Rakan Blogger

Thursday, December 27, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 53

Assalamaulaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dekat dua minggu Kancil biarkan blog nie tanpa entri. Bukan tidak mahu berblog cuma masa tu ndak mengizinkan. Tapi kesian juga pada blog Kancil nie, Kancil lebih berat pada FB je sejak 2 Minggu nie...biasalah kalau cuti sekolah...banyak aktiviti cuti kena buat...hehehe...


Gambar di atas nie adalah sotong yang telah dicandat oleh seoarang kanak - kanak lelaki menggunakan umpan udang kecil palsu. Kancil cuba mencandat sotong nie...tapi gagal sahaja. Akhirnya, Kancil meminta bantuan kanak - kanak yang memerhati Kancil. Sotong nie bukan untuk dimakan tetapi sebagai umpan kami di tengah lautan. Kalau tidak silap ada 5 ekor sotong yang telah dicandat oleh kanak - kanak tersebut.

Untuk makluman rakan - rakan blogger, kami tidak mendapat hasil yang baik pada hari tersebut. Walaupun Kancil dapat menaikkan ikan sebanyak 10 ekor dalam 2 hari 1 malam. Berbanding sebelum nie...lebih 50 ekor. Namun bukan rezeki kami pada hari tersebut. Apapun bersyukur dengan apa yang kami dapat pada hari tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : jika ada kelapangan Kancil akan membalas kunjungan korang...maaf buat masa nie hanya mampu buat entri je

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday # 53

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, December 10, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah #1 : Majlis Khatam Al Quran Anjuran Keluarga Generasi Haji Hapil

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Program yang Kancil maksudkan sudah pun dilaksanakan pada bulan lalu. Namun ndak berkesempatan Kancil nak kongsikan cerita mengenainya.Program ini telah dirancang oleh sepupu - sepupu Kancil di Semporna...Malah Kancil telah dilantik sebagai timbalan pengerusi  di dalam program ini. Walaupun jarak Tawau dan Semporna 120 km, namun tidak menghalang untuk Kancil hadir ke program tersebut.

Sehari sebelum program tersebut bermula, Kancil lewat tiba...7 malam pada tarikh 14 November. Namun, sempat juga tengok tempat acara dibuat iaitu di masjid Kampung Ubian Semporna. Sepupu Kancil yang merangkap sebagai Pengerusi Program meminta Kancil untuk membuatkan dia teks ucapan pada hari esok. Memandangkan tugas timbalan ndak berat. Kancil pun buatlah sepertimana yang diminta.

Keesokan harinya, Kancil bersama sepupu Kancil menemui setiausaha program iaitu adik Kancil sendiri...bersama - sama beliau ialah bendahari program (sepupu jugalah) di masjid Kampung Ubian, Semporna. Kami berbincang sebelum acara bermula pada pukul 9 pagi. Pengerusi dan Timbalan hanya datang hadir sedangkan Bendahari dan Setiausaha yang berusaha untuk mempromosi program tersebut.

Mana tidaknya, mereka berada di Semporna, manakala kami di luar daerah Semporna, Sepupu Kancil (Pengerusi) kerja di Kunak dan Kancil di Tawau. Seramai 20 orang peserta yang terlibat dan kesemuanya ahli keluarga juga. Kancil pun terlibat sama dan merupakan peserta yang kedua belas...hehehe...untuk memenuhi ruang yang kosong.

Semasa program tersebut bermula, tiba - tiba sepupu Kancil meminta Kancil yang memberi ucapan di hadapan orang. Dia beri alasan bahawa dia segan. Memandangkan tidak mahu lewatkan masa, Kancil pun ambil tempat beliau. Lagipun Kancil sendiri yang buat teks ucapan tersebut.. Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar dan baik. Jom kita lihat beberapa keping gambar semasa program tersebut.


 Antara pak cik - pak cik yang datang menyokong dan Ustaz Nasser berbincang dengan Nenek Terata


Peserta - peserta Majlis Khatam Al Quran

Ini merupakan program kedua Generasi Keluarga Haji Hapil buat program. Yang pertama tu pada tahun lalu. Program Hari Keluarga di Kampung Bukit Sakong. Melalui program ini, kami dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami memandangkan semuanya sudah besar, kerja dan berkahwin...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Friday, December 7, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 52

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Ramai rakan blogger tertanya - tanya mengenai gambar di atas nie. Masa Kancil lihat pun hairan juga mengapa ia terjadi macam tu...gambar nie Kancil ambil semasa dalam perjalanan pergi mandi di Kampung Pangkalan Semporna. Kereta nie sudah tersadai dalam beberapa hari di situ.

