Rakan Blogger

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Malam nie, pasti riuh dengan bunyi letupan dan cahaya warna warni dari bunga api yang menerangi kegelapan malam. Rasanya, kebanyakan bandar di seluruh negara pasti meraihkan hari yang cukup istimewa pada malam nie. Maka akan terdengarlah jeritan anak - anak muda kita melaungkan Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Hanya sekali je Kancil pergi menyaksikan acara malam sebegini. Itu pun semasa Kancil menetap di Kota Kinabalu. Ingin merasai suasana hari kemerdekaan di tanah air. Pernah belajar di Shah Alam namun 3 tahun berada di sana ndak pernah gi Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Sebab ndak ada teman...kengkawan lain keluar dengan mata air masing - masing.

Di Tawau nie, ada sambutan ambang kemerdekaan. Namun Kancil ndak biasa di sini sebab  pelbagai masalah yang akan timbul. Rasanya bukan setakat di Tawau malah di bandar - bandar lain di seluruh Malaysia. Mengapa? Yang datang menyambut tu bukan warganegara pun. Datang menyokong sebab berada di negara kita.

Selesai je acara, pasti ada pergaduhan, pasti ada lumba haram...hotel dan motel dipenuhi remaja - remaja dan banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Teringat kes tahun lalu, seorang kanak - kanak perempuan (umur ndak pasti) ditinggalkan oleh ibu bapanya di dalam kelompok manusia. Kes bergaduh kumpulan hanya disebabkan tidak puas hati. Banyak lagi...

Disebabkan itu, Kancil lebih suka duduk di rumah bersama keluarga Kancil sendiri. Biarlah menyambut di dalam rumah. Bukan tiada semangat patriotik namun menggelak lebih baik daripada terkena. Tawau merupakan pintu masuk negara jiran terutamanya Indonesia. Time macam nielah mereka yang seberang akan datang. Kalau tujuan ikhlas...alhamdulillah. Tapi tujuan lain dari tu...tu yang sukar diduga.

Apapun, Kancil mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Semoga kita menghargai kemerdekaan pada hari ini dan generasi pada masa akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Jawapan Wordless Wednesday # 47

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Hehehe...terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi beri komen di entri Kancil semalam. Gambar di atas tu merupakan Laptop pertama Kancil yang rosak dek kena simbah air nescafe. Huhuhu...sedih teramat sangat. Benda yang dibawa ke hulu hilir semasa Kancil bergelar guru,.

Alhamdulillah...semua bahan di dalam dapat diselamatkan. Terutamanya bahan - bahan kaunseling dan gambar - gambar semasa Kancil berkerja di Kolej Yayasan Sabah dan belajar di IPG Tun Hussien Onn Batu Pahat. Memang sedih bila benda yang kita sayang dah rosak. Tu kesilapan sendiri...huhuhu...

Semasa raya pertama hari tu, Kancil cuba - cuba pasang bateri laptop nie. Ndak sangka ia hidup seperti biasa. Kini Kancil memiliki dua buah laptop. Satu yang baharu dan satu yang lama. Lama nie kena bagi isteri simpan dan pakai. Yang baharu nie Kancil guna untuk di sekolah. Hehehe...laptop Kancil terkini ialah ACER ASPIRE E1 - 431...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday # 47

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, August 28, 2012

Gelagat Mereka Yang Beraya

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Menyepi selama seminggu membuat diri Kancil ndak tenteram. Namun tulah kata orang, jiwa sudah sebati dalam dunia blog. Bukan tidak mahu buat entri cuma menanti masa yang sesuai. Hehehe...Kancil akui ramai rakan blogger menyepi macam Kancil juga. Sibuk mengurus itu ini, lebih - lebih lagi yang dah berkahwin. Apapun, Kancil nak kongsikan pengalaman Kancil semasa beraya minggu lalu.

Masa beraya nielah kita bergembira dan berseronok. Sebabnya kita akan berjumpa dengan ahli keluarga yang jauh. Yang lama kita tidak jumpa. Ada yang 3 tahun ndak jumpa ada juga yang kita jumpa tiap - tiap hari namun ndak sempat berbual - bual. Masa raya nielah kita ambil peluang untuk bersama. Namun, sedikit kecewa bagi Kancil dan mungkin ada juga yang sama macam Kancil..Nak tahu? Jom baca di bawah nie ;

Orang Sombong
Nie yang Kancil sendiri ndak sangka jumpa. Ada hamba Allah nie  baru dapat kerja. Kalau tidak silap 4 bulan lalu. Kerjanya bukan berstatus pegawai pun hanya KULI. Tapi sombongnya bukan main. Berbangga dengan kerja yang dia dapat sehingga bersalam dengan orang pun tidak memandang, apatah lagi bertanya khabar. Orang beraya di rumahnya dilayan macam ndak ada tetamu. 

