Rakan Blogger

Wednesday, March 20, 2013

Jauh Ke Mereka Dengan Kita

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dah lama Kancil ndak muncul...sibuk dengan kerja di sekolah dan malah sibuk tengok update keadaan semasa sehingga blog pun sepi. Entah...mengapa lebih berminat membaca dari menulis. Memandangkan dah ramai komen di entri sebelum nie Kancil cuba buat entri untuk pembaca - pembaca setia Kancil.

Seperti mana yang kalian ketahui keadaan semasa, Kancil di sini masih dalam keadaan biasa walaupun masih ketakutan kerana banyak khabar angin. Memang benar, ramai berpesan jangan dengar khabar angin namun itulah sumber yang ndak boleh kita abaikan. Takut ia menjadi benar. 

Kes kematian di Kampung Sri Jaya Simunul tu Kancil ndak tahu berapa sangat kerana ia cerita atas cerita juga. Apapun, memang betul polis kita dibunuh secara kejam. Ada yang dipenggal kepala ketika mempertahankan diri dan ada yang sudah tumbang (maut) mereka kerat - kerat badan pasukan keselamatan. Dalam situasi tersebut kita ndak pasti bagaimana pasukan keselamatan diserang kerana kampung tersebut agak gelap.

Jom kita lihat gambar di bawah nie


Gambar nie Kancil di FB guru Kancil di Lahad Datu. 

"DEKATNYA KAMI DENGAN DIORANG...

Sebelum ni sy cerita ja kan? Atau tunjuk peta? Ni kali sy tunjuk gambar yg sy ambil dkt jeti antara Tg Labian & Sg Bilis. Yg besar tu Pulau Bungao, sebelah kanan yg kecil tu Pulau Sitangkai. Ada lg bbp pulau lagi lepas tu. Yg pasti klu penyeludup pakai 2 enjin 50hp, lebih kurang 40 minit ia sampai ke Bungao klu air tenang.

Menakutkan. Orang seberang sekarang tak sabar? nak menyeberang bila pemimpin mereka isytihar perang....:(

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, March 11, 2013

Sabah Milik Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dah lama Kancil ndak muncul dalam blog sejak insiden pencerobohan dan Ops Daulat dimulakan. Sibuk mendapatkan maklumat dan pekembangan terkini yang berlaku di kawasan - kawasan yang disebutkan. Untuk makluman rakan - rakan blogger. Kancil pernah pergi ke Kampung Tanjung Labian sekitar tahun 1993. Ketika itu, jalan raya masih tanah merah dan belum ada lagi kelapa sawit yang dinyatakan sekarang. Memang berubah langsung dan tidak sangka, kawasan yang cantik dan damai kini menjadi kawasan pertempuran,

Kerana tamak dan tidak mempelajari sejarah, mereka menyerang dan menghuru harakan keadaan di Sabah. Mereka menganggap Sabah nie tanah nenek moyang mereka padahal yang layak menuntut Sabah nie adalah Brunei. Kerana ia masih kukuh dan ada sistem kerajaan tersendiri berbanding dengan Kesultanan Sulu yang mana tidak diiktiraf oleh dunia sebenarnya mahu Kerajaan Filipina sendiri. Ia sudah tenggelam dek zamannya. Mana mereka semasa Syarikat Kompeni menyerang penduduk tempatan sehingga berlaku pemberontakan Paduka Mat Salleh? Mana mereka semasa Jepun menyerang Sabah? dan mana mereka semasa Sabah memasuki Malaysia?

Sudah kaya dan aman mereka mahu menuntut. Memang pendek akal dan dunia akan ketawa dengan sikap bodoh mereka. Tetapi sedih, mereka nie seagama dengan kita cuma bezanya fahaman mereka terlalu taksub. Cara mereka pertempuran pun memang kejam. Yang dah mati pun mereka kerat badan dan penggal kepala musuh mereka. Mereka sudah lama berada di sini dan kita beranggap mereka mahu hidup aman dengan kita. Bukan semua cuma mereka yang tamak sahaja.

