Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Tawau merupakan daerah yang mendapat jolokan Bumi Peladang kerana sebahagian kawasan di daerah ini merupakan kawasan perladangan. Dahulunya penuh dengan pokok kelapa, kemudian pokok koko dan sekarang nie pokok kelapa sawit. Namun, biji koko yang dihasilkan dari bumi Tawau merupakan biji koko kelas pertama di dunia. Kancil belum pernah lagi ke kilangnya namun penduduk tempatan sudah memaklumkan kepada Kancil mengenainya.
Selain itu, bandar Tawau merupakan syurga pendatang kerana disinilah ribuan PATI rakyat Indonesia dan Filipina datang bekerja secara sah dan menggunakan pasport untuk mencari rezeki yang halal dan menjanjikan pendapatan yang lebih baik berbanding di negara mereka. Kehadiran mereka adalah terkawal. Bagi memastikan mereka bukan penduduk Malaysia, lihat sahaja gelagat dan cara pemakaian mereka bila berada di bandar.
Tawau juga mempunyai hutan tertua di dunia seperti Maliau Basin yang diakui sebagai khazanah hutan yang sangat berharga di dunia. Selain itu, hutan simpan Bukit Gemuk yang cantik pemandangannya jika dilihat dari jauh. Manakala Taman Negara Bukit Tawau atau dikenali sebagai TABLE merupakan tempat kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan. Di TABLE ini ada pokok yang tertinggi di dunia, setinggi 15 tingkat bangunan. Kancil belum pernah ke sana lagi namun pernah tengok gambarnya. Memang tinggi.
Selain itu, ada tempat menarik seperti Tawau Cocoa Village, Shan Shui Golf (tempat kolam renang), Balung River Eco Park, Kolam Air Panas Semulajadi di Taman Hot Spring (masih dalam proses pengubahsuaian) dan Ranggu Holiday Valley di Batu 10. Kalau nak ke pantai pergi ke Batu Payong. Tapi bahaya kalau mandi ke sana. Kalau mahu berkelah tu bolehlah tapi mandi kena berfikir dua kali. Di Tawau nie juga terdapat sebuah Masjid yang terbesar di negeri Sabah yang mana pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2006. Bagi yang suka membeli makanan laut yang murah, pastinya akan mengunjungi Pasar Tanjung. Pasar ini adalah bangunan 3 tingkat yang dilengkapi dengan ruang makan di tingkat 2 dan tingkat 4. Ruang atas adalah sangat menarik kerana dihiasi panorama keindahan laut dan kawasan bandar Tawau.
Pada hari Ahad atau cuti hujung minggu, ramai pengunjung dari luar dan dalam akan mengunjungi Pasar Minggu Takada yang mana terletak di simpang 4 Jalan Apas. Selain itu, banyak restornan makanan laut yang rata - ratanya terletak di pinggir laut. Salah satunya di Batu Payong. Kalau bercerita mengenai tempat bersejarah. Tidak kurang hebatnya Tawau. Antara tempat bersejarah adalah seperti monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Ia terletak di pinggir padang bandaran Tawau dan merupakan monumen paling lama pernah wujud di Tawau. Selain itu, Tugu Peringatan Tentera Jepun yang terletak di jalan Tanjung Batu - Kukusan yang mana tapak perkuburan bersejarah wujud pad tahun 1945. Tempat ini selalu menerima kunjungan dari warga Jepun.
Di kawasan Kalabakan, lebih 100 km dari bandar Tawau terdapat tugu peringatan bersejarah yang dikenali Tugu Peringatan Kalabakan. Ia dibina pada tahun 1969 bagi memperingati kehilangan 11 pewira negara yang terkorban ketika konfrantasi Malaysia dan Indonesia dahulu. Sebenarnya ada banyak tempat lagi yang menarik di Tawau namun setakat nie sahaja yang Kancil dapat kongsikan. Lagipun Kancil bukan orang Tawau...kerja je di Tawau. Hehehe.. Insya Allah Kancil akan kongsikan dengan rakan - rakan blogger jika ada tempat menarik.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
19 comments:
banyak jugak tempat2 menarik di Tawau ni, wondering ada flight tak pegi ke sana
wahh banyaknya tempat menarik.. aku skali jak penah tawau ni.. airport jak la yg banyak kali d pegi.. hehehe..
blh thn juga tmpt2 menarik yg ada di tawau yer...
Thankz kancil..xsabar nk p Pasar Tanjung, Pasar Minggu Takada & klau sempat nk juga p tmpt besejarah tuh...
BILALAH AKU NAK KE SABAH NI BAH..?
Ann : ada juga kapal terbang ke sini...ia merupakan pintu kedua masuk ke Sabah..
Anne : hehehe...lain kali jalan2 bah...manataw jadi guru di Tawau
Queen : betul tu
Nico : gembira dapat membantu
Fairus : Saya menanti kedatangan kamu geng
byk juga ya tempat menarik di tawau.. semakin maju
Saya pernah datang ke sini untuk satu konferens berkaitan biodiversiti pada tahun 2010. Tawau memang cantik. Saya teringin nak ke Maliau basin kalau ada rezeki. Kalau tuan punya blog ada gambar2 di sana, tolonglah upload ya? Selamat berkenalan. Jemputlah join blog saya...Boleh kita bertukar-tukar pendapat
Amanina : terima kasih
Memmetlenggeng : saya belum lagi sampai ke sana...minta maaf
tringinnya nk pergi sana..blum ada rezki lgi ke sana..=)
assalamualaikum kancil....wah bestnya...;)
Byknye tmpt menarik kt tawau! X rugi kalau pg sana kan.. :)
Sekarang ada di tawau, dalam xpdc mengelilingi sabah... Suasana sini berlainan dengan bandar-bandar lain di sabah... kenapa ya ?
salam....mcm mana mau pegi Balung River Eco Park tu ya??
Saya lahir tawau tp besar sdkn... so xbrpa tau sgt tmpt....kalau pegi tawau pun just pegi Rancangan batu 22 jak...info plisss...
Saya nak pegi bulan 2 nie
Nur azwa rusli: di sini sedikit nfo....http://www.sabahtourism.com/destination/balung-river-eco-resort
Wahhh..best jugak tawau ni... bolehla nk gi ladang koko tu nti
www.bidadarigojes.blogspot.com
PATI? bekerja secara sah? Rasanya salah penggunaan perkataan saudara.
PATI? bekerja secara sah? Rasanya salah penggunaan perkataan saudara.
PATI? bekerja secara sah? Rasanya salah penggunaan perkataan saudara.
Post a Comment