Orang Kedekut
Nie lagi satu jenis manusia. Suka memberi alasan agar orang ndak mahu datang beraya ke rumahnya. Bila ditanya ke mana dia beraya tahun nie. Katanya balik ke kampung isterinya. Walhal dok diam di dalam rumah semasa raya. Kerja orang nie kalau pelayan kedai atau jurujual di kedai. Mungkin kita faham. Tetapi berstatus pegawai yang bergaji 4K.

Orang Yang Suka Susahkan Orang Lain
Nie selalu kita jumpa. Ndak payah cari tempat lain. Tengok je di jalan raya. Orang lain berhati-hati mereka pula yang macam syaitan di jalan raya. Kancil sekeluarga hampir kemalangan dengan manusia - manusia jenis ini. Memandu laju dan memotong kenderaan dalam keadaan berbahaya. Selain itu, suka letak kereta di laluan keluar masuk kenderaan. Kalau dia tinggalkan no phone di cermin senang dihubungi. Tapi, siapa yang mahu buat.

Orang Malu Atau Sombong Bersalaman Dengan Tetamu Lain
Nie susah nak cakap tapi memang ada. Kalau ramai tetamu mungkin penat kita nak berjabat tapi kalau setakat boleh dibilang jari. Apalah salahnya bersalaman. Nie kebanyakan remaja zaman sekarang. Rata - rata kalau gi beraya...salam tuan rumah je. Tapi tetamu lain...entah mata dorang nampak tuan rumah je ke.

Apa yang Kancil suarakan adalah pandangan Kancil sendirikan dan mengikut pengalaman yang telah Kancil lalui. Rasanya ada juga rakan yang mengalami situasi yang sama macam dengan Kancil.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Wednesday, August 15, 2012

Salam Untuk Semua

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil mengambil kesempatan di atas blog Kancil ini untuk mengucapkan 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin 

kepada semua rakan blogger dan pembaca setia Kancil.

Semoga raya tahun ini memberi sinar baharu untuk kita semua

Tuesday, August 14, 2012

Salah Gurukah?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tentu korang ada dengar bunyi bingit yang memecahkan suasana sunyi. Bunyi yang membuat orang terkejut mendengarnya. Boleh menyebabkan orang sakit jantung dan mengeluarkan kata - kata kesat terhadap orang yang menghasilkan bunyi. Yang peliknya, itu bukan budaya kita. Tapi ia makin lama makin menjadi budaya di dalam menyambut hari raya.

Sudah berulang kali kempen dan nasihat diberikan kepada mereka - mereka nie. Namun  seperti mencurah air ke daun keladi. Makin ditegur makin dibuat. Kata mereka, mak bapa kami ndak bising pun. Bila sudah ditegur, mereka mengadu dengan mak bapa mereka. Apa lagi, ibu bapa terus serang sekolah.

Apa hak guru untuk mengambil keseronokkan anak kami? Bukan duit guru yang habis untuk membeli mercun? Dan bukan mereka main mercun di dalam sekolah? Itulah antara soalan - soalan pedas dilemparkan kepada guru - guru di sekolah. Tapi bila anak mereka cedera disebabkan mercun. Mereka salahkan guru plak. Mengapa ndak tegur anak kami? Mengapa biarkan penjaja menjual mercun di luar sekolah dan sebagainya.

Pelik bukan...sebagai ibu bapa, kitalah yang memantau anak kita dan bukan orang lain. Orang lain pun ada anak mahu dijaga. Bersyukurlah jika ada orang lain menegur kesalahan anak kita kerana kita tidak dapat melihat kelakuan mereka dalam tempoh 24 jam. Jangan kerana ego dan status sampai buta mata untuk menilai.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : kes nie belum lagi terkena di sekolah Kancil...namun sudah terdengar di sekolah - sekolah lain

Monday, August 13, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak - Anak Yatim Sekolah Kebangsaan St Patrick Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Buat kali kedua, Kancil menyertai majlis ini sepanjang Kancil menjadi warga SK St Patrick. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan sumbangan - sumbangan yang mencukupi untuk anak - anak yatim di Sekolah ini. Walaupun bilangan mereka ndak ramai namun melalui majlis ini dapat membantu meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang.

