TKRS bersama ahli - ahli St John diarahkan untuk membersihkan kawasan Kitar Semula.
Ketika sampai di kawasan yang disebutkan, semua murid berasa gembira dan tidak sabar untuk melakukan kerja. Malah, mereka bekerjasama antara satu sama lain. Tujuan program ini untuk membiasakan murid - murid akan kerja sukarela dan bantu membantu. Jom kita lihat apa yang mereka sudah buat dengan dibantu oleh beberapa orang guru penasihat...
Jika diteliti di dalam gambar nie, semua murid perempuan yang buat kerja. Bukan nak membuli tetapi mereka yang berminat untuk buat kerja berat. Lelaki tukang angkat tanah dan batu sahaja.
Segmen : Lulu Caldina Terjah Blog Saya
Wah...Cik Lulu buat segmen lagi....nak join - join. Masih sempat lagi nak join sebab ada 48 jam masa segmen. Kira saya lewat nak ikut segmen nie dalam beberapa jam. Sahabat saya Gen2Merah sudah pun buat entri pasal segmen nie lebih awal. Ndak mahu ketinggalan juga ikut segmen Cik Lulu.
Walaupun baru dalam dunia blogging, saya rasa gembira dan berbesar hati apabila blogger otai dapat terjah ke blog saya. Bukan setakat itu, mereka yang baru aktif pun saya rasa gembira. Lebih - lebih lagi jika meninggalkan jejak dan menjadi follower saya. Saya akui, kebanyakan mereka yang mengunjungi blog saya hanya reader je.
Bagi blogger - blogger yang baru, jika nak ikut segmen nie, just klik banner di atas tu. Jomlah kita meramai - ramaikan ikut segmen nie. Begitu juga yang lama. Jangan segan. Makin ramai, makin meriah.
Friday, July 22, 2011
Bulan Kebersihan Peringkat Sekolah, SK St Patrick, Tawau 2011
Program yang seterusnya selepas perkhemahan ialah program Bulan Kebersihan. Program ini dianjurkan oleh Unit Kebersihan Sekolah. Di program ini saya menjawat sebagai Ketua AJK Banner. Saya bertanggungjawab untuk menyediakan banner untuk program tersebut. Seperti gambar di atas. Itulah banner yang dibuat kat kedai.
Gambar di bawah merupakan ceramah yang dibuat oleh ahli Bomba cawangan di Tawau. Ia dibuat pada sidang pagi untuk murid - murid tahap 2. Bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Gambar di bawah adalah pertandingan lukisan oleh murid - murid tahap 1 yang dilakukan pada hari Jumaat. Semua murid tahun 3 berhimpun di dewan terbuka. Mereka rasa gembira dan seronok membuat aktiviti ini.
Manakala murid - murid tahun 1 dan tahun 2, mereka mengikuti pertandingan mewarna. Mereka tidak dibenarkan keluar dari bilik kelas. Bimbang mereka tidak terkawal. Setiap kelas dijaga oleh guru yang mengajar pada masa tersebut. Tema kali ini adalah menjaga kebersihan alam sekitar.
Minggu depan, baru diketahui siapa pemenangnya. Banyak aktiviti yang dilakukan namun saya tidak sempat menyertai kerana saya menyertai perkhemahan baru - baru ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)