Menurut sumber yang Kancil dapat, ia bukan kemalangan tetapi disebabkan enjin meletup. Untuk makluman rakan - rakan blogger, jika anda besarkan gambar nie, anda akan lihat lambang @ jenama kereta tersebut. Kalau ndak nampak ndak apa. Kancil bagitau. Nielah kereta toyota vios. Pemiliknya ndak dikenali...hehehe. Kereta nie macam keluaran baru. Kesian kan?

Apapun, Kancil boleh tafsirkan bahawa pemandunya bawa laju sampai penghabisan sehingga enjin meletup. Lagipun jalan raya di sini masih baru dan cantik lagi. Lebih - lebih lagi ia lurus. Mana orang ndak geram bawa laju - laju....Akibatnya, diri sendiri yang rugi...hehehehe

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, December 5, 2012

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Sudah lama Kancil ndak menyertai mana - mana segmen. Bukan sombong dan bukan tidak ingin cuma segan nak ikut sebab ndak dapat terjah blog - blog lain yang menyertai sama segmen. Ndak adil kan...dulu memang aktif sangat namun disebabkan tugas tu dah bertambah. Kena kuranglah sikit.

Kalau siapa yang berminat untuk join sekali...jomlah...katanya nie kali pertama di buat. Apa lagi jom kita sama - sama memeriahkan suasana. Makin ramai makin meriah... klik je gambar di atas tu...korang akan terus ke blog beliau.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday # 52

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, December 4, 2012

10 Jam Pergi Dan 12 Jam Kembali

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga ndak buat entri terbaharu daripada Kancil. Sibuk dengan pelbagai aktiviti keluarga dan sekolah. Walaupun cuti sekolah, tetapi Kancil kena datang untuk selesaikan beberapa perkara untuk tahun hadapan. Biasalah kerja guru...kena buat persiapan awal supaya tidak kena kritik.

Beberapa hari lalu, Kancil bercuti bersama keluarga Kancil ke Kota Kinabalu (KK), Ibu negeri Sabah. Ia terletak di pantai barat Sabah. Jarak perjalanan dari Tawau ke KK ialah 550 km. Sehari sebelum bergerak ke pantai barat. Kancil telah memeriksa kenderaan. Tengok apa yang patut untuk ditukar. Alhamdulillah tiada yang perlu ditukar.

Sehari sebelum bergerak, beberapa orang telah berpesan bahawa keadaan cuaca tidak baik sepanjang perjalanan. Lebih - lebih lagi ada satu kawasan yang telah hujan lebih 17 jam. Ini boleh membahayakan nyawa. Isteri Kancil dah takut dan minta kami tangguhkan perjalanan. Namun, Kancil tetap dengan keputusan sebab yakin tiada apa perkara yang perlu ditakutkan.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan okay sahaja. Walaupun awal pagi, bumi Tawau menerima hujan namun sampai ke bumi Kunak...cerah memanjang sehingga ke KK. Sehingga kulit bertambah gelap. Dalam perjalanan ke KK hampir 10 jam kami ambil masa. Kancil kena berhati - hati sebab kenderaan Kancil dah berusia 7 tahun. Takut ndak dapat menerima tekanan. Lagipun, tahun nie merupakan tahun terakhir kereta Kancil ini berjalan jauh. Tahun hadapan, insya Allah ada sudah temannya yang mana tugasnya hanya jalan jauh. Kereta Kancil nie hanya untuk ke sekolah.

Bila balik ke Tawau, 12 jam plak perjalanan kami. Mana tidaknya banyak betul singgah. Nama pun bercuti....hehehe...Untuk makluman rakan - rakan blogger, kelajuan kenderaan yang Kancil bawa adalah antara 70 hingga 80 kmsj...ndak laju bah. Utamakan keselamatan keluarga... Insya Allah Kancil akan kongsikan cerita Kancil dalam entri seterusnya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...