Seawal 4 petang, Kancil sudah berada di sekolah. Mengemas dan menyusun apa yang patut. Membantu rakan sejawatan mengangkat barang - barang makanan dari kereta mereka. Apa yang menyeronokkan ialah, kita lakukan tanpa mengira usia dan jawatan. Pada hari itu, Kancil dipilih menjadi pengacara majlis. Biasalah kalau add hoc nie. Kelam kabut Kancil menyiapkan teks ucapan. Ke hulu hilir cari rakan untuk bertanyakan sesuatu.

Alhamdulillah, dapat dibuat dengan baik. Walaupun sedikit kesilapan. Hehehe....Dalam jadual majlis tersebut, 6.24 petang, majlis berbuka puasa berjemaah. Menjamu makanan ringan. Lebih kurang 10 minit, solat maghrib berjemaah. Selesai solat, menjamu makanan berat dan dalam masa yang sama majlis penyampaian derma kepada anak - anak yatim yang disampaikan oleh YDP PIBG sekolah. Tepat pada pukul 7.40 malam, solat Isyak berjemaah yang dilakukan di dewan terbuka sekolah tersebut.

jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa majlis tersebut berlangsung ;


 Guru Penyelia Petang sedang membancuh air dan antara sumbangan yang diberikan kepada anak - anak yatim


 Antara guru - guru SK St Patrick Tawau yang hadir pada majlis tersebut


Jamuan ringan di dalam bilik kelas

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, August 10, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 46

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Maaflah lewat buat entri disebabkan Kancil sibuk mengurus sistem fail di pejabat Kancil. So hari nie ambil sedikit masa untuk update entri. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang telah meneka wordless Kancil baru - baru ini. Jawapan sebenarnya ialah Tabung Bantuan Untuk MAKNA (Majlis Kancer Nasional)

Kancil ndak ingat bila mereka datang ke sekolah. Namun mereka datang memberi ceramah kepada semua warga sekolah mengenai kos rawatan yang perlu ditanggung oleh pesakit - pesakit Kancer. Memang ndak sangka rupanya kos rawatan bagi seorang pesakit amat mahal. Melalui tabung nie, dapatlah membantu. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, August 8, 2012

Jom Pakat Baca Beramai - Ramai

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Apa yang Kancil postkan sini bukan mahu menghukum mereka yang telah terlanjur kata. Mungkin ada yang sudah terbaca post mereka dan tertanya - tanya betul kah apa yang mereka katakan. Disebabkan mereka nie tin kosong dan katak di bawah tempurung, akibatnya ramai rakan - rakan dari negeri Sabah mahupun bukan Sabah mengutuk post mereka.

Kalau nak tahu, jom ke blog Etong's : The Real Sabah. Sana, sudah terjawab persoalan yang mereka anggap gurauan dan hinaan secara terang melalui FB mereka. Bagi Kancil amat kecewa sebenarnya. Kerana dunia sudah maju dan negara Malaysia merupakan negara yang paling banyak pengguna IT di dunia.

Apapun, rakyat Sabah sentiasa ok walaupun hati terguris namun ramai yang mendoakan mereka nie berubah dan sedar akan kesilapan mereka. Barangkali kalau negeri lain atau negara lain, confirm sudah dibunuh orang - orang macam nie.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday # 46

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.



Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, August 7, 2012

Follower Kancil Yang Ke 800

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama Kancil baru buat entri untuk follower bertuah Kancil nie. Minta maaf kepada beliau...bukan setakat beliau tetapi anda semua yang sentiasa mengunjungi blog Kancil juga merupakan orang bertuah. Kerana sentiasa mengeluangkan masa untuk blog yang tidak sehebat mana pun.

Blogger nie masih belajar dan kalau tidak silap umurnya baru 19 tahun. Muda lagi...Mula aktif pada akhir tahun 2010. Tapi lebih giat dengan blognya pada tahun ini. Beliau berasal dari negeri Kelantan. Ndak banyak sangat Kancil kenal dengan beliau sebab baru kenal. Berharap sentiasa menjadi pengunjung dan pengomen tegar Kancil. Bilangan follower pun masih sedikit antara 187. 

Jom terjah ke blog beliau dengan klik banner di bawah nie ;


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil

Sunday, August 5, 2012

Lebuhraya Sandakan - Kota Kinabalu (Tamparuli ke Kota Kinabalu)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Lebuhraya yang terakhir nie mempunyai dua lorong. Nie yang betul - betul macam lebuhraya. Kancil ndak pasti bila ia dibina namun tahun 2009 merupakan tahun lebuhraya ini diturap semula. Sebelumnya, punya teruk. Disebabkan banjir dan merupakan laluan lori - lori besar. Di sini ndak rasa bimbang sebab kiri kanan sudah ada rumah malah merupakan laluan sibuk.

