Rakan Blogger

Saturday, July 23, 2011

Gotong Royong Sempena Bulan Kebersihan, SK St Patrick Tawau.


Minggu ini, kami semua warga guru datang ke sekolah untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diarahkan. Boleh dikatakan setiap minggu kami turun pada hari Sabtu. Hanya hari Ahad sahaja yang kami dapat berehat. Itulah kehidupan seorang guru. Kali ini, aktiviti sekolah ialah Gotong Royong sempena Bulan Kebersihan.

Terdapat empat kumpulan untuk melakukan aktiviti gotong royong ini. Setiap kumpulan mempunyai dua unit  beruniform dan sudah ditetapkan tempat dan kawasan mana yang harus mereka bersihkan. Memandangkan saya guru penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah, saya dan ahli - ahli TKRS bersama ahli - ahli St John diarahkan untuk membersihkan kawasan Kitar Semula.

Ketika sampai di kawasan yang disebutkan, semua murid berasa gembira dan tidak sabar untuk melakukan kerja. Malah, mereka bekerjasama antara satu sama lain. Tujuan program ini untuk membiasakan murid - murid akan kerja sukarela dan  bantu membantu. Jom kita lihat apa yang mereka sudah buat dengan dibantu oleh beberapa orang guru penasihat...

 
 
 

Jika diteliti di dalam gambar nie, semua murid perempuan yang buat kerja. Bukan nak membuli tetapi mereka yang berminat untuk buat kerja berat. Lelaki tukang angkat tanah dan batu sahaja.

2 comments:

Abby Salvatore said...

Hey!Pentauliahan Left.Muda di Kinabutan...I was there!

http://missgaban.blogspot.com/2011/07/8-wordless-wednesday-ceria.html

kenal tak?:)

Kancil 8349 said...

ndak perasan...sebab ramai orang...apapun boleh check entri saya sal perkhemahan tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...