Sepanjang hidup Kancil di bumi bertuah Sabah, Kami pernah melalui beberapa peristiwa serangan musuh negara. Kali ini sahaja yang meluas liputannya. Tahun 1985 pernah berlaku serangan mundu (lanun), 1989 serangan mundu dua - duanya di Lahad Datu, 1996 serangan bom balai polis Semporna dan kini 2013. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Monday, March 4, 2013

Semoga Kejadian Di Sabah Selesai

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil berharap keadaan di tiga kawasan yang selamat seperti biasa. Jika ia berlarutan memberi kesan dalam pelbagai aspek. Yang rugi adalah kami di Sabah. Walaupun berada di Tawau, bahangnya tetap terasa ke kawasan kami. Bimbang ia melarat ke Tawau atau di mana - mana daerah di Sabah. Kes seperti ini sama seperti kes komunis yang kita pernah lalui. Namun bezanya kita berdepan dengan negara Jiran kita yang menganggap kita nie musuh mereka.

Padahal, kita tidak pernah bermusuh dengan mereka. Kerana dendam dan tamak yang menguasai diri pemerintah mereka, mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. Dia (Sultan Palsu) duduk senang lenang di istananya (rumah buruk) makan dan minum terurus sedangkan tenteranya melarat di bumi orang lain. Sama - sama menganut agama Islam namun menganggap Malaysia sebagai musuh mereka. Pelik bukan?

Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita sama - sama berdoa untuk keselamatan negara kita. Lupakan soal politik, sama - sama kita mencari jalan penyelesaiannya dan bukannya menuding jari siapa yang salah. Janganlah disalahkan mereka (Suluk Sabah) di atas perbuatan bangsa mereka kerana Kancil yakin bahawa mereka (Suluk Sabah) tidak suka akan peperangannya. Mereka lari dari tanah asal mereka untuk mencari kehidupan selesa dan bukannya mahu berperang. Sama - samalah kita bersatu untuk menghalang penceroboh yang menganggu ketenteram kita di Sabah.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, March 3, 2013

Kini Semporna Terima Tempiasnya

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Seawal 8 malam, Kancil menerima panggilan daripada adik di Tawau. Beliau memberitahu ada kes tembak menembak berlaku di Semporna. Terus membuat panggilan ke kampung. Alhamdulillah, adik di kampung masih menjawab panggilan Kancil dan mengesahkan bahawa ada bunyi tembakan berlaku di Pekan Semporna sehingga keadaan panik. Mereka semua berkumpul di dalam rumah.

Dalam kenyataan akhbar dan portal PDRM mereka mengesahkan bahawa terjadi tembak menembak antara penjenayah dan pasukan polis dan dimaklumkan bahawa ada anggota polis maut dan cedera akibat pertempuran tersebut. Ini amat membimbangkan kami di Sabah. Kancil ndak dapat tidur sehingga 2 pagi untuk memastikan maklumat terkini. Alhamdulillah keadaan terkawal walaupun perasaan bimbang tetap ada.

Buat masa nie, kami hanya berdoa semoga ia tidak berlarutan kerana ia mengancam kehidupan harian kami di sini. Mereka datang bukan mahu berdamai tetapi membawa bencana dan panik di sekitar pantai timur Sabah. Semoga pasukan keselamatan kita akan menjaga kedaulatan negara kita dari terus tercalar dan dicabar.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s buat masa nie Kancil buat entri je..insya Allah jika keadaan terkawal Kancil akan balas kunjungan korang

Friday, March 1, 2013

Siapa Kata Ndak Panik

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tarikh hari ini merupakan tarikh yang cantik iaitu 1.3.13 Cantik kan? Sayangnya, di hujung negeri Sabah telah berlaku pertempuran antara penceroboh dengan pasukan keselamatan kita seawal 10 pagi. Sehingga dilaporkan 2 orang maut dan 2 orang cedera di pihak pasukan keselamatan kita. Manakala penceroboh seramai 10 orang maut dan 4 orang cedera.

Walaupun Kancil berada 300 km dari zon perang, namun bahang pertempuran tu hangat. Daerah - daerah terdekat seperti Sandakan, Kunak dan Semporna sudah dalam keadaan berjaga - jaga. Manakala di bandar Lahad Datu sudah sunyi sepi tanpa manusia sehingga kebanyakkan kedai dan sekolah tutup untuk mengambil langkah berjaga - jaga.

Menurut sumber ndak pasti, terdapat 3 pasukan yang menceroboh ke Sabah dan salah satunya di Lahad Datu. 2 lagi tidak dikenal pasti di mana. 2 pasukan nie yang bikin risau..bila - bila masa sahaja akan menyerang. Tambahan lagi ada 800 000 orang rakyat Sulu berada di Sabah. Memang merisaukan. 

Apapun, Kami berharap agar tiada lagi pertempuran kerana ia merugikan pihak pihak. Kerajaan Malaysia sudah buat yang terbaik namun itulah jangan dicabar tahap kesabaran Malaysia. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...