Selepas daerah kecil Tamparuli, kita akan memasuki daerah Tuaran. Tuaran terletak di Utara manakala ke Kota Kinabalu terletak di Selatan. So kena belok ke kiri kalau nak ke KK nie. Sempadan KK dan Tuaran ialah Sungai Telipok. Berhampiran sungai tersebut terletaknya pekan Telipok. Lebih kurang 3 km dari Pekan Telipok menuju ke KK, ada satu taman perumahan iaitu Taman Puterajaya Telipok.

Disinilah Kancil menyewa antara tahun 2007 hingga 2009 sebelum berpindah ke Tawau. Untuk makluman rakan - rakan blogger, setiap tahun pekan nie sentiasa banjir. Dari pekan hinggalah ke simpang masuk taman perumahan tersebut. Taman perumahan nie terletak di pinggir bukit. Bila masa banjir, sesiapa pun ndak dapat keluar kerana jalan tutup akibat banjir. Syukur ada Giant kecil di sini.

Sampai di Tebobon, ada tiga laluan untuk ke KK. Laluan pertama ialah KK Lama, kedua Tuaran Bypass dan ketiga UMS - Sulaman. Kancil cadangkan guna laluan UMS - Sulaman. Di sini kita akan jumpa 1 Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Bangunan Tun Mustapa (Yayasan Sabah), Teluk Likas, Tanjung Lipat dan bekas pelabuhan Sabah. Akhirnya kita sampai ke KK.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di Blog Kancil 8349.

Big Contest 1st Time "Saya Nak Kad Raya Dari Kedah"

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kepada blog Cerita ku Cerita Mu kerana sudi mengajak kancil untuk menyertai contest nie. Kalau nak join klik je banner di atas. Sekali sekala kita perlu mencuba, mungkin rezeki kita. Lebih ramai lebih meriah.

Kancil tag Teratak Hati dan Cik Zai

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, August 4, 2012

Lebuhraya Sandakan - Kota Kinabalu (Ranau - Tamparuli)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Jika kita berada di lebuhraya ini, kita akan merasa kagum dan teruja melihat keindahan alam semula jadi di Sabah. Walaupun jalan rayanya berada di kaki bukit atau di puncak bukit. Kita pasti hilang rasa gerun melihat keindahan alam. Memang cukup cantik. Malah kalau boleh mahu berhenti di sepanjang jalan untuk melihat beberapa view yang cantik.

Selepas dari bandar Ranau, kita akan melalui pekan Kundasang. Di sinilah tempat menjual pelbagai sayur. Di tempat ini juga Gunung Kinabalu kelihatan lebih jelas di sebelah Utara pekan tersebut. Pekan Kundasang juga mempunyai tempat bersejarah seperti Kawad Maut yang pernah Kancil paparkan di WW Kancil terdahulu.

Dari pekan Kundasang, kita akan melalui pintu masuk ke Taman Negara Kinabalu. Terletak di atas bukit, ada tempat letak kereta jika kita untuk mengambil gambar atau berehat. Di sini juga ada restornan. Sambil berehat kita boleh melihat view yang cantik. Tapi hari ingat, airnya di sini sejuk terutamanya air paipnya.

Satu tempat yang paling cantik untuk mengambil gambar ialah Bundu Tuhan. Ia ada pelantar pemerhati. Tapi selalunya Kancil terlepas di kawasan ini disebabkan kabus tebal atau dengan kata lain, awan tebal bertembung dengan banjaran gunung. Biasalah kalau sudah petang. Bukan setakat di Bundu Tuhan, pekan Nabalu pun ada pelantar pemerhati. Kedua - dua tempat nie Kancil ndak pernah singgah. Namun ia memang cantik untuk mengambil gambar pada waktu pagi mahupun waktu petang.

Selepas pekan Nabalu, jalan raya ini akan menurun. Di sinilah jalan raya cukup berbahaya jika tidak pandai mengawal kenderaan. Bas dari Brunei pernah kemalangan di kawasan ini. Lagipun faktor cuaca dan cahaya matahari yang betul - betul di hadapan mata kita. Namun, ia juga memberi view yang cantik. Dari bukit Kokol nie, kita akan melihat pemandangan dari kawasan Kota Kinabalu hingga ke Tuaran. Malah Laut China Selatan pun boleh kelihatan dari sini. Jika tidak berkabus.

