Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Lihat pada tajuk sudah mengambarkan apa yang ingin Kancil kongsikan. Malah, ada rakan - rakan blogger pernah mengalami sama seperti tajuk di atas. Bagi Kancil, walau di mana Kancil berada, pastinya Kancil akan menemui orang - orang seperti ini. Namun, apa yang ingin Kancil kongsikan di sini sekadar panduan dan pengajaran agar kita tidak akan buat pada orang lain.
Masa kerja di swasta, kes macam nielah yang paling banyak Kancil terima. Jawatan kerani tetapi berlagak macam boss. Sedangkan Kancil berstatus Ketua Unit pun tiada plak macam mereka. Kancil pernah ditegur cara pemakaian di tempat kerja. Kalau dia sama taraf atau status jawatan sama. Kancil ndak kisah sangat. Teguran membina. Sudahlah Pembantu Am, menegur seorang Ketua Unit di tempat umum. Seperti menghina Kancil. Mungkin kerana usia Kancil nie muda lagi. Senanglah mereka pow Kancil. Tapi ia tidak terjadi.
Malah Kancil buat tidak tahu. Sehingga dibawa mesyuarat oleh Pembantu Am ini. Last - last Kancil malukan dia. Dia siapa nak tegur Kancil. Sedangkan dia pergi pejabat pun pakai T -Shirt. Itu lain cerita lagi, ada lagi seorang mamat nie. Berani - berani menghina kumpulan guru. Mentang - mentang kerja di bank. Berlagak macam orang kaya, walhal kuli juga. Entahlah, bila berjumpa dengan Kancil pasti dia akan menyindir Kancil.
Katanya kepada Kancil, golongan paling ramai meminjam duit adalah guru. Guru memang suka berhutang. Sakit juga hati Kancil. Namun malas mahu buat kecoh. Biarlah dia dengan kata - katanya. Kerana, kalau bukan guru yang meminjam di bank tersebut, ndak mereka maju tu. Dan kerana guru juga, dia bertemu jodoh dengan isterinya yang bekerja guru. Pelik sangat...bercakap tidak berfikir.
Apapun, Kancil buat tidak kisah malah cuba menjauhkan diri dengan golongan - golongan seperti ini. Bagi Kancil mereka nie kalau ditegur terus naik minyak. Kesalahan orang sahaja mereka tahu padahal kesalahan mereka lebih besar dari kesalahan orang lain. Bodoh bin Sombong. Berlagak nak mampus...syukur juga di tempat kerja baharu Kancil nie tiada jumpa golongan macam nie. Luar tempat kerja tu memang banyak..hehehe...tetapi ia tidak mempengaruhi kerja Kancil pun. Jarang jumpa pun.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.