Rakan Blogger

Friday, July 1, 2011

Persiapan Pelancaran 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Setelah perbincangan dibuat beberapa kali untuk memastikan Pelancaran Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan, akhirnya persiapan telah pun dibuat. Bermula pada hari Khamis dan Jumaat, guru - guru yang bertanggungjawab telah menjalankan tugas mereka dengan tekun.

Esok, Sekolah Kebangsaan St Patrick, Tawau dan seluruh sekolah di Malaysia akan berlari serentak bagi menjayakan program 1 Murid 1 Sukan. Seterusnya akan dimasukkan di dalam The Malaysia Book Of Record 2011. Suatu acara yang besar dilakukan serentak. 

Ingat masa sekolah menengah dulu, 2 program pernah ikut iaitu Berjalan Untuk Negara dan Menanam Pokok (...lupa berapa??). Sekarang nie, program terbesar lagi. Kali ini, guru - guru akan memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Ini kerana ingin menjaga imej sekolah terbaik di Tawau. 

Mengikut surat, setiap sekolah akan mendokumentasikan aktiviti tersebut dan membuat video klip sebagai bukti sekolah tersebut melaksanakannya. Untuk makluman, pihak sekolah telah menjemput YB dari Adun Kalabakan untuk bersama - sama dalam menjayakan program ini.

Tugas saya pula untuk hari esok adalah untuk mengetuai aktiviti senaman aerobik. Untuk kali kedua selepas aktiviti Bulan Kesihatan..[klik]. Berdebar pula kali ini. Sebab ada YB yang akan merasmikannya. Dan beliau akan bersama - sama berlari dan bersenam aerobik. Nasib sudah bersedia....hehehehe. 

Jom kita lihat, apa yang telah dibuat pada petang tadi untuk persiapan pelancaran 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia : 

 
 

Harap - harap tidak hujan esok....

2 comments:

cikgu said...

haha..smgtnya..sek sy xla camni...sek mana ni?

Kancil 8349 said...

bukan semangat sangat pun...menurut perintah je dari kementerian....sekolah dari Zon Tenggara, Negeri Sabah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...