Rakan Blogger

Friday, August 3, 2012

Lebuharaya Sandakan - Kota Kinabalu (Telupid Ke Ranau)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Lebuhraya seterusnya lebih mencabar kerana terletak di pinggir bukit. Di sini juga kebanyakan jalan raya yang ndak bagus seperti berlubang, tanah runtuh dan beralun. Kalau ndak pandai mengawal dan menjaga kelajuan boleh ditimpa masalah di jalan raya. Ada juga kawasan yang di pinggir hutan.

Namun, ia memberi pemandangan indah sepanjang perjalanan. Di sinilah kita temui hutan tebal dan keluasan kawasan pedalaman Sabah di sebelah Selatan. Dari segi suhu, ia menurun kerana kita berada di banjaran gunung. So time nie, aircon pun ndak payah pakai sebab memang sudah sejuk. Lebih - lebih lagi kalau sudah sampai di Ranau.

Ada satu tempat di kawasan Ranau yang dipanggil nama Poring. Tempat nie merupakan kolam  air panas yang terkenal di Sabah. Orang Sabah mana yang tidak tahu nama tempat nie. Walaupun ada di antaranya belum lagi pergi tapi mereka tetap tahu. Kancil hanya sekali je masuk ke sana. Itupun semasa menemani pelajar - pelajar Kancil ke sana. Memang seronok.

Dari bandar Ranau kita boleh lihat pemandangan Gunung Kinabalu yang berada di utara bandar ini. Bandar Ranau merupakan bandar persinggahan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan Kota Kinabalu ke Keningau (sebelah Selatan). Kancil ndak pernah lagi bermalam di Ranau dan berharap suatu hari nanti akan berbuat demikian.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

10 comments:

Cikgu Ma said...

harap dapat sampai sabah 1 hari nanti

ஜ miss klanika ஜ said...

cam best je kat poring tu . kepingin pergi sna

aNiss :):) said...

nak pergi sabah :') moge ade rezeki boleh sampai sana :DD

fairus said...

JUMPA DI SANA BRO.. TAPI ENTAH BILA..

Unknown said...

teringin remy nak pi kesana.....
kancil kena buat gathering dan special trip lah utk semua followers kancil....

Kancil 8349 said...

Cikg Ma :

ada rezeki juga kamu tu...insya Allah

Kancil 8349 said...

Miss Klanika :

jom pergi

Kancil 8349 said...

Aniss :

insya Allah

Kancil 8349 said...

Fairus :

insya Allah

Kancil 8349 said...

Remy :

bah boleh bah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...