Jom kita lihat beberapa gambar sepanjang berada di lebuh raya ini ;


Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Kundasang


Tempat letak kereta di pintu masuk Taman Negara (di ambil dari restronan) #kiri
Pemandangan dari tempat letak kereta (hari yang berbeza) # kanan


Pemandangan kawasan Kundasang dari War Memorial Kundasang

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, August 3, 2012

Lebuharaya Sandakan - Kota Kinabalu (Telupid Ke Ranau)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Lebuhraya seterusnya lebih mencabar kerana terletak di pinggir bukit. Di sini juga kebanyakan jalan raya yang ndak bagus seperti berlubang, tanah runtuh dan beralun. Kalau ndak pandai mengawal dan menjaga kelajuan boleh ditimpa masalah di jalan raya. Ada juga kawasan yang di pinggir hutan.

Namun, ia memberi pemandangan indah sepanjang perjalanan. Di sinilah kita temui hutan tebal dan keluasan kawasan pedalaman Sabah di sebelah Selatan. Dari segi suhu, ia menurun kerana kita berada di banjaran gunung. So time nie, aircon pun ndak payah pakai sebab memang sudah sejuk. Lebih - lebih lagi kalau sudah sampai di Ranau.

Ada satu tempat di kawasan Ranau yang dipanggil nama Poring. Tempat nie merupakan kolam  air panas yang terkenal di Sabah. Orang Sabah mana yang tidak tahu nama tempat nie. Walaupun ada di antaranya belum lagi pergi tapi mereka tetap tahu. Kancil hanya sekali je masuk ke sana. Itupun semasa menemani pelajar - pelajar Kancil ke sana. Memang seronok.

Dari bandar Ranau kita boleh lihat pemandangan Gunung Kinabalu yang berada di utara bandar ini. Bandar Ranau merupakan bandar persinggahan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan Kota Kinabalu ke Keningau (sebelah Selatan). Kancil ndak pernah lagi bermalam di Ranau dan berharap suatu hari nanti akan berbuat demikian.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Orang Macam Nie Masih Ada Juga?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Terus terang Kancil katakan di sini, Kancil amat kecewa dengan segelintir rakyat Malaysia yang memandang negatif kepada rakyat Sabah amnya dan khususnya pada negeri Sabah. Bercerita tidak berdasarkan fakta hingga menyebabkan orang lain kecewa malah menunjukkan sifat kebodohan mereka sendiri yang digelar orang dewasa. 

Kalau yang berkata tu kanak - kanak lagi, mungkin kita boleh terima. Dan kalau masih belum ada internet di Malaysia nie. Kita faham keadaan mereka. Tetapi kenyataan mereka membuat orang lain tersinggung. Arif dalam bidang IT tapi bebal dalam fakta sejarah mahupun geografi. Layak ke mereka bergelar rakyat Malaysia? 

Kalau rakan - rakan blogger nak tahu apa yang ingin Kancil nyatakan di sini...jom singgah ke blog Cerita Dari Hati. Apapun, di bulan mulia nie...janganlah menghina bangsa lain. Sama- samalah kita berbangga sebagai satu rakyat di bawah satu negara dan bukannya mengkutuk membabi buta sehingga melihat betapanya ceteknya ilmu. Sia - sia mak bapa hantar ke sekolah, penat - penat je datang ke sekolah kalau tiada ilmu di dada.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, August 2, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 45

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Rasanya apa? Ramai rakan blogger menjawab ianya adalah kertas soalan. Ada juga yang kata ianya makanan. Faham situasi anda...kita lapar bah sekarang nie. Tapi ia bukan timbunan kertas mahupun sejenis makanan. Gambar di atas adalah timbunan BUKU LATIHAN MURID - MURID.

Jika dilihat betul - betul, jalur coklat tu adalah kulit buku latihan tersebut. Kalau ada peraduan meneka berapa jumlah. Mesti pening kepala sebab ndak dapat pasti apa sebenarnya gambar ini. Terima kasih kepada semua rakan kerana sudi memberi jawapan.

Sebagai guru, ini merupakan salah satu kerja kami iaitu memeriksa latihan murid - murid. Jika ada 40 orang murid bermakna ada 40 buah buku. Jika guru tersebut mempunyai 5 buah kelas dan mempunyai bilangan murid yang sama. Bermakna, beliau terpaksa memeriksa 200 buah buku dalam seminggu. 

Tidak termasuk buku kerja, kertas jawapan dan kerja lembaran. Jika ditambah bermakna ada 800 kesemuanya. Dan ianya kena siapkan dalam seminggu. Jika tidak, ada ibubapa yang datang bising ke sekolah bertanyakan kerja rumah anak mereka. Namun, kami sebagai guru sentiasa bersikap tenang kerana ia sudah menjadi darah daging kami. Jika kami bersikap kelam kabut dan tidak terurus...mahu ke ibu bapa menghantar anaknya ke sekolah? Tentu tidak kan?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday # 45

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...